Saturday, 7 May 2011

Hilang Pertimbangan


Keputusan penerimaan UPU mahupun beberapa interview sudahpun keluar baru-baru ini.
Peperiksaan akhir pula sudah menghampiri. Seperti biasa, waktu-waktu sebeginilah tangan gatal untuk mencoret di sini.

+ + +

Ramai sudah merasai, sistem pendidikan kita banyak dijajah oleh pihak asing, mungkin tidak lagi dirujuk pada sistem pendidikan zaman kegemilangan Islam dahulu.

Saya sendiri merasai bahkan mungkin menjadi 'mangsa' sistem sekarang ini. Yalah, umur hampir masuk 20an baru jelas mahu mendalami bidang tertentu, baru terkapai-kapai mahu memahami nas-nas quran dan hadith mahupun qaedah-qaedah fiqhiah dan sebagainya yang sepatutnya menjadi asas sejak dulu.

sebut tentang pendidikan teringat pula sekolah lama~ :)
*gambar : kelas 5 ibnu Abbas | beberapa hari sebelum SPM.

Saya tertarik dengan cerita pensyarah saya tentang kajian sistem pendidikan pada daulah islamiyyah akan datang (masha Allah, besar betul visinya)
Menurutnya, sepatutnya masuk umur baligh saja, seseorang itu sudah masuk alam universiti dan sekitar umur 18 tahun, sudah graduasi.

+ + +

Lihatlah kita sekarang ini, umur 18 baru mahu masuk universiti, mengkhususkan diri dalam bidang tertentu.

Sedangkan manusia-manusia terdahulu pada umur sebegini sudah menjadi tokoh yang hebat.
Usamah b. Zaid menjadi panglima perang ketika umurnya 17 tahun.
Imam Assyafie mendapat pengiktirafan untuk memberi fatwa ketika umurnya 15 tahun.
Sultan Muhammad Al-Fatih sudah menjadi pakar dalam bidang ketenteraan, sains, matematik serta menguasai 6 bahasa ketika umur 21 tahun.

Kita di malaysia pula?
Umur 18 baru tamat SPM. Sibuk mencari bantuan kewangan untuk belajar. Kalau dapat biasiswa sekian-sekian yang hebat, terima saja. Kalau tidak dapat bidang yang diidamkan kerana masalah kewangan, ambil saja tawaran biasiswa dan bidang yang telah ditawarkan mengikut tahap keputusan SPM.

Seolah-olah, kita dibentuk oleh agenda luar. Bukan dari diri sendiri. Bukan seiring dengan Agenda besar kita sendiri.

+ + +

Haish, kalau sebut masalah sistem-sistem sekarang memang tak ke sudah.

Point saya sebenarnya mudah aja : 
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
(Apa yang tidak sempurna kewajipan itu melainkan dengannya, maka ianya adalah wajib)
-qaedah usuliyyah-

Ya, kita sedari, bahawa mahukan daulah islamiyyah yang mempunyai sistem pendidikan dan segala sistem lain yang bisa kita hidup aman dengannya, memerlukan usaha yang wajib dilakukan untuk mencapainya.

Malangnya dalam masa yang sama, ramai pula yang terleka daripada kewajipan tersebut.
Mereka mencantas-cantas kebaikan, saling jatuh-menjatuhkan golongan kebaikan tertentu.
Ada juga yang sibuk dengan isu khilaf. Menghentam ulama' itu, menghina ulama' ini.
Tak kurang juga yang seronok mengeluarkan statement-statement mantap sedangkan terjun ke dalam medan sebenar pun tidak. Jauh sekali mengesani masyarakat.

Ataupun, mereka yakini inilah usaha yang 'wajib' mereka lakukan untuk mencapai kemenangan hakiki?
Kalau lah berlarutan sebegini, entah bila lah daulah islam hendak berdiri.

kaum keluarga, sahabat-sahabat dan umat kehausan agama, mereka pula syok sendiri sibuk dengan perbuatan yang menjadi 'wajib' buat mereka.

Inilah mereka yang sudah hilang pertimbangan.
Masha Allah...

اللهم اهدنا صراطك المستقيم

6 comments:

Aimatnuddin Husairi bin Hussain
This comment has been removed by the author.
munir

salam uztaz cuti.gmbr klas enta tu.14 org kt timur tgh.gapomu..^^.(ana pula exm.doakan.jzkk)

Thaaqhib Mohammed

yeah! suka post macam ni

Ahmad ibnu Khairuddin

munir :
wslm dokter. ana sorang je kat jorden. T_T
dtg2 la sini pula ye..

ust Thaaqhib:
jzkk ustaz

Mr.F

Alhamdulillah, sangat mendalam isu ini. Sudahlah sistem pendidikan 'terjajah' yang menjalankan sistem ini juga 'terjajah' dan 'menjajah' sebagai jalan mudah melaksanakan tugas. Acapkali kita mendengar arahan guru, saya nak kamu buat 5 muka surat, selesaikan 5 soalan, saya nak itu, saya nak ini, saya taknak itu, taknak ini, arahan mutlak tanpa boleh ada persoalan. Jarang seseorang pelajar dalam sistem pendidikan sekolah dapat peluang atau diberi peluang untuk memilih dan membuat keputusan. Benar kata Ahmad, bila sampai ketika hendak menyambung pengajian, apa yang dapat itulah yang disantap, tidak banyak pilihan, tidak banyak ruang persoalan.

ibnkhair

moga2 generasi baru (kita) dapat merdeka dari segala 'penjajahan' ini.
:)

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP