Saturday, 22 December 2007

Tadabbur Seerah Agung





فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَر
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah"
(al-Kautsar:2)

Tuesday, 18 December 2007

Korbanlah duniamu...

Aroma harum embun-embun fajar Zulhijjah tercium puas oleh saya.
Tambah bahagia pagi itu,tubuh lebih segar bugar hasil senaman berat semalaman.

Sambil melangkah kemas ke tempat pengabdian,
Tercabar tambah pilu , melihat nyonya-nyonya keluar lebih awal dari saya.Tapi mereka tidak solat.Hanya bersenam,menyihatkan jasad.Menghiraukan roh.

Tambah guris campur hangit pagi sejuk itu,
muka sama sahaja di sana,tambah semuanya sudah tua memakan usia.Hanya menunggu masa meninggalkan dunia sepenuhnya.Pemuda lain entah ke mana kalau bukan nyenyak dihibur permainan laknatullah.
"Oh,biasalah tu, masih awal lagi era perubahan di Malaysia."Saya cuba menenangkan hati.

Bukan mudah nak korbankan nafsu.Lagi-lagi pemuda zaman sekarang.Senjata rahsia kebangkitan.
Angkara kafir dan syaitan durjana,tersekat pemikiran mereka dengan belenggu-belenggu jahat.Hanya sampai alam sementara,tidak sampai ke alam kekal.Hendak bekorban apatah lagi.Bukan kata mimpi,terbayang pun tidak.Kamu,,saya rasa bukan begini,agaknya~

+++++++++++++++++++++

Oh,Sebut korban,Sebut Zulhijjah,
Teringat saya akan sejarah.
Bukan sejarah Malaysia.Bukan sejarah Hira'.Tapi sejarah penuh pengajaran,penuh kebenaran.
Sejarah pengorbanan Keluarga Ibrahim,Nabi Allah s.w.t,kisahnya.
Sejarawan tidak ragu-ragu menobatkan kisah itu sebagai kisah pengorbanan yang terbesar sepanjang zaman yang tercipta oleh seorang manusia normal.

Mengapa??

Oh,Kalau ikut aqal waras manusia normal,
Ayah mana yang tidak pilu meninggalkan anak tunggal kala bayi.
Ya,bukan satu daripada tiga atau empat atau selebihnya.Tapi satu daripada satu.Anak tunggal...

Ayah mana sanggup mengorbankan nyawa anaknya,apatah lagi dengan cara sembelih,
bersedia melihat si anak akan merana sambil lehernya berpancutan darah,tambah meronta kesakitan.

Ayah mana sanggup melihat si anak muda belum baligh disembelih begitu sahaja, tambah baru sehari dua bersua muka sedang belum puas dimanja-manjakan..

Kanak-kanak mana tidak tersentuh hatinya bila mengetahui ayahnya meninggalkannya kala bayi bersama ibu, berlarian kehausan mencari air.
Bukan di tengah kesesakan Kuala Lumpur,bukan di tengah kota Shah Alam.
Tapi ditinggalkan di tengah ketandusan padang pasir .Panas.Kering.Tiada sumber air.

Kanak-kanak mana zaman ini yang tidak menangis,tidak pilu,tidak sedih, tidak membantah,pabila mendengar kata-kata seorang bapa yang telah meninggalkannya bertahun lamanya
“Duhai anak, aku melihat di dalam mimpiku, bahawa aku ini diminta Tuhanku menyembelihmu, duhai anak, katakanlah, apa pandanganmu "

oh,sungguh besar pengorbanan mereka.
Belumpun mendengar kisah hajar saat ditinggalkan kekasih tercinta,sudah cair hati ini mendengar kisah Nabi Ibrahim itu,suaminya Siti Hajar.

Bukan Ta'sub apatah lagi memuja,
tapi ta'jub mengenangkan detik-detik genting mereka itu.
Mata hatinya tidak lagi nampak dunia yang penuh menipu.
Keindahan dunia ditundukkan dengan keindahan akhirat.
Benar, sudah jelas matlamatnya.

Keyakinannya pada al-Muhyi al-Mumiit mencapai titik maksimum,

sungguhpun belum pernah melihatNya dengan mata kepala.


Amat berserah segalanya pada al-Muqtadir.
Kosong hatinya dari sebarang belenggu durjana,ar-rajiim.

++++++++++++++++

Sesekali terdetik dalam hati kerdil ini,
"mereka nabi memangla.."
"orang-orang dulu memang macam tu"
"suasana time tu lain"
"waqi' lain"
kamu pun saya rasa mesti pernah beranggap sedemikian.Bukan?

Oh,sama sekali tidak boleh diterima pakai alasan itu.Di tolak serta merta di hadapan Allah kelak.
Mereka manusia juga.manusia normal.
Ada akal. Ada nafsu. Ada perasaan. Ada emosi.

al-'Adl yang Maha Adil sudah memberikan petunjuk kepada semua manusia.
terpulanglah..

Wallahu A'lam.

+++++++++++++++++++

*mari puasa!
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.


Saturday, 15 December 2007

Bahagianya bersama Dia selalu..

Musim berlalu bagai sungai mengalir,tak pernah berhenti.
Bertahun hidup dibelai asuhan manja sang orang tua,
seakan sehari ia berlalu.
Kini,orang-orang tua sudah berhijrah dari tempat bersejarah itu,Hira' namanya.
Meninggalkan kesan tak ternilai yang usianya boleh kekal lama,yakin sekali.

Semalam telah pun tersisih ,
suka duka pengalaman jadi iktibar dan pengajaran buat penulis.
Kerana hari esok nan mendatang tak menjajikan kepastian.

Apakah penulis konsisten,ataupun jatuh jauh,
sebelum berangkat ke musim baru,musim yang indah.
Musim itu,manusia-manusia kental menggegarkan dunia.
Satu sistem yang amat indah mengepalai dunia,
menundukkan segala sistem yang dianggap agung bagi si malas berfikir.
Atau pun,
sebelum berangkat ke musim yang menebeliakkan mata-mata sang kufur,
Akhirat namanya.


* * * * * * * * * * * * *

Musim dahulu, hati kecil ini pernah terlupa,

Tuhan yang menciptakan adam dari tiada kepada ada,
Tuhan yang memberi kekayaan pada ratu balqis,
Tuhan yang menguji Nabi ya'qub dengan penyakit,
Tuhan yang menenggelamkan fir'aun dan pengikutnya,
Tuhan yang menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S daripada api menyala,
Tuhan yang memberi hidayah pada Umar Al-Khattab,
Tuhan yang memberi kekuatan pada Nabi Muhammad untuk terus konsisten,
Tuhan yang kita jalinkan hubungan intim di sekolah,

Adalah tuhan penulis selamanya!
ya,
Selamanya.Tidak berubah.Hanya satu.
Sama sahaja tuhan dahulu dengan sekarang,bahkan tidak pernah luput.
Sama sahaja tuhan di sekolah dengan di rumah.

Oh, waktu itu baru sedar.
Mengapa selama ini tidak yakin dengan kebangkitan.
Mengapa selama ini tidak yakin dengan pertolongan Dia.
Lantas kurang do'a dipanjatkan.
Lantas lari jauh daripada pendidikan rabbani itu.

Oh, waktu itu baru sedar,
Mengapa selama ini tidak tegar, tidak konsisten .
Waktu sekolah lain,cuti lain kisahnya...

Rupanya hanya meletakkan Tuhan pada sebahagian waktu.
Pada zaman dulu-dulu ataupun pada hari sekolah sahaja.
Lain waktu,lain tempat, lupa segalanya.
Astaghfirullah.

*****************

Daripada Abu 'Amru,Suffian bin Abdullah at-Tsaqafi r.a., beliau berkata: saya berkata:"wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya satu perkataan tentang islam yang saya tidak perlu menanyakan kepada orang lain." Baginda bersabda :" Ucapkanlah saya beriman kepada Allah, kemudian kamu hendaklah beristiqamah"
(Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam

Monday, 3 December 2007

Sampai Bila?


Ada manusia,tidak tahu.

Pada awal umur matang.
mula mencari kebahagiaan.
mula mencari ketenangan.

Belajar sungguh-sungguh untuk berjaya UPSR.
Alhamdulillah 5 A capainya.
Oh bahagianya dia.
Hadiah idamannya bukan di alam mimpi lagi.

wah,
Dapat masuk sekolah pilihan.
Bertambah bahagianya dia....


Tapi,
sampai bila?
sampai bila bahagianya itu?

Masuk tingkatan 3.
Mulai hilang bahagianya. Stress belajar demi PMR.
mau 9A harapnya.Belajar tidak mengira waktu.
Alhamdulillah impiannya tercapai.
Bahagianya dia.Berpesta sakan bersama kawan-kawan.
Hilang rasa takdir Allah yang atur.

Wah,masuk tingakatan 4,
Sekolah mantap kononnya didudukinya.
Jawatan besar sandangnya.
Bahagianya dia.......................


sampai bila?

masuk tingkatan 5.bahagianya terbenam
digantikan tekanan dek peperiksaan besar.
belajar tidak mengira waktu dan kewajipan lain.
mau 12A1 harapnya.

wah,tidak sia-sia usahanya,
Impian tercapai 12A1 SPM.
Bahagianya dia.
Sudah mula merdeka pendapatnya.
Buat itu ini sesuka hati.
Ditambah eksesori luaran yang mahal².
Tambah bahagia dia.

Biasiswa dan universiti terkemuka mudah didapatinya,
Subhanallah.bahagianya dia.
Mula memasang girl friend.Sehati sejiwa katanya.
Bertambahlah bahagianya dia.
Terbalik.
Nafsu pula mengawal akal.

Sampai bila?

Sudah bosan dengan teman hidupnya,
mulalah bertengkar bergaduh akhirnya putus.
Ditambah dengan tekanan pelajaran.
Celaru otak kepalanya memikirkannya.
Hilang bahagianya.

Dan akhirnya mula mencari teman hidup baru...

Bertahun kemudian.
Subhanallah.Alhamdulillah.
Sudah tamat graduasi.
sudah berkahwin, ber-anak, bekerja,berumah besar,berkereta besar.

Bahagianya dia...apa yang mahu, ada di depan matanya.


Sampai bila??

Aduh,
Saham syarikatnya jatuh sama sekali.
Tegang urat saraf otaknya.
Memikirkan yuran sekolah anaknya,
bayaran rumahnya,
keretanya,
makan minum keluarganya.


Aduh,hilang bahagianya...
Hilang ketenangannya...

.....bersambung....



Kasihan dia.
Apa yang dia sedang cari?




ops.

Let 'dia' = kamu

Kasihan kamu
Apa yang kamu sedang cari?

Cari kebahagiaan?
Cari ketenangan?
betul ke? atau ye ye jek?

kalaulah betul,,

Betul itu kebahagiaan hakiki?
Betul itu ketenangan hakiki?

sampai bila?

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP