Sunday, 10 January 2010

'Baik' Punya Alasan


Palestin begini, Takkan kita nak diam diri. Peranannya pada kita sendiri

Dalam ilmu balaghah yang baru saya terokai tahun lepas, ada satu sub topic dalam bahagian ilmu badi' bertajuk حسن تعليل (husnut-ta'lil), yang bermaksud 'justifikasi/alasan yang baik'.  Tajuk ini berkaitan tentang alasan yang baik yang sering dikatakan manusia, tetapi sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Saya percaya saudara semua sudah pun faham perkara ini dan sering saja mempraktikkan ilmu ini setiap hari. kita cakap "ish, kang membazir pulak makanan ni", padahal memang dasar tembolok tak puas lagi walaupun dah makan banyak. "Jom pegi shopping, boleh jalan-jalan sihatkan badan" padahal memang hobinya menyoping. "ana rapat ngan dia sebab ukhuwwah lah" padahal nak tackle kakak/abangnya :) . Dan macam-macam lagi penjelasan dan alasan baik yang dikeluarkan. Tapi akhirnya kita lihat natijahnya lain dari katanya.

  * * * * * *

Samalah juga kalau saya qiaskan dengan statement ataupun slogan-slogan yang dipropagandakan pemimpin2 ternama sepanjang zaman yang terlindung kepentingan negatif. Akhirnya ramai yang terpedaya, menjadi mangsa keadaan.

Cuba kita kenang balik Obama dengan slogan gahnya"Change We Can Believe In". Ia berjaya menagih undi lebih 70% muslim amerika ketika Pilihan Raya dulu. Malangnya, bila berjaya naik ke takhta presiden, hubungan beliau dengan yahudi semakin intim dan membantu kuat mereka untuk melawan palestin. Hak asasi kemanusiaan yang dipropagandakan dahulu lebur sama sekali.

Yahudi pula menggali terowong bawah tanah masjid Aqsa, dengan alasan mahu menjejaki Solomon temple tinggalan lampau, namun tidak ada satu bukti penemuan kuil itupun melainkan retak-retak yang sudah banyak berlaku pada tiang2 seri dalam masjid Aqsa.
~ ~ ~ ~ ~ 
  Dan kini, saya, bersama sahabat seperjuangan serta saudara semua berhadapan dengan isu baru yang banyak 'ijtihad, statement dikeluarkan oleh pemimpin islam sendiri. Namun sedihnya, kita lihat orang islam sendiri tidak bersatu dalam berhadapan dengan isu besar ini. Ada kata itu, ada kata ini. Ada tak berkata, diam.

Syeikh yusuf al-Qardhawi awal-awal lagi dah keluarkan pernyataan bahawa tembok bawah tanah Mesir-Gaza adalah HARAM.
Tapi ada juga ulama' kata halal. (saya merujuk kepada kata seorang kenalan arab, "syeikh Tantawi kata halal") entah apa hujah yang dia pakai, saya tak kaji lagi. (kalau saudara tahu, tolong beritahu saya ye)

Di Malaysia, ada tokoh-tokoh / pertubuhan yang betul2 serius bantah tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah. Ada yang tak kisah sangat. Turut ada yang menyatakan "Allah untuk semua".

Hari ini, saya dan sahabat-sahabat sebaris yang masih muda ini pun dapat rasakan lebih banyak aplikasi 'husnut-ta'lil' oleh tokoh-tokoh islam sendiri. Amat merisaukan, kerana maklum sajalah orang muda mudah saja terpengaruh dengan seseorang tokoh dengan sesuatu slogan/statement hebat lantas bersemangat untuk bertindak.

Jadi, saya pesan diri saya, saudara juga saudari,
Janganlah tindakan kita jadi sia-sia dek terpedaya dengan seseorang atau kelompok yang hebat-hebat di tanah air dan dunia luar sana, yang hakikatnya ada udang di sebalik batu. Terlindung kepentingan tertentu tuntutan nafsu.

Tuesday, 5 January 2010

Hidup di Tahun Baru


Muhasabah 2009 demi kemajuan 2010 dan seterusnya. 
@ pantai Jeram.


Alhamdulillah. Kita masih hidup sehingga kini, 2010.
Bila masuk tahun baru masihi, kebiasaannya kita akan lebih semangat berbanding hari-hari baru yang selalu berlalu. Saya tak pasti kenapa boleh jadi begitu. adakah sebab terpengaruh dengan barat ataupun kerana taqwim/kalendar tahun baru masih kosong dan terasa semangat hendak memenuhinya.

Muncul tahun baru, seseorang akan mula menge-listkan apa yang mahu dicapainya seperti score exam, mendapat dekan, kahwin, gaji naik dan bermacam lagi. Sesebuah syarikat mahupun pertubuhan akan merombak memperkemaskan lagi sistem balance score cardnya, kilas semula KPI dan sebagainya.
Kalau di sekolah pula, berpusu-pusu isu baru timbul seiring dengan kamajuan sekolah serta masalah2nya di tahun baru. Maka berpusu-pusulah keluar masuk bilik mesyuarat siang malam memikir mekanisma baru dalam menghadapi perubahan semasa. Tak lupa juga ada yang baru sibuk nak belek-belek fail tengok misi tahun baru selepas lama bercuti persekolahan.
Itulah kurang lebih adat kebiasaan kehidupan penduduk dunia kini, yang sentiasa berjalan pantas dan berubah-ubah mengikut arus perdana.

Namun, walau apapun berlaku dan berubah,
Kita kena ingat, kita hidup dengan Nama Allah. Hidup dengan nama Allah takkan pernah bisa berubah.
Inilah yang kita ucapkan sejak kecil setiap malam sebelum tidur :  
"Bismikallahumma Ahya wa Amut" 
"Dengan Nama-Mu ya Allah , aku hidup dan aku mati"


Persoalannya, benarkah penyaksian kita selama bertahun-tahun ini?
Mari sama-sama muhasabah.
Bagaimana kita nak hidup dengan nama Al-Karim, tapi kita sendiri menjatuhkan maruah diri dan orang lain.
Bagaimana kita nak hidup dengan nama Al-Quddus, tetapi hati yang asalnya kudus asyik dicemari bintik hitam.
Bagaimana kita nak hidup dengan nama As-Salam, sedang kita selalu mengumpat, bergaduh dan memfitnah.
Kita akui dalam doa bahawa kita hidup dengan nama Ar-Razzaq, tetapi kita hanya relax dan tunggu rezeki turun dari langit.
hmm, saya rasa kalaulah misalnya bumi ini bukan Ar-Razzaq punya, ketika itu barulah logik rezeki boleh datang dari langit !

* Kredit kpd Hilmi Hariz atas hadiah gambar diatas. teringatkan saya akan nostalgia manis di sekolah lama dan pantai jeram itu. :)

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP