Showing posts with label Dedikasi. Show all posts
Showing posts with label Dedikasi. Show all posts

Sunday, 27 November 2011

Menghijrahkan Generasi ini

Pendapat ulama', bukanlah hari kelahiran atau hari kematian merupakan satu tarikh yg sangat penting. Yang penting adalah tarikh perubahan sesuatu / seseorang itu ke arah yang jauh lebih baik. Lihat Saidina Umar. ra, sampaikan permulaan kalendar islampun dibuat dgn bermulanya fasa baru dlm islam iaitu peristiwa hijrah.

Bila terkenang peristiwa Hijrah nabi, terkenang pula peristiwa 'hijrah' pertama diri sendiri.

+ + +

Ketika itu alam sekolah menengah baru dijejaki, penuh jahiliyyah melanda diri.
Ayah sedaya upaya masukkan saya ke kelas tahfiz, malangnya sudah setengah tahun baru capai 7 muka surat al-baqarah, itupun setelah ditegur guru berkali-kali. Akademik pula banyak dapat D.
Habis masa dan duit lari tak kembali. Games, linkin park, bowling, perempuan-perempuan, semuanya menguasai diri.
Tak perlulah saya tuliskan terperinci di sini. Cukuplah rakan-rakan se'perjuangan' saya dahulu menjadi saksi.

Astaghfirullah.

Namun, ketika sedang syok dengan jahiliyyah itulah, ayah dan ibu menghantar saya jauh ke pelusuk kampung Jeram, Kuala Selangor.
Jauh dari rumah, jauh dari bandar, jauh dari peradaban moden, jauh dari arus globalisasi.

Dengan harapan melangit tinggi terhadap anak lelaki terakhirnya ini, mereka berdua sering menziarahi meskipun jarak jauh membatasi. Paling kurang pun 3 bulan sekali. Dan semestinya tak lupa stok makanan mengiringi di samping nasihat-nasihat motivasi.

Di bangunan inilah, saya dimarahi dan ditampar ustaz, ditumbuk, disepak, dibelasah senior.
Tak lain tak bukan untuk merubah saya yang degil & nakal penuh jahiliyyah.

Ingat lagi ketika mana dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru  selepas berakhirnya SPM. Waktu itu, hanya ayah dan saya di dalam kereta. Sampai satu simpang nak ke lebuh raya ke arah Johor Bahru, ayah bersuara :

"Ahmad, tengok tu" kata ayah dengan nada yang lembut sambil menunding jari ke arah pengemis jalanan.

Saya terdiam.

Cukup dengan itu membuatkan saya bersyukur tak terkira. Amat terharu.

+ + +

Subhanallah. kini saya menjadi saksi betapa besarnya pengorbanan mak ayah saya dalam proses menghijrahkan saya selama ini.
Ini baru saya, belum lagi kisah-kisah tragis penuh nostalgia mereka berdua menghijrahkan 10 anaknya yang lain.

Gambar : Ayah dan ibu saya dalam proses meng'hijrahkan' anak pertama.

Ulama' berpendapat bahawa hak pertama si anak adalah bermula dengan pemilihan sang lelaki terhadap wanita yang bakal menjadi ibu untuk si anak tersebut.

Ternyata ayah saya telah menunaikan hak pertama kami dengan sempurna. Pilihannya memilih bakal isterinya sangat tepat. Ikatan pernikahan membina beyt muslim seusia 21 tahun hingga kini (49 tahun) masih kukuh dihiasi dengan kebahagiaan dan kedamaian.



Masya Allah.

Saturday, 28 May 2011

Buat Ukhti Ku

Alhamdulillah. Subhanallah. Allah Akbar.
Selamat pengantin baru diucapkan buat kakak saya, Maimunah dan suaminya, Mahizal.
Moga hubungan yang suci lagi halal ini dirahmati dan diredhai Allah swt.


Sekejap saja masa berlalu.
Tak sangka pula semua kanak-kanak di atas kini sudahpun berkahwin.
(kecuali yg dipangkuan ibu)

 Barakallah lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair !




 
 
 Hanaa, Adik bongsuku, 5 tahun.
Sampai hari ni beliau masih taknak ke tadika dengan alasan : "boring".
Beliau lagi suka belajar dgn cikgu dlm vcd yg dibeli oleh mak saya.
Masha Allah..


Akhir sekali,
Tak terkira kemaafan Ahmad ucapkan buat keluarga di malaysia, terutama kakak yang disayangi, Maimunah kerana tak dapat hadir ke Majlis Pernikahan ini. Betul-betul cemburu melihat suasana di sana.
Insya Allah ada hikmahnya adikmu tak dapat hadir.
Tapi jgn risau, akan ada hadiah yang best menyelusuri~ :)

Tuesday, 24 May 2011

Didikan 2.1 Dekad


Genap 2 dekad 1 tahun, mereka berdua berjuang mendidik dan membesarkan anaknya ini.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Surah Ar-Rahman)

Alf syukran buat mama dan abah yang banyak membantu hingga kini.
Terima kasih banyak-banyak juga buat sahabat-sahabat yang wishing-wishing di fb dan sebagainya di sana sini.
Insya Allah pesan kalian akan dilumatkan dalam diri ini untuk dilaksanakan.

Tahun ini, tiada apa yg dpt saya hadiahkan utk ibu ayah saya kali ini sempena genap 21 tahun metarbiyah saya, melainkan doa dan cuba menjadi anak yang soleh (insya Allah)
+ + +

Belek-belek gambar lama, terjumpa gambar lawak ini,

Inilah lukisan saya hampir 10 tahun yang lalu, hasil didik ayah saya yg hebat melukis.
Beberapa Tahun selepas itu, muncul modal kereta peugeot yg hampir serupa dgn design lukisan ini,
lalu dibeli oleh ayah saya~ ^_^

Sekali lagi, terima kasih buat mama dan abah atas segalanya. Saya dan adik beradik lain tak pernah merasai kekurangan kasih sayang meskipun kasih sayang mereka berdua terpaksa dibahagi dan diagihkan kepada 11 orang anak.
Syukur padaMu ya Ar-Rahman atas kurniaan ini. Alhamdulillah.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya..."( Surah Al-Isra' : 23)

Friday, 25 March 2011

Alf Mabruk Hasanah Suhail & Aliya


1) Alhamdulillah exam pertama baru saja tamat. Lega, lega juga.Tapi seminggu lebih lagi, mula pula exam kedua. Memang hidup di Jordan ini penuh dengan exam hampir setiap minggu.

Syukur Alhamdulillah, meskipun saya tersilap daftar subjek untuk semester ini (daftar subjek tahun 3 yang sgt mencabar, Fiqh Aiman & Fiqh Jihad), ramai senior yang sudi mengajar. Biarpun markah rendah-rendah saja, saya sangat bersyukur kerana dari sini Allah telah membuka ruang untuk saya menjadi lebih rajin menelaah kitab-kitab ulama'.

Yalah, bak kata orang putih " Failure is success if we learn from it ".

+ + +

2) Tahniah pada kakak saya Hasanah dan suaminya atas kelahiran cahaya mata kedua..

بورك لكما في الموهوب وشكرتما الواهب
رزقكم الله بره وبلغ أشدة
وجعله الله من عباده الصالحين

Muhammad Sayyd yang dilahirkan pada 21 Mac lepas.

Khayrat bersama adiknya Muhammad Sayyd. Masha Allah..



Semoga Muhammad Sayyd dapat mencontohi ibunya yang sentiasa sabar dan tabah dan dapat mencontohi ayahnya yang sentiasa 'semangat' membuat semua perkara.
(*teringat ketika saya melawat mesir sebelum kejatuhan pak husni mubarak,  layanan mereka sangat istimewa.
Abang ipar saya semangat ke pasar pagi2 semata-mata nak cari burung puyuh untuk saya yang tengah mengidam. Kakak saya yang sedang sarat mengandung dengan tabah ke hulur ke hilir menemani saya melawati tempat2 bersejarah di Alexandria)

Masha Allah.

+ + +

3) Tahniah buat adik saya, Aliya yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2010.
Ahsanti. Walaupun kali ini tak dapat memotong abangnya, jangan risau, jemputlah ke jordan ini, ambil bidang Syariah Fiqh Usul, maka bolehlah kita saling bersaing lagi :)

Moga dengan kejayaan ini, menjadi pemangkin untuk Aliya menjadi lebih solehah dan lebih semangat berjuang di jalan Allah ini. Bukan untuk di-riya'2-kan ya. SPM je pun,,orang dah tak kisah dah bila dah masuk Universiti nanti.

Tuesday, 16 November 2010

Tatkala keduanya telah berserah diri.


Kepada keluarga yang dirindu dan sahabat yang dikasihi semuanya,
Selamat hari raya aidil adha.
Kullu 'am wa antum bikhair !

+ + +

Hari tu dengar ceramah Amr khalid tentang kisah nabi Ibrahim sekeluarga, sangat-sangat membuka mata hati saya.




Apa yang saya fahami dari ceramahnya :
Kenapa Allah firman dengan sebut perkataan "aslama"? Tidakkah mereka berdua (nabi Ibrahim dan Ismail) memang sudahpun islam sebelum ini?
Ya, memang mereka sebelum itu sudahpun islam.
Tapi hakikat sebenar keislaman adalah apabila mereka sanggup berkorban tak kira apa saja hatta anak sendiri  sekalipun demi menjunjung perintahNya.

Masha Allah.
sudahkah kita benar-benar menjadi Muslim Sejati? sudahkah kita bulat-bulat berserah diri pada Ar-Khaliq, Allah swt?

p/s: muhasabah juga untuk pelajar2 yg punyai biasiswa ratusan dinar / beribu ringgit tapi sangat berat untuk buat qurban ! apalah sangat duit beribu kalau nak dibandingkan dengan ganjaran akhirat kan? 

Saturday, 6 November 2010

Mengelak Kerugian, Meraih Keuntungan.


Salam. Kifhal? harapnya semua sehat-sehat aje.
Kali ni, hanya mahu kongsikan 3 berita gembira saja. Berita gembira dari nabi kita yang tercinta yang mungkin sudah kita baca atau dengar banyak kali.
Tapi takpalah, apa salahnya diulang kembali. Sifat pelupa kita memang tak pernah lari.

+ + +

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”. (HR Imam Bukhari)

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
(HR Imam Ahmad)

Dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”
(HR Imam Muslim)

p/s: selamat menunaikan haji sahabat-sahabat sekalian terutama senior2 saya - syah nazrin, azlan syah, & amin Khidzir, juga abg mun - yg dihormati semua.. Cemburunya~  :) 

Wednesday, 6 October 2010

Dedikasi Buat Tercinta

" Abah, datang lah sini (asrama sekolah) lawat amad"

"Atuk dulu penah datang sekolah abah 2 kali je. masa hari pertama sekolah tingkatan 1, dan hari terakhir lepas SPM"

" T_T " (tak terkata dah)

+ + +

"Abah, nak iphone 4 boleh? hehe "

"Abah lepas Kawen baru ada handphone"

"erk,  :') " hanya mampu tersengih

+ + +

Sebelum upsr  dan sppm (exam agama)

"Kalau dapat semua A, dapat PS2"

" :D " (Seronok tak terhingga)

Selepas keluar result :

"abah, amad dapat semua A, satu B. B subjek hafazan quran."

"tak dapat lah PS2"

semudah itu.

+ + +

Ini lah 3 contoh yang buat saya lebih kagum terhadap beliau. Setiap contoh ini, terdapat banyak fiqh dan pengajaran besar yang banyak membantu saya hingga kini.

* * * *
Abah, mama & hana di samping kek hari lahir abah yang ke-48


Kelmarin, 4 oktober adalah hari jadi Abah. hari itu sangat payah untuk tidur kerana mengenangkan Abah dan mama.
Teringang-ngiang wajah abah dan mama. Secara detail saya cuba ingat kembali satu per satu jasa mereka sejak saya kecil hinggalah kini.

Jujurnya, setelah lama 'menahan ego' di perantauan, akhirnya muncul juga rasa sayu pilu tambah terharu di hati. Mana mungkin saya tak terharu kerana amat dalam cinta mereka berdua pada saya. Cinta yang dizahirkan dengan amal yang membahagiakan saya hingga kini.

~ ~ ~

Lantas saya sedari, betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang
"Sesungguhnya Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada seseorang wanita terhadap anaknya"

Thursday, 2 September 2010

Salam Perantauan : Selamat Berjuang Sahabat !

Ramadhan ini, Lebih separuh dari sahabat se-stam saya telah berangkat jauh ke bumi anbiya', Mesir.


Perasaan saya, takyah cerita lebih-lebihlah. Lagi-lagi bila baru dapat beberapa berita dan cerita dari mereka via email. Memang perasaan bercampur baur. Sedih pilu terharu sudah pastilah. Cemburu Malahan.


+ + +

Walaupun saya tak yakin sahabat-sahabat saya itu akan membaca blog ini (kerana faktor internet tiada, juga mereka sangat khusyu' dengan ibadah Ramadhan mereka), saya tetap ingin menulis entri ini khusus buat mereka. Tak lain tak bukan kerana Ukhuwwah Fillah.




Sahabat-sahabat stam 2009 . Terbang bersama rombongan mumtaz.


Sungguh, sangat-sangat saya bangga dengan mereka.
Semuanya pelajar hebat-hebat lagi mantap belaka. 
Kalangan mereka, ada yang straight A's SPMnya. Kalangan mereka, ada yang lepasan sekolah sekolah Hebat, SBP dan sebagainya. Kalangan mereka ada yang punyai bakat sedia ada yang sangat berpotensi untuk terledak tak lama lagi.
Kalangan mereka ada yang menanam azam untuk menjadi Engineer, Doktor, Bisnesman dan sebagainya.
Tak lupa juga, ada kalangan mereka yang punyai minat mendalam dalam dunia motosikal. Entah motor canggih jenis apa yg dia sudah beli, saya tak pasti.



Aiman zamani. Sahabat serumah di Ipoh
Terbang sorang2 bersama rombongan Negeri Sembilan


Namun, mereka sudah lari dari kebiasaan. Jauh berbeza dari orang kebanyakan. Melawan arus perdana dengan arus perjuangan.
Dengan diri mereka yang serba hebat itu, mereka semuanya memilih untuk ke Bumi Mesir. Menimba ilmu di Al-Azhar Universiti sekaligus mengutip sebanyak-banyaknya mutiara berharga di sana.
Ya, mereka telah memilih untuk ke Mesir. Mendalami ilmu Agama.


Sungguh saya sangat bersyukur punyai sahabat seperti mereka. 


 "Man yuridillahu bihi khoiron yufaqqih hu fiddin"
(Barangsiapa yg dkehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan difahamkan dalam agamanya)
-mafhum Hadith-


Selamat berjuang Sahabat. 
Teruskan istiqamah, niat kerana Allah.


p/s : ops, Jom pulun2 habis habisan Beramal. tingga seminggu saja lagi ~

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP