Khabaran Jordan
Syukur tak terhingga. Akhirnya Al-Muqtadir menaqdirkan juga saya ke sini.
Sungguh, debaran hati yang menyelubungi selama ini hilang sama sekal.
Entri kali ini, cuma santai-santai aja. hanya untuk berkongsi² pengalaman buat keluarga dan sahabat-sahabat tercinta semuanya. Harapnya, kerinduan kita semua terubat lah juga
+ + +
- Kurang lebih jam 9.30am waktu jordan, dengan bermuka tebal menumpang flight JPA, alhmdulillah Allah izinkan juga menjejakkan kaki pertama kali di bumi anbiya'. Matahari terik memancar tapi angin sejuk saja meniup sepoi2 bahasa. ( jakun sebenarnya :)
- "feh, kat sini susah betul nak tengok perempuan yang tak cun !" luah kawan saya. Secara Jujurnya, saya pun setuju sgt² dengannya. Memang perlu mujahadah yang tinggi kalau jalan2 di luar. Manifestasinya, alhamdulillah kami dah pakat sama2 untuk istiqamah berpuasa. Ikut sunnah kan. *di sini baru betul-betul terasa kepentingan berpuasa :)
- Solat isya' pertama saya di Masjid di sini, telah diimamkan oleh Syeikh Ma'mun. Seorang ulama' hebat di Uni yarmouk dalam bidang qiraat dan syariah. Saya yang langsung tak kenal beliau, dengan selambernya, terus jumpa beliau selepas solat lalu menegur kesilapan yang dibacanya tadi dalam surah ali imran. Tapi akhirnya saya pula yang ditegur dan dinasihat macam-macam panjang lebar.
- Rupanya, apa yang dibacanya dalam solat benar belaka tanpa salah, cuma saya saja yang jahil dengan ilmu-ilmu qiraat yang bermacam-macam tu. T_T. Satu lagi cabaran hebat buat saya di sini~ Masha Allah.
- Tak terhingga gembira saya hari ni bila dapat menukar bidang pengajian. Insya Allah, saya akan tukar bidang pengajian saya dari ekonomi & perbankan islam ke bidang Syariah- Fiqh dan Usul. SyukurSemuanya terjadi tanpa diduga. Semalam baru dapat kata putus dari pihak penaja dan beliau pun turut menyokong hebat. Alhamdulillah ada-ada saja benda2 diluar jangkaan berlaku. Memang Allah banyak membantu !
- Hari ini bermulanya exam bahasa untuk semua pelajar tahun 1 Uni Yarmouk. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun banyak je yang tak faham. Satu cabaran buat saya selepas ni supaya terus bersungguh2 selepas setahun tinggalkan bahasa arab.
Alhamdulillah saya tak menyesal ke sini.. Alhamdulillah. Innal hamda lillah..
Wassalamualaikum.