Thursday, 29 December 2011

Membina Tiang Kehidupan


Petang kelmarin, Dr. Sa'id masuk ke kelas dengan berwajah muram. Tidak seperti biasa.

"Hari ini kita akan bincangkan tentang kewafatan Nabi SAW"

Sesuai dengan hari terakhir pembelajaran Sirah Nabawiyyah.

Dengan penuh penghayatan, beliau kisahkan dengan terperinci detik pemergian Rasulullah saw.
Lama-kelamaan, kelihatan pelajar sudah berkaca-kaca matanya. Tak kurang juga yang memejamkan mata menahan sebak sambil berzikir selawat ke atas baginda saw.
Saya juga turut 'tertewas'. Pertama kali merasai perasaan yang sukar ditafsirkan bila mendengar Sirah secara terperinci dari Ulama' Sirah, Ph.D lulusan Jami'ah Urduniah ini.

+ + +

Banyak yang dapat difahami dari peristiwa pemergian Nabi Muhammad saw. Cuma di sini hanya satu yang ingin dinukilkan iaitu mengenai wasiat terakhir Baginda. Sudah maklum, wasiatnya yang masyhur adalah sembahyang. Betapa pentingnya perkara ini sampai beberapa kali Nabi menyebut " الصلاة..الصلاة..الصلاة.." sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Namun, ada perkara kedua yang diwasiatkan Nabi yang jarang sekali diketengahkan oleh ustaz-ustaz (setakat yg saya dengari sebelum ini) iaitu "Berwasiatlah (Berpesan-pesanlah) kebaikan kepada para wanita".

Usai, saja kelas. Saya mengambil kesempatan berjumpa Dr. Sa'id di pejabatnya.
Beliau yang sudah maklum akan perkahwinan saya tak lama lagi telah mengkhususkan dan menerangkan lagi kepada saya akan fiqh-fiqh dalam sirah yang berkaitan dengan wanita dan perkahwinan.

+ + +

Beliau menerangkan bahawa tiang agama itu Solat. Maka tiang kehidupan itu adalah wanita.
Betapa pentingnya perhatian terhadap wanita sehinggakan ia disebut-sebut oleh baginda di saat genting  sakaratul-maut baginda saw.

Lihatlah bagaimana Nabi telah mendidik isterinya dengan didikan terbaik. Beliau mendidik bukan hanya dengan lisan, tetapi dengan amal. Segala perbuatan baginda adalah didikan buat isterinya. dari kerja-kerja rumah hinggalah jihad di jalanNya. Semuanya memberi kesan besar kepada ke-solehah-an dan produktifnya mereka.
Lihatlah Aisyah r.a yang berani menyertai perang Uhud, juga telah menjadi wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith.

Dr. Sa'id juga berpesan kepada saya berulang kali buat kali terakhir sebelum kami berpisah :
" La taghdhob! " (Jangan marah).

Alam perkahwinan memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya agak tersentap kerana beliau bukan orang pertama yang menasihatkan saya tentang kesabaran bila tempuhi alam perkahwinan. Dr. Usamah (pakar bahasa dan usul fiqh) pagi tadi di pejabatnya turut menasihatkan saya supaya banyak bersabar bila berkahwin nanti.

Kenapa? Wallah A'lam. Saya belum tempuhi lagi.

+ + +

Sengaja saya ingin kongsikan perkara ini. Bukan apa, kerana akhir-akhir ini saya lihat beraneka rupa reaksi kenalan-kenalan terhadap isu kahwin.
Ada rakan saya jauh di malaysia meminta saya respon akan perkara ini di blog tapi baru sekarang baru sempat menulis.


Pertunangan

Mungkin ianya heboh bila wujudnya video proposal tunang yang 'sweet sgt' tu. 
Rasa geli hati pula bila ramai yang share video tersebut. Turut kasihan bila melihat kenalan yang sibuk membincangkan dan memberi respon tidak matang terhadap isu remeh sebegitu. Ada yang setuju dan ada tak setuju.
Ada juga dalam kes yang lain, saya dengar ada yang terasa hati bila kawannya menyembunyikan hal pertunangnnya. "Memberi kesan pada ukhuwwah" katanya.

Walhal, isunya simple sahaja. Prinsip orang mukmin, dia hanya buat apa yang perlu sahaja. Orang tak perlu tahu, buat apa nak tahu.
Tak perlu kita sibuk berhujah dari segi hukum sembunyikan pertunangan ataupun tidak, itu semua sudah maklum. Yang perlu dipersoalkan adalah, perlu kah sibuk meng-'sweet sweet'kan diri terhadap tunang dikhalayak ramai (facebook, video dan sebagainya). Pelik juga bila lihat ada hamba Allah yang post gambar dan buat caption "khas untuk tunangku" dan bermacam lagi adegan pelik dan lucu.

Macam-macam. Memang macam-macam. Sedangkan banyak lagi isu di luar sana yang perlu diambil perhatian.


Pemilihan Pasangan Hidup


"Macam mana boleh pilih dia padahal tak kenal dia sebelum ni??" 
"Penat-penat hensem, takkan nak dapat isteri yang tak lawa"

Inilah sebahagian yang saya dengari dari kenalan jauh saya. Memang inilah perkara yang sering dirisaukan oleh kebanyakan anak-anak muda yang belum berkahwin.

Ramai juga yang terkejut dan persoalkan pilihan yang telah saya buat ini. Sudahlah sebelum ini. tak pernah kenal bakal pasangan. Tup tap tup tap, nak kahwin dah.

Jawapannya mungkin sudah saya jawab dalam post lama dahulu kala 

Ya, akhirnya kita perlu mengakui kelemahan diri dan perlu meletakkan kepercayaan pada orang yang kita percayai. (Kepercayaan terhadap Allah memang tak patut dipertikaikan lagi).
Orang tengahlah (ibu bapa, keluarga dll) yang dapat mengenalkan kita dengan lebih mendalam akan seseorang itu.

Sebab apa saya katakan sebegini, kerana mungkin ramai lagi yang lebih layak dan sesuai untuk kita yang  tak diketahui pun kewujudannya sebagai wanita yang solehah, sekufu dengan kita. Yang kita nampak hanyalah perempuan-perempuan yang menonjol yang aktif dalam kelas, persatuan, juga facebook !

Jujurnya, sebelum ini saya langsung tak tahu menahu pun, apatah lagi nak terpikat dengan wanita yang bakal saya kahwini. Namun kini saya syukuri kerana dikurniakan orang yang bisa mengenalkan saya terhadapnya.
Jangan risaulah, Islam tak jumud sampai tak membenarkan secara total mengenali lawan jantina yang bakal dikahwini.


Tanggungjawab Ketua Keluarga

Mungkin ketika ini ramai yang seronok sangat dengan bab kahwin. Dalam seminggu dua ini, tak habis-habis status, notes, gambar mahupun link-link sweet terselit di news feed facebook.

Tetapi adakah kita sedari yang ianya bukan sekadar kemanisan? Malah dibebani tugas dan tanggungjawab yang berat. Seorang suami tak dapat tidak wajib mendirikan tiang kehidupan sebaiknya. Kalaulah tiang itu rapuh, maka rapuhlah generasi-generasinya. Maka rapuhlah kehidupan umat ini.
Sebab itulah Rasulullah masih mengingatkan kita tentang hal ini walaupun beliau tengah sakit menghadapi sakaratul maut.

Subhanallah.

+ + +


*iklan : pada kenalan-kenalan yang inginkan kad tapi belum lagi 
memberikan alamat lengkap rumah kepada saya, sila pm di fb.

Thursday, 15 December 2011

Langkah Bermula : Beyt Muslim

"Selautan emas dan segunung permata bukan tandingan kerana diri wanita solehah itu lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Perhiasannya tidak akan mengaburi iman sesorang yang memandangnya malah akan terus terpelihara.Menjadi solehah bukan hanya pada diri kita tetapi untuk seluruh umat kerana ia menggambarkan kepada masyarakat umum hakikat peribadi seorang wanita muslim. Mungkin ini adalah usaha kecil dalam menyucikan dan mengangkat nama Islam disamping menolak segala sangkaan yang sebelum ini penuh dengan fitnah.
Qudwah (teladan) adalah salah satu cara dalam dakwah yang paling berkesan tanpa menyakiti mana-mana pihak malah lebih mengesani."

Teman hidup di dunia dan di syurga
”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga)” Surah an-Nur ayat 26.
Ini janji Allah dalam menentukan pasangan hidup untuk hamba-hambaNya.
Perkahwinan merupakan satu wadah dalam menyempurnakan separuh daripada agama kita, dan sudah pasti kita mengharapkan pasangan hidup yang membantu dan bersama kita untuk menyempurnakannya sebelum bertemu Allah dan meneruskan kehidupan di syurga kelak. Impian yang besar ini tidak mungkin akan menjadi realiti tanpa apa-apa persediaan."
           -Wan Nabilah. Irbid, Jordan-
+ + +





Firman Allah swt :
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar-Rum : 21)

Hadith Ar-Rasul saw:
“Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain.”
(Riwayat At-Tabrani)

+ + +

Saya, Al-Faqir ila Allah, dengan rasa rendah dirinya mengumumkan bahawa saya akan mendirikan Beyt Muslim dengan Ukhti Wan Nabilah binti Wan Jamil, Tahun 3 Perubatan di Jordan University of Science and Technology (JUST).

Insya Allah Majlis akad nikah dan walimah akan berlangsung di Malaysia pada 23/01/12 di Alor Star, Kedah dan pada 28/01/12 di Johor Bahru. Kalian semua dijemput hadir beramai-ramai bagi memberkati lagi majlis.

Doa sahabat-sahabat, pakcik makcik dan guru-guru semua yang saya hormati sekalian amat kami harapkan bagi memudahkan segala urusan sekaligus mendapat keredhaanNya.

Wassalamualaikum wbt.

maklumat lanjut : ahmad3nabilah.blogspot.com

Sunday, 27 November 2011

Menghijrahkan Generasi ini

Pendapat ulama', bukanlah hari kelahiran atau hari kematian merupakan satu tarikh yg sangat penting. Yang penting adalah tarikh perubahan sesuatu / seseorang itu ke arah yang jauh lebih baik. Lihat Saidina Umar. ra, sampaikan permulaan kalendar islampun dibuat dgn bermulanya fasa baru dlm islam iaitu peristiwa hijrah.

Bila terkenang peristiwa Hijrah nabi, terkenang pula peristiwa 'hijrah' pertama diri sendiri.

+ + +

Ketika itu alam sekolah menengah baru dijejaki, penuh jahiliyyah melanda diri.
Ayah sedaya upaya masukkan saya ke kelas tahfiz, malangnya sudah setengah tahun baru capai 7 muka surat al-baqarah, itupun setelah ditegur guru berkali-kali. Akademik pula banyak dapat D.
Habis masa dan duit lari tak kembali. Games, linkin park, bowling, perempuan-perempuan, semuanya menguasai diri.
Tak perlulah saya tuliskan terperinci di sini. Cukuplah rakan-rakan se'perjuangan' saya dahulu menjadi saksi.

Astaghfirullah.

Namun, ketika sedang syok dengan jahiliyyah itulah, ayah dan ibu menghantar saya jauh ke pelusuk kampung Jeram, Kuala Selangor.
Jauh dari rumah, jauh dari bandar, jauh dari peradaban moden, jauh dari arus globalisasi.

Dengan harapan melangit tinggi terhadap anak lelaki terakhirnya ini, mereka berdua sering menziarahi meskipun jarak jauh membatasi. Paling kurang pun 3 bulan sekali. Dan semestinya tak lupa stok makanan mengiringi di samping nasihat-nasihat motivasi.

Di bangunan inilah, saya dimarahi dan ditampar ustaz, ditumbuk, disepak, dibelasah senior.
Tak lain tak bukan untuk merubah saya yang degil & nakal penuh jahiliyyah.

Ingat lagi ketika mana dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru  selepas berakhirnya SPM. Waktu itu, hanya ayah dan saya di dalam kereta. Sampai satu simpang nak ke lebuh raya ke arah Johor Bahru, ayah bersuara :

"Ahmad, tengok tu" kata ayah dengan nada yang lembut sambil menunding jari ke arah pengemis jalanan.

Saya terdiam.

Cukup dengan itu membuatkan saya bersyukur tak terkira. Amat terharu.

+ + +

Subhanallah. kini saya menjadi saksi betapa besarnya pengorbanan mak ayah saya dalam proses menghijrahkan saya selama ini.
Ini baru saya, belum lagi kisah-kisah tragis penuh nostalgia mereka berdua menghijrahkan 10 anaknya yang lain.

Gambar : Ayah dan ibu saya dalam proses meng'hijrahkan' anak pertama.

Ulama' berpendapat bahawa hak pertama si anak adalah bermula dengan pemilihan sang lelaki terhadap wanita yang bakal menjadi ibu untuk si anak tersebut.

Ternyata ayah saya telah menunaikan hak pertama kami dengan sempurna. Pilihannya memilih bakal isterinya sangat tepat. Ikatan pernikahan membina beyt muslim seusia 21 tahun hingga kini (49 tahun) masih kukuh dihiasi dengan kebahagiaan dan kedamaian.



Masya Allah.

Saturday, 15 October 2011

Penghargaan & Inspirasi


Alhamdulillah.
Hampir sebulan kembali menyelami lautan ilmu di Yarmouk. Subjek semester tahun ini boleh dikatakan mencabar tambah memenatkan dek ada kelas yg berderet-deret 6 jam sehari.

Baru-baru ini, sejurus selepas 'kembali segar' sejurus keluar pintu kelas, melihat notification di hp dengan rasa penuh taajub,

Abang ipar saya, Suhail dan sepupu saya, Syamil Esa telah berjaya menamatkan degree mereka dalam bidang syariah di Al-Azhar.

Lebih menakjubkan apabila sepupu saya itu mendapat anugerah Imam Syafie di Majlis Konvo Universiti Al-Azhar Mesir. Anugerah khusus utk pelajar no.1 seluruh warga Malaysia di sana. Beliau telah merangkul 84.97% peratus keseluruhan sepanjang degree di Universiti Al-Azhar.

Masha Allah. Kalau di Uni Yarmouk, tinggal 0.03% lagi utk mendapat mumtaz.
Tahniah diucapkan kepada beliau.

Benarlah kata-kata Allah dalam Surah Muhammad :
"Intansurullah yansurkum"

Jujurnya saya sebagai mahasiswa Univerisiti yarmouk terasa sangat segan dengannya. Orang kata, di universiti Yarmouk lebih mudah untuk score dalam peperiksaan berbanding Al-Azhar. tetapi masih lagi saya tidak cemerlang. Awalnya saya rasa okay saja dengan markah saya yang 1% lagi untuk mendapat mumtaz, tetapi bila melihat sepupu saya di Al-Azhar yang hanya 0.03% sahaja lagi untuk mumtaz , memang saya patut tunduk malu dan tercabar.
Betapa kerdilnya diri ini berbandingnya, graduan Al-Azhar.


+ + +

Kalau kita lihat sejarah tokoh-tokoh pendakwah yang hebat di dunia ini, kesemuanya terdiri daripada sosok yang cemerlang dalam akademiknya.
Imam Hasan Al-Banna dapat hafaz beribu syair dan dapat menjawab soalan kesemua peperiksaannya dengan mudah.
Syeikh Yusuf Al-Qardhawi mendapat Mumtaz dalam Ph.D nya tentang Fiqh Zakat.
As-Syaheed Dr. Aziz Rantisi juga turut mendapat Mumtaz dalam degree nya bahkah mendapat tempat pertama dalam kelasnya.
Carilah tokoh-tokoh dakwah yang lain, nescaya kita dapati mereka juga cemerlang dalam akademik mereka.

Ya, mereka cemerlang dalam akademik. dan mereka sangat-sangat cemerlang dalam dakwah & tarbiyyah.
Kesibukan meraka tak usah kita pertikaikan lah. Memang terkenal sebagai penggerak utama dakwah di kampus masing-masing.

Subhanallah.

Hina sangat kah dakwah ini sampai boleh terdetik dalam hati kita :
"aku tak lulus subjek ini kerana sibuk dengan program tarbiyah"
"aku baca buku ala kadar sajalah.. Yang penting dakwah aku mantap, mad'u aku semua menjadi "

Hina sangat kah?

+ + +

Moga kejayaan mereka menjadi inspirasi dan aspirasi buat saya dan kalian untuk lebih cemerlang dalam apa jua aspek hidup.

contohilah mereka-mereka yang telah terbukti cemerlang dalam segala perkara kehidupan :

Wednesday, 5 October 2011

Dedikasi buat Abah

Seorang Atuk kepada 4 cucu, seorang bapa kepada 11 orang anak, seorang suami, seorang daie , seorang arkitek. Dan macam-macam lagi peranan terhimpun dalam satu jasad ini.
Beliaulah Khairuddin b. Derwish. Ayah kesayangan saya.
Hari ini, genap ulang tahun kelahirannya yang ke-49.
Moga Abah terus dikurniakan kesihatan dan Limpahan rahmat dari Ar-Rahman..


Sanah Helwah Abah.

Friday, 16 September 2011

Kembali & Kembara

Salam.
Rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan salam eidul fitri, maaf zahir dan batin
Selamat kembali kepada fitrah. Moga semaian amalan kita sepanjang bulan ramadhan terus subur di bulan-bulan dan kehidupan mendatang.


 kenangan berhari raya bersama keluarga besar tersayang.
tiada dalam gambar : Hasanah, Suhail, khayrat, dan Sayyid. 
Mereka masih berjuang di Bumi Kinanah, Mesir

+ + +

Selamat mengembara ke alam beyt muslim buat sepupu rapat saya, Syamil Esa yang melangsungkan akad nikahnya pada hari ini dengam Ukhti Maryam Bte Mohd Din. Barakallah lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakum fi khair.. moga ikatan yang suci lagi murni ini menyuburkan lagi keimanan sekaligus menyuburkan dakwah di muka bumi ini.

Banyak yang telah saya pelajari dari beliau sejak bersekolah bersamanya dulu. Daripada isu-isu remeh seperti homesick masa tingkatan satu hinggalah isu besar masalah umat seringkali diambil berat oleh beliau.Beliau lah pemangkin saya dulu kala yang hampir-hampir give up untuk menghafaz al-Quran. Beliau juga antara penyumbang besar kepada keberadaan saya di jordan sekarang ini dalam bidang syariah. 

Ingat lagi dulu-dulu, saya sanggup 'ponteng' sekolah untuk menemaninya bertanding dalam musabaqah hafazan peringkat negeri. Alhmdulillah beliau ketika itu berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan.

Masha Allah, entah-entah lepas ni masih ada waktu ke tak untuk kita berbincang2 dan berkongsi masalah~
Sekali lagi, Barakallah lakuma !

+ + +

Sebulan pantas berlalu, kini sudah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru.
Esok giliran saya pula meninggalkan tanah air tercinta. Kembali berjuang di medan ilmu, bumi anbiya', bumi syam, Jordan.



detik-detik kembara pertama kali ke jordan tahun lepas.

Moga pengembaraan esok jauh lebih baik dari sebelum ini.
Impian menjadi Ulama' Mujtahid masih lagi tersemat di hati, menjadi impian sejak di bangku sekolah lagi..

Doakan.

*maaf kepada sahabat2 yang tak sempat jumpa di malaysia.
Maafkan segala kesalahan sengaja ataupun tak sengaja ya.
wassalamualaikum wbt.

Saturday, 3 September 2011

Mabruk !

ayat biasa, sekejap saja masa berlalu.

Tak sangka pula rakan sepermainan police & thief masa tingkatan satu dahulu, kini sudah melangkah setapak ke gerbang Beyt Muslim.

di Ajloun, syita' 2011
mungkin inilah kali terakhir kita dapat berseronok bersama-sana di Ajloun.

Khas buat sahabatku Ali Zaki dan juga zaujahnya, Nadhirah Sahri :

Barakallah lakuma wa baraka alaikuma wa jamaa bainakuma fi khair!

Thursday, 25 August 2011

Khabaran dari Libya


Salam,
entri kali ini, cuma nak sampaikan khabaran tentang situasi di Libya yang diceritakan oleh guru saya yang merupakan warganegara Libya. baru jumpanya baru-baru ini dan kini beliau sudah pulang ke Libya
Email ini dihantar pada saya beberapa jam sejurus selepas ghaddafi tumbang. Alhamdulillah.
dan sekarang keadaan mungkin boleh jadi bertambah teruk dek ancaman luar dan dalam yang sukar diramal.

maaf lewat post..

+ + +

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته


كيف حالك يا أحمد ؟

الحمد لله وصلتُ إلى ليبيا ولكن ليس إلى طرابلس ، لأن في طرابلس مازال هناك قتال مع بقية قليلة من عسكر القذافي، ولكن الحمد لله تم تحرير 90% من العاصمة طرابلس، وهناك حوالي 380 شهيد داخل طرابلس ..

وقد دخل المجاهدون الثوار من ثلاثة أماكن (جنوب وشرق وغرب طرابلس) بخطة جيدة وناجحة الحمد لله ..

الآن مازال بعض جنود القذافي يسيطر على مدن صغيرة في جنوب ليبيا فقط .. وتم اعتقال ابناء القذافي الثلاثة : سيف الإسلام والساعدي ومحمد،

ولكن القذافي مازال لا يُعرف مكانه ..

أنا سأدخل إلى مدينة الزاوية أولا ومن هناك إلى طرابلس ..

أخي الصغير محمد الحمد لله هو بخير وكان يقاتل مع مجاهدي طرابلس قبل قليل وجدت اتصالا هاتفي معه ، ممكن تخبر أخي أستاذ سلامت لأنه صديق محمد أخي ..

شكرا لك يا أحمد وأرجو لك التوفيق والنجاح، بلغ سلامي لوالدك والأسرة ولكل الإخوة من الأساتذة واطلب منهم الدعاء لنا ولكل الليبيين ..

ستبدأ معركة بناء ليبيا وهي المعركة الأكبر والأصعب، لأنها بناء الإنسان أولا وقبل بناء المباني والعمارات ..

ربنا يسهل ويبارك لنا في الأوقات والأعمال ..

والسلام عليكم

Thursday, 18 August 2011

Menghidupkan


"Allah Akbar ! Allah Akbar !"

Maka bergegarlah Madinah dengan tangisan.

Wanita-wanita madinah meraung di dalam rumah. Ada juga anak gadis yang secara spontan keluar rumah sedangkan mereka sebenarnya gadis yang tidak keluar, tersimpan elok di rumah, lalu berteriak

"Rasulullah diutuskan !? Rasulullah diutuskan!?" 

Itulah azan yang mereka dengarkan seperti mana zaman Rasulullah dahulu kala yang telah lama terhenti selepas kewafatan Baginda.
Itulah rupanya laungan azan Bilal r.a yang telah kembali ke madinah menziarahi Rasulullah. Beliau telah melaungkannya dengan penuh perasaan setelah lama tidak melaungkannya di madinah, itupun setelah didesak oleh Abu Bakar dan juga kedua cucu Rasulullah SAW.

Beliau tidak mampu menghabiskan azannya kerana terlalu sebak bila menyebut nama Muhammad.

+ + +


"Sesungguhnya segolongan orang munafiq telah mendakwa bahwa Rasulullah telah mati !"

Laung Umar yang tidak dapat mengawal emosi.
Beliau mengeluarkan pedang dan mengibarnya di jalanan seraya berkata :

"Siapa yang mendakwa Rasulullah telah mati, maka aku akan kerjakannya dengan pedang ini !! "

Masjid Nabi ketika itu diselebungi kesedihan dahsyat. Berita kewafatan baginda tersebar ke seluruh pelusuk madinah.
Maka bergetarlah hati para sahabat semuanya.

Saidina Ali terjatuh dan tidak mampu bangkit.

Abdullah b. Zaid bila mendapat tahu berita kewafatan, terus menangis lantas berdoa : " Ya Allah ! Ambillah penglihatanku ini sehingga aku tidak dapat melihat sesiapapun selepas kekasihku Muhammad selamanya!"
Maka Allah makbulkan doanya lalu beliau buta ketika itu juga.

Seorang sahabat lain yang juga telah sampai berita kepadanya berteriak " Ya Allah ! Ambillah nyawaku dan tiada lagi kehidupan selepas Muhammad ! "
Lalu beliau terjatuh. Allah mengambil nyawanya ketika itu juga.

Saidina Uthman membisu, tidak dapat berkata apa-apa.

Saidina Abu Bakar yang berada di luar Madinah segera pulang ke madinah menuju rumah Baginda.
Ada riwayat menyatakan bahawa beliau masuk ke bilik Rasulullah dalam keadaan dadanya berdebaran seolah-olah nyawanya yang dicabut. Beliau menangis, dan bunyi tangisannya seperti suara mengeletar yang mamasuki air. Air matanya keluar mencurah-curah..


+ + +

Lupakah kita akan kisah ini?

Ini lah serba sedikit kisah para sahabat selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Kematian Nabi hakikatnya telah menghidupkan jiwa-jiwa para sahabat. Saya percaya, kejadian-kejadian tragis seperti ini tidak akan berlaku sekiranya Nabi Muhammad tidak hidup dalam hati mereka.

Kisah tidak terhenti sekadar itu sahaja. Para sahabat terus menerus berjuang mewarisi tugas Nabi.
Lupakah kita kisah Abu Bakar yang segera memerangi golongan murtad meskipun jauh di lubuk hatinya kesedihan yang teramat atas pemergian kekasih agungnya.


Lihatlah pula diri kita, sekiranya kita mati sebentar lagi, adakah kematian kita ini menghidupkan jiwa-jiwa sahabat-sahabat kita, ahli keluarga kita?

Sunday, 7 August 2011

Pra-Kepulangan Ke Tanah Air

Esok akan kembali ke tanah air dengan perasaan bercampur baur mengenangkan tempoh setahun pengajian saya di jordan.

Alhamdulillah, sempat saya jumpa personally guru guru / syuyukh saya yg banyak mengajar selama di sini.

+ + +

Salah seorangnya Ustaz Dr. Mahmud Tolafahah, Ketua Bahagian Usul Fiqh. Beliau yg memang masyhur dgn pakar bab ahwal syakhsiah di Universiti mahupun di mimbar masjid, menasihati supaya berhati-hati kalau mahu memilih teman hidup. Kalau sudah pilih nanti pun, beliau sarankan supaya menjaga akhlaq betul-betul. Katanya : "tak boleh chatting, borak2!". Sangat tajam. Apatah lagi kalau tiada ikatan apa apa
Saya tak sangka kelmarin adalah pelukannya terakhir buat saya kerana beliau secara mengejut memberitahu akan berhijrah ke UAE beberapa hari lagi.
Gambar Terakhir bersama Dr. Tolafahah selepas tamat peperiksaan akhir kelmarin

+ + +

Sempat juga bersembang sambil berdiskusi dengan Syeikh Ustaz Dr Mahmud al-Khalidi.
Beliau merupakan pensyara paling garang yang pernah saya temui di sini. Ingat lagi pertama kali saya jumpanya kerana mahu meminta maaf atas kelewatan seminggu tidak hadir ke kelas kerana stranded di Mesir, beliau dengan muka bengisnya hanya menjeling ke arah saya, dan terus melangkah laju ke pejabatnya tanpa menghiraukan saya.
Namun, setelah berkali-kali menebal muka bertemu beliau di pejabat, akhirnya beliau melayan saya bahkan mencurahkan tak ternilai ilmu-ilmu berharga yang tidak saya dapat di kelasnya.
Beliau pesan pada saya supaya terus beriltilzam dengan kumpulan dakwah di Malaysia nanti. Kerana kita sudah 1 abad tidak punya khilafah.

Kenangan 'didera' oleh Duktur Mahmud supaya memahamkan satu ayat quran dengan merujuk sekurang2nya 20 kitab tafsir siap bertulis. 'keterpaksaan' menjadi ulat buku inilah akhirnya mendorong saya untuk lebih rajin menelaah kitab-kitab ulama' lama hingga kini.

+ + +

Begitu juga dengan guru-guru saya yang lain. Sangat bersyukur kerana banyak ilmu berharga yang dapat dikecapi dalam tempoh setahun di sini tanpa saya nafikan terlalu cetek ilmu saya kerana banyak juga masa dibazirkan bukan pada tempatnya. Apa-apapun, memang saya tidak menyesal malah amat hargai tak terkata atas taqdirNya menempatkan saya di Jordan di sisi para ulama' yang ikhlas mencurahkan ilmu.

Ada satu peristiwa yang sangat mengesani hati ini ; Ketika dalam perjalanan untuk berjumpa guru saya yang lain buat kali terakhir, tiba-tiba muncul tanpa isyarat sebuah lori dari simpang. Pemandu teksi serta merta menekan brek sekuatnya. Syukur alhamdulillah, teksi dapat berhenti betul-betul belakang lori setelah tersliding beberapa meter dengan bunyi heretan yang kuat.

Jumpa saja guru, beliau mengingatkan tentang kematian.
Beliau menerangkan bahawa kita memang wajib percaya bahawa setiap yang bermula itu ada pengakhiran.
Mulanya kehidupan, sudah pasti adanya kematian. Oleh itu, nak taknak kita perlu sentiasa bersedia menghadapinya bila-bila saja.

Lebih dalam terkesannya bila beliau kaitkan dengan Ramadhan.
Para Sahabat, ketika masuk saja hari pertama Ramadhan sudahpun menangis.
kerana apa? kerana mereka ketahui bahawa Ramadhan juga akan berakhir, pergi meninggalkan kita.

Kerana itulah, kita mesti sentiasa berjihad dalam bulan ramadhan ini. Ia tidak cukup dengan cakap-cakap, kerana itu masih dikira tidak benar ataupun menipu jika amal tidak menjelma membenarkannya.
Ya, Amal lah yang menentukan kita menipu ataupun benar.

+ + +

Mungkin ini saja yang mampu dicoretkan. Rasa tak adil pula kerana masih banyak yang dikecapi tapi tidak disampaikan. Takut-takut termasuk dalam golongan "innallazi yaktumuuna ma anzalAllah"(orang yang sembunyikan apa yang Allah turunkan) pula. Na'uzubillah min zalik.

Akhir kalam,
selamat berjihad di bulan Ramadhan ini !
Ramadhan Kareem, Kullu 'Am wa Antum Bikhair~

Padah last minute study, tergopoh2 membelek nota beberapa minit sebelum exam Fiqh Sumpah,Nazar&Makanan bertemankan satu-satunya sahabat se-bnm, Hanis Zakwan.
Kami berdua agak bernasib malang kerana terdaftar subjek tahun 3 ini. Memang payah kerana terkadung 3 fiqh besar dalam satu subjek. tak score pun takpe, dapat lulus pun sangat kami syukuri.

Hari terakhir tahun pertama kami di Universti Yarmouk
bersama guru yang sgt faqih dalam lughoh dan usul fiqh biarpun kurang satu deria penglihatannya

Tuesday, 26 July 2011

Pembersihan sebelum Ramadhan

Salam.

Berbaki 5 hari saja lagi Ramadhan akan memunculkan diri.
Moga ArRahman beri lagi peluang untuk kita mengharungi.

Di kesempatan waktu sebelum tidur ini, teringin pula mengingatkan sesuatu di sini untuk kebaikan diri dan sahabat semuanya.
Mana tahu ini peringatan terakhir. Mana tahu kerana peringatan inilah Allah meredhai hamba yang hina ini.

+ + +

Suka sekali saya ingatkan diri saya setiap hari tentang salah satu tips yg ulama' telah gariskan untuk kita cemerlang ataupun menghadam sesuatu benda itu iaitu : At-Takhliah qabla At-Tahliah ( kosongkan sebelum hiasi / isi).

Qaedah ini memang sesuai bahkan dharuri untuk dipraktikkan dalam setiap aspek.
Ye lah, mana mungkin hati kita nak dipenuhi dengan kebaikan bila keburukan sudah mendominasi.


Selari dengan kefahaman kita dengan firman Allah dalam surah Al-Ahzab :


"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"

+ + + 

Jadi, bermula dari sekarang, sama-sama lah kita mengosongkan segala jahiliyyah/keburukan dari diri kita.
Tak guna juga kalau kita dok sibuk siap sedia mengharungi ramadhan dengan pelbagai amal. tetapi kotoran di hati masih kekal tidak dibersihkan.

