Friday, 18 December 2009

Impian Sejati

Assalamualaikum wbt.
Perihal Maal Hijrah kali ini, saya tertarik dengan perkongsian ringkas yang ditulis di facebook wall sahabat saya yang sekarang berada nun jauh di negara seberang.

"HIJRAH : The greatest sacrifice human history ever watch. The Muhajirin left EVERYthing and The Ansar even gave their WIVES! Moral : When you leave something in the cause of Allah, He will replace something much better for you."

terima kasih saya ucapkan pada beliau atas satu input baru buat saya di Malaysia ini.


* * * * * * * *

Alhamdulillah
Kepada Allah segala puji dan syukur, 1431 hijrah sedang saya dan saudara semua mulai redah. Maka dalam sedar atau tidak, sudah berkali-kali kita dengar tentang hijrah melalui ceramah umum mahupun usrah, tapi sampai sekarang tiada lagi Hijrah sebenar yang dilakukan oleh Umat Islam keseluruhannya yang diimpikan selama ini.

Pemimpin dan rakyat Malaysia sekarang (mungkin termasuk kita secara tak langsung) sedang rancak membangun negara mencapai wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Mahathir itu, namun sedarkah kita tahun 2020 nanti akan genap 100 tahun mengikut kalendar Hijrah, Islam kehilangan tampuk pemerintahan dunia? sudah genap 100 tahun Islam berkocakan lagi dipijak-pijak?

* * * * * * *

Okay lah. Saya anggap jelah yang saya dan kita semua sudah sedar. Mungkin tak semua, tapi boleh dikatakan ramai. Hatta pemimpin negara kita sekalipun. Lihat saja ucapan Tun Mahathir ketika mempengerusikan persidangan OIC pertama di malaysia dulu tu, berucap dengan lantang penuh semangat menyedarkan Pemimpin negara2 islam seluruh dunia tentang isu umat islam dunia khusus buat palestin. Hinggakan menjadi isu panas dikalangan pemimpin non-muslim waktu itu.

Malangnya, sudah bertahun tahun berlalu, dan masuk hari ini tambah lagi genap satu tahun berlalu. apa yang di capai?

~~~

Saya kira salah satu masalahnya adalah tersilap PETA. Ataupun sengaja guna peta lain, demi kepentingan tertentu.
Mereka dari Johor mahu ke KL, tapi yang dilihat di google map mahupun GPS di Handphone adalah peta Pahang.
Natijahnya, mereka sangka sudah sampai KL, mereka bergembira kerana akhirnya sampai juga ke destinasi setelah tempuhi perjalanan yang panjang penuh jerih payah.

Begitulah yang berlaku hari ini, Malaysia sangka ia sudah maju jaya. Semua yang dirancang manifestasi dari 'sedar'nya di tahun2 lalu sudah terlaksana.
Ia kini punya KLIA, KLCC, Sepang Circuit, smart tunnel, sudah menjadi johan badminton dan skuash dunia dan bermacam lagi termasuk yang berlaku semalam Malaysia juarai bola sepak sukan SEA. Malaysia sekarang juga sudah punya prinsip 1Malaysia yang diharapkan bisa memberi keadilan sejati dan ikatan yang murni.


Kita pula, sudah punya handphone, diceriakan lagi dengan sms ''~i luv u'' '' sweet dream~" menjelang malam hari dari kekasih.
Kita Sudah dapat 9A pmr, 12A spm, dan mungkin pernah gapai 4.00 di universiti. Sudah miliki rumah mewah, kereta besar dan gaji pula tinggi tinggi layaknya ilmuwan berpangkat Ph.D.

Tapi pokok pangkalnya,
adakah ini semua hakikat impian sejati kita selama ini?

Saudara, juga saudari,
kita kena ingat, janganlah dengan sebab tersilap peta sahaja, habis sia-sia usaha kita selama ini bak debu debu berterbangan, hancur tak bernilai...

*kullu am waantum bikhair~

5 comments:

thaaqhib mohammed

hahah

naseb baik saya tak dapat 9A PMR.. SPM pon tak dapat 12. Apatah lagi di azhar, takde nak kejar point2.

selamatlah kot?

amadk

dear ust thaaqhib,
Saya pun mcm kamu tak dpt 12A spm
kalau tak dpt 9A / 12 A / 4 flat pun tak semestinya selamat juga.

dn tak boleh juga dikatakan kalau dpt semua tu dikira tak selamat..

bukan itu KPI nya~ :)

mz

mari sama-sama kita berhijrah ke arah yang lebih baik.

kenapa setiap kali baca entry blog ini, rasa sedap je ayatnya?

abdul

maaf, sekadar hdk membetulkan. ejaan 'wife'diejanya klu plural bkn 'wifes' tetapi 'wives'. barakallahufiik.

ahmadk

(2muaz)
mari3..
knp? nta sorang je rase begitu kot..

(2abdul)
shukran giddan.. tak perasan pula :)

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP