Membina Tiang Kehidupan
"Hari ini kita akan bincangkan tentang kewafatan Nabi SAW"
Sesuai dengan hari terakhir pembelajaran Sirah Nabawiyyah.
Dengan penuh penghayatan, beliau kisahkan dengan terperinci detik pemergian Rasulullah saw.
Lama-kelamaan, kelihatan pelajar sudah berkaca-kaca matanya. Tak kurang juga yang memejamkan mata menahan sebak sambil berzikir selawat ke atas baginda saw.
Saya juga turut 'tertewas'. Pertama kali merasai perasaan yang sukar ditafsirkan bila mendengar Sirah secara terperinci dari Ulama' Sirah, Ph.D lulusan Jami'ah Urduniah ini.
+ + +
Banyak yang dapat difahami dari peristiwa pemergian Nabi Muhammad saw. Cuma di sini hanya satu yang ingin dinukilkan iaitu mengenai wasiat terakhir Baginda. Sudah maklum, wasiatnya yang masyhur adalah sembahyang. Betapa pentingnya perkara ini sampai beberapa kali Nabi menyebut " الصلاة..الصلاة..الصلاة.." sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Namun, ada perkara kedua yang diwasiatkan Nabi yang jarang sekali diketengahkan oleh ustaz-ustaz (setakat yg saya dengari sebelum ini) iaitu "Berwasiatlah (Berpesan-pesanlah) kebaikan kepada para wanita".
Usai, saja kelas. Saya mengambil kesempatan berjumpa Dr. Sa'id di pejabatnya.
Beliau yang sudah maklum akan perkahwinan saya tak lama lagi telah mengkhususkan dan menerangkan lagi kepada saya akan fiqh-fiqh dalam sirah yang berkaitan dengan wanita dan perkahwinan.
+ + +
Beliau menerangkan bahawa tiang agama itu Solat. Maka tiang kehidupan itu adalah wanita.
Betapa pentingnya perhatian terhadap wanita sehinggakan ia disebut-sebut oleh baginda di saat genting sakaratul-maut baginda saw.
Lihatlah bagaimana Nabi telah mendidik isterinya dengan didikan terbaik. Beliau mendidik bukan hanya dengan lisan, tetapi dengan amal. Segala perbuatan baginda adalah didikan buat isterinya. dari kerja-kerja rumah hinggalah jihad di jalanNya. Semuanya memberi kesan besar kepada ke-solehah-an dan produktifnya mereka.
Lihatlah Aisyah r.a yang berani menyertai perang Uhud, juga telah menjadi wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith.
Dr. Sa'id juga berpesan kepada saya berulang kali buat kali terakhir sebelum kami berpisah :
" La taghdhob! " (Jangan marah).
Alam perkahwinan memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya agak tersentap kerana beliau bukan orang pertama yang menasihatkan saya tentang kesabaran bila tempuhi alam perkahwinan. Dr. Usamah (pakar bahasa dan usul fiqh) pagi tadi di pejabatnya turut menasihatkan saya supaya banyak bersabar bila berkahwin nanti.
Kenapa? Wallah A'lam. Saya belum tempuhi lagi.
+ + +
Sengaja saya ingin kongsikan perkara ini. Bukan apa, kerana akhir-akhir ini saya lihat beraneka rupa reaksi kenalan-kenalan terhadap isu kahwin.
Ada rakan saya jauh di malaysia meminta saya respon akan perkara ini di blog tapi baru sekarang baru sempat menulis.
Pertunangan
Mungkin ianya heboh bila wujudnya video proposal tunang yang 'sweet sgt' tu.
Rasa geli hati pula bila ramai yang share video tersebut. Turut kasihan bila melihat kenalan yang sibuk membincangkan dan memberi respon tidak matang terhadap isu remeh sebegitu. Ada yang setuju dan ada tak setuju.
Ada juga dalam kes yang lain, saya dengar ada yang terasa hati bila kawannya menyembunyikan hal pertunangnnya. "Memberi kesan pada ukhuwwah" katanya.
Walhal, isunya simple sahaja. Prinsip orang mukmin, dia hanya buat apa yang perlu sahaja. Orang tak perlu tahu, buat apa nak tahu.
Tak perlu kita sibuk berhujah dari segi hukum sembunyikan pertunangan ataupun tidak, itu semua sudah maklum. Yang perlu dipersoalkan adalah, perlu kah sibuk meng-'sweet sweet'kan diri terhadap tunang dikhalayak ramai (facebook, video dan sebagainya). Pelik juga bila lihat ada hamba Allah yang post gambar dan buat caption "khas untuk tunangku" dan bermacam lagi adegan pelik dan lucu.
Macam-macam. Memang macam-macam. Sedangkan banyak lagi isu di luar sana yang perlu diambil perhatian.
Pemilihan Pasangan Hidup
"Macam mana boleh pilih dia padahal tak kenal dia sebelum ni??"
"Penat-penat hensem, takkan nak dapat isteri yang tak lawa"
Inilah sebahagian yang saya dengari dari kenalan jauh saya. Memang inilah perkara yang sering dirisaukan oleh kebanyakan anak-anak muda yang belum berkahwin.
Ramai juga yang terkejut dan persoalkan pilihan yang telah saya buat ini. Sudahlah sebelum ini. tak pernah kenal bakal pasangan. Tup tap tup tap, nak kahwin dah.
Jawapannya mungkin sudah saya jawab dalam post lama dahulu kala
Ya, akhirnya kita perlu mengakui kelemahan diri dan perlu meletakkan kepercayaan pada orang yang kita percayai. (Kepercayaan terhadap Allah memang tak patut dipertikaikan lagi).
Orang tengahlah (ibu bapa, keluarga dll) yang dapat mengenalkan kita dengan lebih mendalam akan seseorang itu.
Sebab apa saya katakan sebegini, kerana mungkin ramai lagi yang lebih layak dan sesuai untuk kita yang tak diketahui pun kewujudannya sebagai wanita yang solehah, sekufu dengan kita. Yang kita nampak hanyalah perempuan-perempuan yang menonjol yang aktif dalam kelas, persatuan, juga facebook !
Jujurnya, sebelum ini saya langsung tak tahu menahu pun, apatah lagi nak terpikat dengan wanita yang bakal saya kahwini. Namun kini saya syukuri kerana dikurniakan orang yang bisa mengenalkan saya terhadapnya.
Jangan risaulah, Islam tak jumud sampai tak membenarkan secara total mengenali lawan jantina yang bakal dikahwini.
Tanggungjawab Ketua Keluarga
Mungkin ketika ini ramai yang seronok sangat dengan bab kahwin. Dalam seminggu dua ini, tak habis-habis status, notes, gambar mahupun link-link sweet terselit di news feed facebook.
Tetapi adakah kita sedari yang ianya bukan sekadar kemanisan? Malah dibebani tugas dan tanggungjawab yang berat. Seorang suami tak dapat tidak wajib mendirikan tiang kehidupan sebaiknya. Kalaulah tiang itu rapuh, maka rapuhlah generasi-generasinya. Maka rapuhlah kehidupan umat ini.
Sebab itulah Rasulullah masih mengingatkan kita tentang hal ini walaupun beliau tengah sakit menghadapi sakaratul maut.
Subhanallah.
*iklan : pada kenalan-kenalan yang inginkan kad tapi belum lagi
memberikan alamat lengkap rumah kepada saya, sila pm di fb.