+ + +

Di kesempatan ini juga, saya meminta maaf kepada yang telah salah faham di atas kekotoran caller ringtone saya nyanyian Nancy Ajram tu kalau tak silap.
Setiap kali orang call, asyik kena perli saja. tak kurang juga yang menegur sinis "sedap lagu nta. tapi tak thiqah la."
Terima kasih saya ucapkan bagi yang ambil berat untuk membersihkan caller ringtone saya tu :)
Sebanyak incoming call, sebanyak itulah saya terpaksa menanggung rasa malu bahkan mungkin bisa menyebabkan dosa org yang khusyu' mendengar lagu lagho tersebut~
Sebenarnya memang saya tak tahu macam mana boleh wujud caller ringtone tu.
Sudah beberapa kali saya ke syarikat Orange mengadu dan suruh dipadamkan, tapi sampai hari ini masih kekal. Sudah puas juga mencari penyelesaian di internet, tapi tidak ditemui. 
Sabar saja lah. Tawakkal 'alaAllah..

+ + +

Akhir kalam, 'kosongkanlah' diri kita untuk diisi sepuas-puasnya pada Ramadhan tak lama lagi...

"Allahumma Ballighnaa Ramadhan!"

Saturday, 9 July 2011

Coretan Syaaban : Dua Tuntutan

المتكبر كالطير كلما علا صغر في اعين الناس
"Orang yang sombong angkuh itu umpama burung,
ketika mana meninggi, ia tampak kecil di mata manusia"

+ + +

(*Hanya coretan di sela waktu malam Syaaban. Tulisan bercampur aduk ikut apa yang terlintas)

Hampir genap seperempat tempoh pembelajaran saya di Jordan, ada satu perkara ketara yang betul-betul mengesani jiwa saya.
Saya yang dulunya hanya lalui pendidikan aliran sains (tidak pernah bertalaqqi di pondok2) terasa pening-pening juga dengan karenah sebahagian ustaz-ustaz di Malaysia. Sudahlah saya jahil agama, kemudian lihat pula segelintir orang yang faqih agama bertelingkar, lagi lah bertambah kerumitan.
Rupanya rumit itu bukanlah kerana perbezaan pendapat ataupun khilaf, tetapi adalah kerana hilangnya Adab dan Akhlak dalam kekhilafan itu.

Saya tertarik dengan Akhlak para ulama' di Universiti Yarmouk yang setiap hari depan mata sendiri saya perhati. Meskipun pelbagai perbezaan pendapat yang berlaku, mereka tetap sangat menghormati antara satu sama lain.
Pernah saya melihat seorang pensyarah saya yang dikatakan 'salafi' berhujah dengan pensyarah saya satu lagi yang 'khalafi'. Bersungguh-sungguh mereka berdua melontarkan hujah. Namun diakhiri dengan bersalaman, senyuman ketenangan.

Selalu juga pensyarah saya yang berfikrah Hizbut Tahrir yang asyik mengutarakan penyeselaian umat ini dengan membina dari atas (bina daulah dahulu), tetapi beliau selalu saja memuji tokoh-tokoh IM bahkan terdapat kitab-kitab rujukannya dari kitab ulama' IM.

Itulah bila tuntutan wahyu didahului.

Begitu jugalah sepatutnya kita semua.
Bukanlah hanya pandai mengherdik dan memerli sesuatu golongan tanpa asas yang tepat, tanpa melihat hujah yang lain dengan cermat.
Akhirnya Akhlak juga yang tergadai.
Itulah bila nafsu berjaya menguasai.

+ + +
Sepanjang hampir setahun saya di sini juga,
kadang-kadang saya perhati, kita (mahasiswa) sudah lebih pandai pula dari ulama'. Bila pendapat ulama' itu lain saja dengan pendapat kita, terus saja dilabel malah dijauhi. Sedangkan kita tidak sedar beliau telah berpenat lelah berjam-jam mencari dalil dan hujah-hujah yang kuat. Kita yang entah baru beberapa minit dalam sehari mengadap kitab agama sudah layak menolak pendapatnya?
+ + +
Selama hampir setahun saya di sini juga,
Saya dapat rasai sedalamnya (tetap masih perlu didalam-dalamkan lagi) bahawa duniawi bukanlah kepuasan yang hakiki.
Baru-baru ini, selama satu jam pensyarah saya menghuraikan hadith tentang 'dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara'. Maka semakin dalam keyakinan saya bahawa akhirnya Agama (Islam) sahajalah penyelamat bahkan merupakan kepuasan yang hakiki.
Dunia ini hanyalah umpama fatamorgana. dari jauh kelihatan jelas bersinar, namun ia lenyap bila dikejari.
Memang tak patutlah kita tertipu dengan kecantikan duniawi.

Saya tak nafikan betapa mencabarnya mahu menangkis godaan duniawi ini, lagi-lagi wanita. Ramai saja di sini yang tergugat dengan gangguan wanita-wanita Syam yang maklum dengan kecantikan mereka. Tak kurang juga yang tewas dengan mesej-mesej manis mereka di facebook.

Namun, saya juga tak dapat nafikan bahawa kecantikan mereka hanyalah sementara.
Keseronokan berhubungan dangan yang bukan halal tidaklah berkekalan.
Sudahlah sementara, lepas tu bertambah pula dosa. Berganda-ganda kerugian.
Itulah bila tuntutan hawa nafsu diraikan.

Saturday, 25 June 2011

Menyelamatkan Pemuda Kita

Antara perkara terpenting yang perlu dititik-beratkan oleh para Daie adalah pemerhatian mendalam terhadap isu pemuda dan masalah-masalahnya serta krisis-krisis yang dihadapi oleh pemuda di samping cabaran-cabaran yang mereka tempuhi.  Ini kerana, krisis-krisis pemuda merupakan antara isu ummat yang paling serius.

Berbicara tentang masalah dan krisis pemuda sepatutnya menimbulkan satu penyelidikan terpenting yang serius , di mana wajib diselidiki dan dirawati dengan rawatan yang tulus dan jujur bersumberkan Agama Islam kerana masalah-masalah ini sentiasa memburu pemuda-pemuda Islam dan mengejar mereka di mana sahaja mereka berada samada ketika berlindung di rumah mahupun ketika  di perjalanan (luar rumah).
Sesungguhnya pemuda merupakan harta kekayaan dan ‘alat’ masa depan bagi setiap umat. Ia ibarat jantung  yang berdegup dan lengan kanan yang sentiasa menjadi tempat pergantungan umat.
Maka dengan itu, masyarakat menjadi kuat sekiranya pemudanya kuat – iaitu pemuda yang mempunyai kekuatan yang bagus, kesihatan yang baik, iman yang kukuh dan akhlak yang mantap.


Tempoh pemuda adalah satu fasa yang paling subur dalam kitaran hidup.  Ia adalah kekuatan yang terzahir di antara dua fasa lemah (fasa kanak-kanak dan fasa penuaan).   Fasa pemuda juga merupakan satu lonjakan usia di mana waktu inilah termaksimumnya kekuatan, mekarnya bakat, dan terledaknya kegeniusan . Ia adalah satu tempoh kekuatan dan kematangan. Dengan sebab inilah, Allah SWT telah mengutuskan para Rasul dari kalangan pemuda.
Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran mengenai Nabi Ibrahim yang menentang kebatilan dan berhala :
“..Mereka berkata : “kami  dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim” (Surah Al-Anbiya’ : 60)

Fasa pemuda juga merupakan antara fasa yang terpenting dalam usia manusia kerana ia adalah permulaan taklifan agama terhadap manusia (usia baligh). Ketika inilah setiap individu wajib melaksanakan semua tuntutan agama dan bertanggungjawab atas segala perilakunya dari segi perbuatan dan percakapan. Ia akan disoal-jawab dan dihisab untuk diberikan ganjaran ataupun seksaan.

Sesungguhnya pemuda pada pandangan Islam adalah mereka yang memikul tugas dakwah kepada Allah swt dan memikul tanggung jawab melakukan Islah (pembaikan). Ini disebabkan, mereka lah golongan yang paling mampu untuk menghadapi dan menentang kezaliman.  Mereka adalah golongan yang paling banyak cenderung pada pengorbanan serta sentiasa berusaha untuk dirinya dan benda yang berharga.
Allah swt berfirman mengenai  Ahli Kahfi : Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk. Dan Kami meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri, lalu mereka pun berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan seluruh langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran“. (Al-Kahfi : 13-14)
Firman Allah swt mengenai kisah permintaan salah seorang anak Nabi Syu’aib terhadap ayahnya untuk mengambil seorang pemuda (Nabi Musa a.s) sebagai orang upahan : “Wahai bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya”. (Al-Qashas : 26)

Dakwah Islamiyyah pada zaman Rasulullah saw berkembang dengan sayap-sayap pemuda.
Ali b.  Abi Talib r.a memeluk Islam ketika berumur 8 tahun. Umar Al-Khattab, Uthman b. Affan, Talhah bin ‘Ubaidullah, dan Ja’far b. Abi  Talib r.a memeluk Islam ketika usia kemuncak pemuda.

Bahkan, Rasulullah saw telah mengarahkan Usamah b. Zayd supaya mengetuai tentera muslimin untuk menentang Rom ketika umurnya baru 18 tahun. Perlantikan Usamah ketika usia muda ini merupakan dalil kuat terhadap keperluan memberi peluang kepada pemuda memikul tanggungjawab dan memanfaatkan kemampuan mereka, dan juga sebagai persediaan pemuda untuk masa hadapan umat yang menunggunya.

Begitu juga Muaz b. Jabal r.a. Beliau telah diutus Rasulullah saw ke Yaman untuk mempelajari  fiqh dan Agama ketika usia kemuncak pemuda.

Dengan wujudnya kepentingan fasa pemuda yang cukup matang inilah, Rasulullah saw telah berpesan kepada umat Islam supaya ‘mengeksploitasi’ dan merebut fasa pemuda ini sebelum ia berlalu pergi.
Hadith Rasulullah saw : “Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa mudamu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kayamu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian”

Dan Rasulullah saw telah memberi khabar gembira buat pemuda yang taat dan sangat berhasrat kepada redhaNya dengan perlindungan teduhan di tengah terik panas hari kiamat, dan diletakkannya di belakang imam yang adil.
Hadith Rasulullah saw : ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri.
Mereka itu adalah: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” (Riwayat at-Tirmidzi)

+ + +

Namun yang demikian, kini kita lihat generasi pemuda Islam zaman ini tidak lagi seperti pemua zaman-zaman kegemilangan islam yang lalu. Mereka sudah leka dengan dunia sendiri. Seolah-olah mereka tidak pernah tahu peranan dan tanggung jawab mereka. Lebih parah, segala kelebihan yang ada dalam diri mereka tidak digunakan sebaiknya malah dibazirkan untuk membuat maksiat dan perkara yang sia-sia.

Kalaulah dibuat kajian statistik berapa ramai yang ke pawagam dan berapa yang ke masjid setiap hari, berapa ramai yang menghafal Al-Quran dan berapa ramai yang menghafal lagu-lagu, berapa ramai yang mengenali para Sahabat r.a dan yang mengenali artis, sudah pasti natijahnya cukup menyakitkan hati bersih yang melihatnya.
 
Malang sekali, betapa ramai pemuda kita di malaysia telah disia-siakan potensi mereka..

Akhir kalam,
Adakah situasi yang berlaku kini tidak menyedarkan kita supaya bersungguh-sungguh menyelamatkan dan ‘menghidupkan’ kembali pemuda ini?

Hendakkah segala kelebihan dan potensi jutaan bahkan berbillion pemuda masa kini dibazirkan begitu sahaja?

+ + +

*Diterjemah dari B.Arab & diolah sedikit dari : http://www.ikhwanonline.com
*Maaf kalau banyak perkataan / ayat yang tidak diterjemah dengan tepat. Masih baru merangkak belajar menterjemah~

Sunday, 19 June 2011

Kembara Haramain 2011

Tatkala semuanya diselebungi perasaan gembira dan bergelak ketawa dalam perjalanan dari Jordan ke Arab Saudi, muncul Hamzah, pelajar tahun 1 JUST dihadapan, memegang mikrofon, mengenalkan diri lalu memesan dengan serius :

"Aku bukan nak menyeru kalian untuk menangis, tapi ingat-ingat lah saudara seislam kita yang sedang merana di Syria sana "

Satu permulaan kembara yang baik bagi saya. Subhanallah.

+ + +

Alhamdulillah. Allah izinkan saya menziarahi Nabi Muhammad SAW buat pertama kali.
Dapat juga mentadabbur Seerah Agung di Medan Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Quba' dan sebagainya.
Cerita-cerita ketika sekolah rendah dahulu telah dapat diimiginasikan dengan lebih hebat dan lebih mengesani jiwa bila berdiri sendiri di tempat berlakunya peristiwa-peristiwa hebat itu.

+ + +

 
Gua thur berada di puncak bukit sana~
Kredit buat ust Ammar Roslan atas gambar ini :)

Mentadabbur Langkah-langkah perjuangan nabi mendaki Gua thur turut menyentuh hati ini.
Entah berapa banyak kali saya ingin putus asa di tengah pendakian bukit 800m tingginya itu kerana cuaca yang terlalu panas terik dan bekalan tenaga yang tidak cukup.
Namun, kisah Nabi SAW dan para sahabat secara automatic menjadi motivasi supaya tidak berputus asa.
Sukar dibayangkan betapa tough nya Asma' Bte Abu Bakar yang berjaya mendaki hingga ke puncak seorang diri !

Mendengar Seerah oleh Syeikh Abdullah.

Syeikh Abdullah mengetuai nasyid yang sunguh menggugah jiwa sebaik saja turun dari gua thur.
Boleh dengar lagunya di sini

+ + +

Sungguh Taajub melihat ahli-ahli bas bertalbiah selama mana perjalanan dari madinah ke Makkah tanpa henti. 5 jam tanpa henti bas dihiasi dengan Talbiah.

Tiba di makkah, saya disuruh menundukkan pandangan dan dipimpin oleh rakan arab saya, Abdullah dari luar masjidil haram hinggalah ke hadapan kaabah.
Sampai saja betul2 di hadapan kaabah, beliau memberi arahan untuk melihat kaabah di hadapan. Hanya Allah saja yang tahu betapa perasaan saya waktu itu sungguh terharu, sayu dan taajub.

Selesai melaksanakan umrah pada malam terakhir di Makkah sebelum pulang ke Jordan

+ + +
Ketika bas melepasi sempadan madinah dalam perjalanan pulang ke Jordan,
Bas yang riuh dengan nasyid dan gelak gembira arab-arab, menjadi sunyi tatkala seorang syeikh berkongsi kisah Seerah Nabi. Sangat masyuk dan menghidupkan jiwa yang mendengar.

Paling tragis apabila masuk kisah Kewafatan Nabi. Beliau bercerita dengan penuh detail dan penuh perasaan.


Beberapa ahli rombongan tertunduk sayu dan ada juga yang menangis mendengarnya.
+ + +

Syukur Alhamdulillah. Banyak yang saya dan 5 sahabat malaysia yang lain dapat daripada Jaulah Umrah bersama pemuda-pemuda arab yang telah hebat ditarbiyyah ini. Memang menggerak dan membasahkan jiwa yang sering kering ini.
Kenangan berqiamullail di Masjid Nabawi bersama pemuda-pemuda yang telah ditarbiyah dengan tarbiyyah yang hebat.
Kredit buat ust Ammar Roslan atas gambar ini :) 

Masha Allah, betapa besarnya pahala pendiri dakwah dan tarbiyyah yang telah mengesani mereka.

Saturday, 28 May 2011

Buat Ukhti Ku

Alhamdulillah. Subhanallah. Allah Akbar.
Selamat pengantin baru diucapkan buat kakak saya, Maimunah dan suaminya, Mahizal.
Moga hubungan yang suci lagi halal ini dirahmati dan diredhai Allah swt.


Sekejap saja masa berlalu.
Tak sangka pula semua kanak-kanak di atas kini sudahpun berkahwin.
(kecuali yg dipangkuan ibu)

 Barakallah lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair !




 
 
 Hanaa, Adik bongsuku, 5 tahun.
Sampai hari ni beliau masih taknak ke tadika dengan alasan : "boring".
Beliau lagi suka belajar dgn cikgu dlm vcd yg dibeli oleh mak saya.
Masha Allah..


Akhir sekali,
Tak terkira kemaafan Ahmad ucapkan buat keluarga di malaysia, terutama kakak yang disayangi, Maimunah kerana tak dapat hadir ke Majlis Pernikahan ini. Betul-betul cemburu melihat suasana di sana.
Insya Allah ada hikmahnya adikmu tak dapat hadir.
Tapi jgn risau, akan ada hadiah yang best menyelusuri~ :)

Tuesday, 24 May 2011

Didikan 2.1 Dekad


Genap 2 dekad 1 tahun, mereka berdua berjuang mendidik dan membesarkan anaknya ini.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Surah Ar-Rahman)

Alf syukran buat mama dan abah yang banyak membantu hingga kini.
Terima kasih banyak-banyak juga buat sahabat-sahabat yang wishing-wishing di fb dan sebagainya di sana sini.
Insya Allah pesan kalian akan dilumatkan dalam diri ini untuk dilaksanakan.

Tahun ini, tiada apa yg dpt saya hadiahkan utk ibu ayah saya kali ini sempena genap 21 tahun metarbiyah saya, melainkan doa dan cuba menjadi anak yang soleh (insya Allah)
+ + +

Belek-belek gambar lama, terjumpa gambar lawak ini,

Inilah lukisan saya hampir 10 tahun yang lalu, hasil didik ayah saya yg hebat melukis.
Beberapa Tahun selepas itu, muncul modal kereta peugeot yg hampir serupa dgn design lukisan ini,
lalu dibeli oleh ayah saya~ ^_^

Sekali lagi, terima kasih buat mama dan abah atas segalanya. Saya dan adik beradik lain tak pernah merasai kekurangan kasih sayang meskipun kasih sayang mereka berdua terpaksa dibahagi dan diagihkan kepada 11 orang anak.
Syukur padaMu ya Ar-Rahman atas kurniaan ini. Alhamdulillah.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya..."( Surah Al-Isra' : 23)

Saturday, 7 May 2011

Hilang Pertimbangan


Keputusan penerimaan UPU mahupun beberapa interview sudahpun keluar baru-baru ini.
Peperiksaan akhir pula sudah menghampiri. Seperti biasa, waktu-waktu sebeginilah tangan gatal untuk mencoret di sini.

+ + +

Ramai sudah merasai, sistem pendidikan kita banyak dijajah oleh pihak asing, mungkin tidak lagi dirujuk pada sistem pendidikan zaman kegemilangan Islam dahulu.

Saya sendiri merasai bahkan mungkin menjadi 'mangsa' sistem sekarang ini. Yalah, umur hampir masuk 20an baru jelas mahu mendalami bidang tertentu, baru terkapai-kapai mahu memahami nas-nas quran dan hadith mahupun qaedah-qaedah fiqhiah dan sebagainya yang sepatutnya menjadi asas sejak dulu.

sebut tentang pendidikan teringat pula sekolah lama~ :)
*gambar : kelas 5 ibnu Abbas | beberapa hari sebelum SPM.

Saya tertarik dengan cerita pensyarah saya tentang kajian sistem pendidikan pada daulah islamiyyah akan datang (masha Allah, besar betul visinya)
Menurutnya, sepatutnya masuk umur baligh saja, seseorang itu sudah masuk alam universiti dan sekitar umur 18 tahun, sudah graduasi.

+ + +

Lihatlah kita sekarang ini, umur 18 baru mahu masuk universiti, mengkhususkan diri dalam bidang tertentu.

Sedangkan manusia-manusia terdahulu pada umur sebegini sudah menjadi tokoh yang hebat.
Usamah b. Zaid menjadi panglima perang ketika umurnya 17 tahun.
Imam Assyafie mendapat pengiktirafan untuk memberi fatwa ketika umurnya 15 tahun.
Sultan Muhammad Al-Fatih sudah menjadi pakar dalam bidang ketenteraan, sains, matematik serta menguasai 6 bahasa ketika umur 21 tahun.

Kita di malaysia pula?
Umur 18 baru tamat SPM. Sibuk mencari bantuan kewangan untuk belajar. Kalau dapat biasiswa sekian-sekian yang hebat, terima saja. Kalau tidak dapat bidang yang diidamkan kerana masalah kewangan, ambil saja tawaran biasiswa dan bidang yang telah ditawarkan mengikut tahap keputusan SPM.

Seolah-olah, kita dibentuk oleh agenda luar. Bukan dari diri sendiri. Bukan seiring dengan Agenda besar kita sendiri.

+ + +

Haish, kalau sebut masalah sistem-sistem sekarang memang tak ke sudah.

Point saya sebenarnya mudah aja : 
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
(Apa yang tidak sempurna kewajipan itu melainkan dengannya, maka ianya adalah wajib)
-qaedah usuliyyah-

Ya, kita sedari, bahawa mahukan daulah islamiyyah yang mempunyai sistem pendidikan dan segala sistem lain yang bisa kita hidup aman dengannya, memerlukan usaha yang wajib dilakukan untuk mencapainya.

Malangnya dalam masa yang sama, ramai pula yang terleka daripada kewajipan tersebut.
Mereka mencantas-cantas kebaikan, saling jatuh-menjatuhkan golongan kebaikan tertentu.
Ada juga yang sibuk dengan isu khilaf. Menghentam ulama' itu, menghina ulama' ini.
Tak kurang juga yang seronok mengeluarkan statement-statement mantap sedangkan terjun ke dalam medan sebenar pun tidak. Jauh sekali mengesani masyarakat.

Ataupun, mereka yakini inilah usaha yang 'wajib' mereka lakukan untuk mencapai kemenangan hakiki?
Kalau lah berlarutan sebegini, entah bila lah daulah islam hendak berdiri.

kaum keluarga, sahabat-sahabat dan umat kehausan agama, mereka pula syok sendiri sibuk dengan perbuatan yang menjadi 'wajib' buat mereka.

Inilah mereka yang sudah hilang pertimbangan.
Masha Allah...

اللهم اهدنا صراطك المستقيم

Thursday, 7 April 2011

Jangan Pernah Puas Dengan Diri

Dalam exam Tasyri' semalam, ada satu soalan tentang apakah sebab-sebab yang membawa kepada 'asr izdihar fiqh / golden age fiqh islami pada awal kurun ke-2 hijrah hinggalah petengahan kurun ke-4 hijrah.

Ada 9 sebab semuanya yang perlu disyarahkan. Daripada 9 sebab itu, ada satu sebab yang menarik minat saya untuk menulis entri kali ini, iaitu :- "bermulanya banyak rehlah ilmiah yang dibuat oleh ulama' ".

Contohnya, Imam Assyafie.
Bayangkan, lebih 1000 tahun yang lalu, beliau telah mengembara dari gaza ke makkah, kemudian ke yaman kemudian ke baghdad, dan kemudian ke Mesir pula, semata-mata untuk mendapatkan ilmu-ilmu agama.


Dan akhirnya ia memberi impak besar pada dunia islam waktu itu. bermula dari situlah diasaskan qaedah-qaedah usul fiqh dan terhasilnya kitab ArRisalah yang menjadi sumber utama usul fiqh hingga kini !

Subhanallah.

Ketika hendak menjawab soalan tersebut dengan jawapan di atas, saya terasa malu.
Tiba-tiba saya teringat akan 'rehlah ilmiah' saya ke mesir akhir januari lalu bersama seorang sahabat.

+ + +

Kenapa malu?

Kerana pelbagai keluhan yang diluahkan sepanjang 2 hari suntuk perjalanan kami ke mesir melalui jalan darat dan menyeberangi lautan dengan kapal laut buat pertama kali.

Mana tidaknya, sejak pagi hari pertama hinggalah malam hari kedua perjalanan, memang tak lekang ujian dan cabaran menjadi teman.
Beratus duit habis kerana ditipu. Berjam-jam menunggu dan beratur untuk naik ke kapal tetapi hampa kerana ditahan polis dan disuruh patah balik.
Seharian suntuk dari pagi ke malam terpaksa menghidu asap-asap rokok di dalam bas buruk yang tertutup. Tidak lupa juga dengan peristiwa bas rosak di tengah padang pasir mesir. Hanya Allah saja tempat saya mengadu waktu itu. Sahabat ketika itu sudah tiada, kami berpisah sebaik tiba pelabuhan Nuwaiba', Mesir.

Sampaikan ada satu masa dalam perjalanan dari pelabuhan menuju mansurah, mata saya tiba-tiba berkaca-kaca.
Saya terimbau kembali kisah-kisah lama di Malaysia. Hidup serba mewah. Mahu ke sekolah, mahu ke kedai, mahu jalan-jalan, semuanya dengan kereta mewah. Kalau mahu ke tempat jauh seperti langkawi, naik kapal terbang.

Ketika seharian bersama arab-arab mesir dalam bas usang yang padat itulah, saya terasa sangat bersyukur atas segala nikmat yang diberikan sebelum ini.
Ketika itu jugalah saya rasakan saya telah mengharungi perjalanan yang paling teruk mencabar dan panjang dalam hidup saya.

+ + +

Namun, bila baca kisah-kisah pengembaraan manusia-manusia terdahulu. Memang saya betul-betul patut malu dengan mereka. Bagai langit dan bumi.
Saya yang baru diuji dengan menaiki bas usang dan kapal laut sudahpun mengeluh. Belum lagi kalau diuji dengan hanya menaiki unta untuk menyeberangi sahra' seperti mana ulama' terdahulu.


Kegigihan dan pengorbanan mereka memberi sumbangan yang sangat-sangat-sangat besar pada kemajuan Islam. Hingga kini malahan sumbangan mereka dapat dirasai bersama.

+ + +

Usai saja menjawab soalan exam itu, saya terfikir sejenak
"Patutlah hidup aku di dunia ni masih tak memberi kesan pada dunia Islam hari ini "
"Dah 20 tahun aku hidup, apa yang dah aku sumbangkan?"

Teringat juga kata seorang sahabat : "kalau kau tak beri nilai tambah pada dunia ni, kau hanya jadi bahan tambahan, menyemak je!"

Friday, 25 March 2011

Alf Mabruk Hasanah Suhail & Aliya


1) Alhamdulillah exam pertama baru saja tamat. Lega, lega juga.Tapi seminggu lebih lagi, mula pula exam kedua. Memang hidup di Jordan ini penuh dengan exam hampir setiap minggu.

Syukur Alhamdulillah, meskipun saya tersilap daftar subjek untuk semester ini (daftar subjek tahun 3 yang sgt mencabar, Fiqh Aiman & Fiqh Jihad), ramai senior yang sudi mengajar. Biarpun markah rendah-rendah saja, saya sangat bersyukur kerana dari sini Allah telah membuka ruang untuk saya menjadi lebih rajin menelaah kitab-kitab ulama'.

Yalah, bak kata orang putih " Failure is success if we learn from it ".

+ + +

2) Tahniah pada kakak saya Hasanah dan suaminya atas kelahiran cahaya mata kedua..

بورك لكما في الموهوب وشكرتما الواهب
رزقكم الله بره وبلغ أشدة
وجعله الله من عباده الصالحين

Muhammad Sayyd yang dilahirkan pada 21 Mac lepas.

Khayrat bersama adiknya Muhammad Sayyd. Masha Allah..



Semoga Muhammad Sayyd dapat mencontohi ibunya yang sentiasa sabar dan tabah dan dapat mencontohi ayahnya yang sentiasa 'semangat' membuat semua perkara.
(*teringat ketika saya melawat mesir sebelum kejatuhan pak husni mubarak,  layanan mereka sangat istimewa.
Abang ipar saya semangat ke pasar pagi2 semata-mata nak cari burung puyuh untuk saya yang tengah mengidam. Kakak saya yang sedang sarat mengandung dengan tabah ke hulur ke hilir menemani saya melawati tempat2 bersejarah di Alexandria)

Masha Allah.

+ + +

3) Tahniah buat adik saya, Aliya yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2010.
Ahsanti. Walaupun kali ini tak dapat memotong abangnya, jangan risau, jemputlah ke jordan ini, ambil bidang Syariah Fiqh Usul, maka bolehlah kita saling bersaing lagi :)

Moga dengan kejayaan ini, menjadi pemangkin untuk Aliya menjadi lebih solehah dan lebih semangat berjuang di jalan Allah ini. Bukan untuk di-riya'2-kan ya. SPM je pun,,orang dah tak kisah dah bila dah masuk Universiti nanti.

Saturday, 19 March 2011

Masalah Perempuan : Sabarlah Skit..


 "Jangan ada girlfriend ya"

7 tahun lalu, ketika saya di tingkatan satu, hampir setiap hari ayah saya berikan nasihat ini setiap pagi sebelum saya ke sekolah.

Dulu-dulu saya hanya tersenyum sambil tersengih-sengih mendengarnya.
Tapi kini, saya betul-betul hargai nasihat ayah saya itu. 

Ramai rakan saya tersungkur kerana wanita.
Ada rakan yang betul-betul saya sayangi berjumpa saya setelah lama berpisah dan mengadu bahawa beliau sudah terlanjur dengan seorang wanita. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya waktu itu.
Ada juga rakan saya yang dulunya hebat memimpin tarbiyah dan dakwah di sekolah. Tapi kini tersungkur dengan seorang wanita cantik, sanggup menempelkan gambar mereka berdua-duaan di facebook.
Ada kenalan saya yang giat melakukan dakwah, tetapi tak laju-laju juga kerana tersekat dengan seorang perempuan.

Ya, saya tahu ini semua perkara biasa. 

Cuma yang tidak biasanya, siapa yang sanggup menghabiskan masanya dengan mencegah ataupun merawat masalah ini? Siapa lagi kalau bukan saya? Siapa lagi kalau bukan kalian?

+ + +

Sepanjang pengamatan kerdil saya di dunia ini, lagi-lagi di jordan ini, ada satu perkara yang mencuit hati saya.
Terdapat perempuan-perempuan yang 'menonjolkan' dirinya dengan cara yang salah. Maksud saya, dengan tidak syar'ie seperti sibuk meng-sms lelaki. Lagi-lagi yang membuat demikian adalah mereka yang dikatakan thiqah-thiqah, pakai tudung labuh. Memang mencuit hati.
Dapat saya simpulkan perempuan-perempuan yang berjaya melemahkan sang lelaki ini adalah mereka yang tidak mampu bersabar sedikit. Mungkin mereka takut diri mereka tidak akan laku jika tidak bertindak sedemikian.

Maka, ia membuahkan natijah-natijah yang tak diingini.

Ada satu hari seorang perempuan yang saya hormati meluahkan pada saya :
"Kadang-kadang lelaki selalu silap pilih. Mereka hanya nampak perempuan-perempuan yang menonjol saja.
Mereka tak nampak perempuan-perempuan yang 'tersembunyi' yang solehah-solehah belaka, yang wara', yang sangat menjaga batas pergaulan

Ya, saya akui, dan saya sendiri sudah saksikan kini, ada rakan saya yang dahulunya hebat tapi kini tersungkur dek haruman bunga-bunga murahan, sedangkan banyak lagi bunga mawar berduri yang menanti.

Saya terdetik untuk menulis hal ini kerana teringatkan 6 adik perempuan saya yang masih dara lagi suci yang sangat saya sayangi.
Kenapa? kerana saya tidak mahu mereka menjadi penyumbang dan terjebak kepada masalah ini.

Pesan saya pada adik-adik saya khususnya :
Sabarlah sikit.. Janganlah terburu-buru..
Janganlah sampai berjaya menyungkurkan seorang lelaki.


Yang lelaki pula, janganlah mudah goyah dengan usikan mereka.

Saya tertarik dengan sifat tegas kawan arab saya terhadap isu ikhtilat, 

Satu hari ada rakan perempuan sekelas saya (kelas thaqafah i'lamiah) memberi salam sambil tersipu-sipu.
Kebetulan tidak jauh dari situ, kawan saya tadi yang sedang berdiri memerhati, lalu terus membisik pada saya :
"pshiuh je dia! " (sambil buat gaya meludah)
" 'aib Wallah ! harap je cantik, tapi akhlak dia buruk! "

Masha Allah.

+ + +

Akhir kalam,
sekali lagi, sabar lah skit..
Lihatlah bagaimana seorang dalam pertandingan menyelam paling lama dalam air boleh menjuarai tempat pertama.
Dia mungkin hanya bersabar sedikit sahaja daripada pemenang tempat kedua. Mungkin bezanya hanya 1 saat mungkin juga hanya 1 detik.

Begitulah kehidupan kita.
Mana tahu dengan sabarnya skit daripada melakukan maksiat, Allah kurniakan nikmat tak ternilai harganya.
Manu tahu, hilangnya sabar kita sesaat daripada membuat maksiat, Allah terus mematikan kita, lalu.......

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP