Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Saturday, 9 July 2011

Coretan Syaaban : Dua Tuntutan

المتكبر كالطير كلما علا صغر في اعين الناس
"Orang yang sombong angkuh itu umpama burung,
ketika mana meninggi, ia tampak kecil di mata manusia"

+ + +

(*Hanya coretan di sela waktu malam Syaaban. Tulisan bercampur aduk ikut apa yang terlintas)

Hampir genap seperempat tempoh pembelajaran saya di Jordan, ada satu perkara ketara yang betul-betul mengesani jiwa saya.
Saya yang dulunya hanya lalui pendidikan aliran sains (tidak pernah bertalaqqi di pondok2) terasa pening-pening juga dengan karenah sebahagian ustaz-ustaz di Malaysia. Sudahlah saya jahil agama, kemudian lihat pula segelintir orang yang faqih agama bertelingkar, lagi lah bertambah kerumitan.
Rupanya rumit itu bukanlah kerana perbezaan pendapat ataupun khilaf, tetapi adalah kerana hilangnya Adab dan Akhlak dalam kekhilafan itu.

Saya tertarik dengan Akhlak para ulama' di Universiti Yarmouk yang setiap hari depan mata sendiri saya perhati. Meskipun pelbagai perbezaan pendapat yang berlaku, mereka tetap sangat menghormati antara satu sama lain.
Pernah saya melihat seorang pensyarah saya yang dikatakan 'salafi' berhujah dengan pensyarah saya satu lagi yang 'khalafi'. Bersungguh-sungguh mereka berdua melontarkan hujah. Namun diakhiri dengan bersalaman, senyuman ketenangan.

Selalu juga pensyarah saya yang berfikrah Hizbut Tahrir yang asyik mengutarakan penyeselaian umat ini dengan membina dari atas (bina daulah dahulu), tetapi beliau selalu saja memuji tokoh-tokoh IM bahkan terdapat kitab-kitab rujukannya dari kitab ulama' IM.

Itulah bila tuntutan wahyu didahului.

Begitu jugalah sepatutnya kita semua.
Bukanlah hanya pandai mengherdik dan memerli sesuatu golongan tanpa asas yang tepat, tanpa melihat hujah yang lain dengan cermat.
Akhirnya Akhlak juga yang tergadai.
Itulah bila nafsu berjaya menguasai.

+ + +
Sepanjang hampir setahun saya di sini juga,
kadang-kadang saya perhati, kita (mahasiswa) sudah lebih pandai pula dari ulama'. Bila pendapat ulama' itu lain saja dengan pendapat kita, terus saja dilabel malah dijauhi. Sedangkan kita tidak sedar beliau telah berpenat lelah berjam-jam mencari dalil dan hujah-hujah yang kuat. Kita yang entah baru beberapa minit dalam sehari mengadap kitab agama sudah layak menolak pendapatnya?
+ + +
Selama hampir setahun saya di sini juga,
Saya dapat rasai sedalamnya (tetap masih perlu didalam-dalamkan lagi) bahawa duniawi bukanlah kepuasan yang hakiki.
Baru-baru ini, selama satu jam pensyarah saya menghuraikan hadith tentang 'dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara'. Maka semakin dalam keyakinan saya bahawa akhirnya Agama (Islam) sahajalah penyelamat bahkan merupakan kepuasan yang hakiki.
Dunia ini hanyalah umpama fatamorgana. dari jauh kelihatan jelas bersinar, namun ia lenyap bila dikejari.
Memang tak patutlah kita tertipu dengan kecantikan duniawi.

Saya tak nafikan betapa mencabarnya mahu menangkis godaan duniawi ini, lagi-lagi wanita. Ramai saja di sini yang tergugat dengan gangguan wanita-wanita Syam yang maklum dengan kecantikan mereka. Tak kurang juga yang tewas dengan mesej-mesej manis mereka di facebook.

Namun, saya juga tak dapat nafikan bahawa kecantikan mereka hanyalah sementara.
Keseronokan berhubungan dangan yang bukan halal tidaklah berkekalan.
Sudahlah sementara, lepas tu bertambah pula dosa. Berganda-ganda kerugian.
Itulah bila tuntutan hawa nafsu diraikan.

Saturday, 7 May 2011

Hilang Pertimbangan


Keputusan penerimaan UPU mahupun beberapa interview sudahpun keluar baru-baru ini.
Peperiksaan akhir pula sudah menghampiri. Seperti biasa, waktu-waktu sebeginilah tangan gatal untuk mencoret di sini.

+ + +

Ramai sudah merasai, sistem pendidikan kita banyak dijajah oleh pihak asing, mungkin tidak lagi dirujuk pada sistem pendidikan zaman kegemilangan Islam dahulu.

Saya sendiri merasai bahkan mungkin menjadi 'mangsa' sistem sekarang ini. Yalah, umur hampir masuk 20an baru jelas mahu mendalami bidang tertentu, baru terkapai-kapai mahu memahami nas-nas quran dan hadith mahupun qaedah-qaedah fiqhiah dan sebagainya yang sepatutnya menjadi asas sejak dulu.

sebut tentang pendidikan teringat pula sekolah lama~ :)
*gambar : kelas 5 ibnu Abbas | beberapa hari sebelum SPM.

Saya tertarik dengan cerita pensyarah saya tentang kajian sistem pendidikan pada daulah islamiyyah akan datang (masha Allah, besar betul visinya)
Menurutnya, sepatutnya masuk umur baligh saja, seseorang itu sudah masuk alam universiti dan sekitar umur 18 tahun, sudah graduasi.

+ + +

Lihatlah kita sekarang ini, umur 18 baru mahu masuk universiti, mengkhususkan diri dalam bidang tertentu.

Sedangkan manusia-manusia terdahulu pada umur sebegini sudah menjadi tokoh yang hebat.
Usamah b. Zaid menjadi panglima perang ketika umurnya 17 tahun.
Imam Assyafie mendapat pengiktirafan untuk memberi fatwa ketika umurnya 15 tahun.
Sultan Muhammad Al-Fatih sudah menjadi pakar dalam bidang ketenteraan, sains, matematik serta menguasai 6 bahasa ketika umur 21 tahun.

Kita di malaysia pula?
Umur 18 baru tamat SPM. Sibuk mencari bantuan kewangan untuk belajar. Kalau dapat biasiswa sekian-sekian yang hebat, terima saja. Kalau tidak dapat bidang yang diidamkan kerana masalah kewangan, ambil saja tawaran biasiswa dan bidang yang telah ditawarkan mengikut tahap keputusan SPM.

Seolah-olah, kita dibentuk oleh agenda luar. Bukan dari diri sendiri. Bukan seiring dengan Agenda besar kita sendiri.

+ + +

Haish, kalau sebut masalah sistem-sistem sekarang memang tak ke sudah.

Point saya sebenarnya mudah aja : 
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
(Apa yang tidak sempurna kewajipan itu melainkan dengannya, maka ianya adalah wajib)
-qaedah usuliyyah-

Ya, kita sedari, bahawa mahukan daulah islamiyyah yang mempunyai sistem pendidikan dan segala sistem lain yang bisa kita hidup aman dengannya, memerlukan usaha yang wajib dilakukan untuk mencapainya.

Malangnya dalam masa yang sama, ramai pula yang terleka daripada kewajipan tersebut.
Mereka mencantas-cantas kebaikan, saling jatuh-menjatuhkan golongan kebaikan tertentu.
Ada juga yang sibuk dengan isu khilaf. Menghentam ulama' itu, menghina ulama' ini.
Tak kurang juga yang seronok mengeluarkan statement-statement mantap sedangkan terjun ke dalam medan sebenar pun tidak. Jauh sekali mengesani masyarakat.

Ataupun, mereka yakini inilah usaha yang 'wajib' mereka lakukan untuk mencapai kemenangan hakiki?
Kalau lah berlarutan sebegini, entah bila lah daulah islam hendak berdiri.

kaum keluarga, sahabat-sahabat dan umat kehausan agama, mereka pula syok sendiri sibuk dengan perbuatan yang menjadi 'wajib' buat mereka.

Inilah mereka yang sudah hilang pertimbangan.
Masha Allah...

اللهم اهدنا صراطك المستقيم

Saturday, 19 March 2011

Masalah Perempuan : Sabarlah Skit..


 "Jangan ada girlfriend ya"

7 tahun lalu, ketika saya di tingkatan satu, hampir setiap hari ayah saya berikan nasihat ini setiap pagi sebelum saya ke sekolah.

Dulu-dulu saya hanya tersenyum sambil tersengih-sengih mendengarnya.
Tapi kini, saya betul-betul hargai nasihat ayah saya itu. 

Ramai rakan saya tersungkur kerana wanita.
Ada rakan yang betul-betul saya sayangi berjumpa saya setelah lama berpisah dan mengadu bahawa beliau sudah terlanjur dengan seorang wanita. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya waktu itu.
Ada juga rakan saya yang dulunya hebat memimpin tarbiyah dan dakwah di sekolah. Tapi kini tersungkur dengan seorang wanita cantik, sanggup menempelkan gambar mereka berdua-duaan di facebook.
Ada kenalan saya yang giat melakukan dakwah, tetapi tak laju-laju juga kerana tersekat dengan seorang perempuan.

Ya, saya tahu ini semua perkara biasa. 

Cuma yang tidak biasanya, siapa yang sanggup menghabiskan masanya dengan mencegah ataupun merawat masalah ini? Siapa lagi kalau bukan saya? Siapa lagi kalau bukan kalian?

+ + +

Sepanjang pengamatan kerdil saya di dunia ini, lagi-lagi di jordan ini, ada satu perkara yang mencuit hati saya.
Terdapat perempuan-perempuan yang 'menonjolkan' dirinya dengan cara yang salah. Maksud saya, dengan tidak syar'ie seperti sibuk meng-sms lelaki. Lagi-lagi yang membuat demikian adalah mereka yang dikatakan thiqah-thiqah, pakai tudung labuh. Memang mencuit hati.
Dapat saya simpulkan perempuan-perempuan yang berjaya melemahkan sang lelaki ini adalah mereka yang tidak mampu bersabar sedikit. Mungkin mereka takut diri mereka tidak akan laku jika tidak bertindak sedemikian.

Maka, ia membuahkan natijah-natijah yang tak diingini.

Ada satu hari seorang perempuan yang saya hormati meluahkan pada saya :
"Kadang-kadang lelaki selalu silap pilih. Mereka hanya nampak perempuan-perempuan yang menonjol saja.
Mereka tak nampak perempuan-perempuan yang 'tersembunyi' yang solehah-solehah belaka, yang wara', yang sangat menjaga batas pergaulan

Ya, saya akui, dan saya sendiri sudah saksikan kini, ada rakan saya yang dahulunya hebat tapi kini tersungkur dek haruman bunga-bunga murahan, sedangkan banyak lagi bunga mawar berduri yang menanti.

Saya terdetik untuk menulis hal ini kerana teringatkan 6 adik perempuan saya yang masih dara lagi suci yang sangat saya sayangi.
Kenapa? kerana saya tidak mahu mereka menjadi penyumbang dan terjebak kepada masalah ini.

Pesan saya pada adik-adik saya khususnya :
Sabarlah sikit.. Janganlah terburu-buru..
Janganlah sampai berjaya menyungkurkan seorang lelaki.


Yang lelaki pula, janganlah mudah goyah dengan usikan mereka.

Saya tertarik dengan sifat tegas kawan arab saya terhadap isu ikhtilat, 

Satu hari ada rakan perempuan sekelas saya (kelas thaqafah i'lamiah) memberi salam sambil tersipu-sipu.
Kebetulan tidak jauh dari situ, kawan saya tadi yang sedang berdiri memerhati, lalu terus membisik pada saya :
"pshiuh je dia! " (sambil buat gaya meludah)
" 'aib Wallah ! harap je cantik, tapi akhlak dia buruk! "

Masha Allah.

+ + +

Akhir kalam,
sekali lagi, sabar lah skit..
Lihatlah bagaimana seorang dalam pertandingan menyelam paling lama dalam air boleh menjuarai tempat pertama.
Dia mungkin hanya bersabar sedikit sahaja daripada pemenang tempat kedua. Mungkin bezanya hanya 1 saat mungkin juga hanya 1 detik.

Begitulah kehidupan kita.
Mana tahu dengan sabarnya skit daripada melakukan maksiat, Allah kurniakan nikmat tak ternilai harganya.
Manu tahu, hilangnya sabar kita sesaat daripada membuat maksiat, Allah terus mematikan kita, lalu.......

Friday, 28 May 2010

Tekad Menjelang 2 dekad

الحمد لله تملأ الميزان, وسبحان الله والحمد لله تمللآن أو تملأ ما بين السماوات والأرض

Alhamdulillah memenuhi Mizan, dan Subhanallah serta al-hamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada diantara langit dan bumi (HR. Muslim)

+ + + +

Bagi Ahli Fizik, mungkin 24 Mei menjadi tarikh bersejarah buat mereka, kerna lahirnya Daniel Gabriel Fahrenheit si genius fizik dari German pada 1686.
Bagi pencinta IT pula, tarikh ini juga lah yang mengembirakan mereka kerna microsoft mengumumkan keluaran Windows NT pada 1993.
Begitu juga warga Lubnan, mereka mulai senyum gembira pada 24 Mei tatkala Israel mengundurkan tentera mereka pada tahun 2000 setelah 22 tahun bermaharajalela di sana.
Ini semua kegembiraan yang saya kira cukup bermakna dan penuh nostalgia berharga buat mereka.


Dan saya yakin, cukup 24 Mei mengembirakan Mak Ayah saya kerana putera kedua dan terakhir mereka berdua ini dilahirkan pada tarikh ini. Tambah menarik, puteranya ini tidak menangis saat dilahirkan. Ya, masakan tidak ia menjadi cukup nostalgic buat mereka berdua.


Alhamdulillah, kini genap dua dekad saya hidup. Bermakna, saya telah menghampiri mati sebanyak/selama dua dekad sedang Al-Mumit bila-bila saja bisa mematikan saya. mungkin sebentar lagi. Kalau Dia boleh Kata 'Jadi' maka jadilah.. Tak mustahil Dia bisa juga berfirman 'hancur' maka hancurlah..
Sama sekali tidak mustahil ! 
(ayuh, kita saling bermaafan :) 

sudah 2 dekad hidup, 2 jalan ini sentiasa terbuka luas.
moga kita pilih yang terbaik.
+ + + +

Alahai, sudah besar pun dapat hadiah birthday lagi ~ :)
tapi tak mengapalah, suka sekali saya warwarkan jutaan penghargaan buat yang memberi hadiah, material mahupun yang tak nampak yang sukar digambarkan nilainya.

Terima kasih saya ucapkan khusus kepada :

  • Ibu Bapa saya yang tercinta, yang telah menghadiahkan saya Laptop. Laptop yang cukup istimewa sesuai dengan minat saya. :) Juga cheese cake . Insya Allah membiak2 berantai2 pahala mereka kalau hadiah ini digunakan sebaiknya untuk Dakwah. Jika energy dari cake sedap tersebut dipindahkan ke gerabak-gerabak dakwah.
  • Adik beradik yang memberi ucapan2. terutama Suhaib yang sudi meminjamkan kereta sepanjang saya di KL ini dan Uswah yang telah memberi hadiah Pen Parker mahal. Insya Allah pahala kalian akan tak putus-putus, jika adikmu ini menggunakan hadiah tersebut untuk dakwah. Jazakumullah khairul jaza'
  • Murabbi semuanya, yang mendoakan dan memberi peringatan bila umur semakin tua ini..
  • Sahabat dan kenalan semuanya, yang memberi hadiah dan yang tak putus-putus mengutus mesej sambil mendoakan "moga thabat" dan macam2 lagi ayat berbunga-bunga. Sangat membantu. Maaf kalau tidak dibalas mesejnya.


dan akhir sekali, mungkin termasuk juga dalam Hadiah hari jadi,
buat pihak Bank Negara Malaysia, terima kasih kerana sudi menawarkan biasiswanya ke timur tengah kepada saya.
Setelah lama menanti, sudah genap 20 tahun juga baru kamu beritahu ya.
Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Memenuhi Mizan.

*terima kasih juga yang mengucapkan tahniah dan bermacam bentuk ucapan lagi. Sangat saya hargai.
wassalamualaikum.

haish, Jordan merisik, Mesir Menanti, Madinah menyapa..~  T-T
Subhanallah. 

Friday, 30 April 2010

Monolog: Aku Pelajar Agama, Bangunlah


Kita sudah selalu mendengar ungkapan sebegini :
"Aku melihat Islam di negara barat, tetapi aku tidak nampak Islam di negara Islam sendiri"

Mungkin kata² sebegini biasa diungkapkan oleh orang yang banyak duit. Yang berkemampuan menjelajah satu dunia, timur dan barat sambil menilai situasi sekeliling.

Namun bagiku, yang masih tak berkemampuan mengembara sejauh itu, jadilah Malaysia sendiri tempat menilai situasi untuk dijadikan ibrah kehidupan ini.


Apa²pun, pada hematku yang cetek ini, ada juga beberapa situasi yang mirip-mirip
ungkapan familiar tadi, cuma setakat di tanah air sendiri sajalah ye..
"Nampak Islam di suatu kawasan yang tidak bernama Islampun, tapi tak nampak Islam di tempat yang dinamakan Islam"

*  *  *

Seperti lepasan STAM yang lain, aku juga tak ketinggalan meneroka jalan-jalan mencari sumber rezeki buat bekalan tak lama lagi di perantauan. Kerah tenaga juga korban duit gaji pertama, mencari-cari siapa yang sudi membiayai di sana sini.

Namun, nasibku tetap sama seperti lepasan STAM dulu-dulu. Tetap pilu.
Agensi mana lagi yang sudi membiayai melainkan zakat ataupun yayasan negeri.
Petronas? JPA? MARA? Shell? huh, dalam mimpi sajalah. Buat penat isi borangnya kalau dah tak tercatat 'bidang pengajian Islam' dalam field of study nya.

Bukan sahaja sedih dek terpinggir kesunyian dari agensi hebat, tiada pula borang permohonan untuk biasiswa agama secara online. Aduh, kenalah pula pergi sendiri ke pejabat Agama Islam memohon dermasiswa.

Sudahlah pilu kerna perlu ke sana sendirian, layanannya pula,,Masha Allah. Hanya Allah tempatku mengadu.
Tanya sepatah, jawab sepatah. 'Penat-penat' menyerikan muka sambil mengajukan soalan, si dia pula sibuk dengan komputernya sambil muka berkerut masam. Dengan takat jeling² sedikit, ingat aku ni siapa layaknya sebegitu. Nasib baik wujud juga sebilangan pekerja yang memurnikan hati ini dengan kata-kata lembut agak sopan. Itupun akak kaunter pertanyaan aras atas-atas.

Alahai, ini kah tempat yang terpampang 'ISLAM' besar-besar di dada bangunan mahupun gerbang gah pintu masuk utama. Malu. Malu. Sangat memalukan.

+  +  +

Bagaimana hebatnya perancangan Allah, tak mampu aku terangkan dengan tulisan ini.
Dalam sela-sela waktu nan sibuk mengumpul wang dan pengalaman buat bekalan di perantauan, dipanggilnya aku ke Bank Negara.Untuk ditemuduga biasiswa katanya. Subhanallah...
Tak sia-sia aku 'merungut' sambil berdoa padaNya mengadu nasibku dan sahabat-sahabat se'jurusan' ini.

Kalau tak berjaya dapatpun, apa kisah. Sekurang²nya bermula tahun ini, Allah sudah buka 'pintu hati' agensi hebat untuk menemuduga bakal siswa-siswi agama. Tahun depan harapnya akan diperluaskan lagi. Insya Allah.

Hmm,,
seharian aku di Bank Negara Malaysia(Maksudku di clubhousenya yang berdekatan dengan ibu pejabat) memberi aku 1001 macam semangat untuk berubah dan merubah.

Terlalu beza suasananya dengan tempat yang aku jejaki sebelum ini (Pejabat mewah yang tertera ISLAM besar-besar). Dari pak guardnya, cleaner²nya, usher²nya, hinggalah Human Resource Managernya, semuanya mesra² belaka. Eye-contact dijaga, senyuman manis tak lekang. Bahasa lembut kesopanan.
Wah, luar biasa ini.
Saat itu, aku terimbau-imbau balik layanan-layanan manusia di tempat yang ku jejaki dahulu. Masha Allah.

Lagi luar biasa, mereka sungguh beri sokongan moral, biarpun menyedari aku hanyalah seorang calon lepasan STAM entah dari sekolah kampung mana sementara yang lain semuanya lepasan A-Level, foundation dan lain-lain, lulusan sekolah dan kolej hebat-hebat.
Ini di Bank Negara Malaysia. Bersama pekerja² Bank Negara yang tidak adapun tertera ISLAM pada namanya.

Ya, Aku tahu suatu sikap itu terpulang pada individu untuk bertindak sebegitu. Namun Bank Negara telah membuktikan mereka berjaya membentuk "Qudwah Jama'ie". Orang pandangnya sebagai simbol kepada kemesraan dan simbol kepada perkara² lain. Pekerjanya sepakat dalam mempamerkan nilai islam yang mulia itu. bagaimana pula dengan syarikat² atau agensi² Islam?

Itulah dia. Dua situasi berbeza yang aku lihat di dua tempat yang berbeza. Seolah-olah tidak percaya kerna situasi² itu berlaku di tempat yang tidak sepatutnya berlaku. Tapi inilah realiti tanah airku saat ini.

Yang melihat dan menafsir,
Aku,
-Pelajar Agama-

~  ~  ~

*P/s:
1) Sahabat yang mahu sambung bidang Agama, Jangan Risaulah, Rezeki tetap akan ada. Ar-Razzaq akan memberikan rezekiNya selama mana kita berusaha hidup dengan namaNya Ar-Razzaq. Tidak hanya relax tak pergi kelas. Ayuh, Bangunlah dari merendahkan martabat agama dan paling kurang diri sendiri.

2) Kepada yang mahu sambung bidang professional (perubatan, ekonomi dan sebagainya). Jangan risaulah, kamu juga akan bisa 'mengislamkan' tempat lapangan kerja kamu. Bank Negara Malaysia sebagai contoh kecil yang 'aku' lihat. Tak menafikan ada juga yang masih perlu dimantapkan lagi dalam banyak aspek yang lain.

3) Kepada diri, bersabarlah. Perjalanan ini masih jauh. Perubahan hakiki tidak sama sekali berlaku sekelip mata dengan hanya berteori.
Situasi yang dilihat bukan untuk dihukum itu ini dengan kata² negatif. Tetapi untuk dijadikan pemangkin supaya terus berusaha mendidik masyarakat di samping membina jati diri. yang kian repuh.
4)Kepada semua, yang terdiri dari pelbagai macam manusia - Ustaz, doktor, jurutera, ahli politik, peniaga, penganggur -, hidup kita dimuliakan dengan Islam. Tak kisahlah kita siapa, meskipun jutawan ataupun agamawan, kita akan hina jika tidak menerapkan Islam dalam diri.

*Ops, bukan semua pejabat agama yang digambarkan seperti di atas ya.. 'aku' di situ hanya meneroka beberapa tempat sahaja. Di mana? rahsia lah. Aib..  ^_^
Mereka juga patut di-terima kasih kerna sudi menawarkan dermasiswa dan biasiswa kepada 'aku'.

Monday, 1 February 2010

KOBANNA : Nikmat dan Ujian

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna (KOBANNA) dalam melakar Agenda Bangsa @ Uniten Putrjaya.

Alhamdulillah, sambil berkonvensyen di putrajaya, sempat saya bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang kini semuanya berada jauh dari selatan.
Tambah seronok bila ramai kenalan saya yang selama ini hanya pernah berhubung melalui internet, akhirnya di dipertemukan buat pertama kali di kobanna. Antaranya ialah Emir.Abu.Khalil yang sebelum ini banyak saya temui nicknamenya ini di merata blog dan website juga facebook. Sangat peramah orangnya.


Guru-guru lama saya yang turut menyertai cukup mengharukan saya kerana terlalu banyak nostalgia pahit manis bersamanya. Lagi-lagi bila bersua dengan guru saya yang pernah memarahi saya ketika form 5 dulu. Selepas kejadian itu, saya tak sempat nak bermesra/berborak panjang dengannya (atas alasan yang 'baik' : byk urusan lain lebih utama dan sibuk study :).
Hinggalah hampir 2 tahun berlalu, saya dan beliau akhirnya diketemukan Al-Jami' dan saling beramah mesra bergelak ketawa. :D
Subhanallah, Inilah ni'mat besar yang diberikanNya
Nabi Sulaiman bila dpt ni'mat yang amat besar, baginda berkata : " Ini adalah kurniaan Tuhanku, untuk mengujiku samada aku syukur atau kufur "

Ustaz Fauzi dengan gaya yang sempoi2 aja.. :)
Beliau merupakan antara warden terawal di SMIHira' Jeram.
Moga moga saya dan sahabat-sahabat saya semua terus kekal bersyukur atas nikmat yang besar ini, Ukhuwwah.

+ + + + + + + +


Beberapa Jam selepas kobanna, hati saya yang sedang gembira kepuasan hasil kobanna tiba-tiba berubah.
Memang tak menduga, beberapa kenalan senegeri yang baru saja bergambar sama-sama sblm berpisah parah akibat kemalangan pulang dari kobanna.
Dalam talian telefon sejurus selepas kemalangan, sahabat saya hanya mampu menangis tak mampu berkata apa2 maka suasana hiruk pikuk yg kedengaran menjadi gambaran kpd saya apa sebernarnya yang sedang berlaku. Beliau ketika itu melihat dengan mata kepalanya sendiri sahabat-sahabat lain sedang parah. Ada yang masih tersepit di kereta, ada yang hancur jarinya, ada yang terpelanting dan parah kepalanya. Semua itu di depan matanya sendiri. Sungguh, saya tak pernah lagi mengalami kondisi sedemikian. Na'uzubillah.

Sudah Pasti, Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Daripada gembira, tak susah bagi Al-Qadir untuk mengubahnya menjadi Sedih. Dan begitu sebaliknya. Dari situ, saya lebih memahami, hakikat yang tersirat disebalik "Innalillah wa inna ilaihi Rajiuun" ...
Ya, tak ada tempat lain untuk kita kembali. Kecuali kpd-Nya.
Setinggi permohonan saya tak segan meminta saudara semua mendoakan sahabat-sahabat saya ini.

*p/s : Tentang kemalangan, diberitakan dari slh seorang mangsa kpd saya, tayar kereta yang dinaiki pecah lalu kereta hilang kawalan. Kemudian kereta berpusing2 dan terbalik. Pemandu kereta (Dr. Yazid )pd awalnya tersepit dan skrg masih di wad. seorang mangsa yg lain baru jalani pembedahan semalam dan jarinya terpaksa dipotong.

* kredit pada cameraman atas gambar yg diambil...

Friday, 18 December 2009

Impian Sejati

Assalamualaikum wbt.
Perihal Maal Hijrah kali ini, saya tertarik dengan perkongsian ringkas yang ditulis di facebook wall sahabat saya yang sekarang berada nun jauh di negara seberang.

"HIJRAH : The greatest sacrifice human history ever watch. The Muhajirin left EVERYthing and The Ansar even gave their WIVES! Moral : When you leave something in the cause of Allah, He will replace something much better for you."

terima kasih saya ucapkan pada beliau atas satu input baru buat saya di Malaysia ini.


* * * * * * * *

Alhamdulillah
Kepada Allah segala puji dan syukur, 1431 hijrah sedang saya dan saudara semua mulai redah. Maka dalam sedar atau tidak, sudah berkali-kali kita dengar tentang hijrah melalui ceramah umum mahupun usrah, tapi sampai sekarang tiada lagi Hijrah sebenar yang dilakukan oleh Umat Islam keseluruhannya yang diimpikan selama ini.

Pemimpin dan rakyat Malaysia sekarang (mungkin termasuk kita secara tak langsung) sedang rancak membangun negara mencapai wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Mahathir itu, namun sedarkah kita tahun 2020 nanti akan genap 100 tahun mengikut kalendar Hijrah, Islam kehilangan tampuk pemerintahan dunia? sudah genap 100 tahun Islam berkocakan lagi dipijak-pijak?

* * * * * * *

Okay lah. Saya anggap jelah yang saya dan kita semua sudah sedar. Mungkin tak semua, tapi boleh dikatakan ramai. Hatta pemimpin negara kita sekalipun. Lihat saja ucapan Tun Mahathir ketika mempengerusikan persidangan OIC pertama di malaysia dulu tu, berucap dengan lantang penuh semangat menyedarkan Pemimpin negara2 islam seluruh dunia tentang isu umat islam dunia khusus buat palestin. Hinggakan menjadi isu panas dikalangan pemimpin non-muslim waktu itu.

Malangnya, sudah bertahun tahun berlalu, dan masuk hari ini tambah lagi genap satu tahun berlalu. apa yang di capai?

~~~

Saya kira salah satu masalahnya adalah tersilap PETA. Ataupun sengaja guna peta lain, demi kepentingan tertentu.
Mereka dari Johor mahu ke KL, tapi yang dilihat di google map mahupun GPS di Handphone adalah peta Pahang.
Natijahnya, mereka sangka sudah sampai KL, mereka bergembira kerana akhirnya sampai juga ke destinasi setelah tempuhi perjalanan yang panjang penuh jerih payah.

Begitulah yang berlaku hari ini, Malaysia sangka ia sudah maju jaya. Semua yang dirancang manifestasi dari 'sedar'nya di tahun2 lalu sudah terlaksana.
Ia kini punya KLIA, KLCC, Sepang Circuit, smart tunnel, sudah menjadi johan badminton dan skuash dunia dan bermacam lagi termasuk yang berlaku semalam Malaysia juarai bola sepak sukan SEA. Malaysia sekarang juga sudah punya prinsip 1Malaysia yang diharapkan bisa memberi keadilan sejati dan ikatan yang murni.


Kita pula, sudah punya handphone, diceriakan lagi dengan sms ''~i luv u'' '' sweet dream~" menjelang malam hari dari kekasih.
Kita Sudah dapat 9A pmr, 12A spm, dan mungkin pernah gapai 4.00 di universiti. Sudah miliki rumah mewah, kereta besar dan gaji pula tinggi tinggi layaknya ilmuwan berpangkat Ph.D.

Tapi pokok pangkalnya,
adakah ini semua hakikat impian sejati kita selama ini?

Saudara, juga saudari,
kita kena ingat, janganlah dengan sebab tersilap peta sahaja, habis sia-sia usaha kita selama ini bak debu debu berterbangan, hancur tak bernilai...

*kullu am waantum bikhair~

Friday, 22 May 2009

Antara minat dan perlu, dia sedari...


Aduh,
Dilemma. Dilemma bukan kepalang. Habis otak diperah malam dan siang. Semacam parah dihiris parang.
Yalah, bukan senang nak memilih. Terlalu besar beza antara keduanya. Medic, dan syariah. Memang amat berbeza!

Mujur dia punyai Kekasih tercinta tempat mengadu dan istikharah.
Maka ketika itulah dia semakin hampir dengan Al-Qadir Yang Maha Menentukan Sesuatu.
Cis, bila senang dilupai. Sudah susah, baru kembali ! Hinanya dia.. Na'uzubillah min zalik..

Entah macam mana bidang yang tak glamour juga yang dipilih. Sedangkan sejak kecil teringin benar menjadi doktor Al-Hafiz. Yalah, siapa tak suka dapat title DOKTOR. Siap Al-Hafiz lagi ! Tak mustahil lah akan dipandang tinggi.


**************************
Saudara,
"Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Menciptakan"


Dia sedar,
bidang agama bukanlah bidang professional pada pandangan orang kebanyakan.
Oh, bukan saja tidak professional, malah menjadi sinar harapan bagi pelajar-pelajar yang tidak seberapa SPMnya. Menjadi pilihan terakhir bagi lepasan SPM yang tidak berjaya mendapatkan tempat di mana-mana IPT.
Takpun hanya menjadi tempat persinggahan para lepasan SPM untuk mengisi masa lapang pasca SPM. Bila sudah mendapat SPM cemerlang, keluarlah mereka. Macam hina kan?!

Walau-apapun, biarlah dipandang hina atau macam mana sekalipun,
Dia tetap meyakini hanya Allah yang Maha Berkuasa Menghina dan Memuliakan Sesuatu.Dialah Al-Mu'iz Al-Mudzil !

Dia sedar,
Di Malaysia ini, majoriti para lepasan SPM yang cemerlang hanya berminat mengambil bidang yang tampak gah-gah belaka : Medic, Law, dan macam-macamlah. Siapalah bidang agama untuk mereka. Kata orang kebanyakan, rugilah kalau budak-budak cream SPM sambung belajar khusus bidang agama.

Sebenarnya, memang sejak kecil lagi dia ingin benar menjadi doktor. Memang dia sangat sangat sangat mencintai ilmu bio kimia fizik itu yang sememangnya menambahkan imannya dan semakin merapatkannya kepada Al-Khaliq Al-Bari' Al-Mushowwir.

Namun, dia rasakan, betapa besar ruginya kalau dia tidak menguasai dan mendalami ilmu agama. Betapa rugi hidupnya jika tidak dapat menguasai Bahasa Syurga sekaligus Faqih agama yang suci ini.

Biarlah orang kata dia rugi kerana mensia-siakan result SPMnya. Tetapi yang lebih penting dia sedikitpun tak merasakan kerugian selagi mana dia berpegang pada prinsip " Bismikallahumma Ahya!" . Ya, setiap detik, dia cuba sedaya boleh hidup dengan nama Allah, An-Nafi' Yang Maha Memberi Manfaat. Mana mungkin An-Nafi' memungkiri Janjinya..

Dia sedar,
Orang kebanyakan memandang rendah bidang agama. Seakan-akan ilmunya boleh dipelajari di tepi jalan sambil menunggu bas.

Dia sedar,
Bidang agama tidaklah seperti medic atau lain-lain bidang yang professional belaka yang punyai eksperimen berbagai, masuk lab, berlambak-lambak assignment, ada kajian-kajian menarik luar kuliah, dan sebagainya.
Siapalah bidang agama nak dibandingkan dengan semua itu. Takat kuliah 5 jam sehari sudahlah. Pejam celik pejam celik, belek-belek buku, dah dapat Sijil Ijazah ! Mudahkan??

Namun,
Dia tetap sangat memandang tinggi ilmu Agama. Dan keinginannya untuk mendalami dan menguasai ilmu agama ( lebih khusus : Syariah Islamiyyah) sungguh meluap-luap !
Dia merasakan bukan mudah yang disangka untuk menguasai ilmu ini. Ia perlukan takhassus, perlukan disiplin ketat, talqqi khusus dengan para ulama' hadith, usul fiqh, dan sebagainya. Perlukan kajian yang mendalam di dalam dan di luar kuliah juga. Perlukan penjagaan dari pelbagai sudut. Seperti medic jugalah. Cuma mungkin sistem pembelajaran bidang agama tidak secanggih bidang-bidang yang lain. Sempoi-sempoi ala kadar saja. Kasihan.....


Dia dapati bukan senang nak menghafaz kesemua Qaedah-Qaedah Fiqh, Al-Quran,hadith apatah lagi mahu memahaminya sepertimana yang difahami Rasulullah dan generasi-generasi agung terdahulu. Lagi-lagi sumber-sumber ilmu agama : Al-Quran, Hadith, Kitab-kitab ulama' terdahulu adalah berbahasa Arab. Memang penguasaan Bahasa Arab patut mantap. Bukan takat boleh bicara arab, malah lebih. Kena dalami seni-seninya : balaghah, nahu, saraf, a'rudh, dan bermacam-macam.

Memang dia akui,
Memang dia sudah melihat dengan mata kepala sendiri, berbondong-bondong graduan agama yang pulang ke Tanah Air setiap tahun. Bersepah-sepah golongan ini di serata Malaysia.
Dia sendiri sedari betapa bezanya golongan ini berbanding golongan yang professional belaka yang hebat bekerja berjuang berdakwah dalam masyarakat. Sangat kuat pengaruhnya.
Siapalah golongan agama yang kebanyakannnya hanya berfungsi di surau-surau, masjid-masjid, atau di ceruk-ceruk kampung. Tugasnya seperti biasalah, tak lain tak bukan, takat baca tahlil, baca yassin, akad nikah, kuliah-kuliah maghrib.

Mungkin. (bahkan benar?)
dengan salah satu sebab inilah dia berhajat menyambungkan pelajarannya dalam bidang agama.
Pendapatnya, kalaulah hanya golongan yang low class akademiknya, yang asyik fail examnya dan teruk SPM saja yang ambil bidang agama,
Sampai bila nak tunggu Malaysia ini dapat merasai nikmat, rahmat hidup di bawah syariah Islam.
Hatinya sering timbulkan persoalan tanda tidak selesa dengan realiti kini, "Sekarang, negara yang tadbir agama atau agama yang tadbir negara?"

Nah,
Rupanya dia sudah tak selesa tambah bosan!

Dia sudah bosan melihat kelesuan ulama' contemporary dan graduan-graduan agama di Malaysia hari ini. (x bermaksud semua)

Dia sudah bosan melihat graduan-graduan agama (x bermaksud semua) yang hilang kredibilitinya yang kesannya mereka hanya bekerja terima arahan pihak atasan kerja itu kerja ini, lalu di mana natijahnya pada Agama ?

Dia sudah bosan melihat sistem-sistem di kebanyakan pos penting di Malaysia ini tidak ikuti undang-undang syara'. Penasihat syariah hanya tinggal sebagai boneka. Memang bijak pihak 'atasan' mereka mempergunakan mereka. Berjaya mengaburi pandangan masyarakat.

Dia sudah bosan melihat graduan agama yang syok sendiri, pergi ceramah sana sini, bagi kuliah sana sini, dapat jemputan sana sini dapat masuk TV. Memang bagus. Memang dia hormati.
Tapi baginya, agak kasihan, kerana ramai mereka yang solo. Syok sendiri, Tak Haraki. Dapat duit, dapat nama, dapat macam-macam. Untuk agama?

Dia sudah bosan melihatkan kebanyakan graduan agama menimbulkan fitnah terhadap agama.

Ya, dia sudah bosan. Bosan teramat.
Dalam hati, tak guna bosan tanpa amali hanya berdiam diri...



Alahai,, apalah nasib bidang ini, sampai jadi sebegini.
Dalam hati, takkan nak biarkan begini.
Dalam hati, nantikan perubahan suatu hari nanti...




Yang benar,
Dia
-pelajar agama-

Friday, 1 May 2009

Aturan Allah, siapa sangka..


Beburung bertebangan berarak berkumpulan kembali ke sarangnya. Melalui kicauan-kicauannya, tampak sungguh bahagia mereka ketika ini . Barangkali lumayan hasil kerjanya hari ini.

Dari suram pagi.Dia kembali, menayangkan diri. Kemudian menerangi bumi. Lantas membenamkan diri. Itulah dia sang mentari.
Waktu ini, dia sudah mula melambai-lambai, tanda amanah sehariannya hampir usai. Memang ia menjalankan tugas tanpa cuai.

Itulah peraturanNya. Ada usaha, Ada hasilnya. Ada Siang, adalah juga malam. Ada Susah, sudah pasti ada Senang selepasnya. Ada lelaki, ada juga perempuan. Wah ! cantik sekali peraturanNya. Memang kemas lagi teratur.

Sungguh, dalam kebanyakan senja, hanya senja ini tiba² membuatkan penulis terimbau kembali kenangan lampau tika kecil² dahulu hinggalah hari ini bersama seorang Insan yang penulis rasakan Ia cukup Istimewa buat penulis. Apalagi beliau merupakan satu-satunya insan yang bergelar abang kandung penulis.

+++++++++++++++++++++++++

Siapa dia? ini orangnya. Suhaib namanya. Satu-satunya abang kandung penulis di dunia ini. Ya, cuma penulis dan dia yang lelaki daripada 'kesebelasan utama'. (hah,cukup untuk membina satu pasukan bola)..







@ M'donald, 1991 (dulu-dulu tidak boikot kan?)


Raya 1993







Alahai rindunya saat kecil-kecil dahulu.
Kini. Semuanya sudah membesar. Hatta rumah pun tidak tertampung keselebelasan utama kami ini.


Subhanallah.
Cuma tinggal beberapa jam lagi, suhaib akan meninggalkan zaman bujangnya. Sekaligus menjejakkan kaki ke alam yang baru.

Harap saudara semua dapat mendoakan keberkatan Rumah Tangga beliau yang akan terbina sebentar saja lagi dan doakan juga kejayaan beliau dan bakal Isteri di Dunia dan Akhirat.

Bersambung.......

Monday, 9 March 2009

Saya dilamun Chinta !



"Duhai kekasihku..

Kini,
Daku mengerti mengapa sahabat akrabmu Abu Bakar As-Siddiq ra menangis sekuat tenaga sehingga Ia jatuh pengsan tatkala mendengar pengakuanmu bahawa saatmu meninggalkan beliau telah pun hampir.

Kini, daku mengerti mengapa Ali r.a menggeletar tubuhnya tatkala mendengar khabar saat pemergianmu hanya tinggal beberapa waktu sahaja.

Kini, daku mengerti mengapa betapa Umar Al-Khattab r.a si gagah perkasa tatkala kewafatanmu menghunus pedangnya dan berdiri sambil berteriak,"Barangsiapa mengatakan Rasulullah s.a.w. telah wafat,aku akan memenggal lehernya ! Sesungguhnya beliau sedang mengunjungi Rabb-nya sebagaimana nabi Musa a.s. menjumpai Tuhannya di gunung Thur."

Kini, daku mengerti mengapa Muaz b. Jabal nun jauh di negeri Yaman menjerit sehingga tidak sedarkan diri bila mendapat khabar melalui mimpinya tentang kewafatanmu jauh ratusan batu dari tempatnya.

Kini, daku memahami perasaan Bilal r.a. Betapa pilu hatinya sehingga tidak mampu meneruskan azannya lantaran sebak tak terkata bila hendak menyebut namamu.."

Duhai kekasihku Nabi Muhammad S.A.W, daku mencintaimu setulus hati..."

-Kekasihmu, Ahmad ibnu Khairuddin-
12 Rabi'ul Awwal 1430
(wah! sudah lama engkau pergi !)




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Subhanallah.
Walau tak pernah bersama mahupun melihat wajahnya, Cinta penulis padanya kian menjadi-jadi. Apalagi bila akhir-akhir ini penulis asyik menelaah kisah-kisah hidupnya. Cukup kisah-kisah benar tentang dirinya membuatkan hati penulis benar benar jatuh cinta padanya. Memang kalau ikutkan hati mahu memeluk erat tubuhnya sekarang juga !

Penulis akui,
Mana-mana kisah di dunia ini tak dapat menandingi kehebatan kisahnya. Lihat saja kisah-kisah tokoh seluruh dunia dari kurun lampau hinggalah terkini. Takpun cuba lihat movie² atau filem² box office yang memenangi berlambak² anugerah oscar itu, memang mustahil penulis dan saudara semua menemui kisah yang dapat menandingi kehebatan kisahnya. Tak hairanlah jika sang kufur pun mengi'tirafnya no.1 tokoh paling berpengaruh.

Nah, inilah kehebatan kekasih tercinta penulis. Jangan cemburu duhai manusia-manusia jalanan nan murahan semua(bukan saudara, harapnya) !



Subhanallah. Maha suci Allah.
Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan kita cinta pada-Nya dan kekasih-Nya Rasulullah S.A.W

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1551 :
Dari Anas r.a.: Ada seorang laki-laki menanyakan kepada Nabi s.a.w. mengenai kiamat. Katanya: "Bilakah hari kiamat?" Beliau bersabda: "Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?" Katanya: "Tiada suatu pun selain mencintai Allah dan RasulNya". Beliau bersabda: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami kerana mendengar sabda Nabi s.a.w.: " Engkau akan bersama orang yang engkau cintai!" Kata Anas: "Saya mencintai Nabi, Abu Bakar, dan Umar dan saya mengharapkan kiranya saya bersama mereka kerana mencintai mereka, sekalipun saya belum beramal serupa amal mereka".

Assalamualaikum w.b.t

*Kita seronok makan sedulang bersama sahabat rapat, cuba bayangkan kita dapat makan sedulang bersama Rasulullah..
*Cuba bayangkan tatkala kita lemah, Rasulullah memberi kata-kata semangat pada kita seperti mana yang diterima Abu Bakar sedang mereka berdua-duaan di gua Thur..



-Sahabatmu, Ahmad ibnu khairuddin-
Keramat, Kuala Lumpur

Saturday, 14 February 2009

Sahabat bertanya, saya jawab..


Baru-baru ini,
Seorang sahabat penulis yang tinggal jauh di negeri jiran bertanya satu soalan melalui alam maya internet ini..

bahkan hakikatnya akhir-akhir ini ramai yang bertanya tentang hal yang sama ini kerana ada yg terkejut dan tak sangka dengan pilihan penulis untuk meninggalkan rumah kesayangan ini buat sementara waktu untuk menuntut ilmu dalam bidang tertentu..Malah ada juga yang tidak senang hati dengan hal ini.. tak mengapa..penulis faham..penulis terima..

Maaf penulis tidak sempat menjawab sebenar-benarnya.

Mungkin di sini boleh terjawab sedikit ?

++++++++++++++++++++++++++

sahabat penulis bertanya :-
"how about someone is asking you.."
"wut's ur story for the next 10 years..? what's the most important thing that you will tell him.??"

Jawab penulis :-
"I'm sorry if i write in malay as my english is very very poor since my childhood until NOW..
..what's the most important thing that i will tell him if he asked about my future? next 10 years??

hmm..my answer:-

" oh..it's a very good question..
In 10 years time, i'll be an extraordinary dad. A Dad that build many pious generations which will be the backbones(am i rite?) of the ummah .."

last but not least.
i would like to highlight to u that every person has his/her own choices and we should respect his/her choices.
Differences make us unite ! "



"seperti pelangi..
tak menarik jika ada satu warna sahaja.
kepelbagaian warna itulah yang membuatnya cantik tambah menarik.
ia juga sbb warna2 itu diatur dan disusun sebaiknya..tidak bergaduh2 menolak2 sesama sendiri dan akhirnya mebuatnya comot2 tak menarik lantas meng'slek'kan pandangan mata manusia.

hebat ya pelangi..apatah lagi Penciptanya..Al-Khaliq, Al-Jami'..

sama2lah kita bersatu...!"


Moga tenang selalu..jagalah hati..jangan sangka buruk..
Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

Thursday, 25 December 2008

Saya suka mengira !



Akhir-akhir ini, penulis asik tak berkesempatan untuk menunaikan hajat-hajat sebahagian daripada saudara samada untuk menulis artikel tertentu mahupun design-design dan macam-macam lagi. Maaf ya..Tapi penulis akan cuba juga usahakan juga hajat-hajat saudara.


Bukan apa,
macam bisneslah..kita ada RM1000 000, apa yang patut kita buat?
Nak labur ke syarikat mana? Sudah tentu syarikat gergasi yang mencipta banyak wang berganda-ganda lumayan.

Begitu jugalah dengan penulis dan saudara semua dalam menguruskan masa.

Penulis selalu membayangkan ataupun main kira-kira,

Kalau setiap hari kita tidur lebih sejam dari yang diperlukan. Hasilnya jumlah masa terbuang terkumpul sebanyak 365 jam setahun !
Nah, banyak benda sebenarnya boleh buat kan?
Berapa banyak buku kita boleh khatam? berapa juzu' boleh hafal? mungkin master/Ph.D pun boleh disiapkan dalam masa 365 jam yang terbuang sia-sia itu. Alahai ruginya ketika itu.

Itu baru tidur terlebih. Belum lagi cerita aktiviti-aktiviti 'normal' dalam cuti sekolah yang saudara nikmati 2 bulan ini (bagi yang masih sekolahlah) .Setiap hari membazir masa 3 jam minimum (ya lah, asyik bermain game,Internet,blog yang 'normal', lepak, dan lain-lain) . Nah, terkumpul 180 jam terbuang sia-sia dalam masa cuti sekolah ini. Berapa banyak perkara boleh buat ? Agak-agaknya, sudah cukup untuk tamatkan beberapa silibus SPM ! (bagi yang otak SPM orientedlah) .

Bagi yang semangat-semangat dakwah pula, dah berapa ramai orang boleh 'diumpan'/'dipancing' dalam masa ratusan jam ini ! berapa banyak program tarbiyah boleh dijalankan..

Ini bukan rugi kecil ! silap-silap dengan masa terbuang inilah buat kita sipi-sipi lagi nak melepasi titian sirat lantas disumbat ke dalam neraka. Na'uzubillah.

Thursday, 11 December 2008

Kembara Mencari Keyakinan..

Bukan hira' yang menjauhi, tapi penulis yang menjauhi, namun pasti sekali tak lari dari hati.
Apakah daya, taqdir Al-Qadir telah hadir menjadi takdir yang selama ini hanya khabar di bibir.

Memang sebenarnya hati penulis kian merindui saat-saat manis lagi romantis nun jauh di Kg.Jeram sana, bermercu tanda menara gah tersergam indah berstatus kawasan larangan itu.
Ini baru penulis, belum lagi senior² yang sudah bertahun-tahun keluar. Kan?

Rasanya ingin sangat dikongsi apa yang dialami selama ini.


++++++++++++++++++

Dulu kala.
Rasa gah hidup di Malaysia ini (Maklumlah,negara Islam contoh mithali katakan).
Tak pernah peduli saudara di luar sana. bergembira sakan dengan " dunia ini aku yang punya ! " .
Mungkin penulis ketika itu sama macam., " town boy". Ya lah, ketika di sekolah lama dulu, sudah setengah tahun, baru menghafal 5 muka ! sedangkan rakan-rakan lain sudah berjuz-juz. Apa yang disibukkan tak lain tak bukan dengan menghayati bait-bait In The End, Linkin Park itu, takpun sibuk dengan perlumbaan haram dalam Need For Speed. Memang penulis dulu² fanatik dengannya.

Aduh, Balasannya sangat berat ketika itu, iaitu pindah sekolah jauh di pelusuk kampung terpencil..



Lama-kelamaan.
Memang rasa segan sebenarnya. Penulis hakikatnya hidup di tempat kecil di atas bumi yang luas ini. Mungkin besar negara 'Islam' ini tak sampai 10% daripada bumi, kan? (maaflah, penulis tak serius belajar geografi di sekolah dulu)

Nah, dari sini penulis kenal penduduk dunia.
Ada Bush. Ada Osama. Ada Palestine. Ada Mesir. Ada Hasan Al-Banna. Ada Ikhwanul Muslimin. Ada Turkey.

" Mad, tau tak ada apa dengan 1924? " tanya seorang senior ketika awal² masuk sekolah dulu. Eh, beliau sekarang sudah menjadi abang ipar penulis. he he he..

Wah, ada Kerajaan Islam Hebat rupanya ! , yang kian hanya tinggal kenangan di helaian kertas buruk mahupun muzium, angkara si durjana
Kamal Attartuk !
Nah, ada juga Iluminati, freemason dan macam² lagi gerakan halus tersembunyi ya.

Apa-apapun
Pengembaraan tak putus begitu sahaja,
Mata hati semakin terbuka luas. Bum
i sfera yang besar ini tergolong dalam kumpulan makhluk² sfera yang bertawaf mengelilingi sang suria. Ketika itu baru tahu cahaya yang diterima setiap hari rupanya sumbernya jauh sekali dengan kelajuan 3.0 x 10^8 m/s, tak tertakalahkan oleh mana-mana kelajuan mesin² canggih ciptaan Mat Salleh.

Bukan itu saja, ketika ini penulis memang patut merendah diri serendah-rendahnya tatkala mendapati sistem suria ini sebenarnya hanyalah setitik dalam Milky Way yang terdiri daripada ratusan juta bintang nan bersinar-sinar menghiasi angkasa raya.

Tak cukup dengan itu. Sang Milky Way hakikatnya adalah satu daripada berbillion-billion Galaxy di angkasa raya laksana seluruh butiran pasir di bumi . Bahkan Lebih. Memang lebih (menurut kajian pakarlah).
Bayangkanlah saudara !
Siapa saja yang mengetahui hakikat ini ?
Hakikatnya ramai yang mengetahui hakikat ini. Bahkan zaman ini mungkin sang kafir yang terdahulu mengetahui hakikat ini.
Lihat sahajalah
Stephen William Hawking, si genius fizik. Beliau sendiri bersaksi bahawa manusia memang patut rendah diri apabila mengetahui hakikat ini. Lebih menakjubkan lagi teori Bigbang beliau mirip² dengan ayat Al-quran.Hebat bukan?
( w/pun Ulama' tak mensahihkan teori itu benar2 sama dengan ayat Quran)

Nah,
Teramat Untung Besar mengalahkan alam semesta besarnya,
pengetahuan penulis dan saudara tak terbatas.
Di sebalik berbillion-billion bintang hiasan duniawi ini, penulis dan juga saudara gapai kefahaman dan keyakinan pada Al-Wasi', Al-Mutakabbir, Al-Qahhar, Al-Khaliq, Al-Hakam, iaitu Allah S.W.T. yang menciptakan alam yang luas tak terbayang ini dan yang menetapkan segala hukum di dunia ini.

Mereka sang kafir dengan gah dan bangga menggelarkan hukum² yang mereka jumpa dengan Ohm's Law, Einstein's Equation,
Newton's Law of Gravitation dan bermacam-macam lagi.

Tapi kita dengan gah mengatakan ini adalah Hukum Tuhan kita Yang Maha Esa, Yang Maha perkasa, Yang Maha Menciptakan, Allah S.W.T !


"Katakanlah: Allah itu Pencipta segala sesuatu,
dan Dia Maha Esa dan Maha Perkasa."(Ar-Ra'd :16)



Sunday, 17 August 2008

Belum fikirkan?

selesai 'melancong' seketika di syurga dunia nun jauh di Darul Takzim sana, akhirnya pulang juga ke sekolah jauh terpinggir di hujung jeram ini.

Asalnya hanya mahu berehat-rehat dek kerana penat berjalan jauh, tapi terhalang lantaran hujan soalan turun tak henti².
Tapi malangnya jawapan yang diberi mungkin terlalu ringkas dengan menyatakan sakit kepala. :) Mana tidaknya, Ratusan manusia bertanya. Takkanlah semuanya mahu dijawab lengkap. Setiap yang berhak ada haknya juga. Banyak lagi kerja yang jauh lagi penting dari itu.

Maaf penulis ucapkan.
Disinipun jadilah untuk penulis menjawab soalan², duhai sahabat², adik², guru² yang dicintai,


++++++++++++++++++

2008 tarikh bersejarah, di mana penulis mendapat ujian sakit² kepala teramat. Setiap minggu ada-ada saja makhluk pening itu singgah di kepala ini. Dan mungkin, sudah berpuluh² kotak kosong dalam borang kehadiran kelas Ibnu Abbas sana
Macam biasa penulis konon-kononnya rasa tak kisah,tak risau, penulis yakin ia adalah kafarah dosa.

Lantaran itu, ramailah saudara² penulis di Hira' yang belum pun melepasi SPM, jauh degree apatah lagi PhD, membuat kesimpulan sendiri,

" Migrain ni.." " Cancer kot ! banyak sgt mkn gula² yg ada mutagen" " Penat Jadi KU lah ni.." " Tension sangat ni..fikir masalah sekolah" " Banyak sangat masalah diambil sebagai masalah.."
"Relaks mad, rehat² dulu inilah cabaran.."

he he he..
Terima kasih tak terbilang penulis ucapkan atas niat baik mereka.Bagus.
Cumanya duhai saudara, dengan yakin penulis menyatakan jawatan rasmi sekolah ini tidaklah memenatkan apatah lagi mentensionkan.

quran
"Ingatlah, sesungguhnya orang yang mematuhi Allah, mereka tidak merasa takut dan tidak berdukacita."

Tidak ada apa-apa pun. Buatlah kerja bersungguh-sungguh dengan Bijak, Berbincang, dan Berani.. 3 kunci penting di situ. Dari situlah rasa seronok bekerja di samping rasa ianya bukan remeh. Kerana Amanah dari Allah S.W.T .


Nah,
Tanpa diduga, saat penulis hampir menduduki SPM inilah sakit itu memuncak.
Penulis kira hampir sebulan juga meninggalkan pelajaran sambil saudara² setingkatan terus laju berenang-renang di lautan silibus Sijil Pelajaran Malaysia yang mencabar itu . Tambah mereka semua berpeluang melalui seminar² yang bermacam² dan ada mengambil kelas tambahan pula.

Alhamdulillah, itu rezeki mereka.

Akhirnya, Yang Maha Berkuasa mengatur penulis untuk berjumpa doktor. Kali ini Bukan doktor biasa.Bukan lagi doktor² di Sungai Buluh atau Kapar tajaan sekolah itu.
Ruang biliknya bersepah sijil² dari universiti ternama serta sijil specialist. Memang hiasan dindingnya berupa sijil² kemas diframekan

Oh, tak hairanlah untuk menjadi tetamunya dalam beberapa minit sahaja sudah mencecah puluhan ringgit.
Bahkan boleh mencapai 3 atau 4 angka kalau lama².
Itulah kelebihan orang berilmu. Rezeki datang mencurah-curah.

Aduh, dengan tidak semena-mena penulis buat pertama kalinya diundang untuk memasuki terowong kecil.
Oh, harganya takyah ceritalah.
Kira-kira cukup untuk memasuki Smart Tunnel di KL ratusan kali. Takpun bagi kanak-kanak, cukup untuk menjelajahi terowong Akuaria berpuluh-puluh kali hingga bosan.

Mana tidaknya, kos penyelenggaran satu terowong (MRI scanner) ini sahaja mencecah jutaan ringgit Malaysia untuk satu tahun.

Akhirnya terbongkar segala rahsia² dalaman kepala ini.
Sambil melihat² keputusan daripada 'terowong' tadi, dengan yakin si pakar tadi membuat kesimpulan :

"ohh..Allergic ni. ada bengkak² at your saluran telinga-hidung . So,the air pressure is not equal. Sebab tu lah selalu pening pusing²"

"Next 2 week, meet the ENT specialist"

Wah wah wah, ringkas jawapannya. Memang sangat ringkas dan penuh keyakinan.
Siapa tak tertarik, statement ringkas daripada beliau kepada pesakit sudah terlebih cukup untuk sara hidup diri dan keluarga. Jangan hairanlah melihat mereka semua berumah banglo seperti istana, kereta import mewah bersepah di laman rumah sedang si anak hanya seorang dua.

Itulah Rezeki mereka. Itulah Ilmu.


Dari Salim r.a., dari bapanya, dari Nabi saw. sabdanya: "Tidak boleh dengki melainkan kepada dua macam: Pertama, kepada orang yang dikaruniai Allah ilmu Al Quran, lalu diamalkannya siang malam. Kedua, kepada orang yang dikaruniai Allah harta kekayaan, lalu dibelanjakannya siang dan malam (di jalan Allah)." (Hadith Sahih Muslim)
*Jilid 2. Hadis Nombor 0782 Topik adalah Solat.

Untuk kita, yang berjiwa pemuda,
Terlalu banyak pengajaran yang jauh luar biasa besar boleh didapati daripada segala perkara yang berlaku di sekeliling kita . Bukan lagi seperti pengajaran² tatkala menjawab soalan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam SPM yang penuh dengan beraneka skema dan teknik² menjawab itu.

Harapnya saudara juga dapat sama-sama berfikir sambil berkongsi pengajaran dengan penulis..



Duhai Saudara tercinta,
"Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sejumlah besar di antaramu. Belumkah kamu fikirkan?"
(Surah Yaasin : 62)


.





Saturday, 19 July 2008

Saudara, Hargailah !

Subhanallah..
Pantas masa berlalu, sudah lebih seminggu penulis tidak bersekolah lantaran ujian kesihatan yang melanda.
Sudah satu minggu lebih penulis meninggalkan pelajaran akademik mahupun kokurikulum.
Sudah semingu lebih juga penulis meninggalkan tugas-tugas rasmi di sekolah.
Alhamdulillah sahabat-sahabat penulis semuanya dapat mengambil-alih tugas-tugas penulis dengan jayanya.

Pasti sekali al-Hakim yang Maha Bijaksana memberi sakit ini pada penulis dengan tidak sia-sia .terkumpul 1001 hikmah tersirat.

+++++++++++++++++++



" Dokumentasi buat?"
"Laporan dah siap?"
"ehmm..insya Allah agenda liqa' kita pada kali ni..."
"Mcm mana perkembangan biro nta? "
"ala..mudahje.takyah susah2.."
"Mcm mana projek kita?"
"alhamdulillah mission kita berjaya.."
"eh,ana lupa la..maaflah.."

oh,
Memang pasti ungkapan-ungkapan ini biasa didengari bukan?
Lagi-lagi yang menghandle ataupun yang bekerja dalam sesebuah organisasi di sekolah.
Tak kiralah samada organisasi dorm, kelas, persatuan dan sebagainya yang bermacam-macam itu.

Subhanallah. Maha Suci Allah,
mengenangkan 'ungkapan-ungkapan biasa' ini, terimbau penulis akan kerja-kerja ataupun perihal-perihal mahal berharga bak mutiara kirana di sekolah sana, bersama sahabat tercinta.


Penuh dengan cabaran dan ujian. Tidak susah, cuma mencabar.
Memang terbukti pula kerja-kerja menjadi ringan bila dibuatkan bersama sahabat-sahabat. Itulah sunnahnya. Bahkan disuruh oleh Al-Kabir Al-Jami' supaya kita bekerja secara jama'ie.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maha suci Allah dari sebarang kecacatan,
Hanya Engkau sahaja yang dapat menenangkan hati ini yang kian merasai kerinduan yang teramat.

Hati ini semakin hangat dengan kerinduan buat sahabat-sahabat di sekolah sana.
Tidak sabar-sabar untuk bertemu kembali mereka di sana biarpun baru satu minggu tidak bersua.

Masakan tidak,
Baru-baru ini sahaja, tak putus-putus mereka menziarahi penulis tika sakit.
Ada yang sanggup mengorbankan waktu prep untuk menjaga sambil mengurut2 kepala penulis.
Tidak kurang juga yang tidak melelapkan mata sehingga lewat malam jam 2-3 pagi untuk mengelap-ngelap kepala penulis yang semakin panas membara.
Siapa sangka seorang yang selalu dimarahi ditegasi penulis lantaran kes-kes berat yang dibuatnya juga telah menziarahi penulis bahkan disertai secawan sirap sejuk makcik kantin.
Nah, ini baru secebis sahaja dari jutaan perihal yang telah dilalui bersama.

Tidak ragu-ragu lagi mereka telah menyahut seruan Rasulullah S.A.W :

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hakikatnya,
Itulah yang tersurat dalam sirah Rasulullah SAW dan para Sahabat.
Biarpun berlainan latar belakang, bangsa, kulit, umur dah sebagainya ikatan sesama mereka tidak kaku sama sekali.
Jangankan duit,masa dan isteri, NYAWA pun mereka sanggup korbankan untuk menjaga kebajikan seseorang daripada mereka demi kebajikan seluruhnya.

Sungguh
, itulah Allah yang Maha berkuasa membolak-balikkan hati hambaNya.
Itulah Allah berkuasa memberikan kenikmatan Ukhuwwah pada hamba-hambaNya.

“Jika kamu belanjakan apa yang di bumi seluruhnya sekalipun nescaya kamu sekali-kali tidak akan dapat dijinakkan di antara hati-hati mereka tetapi Allahlah yang menjinakkan antara hati-hati mereka”
(
Al-Anfaal:63)


Semoga kita sama-sama mendapat perlindungan daripada Allah di hari dimana manusia tidak mendapat perlindungan melainkan 7 golongan. Salah satunya manusia yang bercinta kerana Allah S.W.T.

Duhai saudara, hargailah persahabatan ini !

Monday, 26 May 2008

Inilah Islam !

Ya Rahman, ya Quddus, ya Malik..
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. " ( al-Fatihah : 6-7)

Subhanallah, alhamdulillah, La ilaha illallah
"sesungguhnya lafaz subhanallah, alhamdulillah, La ilaha illallah wallahu akbar bisa menggugurkan kesalahan-kesalahan, sebagai mana pohon yang menggugurkan daunnya.( Riwayat Ahmad)

Subhanallah,
alhamdulillah iman kita yang teramat mencabar untuk dijaga, terjaga dalam musim cuti sekolah yang ramai tewas dan menyerah diri dengannya. Tak cukup dengan tembakan jet pejuang, nah, terkena kita dengan sistem sekular yang 'mereka' susun kemas. Strategi 'mereka' berjaya. Lihat, bila cuti sekolah, terhentilah pelajar dari belajar ataupun menjalankan tugas sebagai hamba Dia.

+++++++++++++++++++

Ops,
S
ebut saja sekolah, ter'minat' penulis untuk menulis akan beberapa hal berkaitan isu² kecil di sekolah penulis. Bahkan memang berlaku di serata dunia.
Isu apa? lihat saja di shoutbox,
faham sendirikan?

Bukan apa, cuma mahu menjelaskan kepada mereka yang mahu memahamkan.Supaya sama
² dapat berjalan di atas jalan yang lurus.

Sebelum itu, terima kasih penulis ucapkan pada kedua² pihak yang saling berhujah di shoutbox blog ini. Baik yang berniat hendak menasihat dan apa jua lagi niat yang tersimpan.

Cumanya, pesan penulis : pastikan tidak membuat fitnah tak berasas dan tidak berkata
² ikut nafsu.
"dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan" (al-Baqarah : 191 )

"Tiga perkara yang merosak : Kikir yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ketaajuban seseorang terhadap pendapatnya" (diriwayatkan at-Tabrani)

Jujurnya, tersenyum lebar dan mungkin ketawa kecil
pertama kali penulis melihatnya.
Semacam besar sangat isunya. Semacam rumit penyelesaiannya. Semacam kalah isu palestin..

Penulis dan sahabat-sahabat penulis berpendapat mungkin isu kecil ni ditimbulkan oleh golongan bukan sejantina penulis, menurut laporan dan kajian.
Kaum adam jangan pula ambil ringan & lepas tangan, ada juga yang tersilap langkah.

Hakikatnya mudah saja.
Rujuk pada contoh yang real lagi praktikal. Apa lagi kalau tidak Sirah Rasulullah S.A.W.
Al-Quran memang awa
² lagi dah tak terkalahkan..

Lihat !
Pendapat Saidina Umar al-Khattab sering kali berlainan dengan Abu Bakar dan Rasulullah S.A.W.
Apa Umar buat?
Mudah saja. Beliau jumpa Rasulullah dan berbincang. Akhirnya terima dengan tulus hati dan saling berlapang dada.
Kan Mudah.

Tidak seperti manusia yang tidak jelas matlamatnya : berkata
² belakang, fitnah tak berasas, dan sebagainya.Akhirnya timbul permusuhan sesama muslim/ah .
Kan lagi susah tambah rumit kalau begini. Di mana kekuatan Islam ketika ini?


+++++++++++++++++++

Konklusinya, beberapa pesanan praktikal penulis sebagai seorang muslim kepada saudara/i :

1) Sekiranya tindakan yang dilakukan oleh seseorang muslim yang lain, bercanggah dengan apa yang kita faham, Bincanglah dengan hikmah. Kerana mungkin kita tak mengetahui atau tak memahami hal sebenar yang sedang berlaku yang membuatkan seseorang itu bertindak sedemikian.

2) Sekiranya berlaku sebarang ketidakfahaman / ketidakpuashatian, rujuk mas'ul (ketua) masing-masing. Yang bukan jantina lelaki sila rujuk mas'ulah yang dipertanggungjawabkan. dan sebaliknya.

3)Jangan buruk sangka & bertindak melulu.Ini bukan akhlaq seorang muslim/ah.
Kesannya akan menimbulkan perkara yang tak diingini seperti mengumpat, fitnah dan sebagainya.Ingat Pesan
² Nabi S.A.W dan amaran² Allah S.W.T kepada orang yang melakukan sedemikian rupa.

4) Jangan jadi pengecut. Tegurlah seseorang dengan hikmah. Zahirkan diri sebenar, supaya orang yang ditegur dapat memahami kehendak penegur itu. Boleh saja melalui email, handphone, YM, meeting, surat, jumpa secara personal . dan lain
² yang tak melanggar hukum syara'.

5) Yang ditegur pula jangan sombong. " tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan meskipun seberat dzarrah" (Diriwayatkan Muslim)

ha, praktikkanlah


Inilah Islam..!
" Dan, Dia memberi balasan kepada orang-orang ynag berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga), iaitu orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji selain dari kesalahan-kesalahan kecil." (An-Najm : 31-32)

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP