Friday, 22 May 2009

Antara minat dan perlu, dia sedari...


Aduh,
Dilemma. Dilemma bukan kepalang. Habis otak diperah malam dan siang. Semacam parah dihiris parang.
Yalah, bukan senang nak memilih. Terlalu besar beza antara keduanya. Medic, dan syariah. Memang amat berbeza!

Mujur dia punyai Kekasih tercinta tempat mengadu dan istikharah.
Maka ketika itulah dia semakin hampir dengan Al-Qadir Yang Maha Menentukan Sesuatu.
Cis, bila senang dilupai. Sudah susah, baru kembali ! Hinanya dia.. Na'uzubillah min zalik..

Entah macam mana bidang yang tak glamour juga yang dipilih. Sedangkan sejak kecil teringin benar menjadi doktor Al-Hafiz. Yalah, siapa tak suka dapat title DOKTOR. Siap Al-Hafiz lagi ! Tak mustahil lah akan dipandang tinggi.


**************************
Saudara,
"Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Menciptakan"


Dia sedar,
bidang agama bukanlah bidang professional pada pandangan orang kebanyakan.
Oh, bukan saja tidak professional, malah menjadi sinar harapan bagi pelajar-pelajar yang tidak seberapa SPMnya. Menjadi pilihan terakhir bagi lepasan SPM yang tidak berjaya mendapatkan tempat di mana-mana IPT.
Takpun hanya menjadi tempat persinggahan para lepasan SPM untuk mengisi masa lapang pasca SPM. Bila sudah mendapat SPM cemerlang, keluarlah mereka. Macam hina kan?!

Walau-apapun, biarlah dipandang hina atau macam mana sekalipun,
Dia tetap meyakini hanya Allah yang Maha Berkuasa Menghina dan Memuliakan Sesuatu.Dialah Al-Mu'iz Al-Mudzil !

Dia sedar,
Di Malaysia ini, majoriti para lepasan SPM yang cemerlang hanya berminat mengambil bidang yang tampak gah-gah belaka : Medic, Law, dan macam-macamlah. Siapalah bidang agama untuk mereka. Kata orang kebanyakan, rugilah kalau budak-budak cream SPM sambung belajar khusus bidang agama.

Sebenarnya, memang sejak kecil lagi dia ingin benar menjadi doktor. Memang dia sangat sangat sangat mencintai ilmu bio kimia fizik itu yang sememangnya menambahkan imannya dan semakin merapatkannya kepada Al-Khaliq Al-Bari' Al-Mushowwir.

Namun, dia rasakan, betapa besar ruginya kalau dia tidak menguasai dan mendalami ilmu agama. Betapa rugi hidupnya jika tidak dapat menguasai Bahasa Syurga sekaligus Faqih agama yang suci ini.

Biarlah orang kata dia rugi kerana mensia-siakan result SPMnya. Tetapi yang lebih penting dia sedikitpun tak merasakan kerugian selagi mana dia berpegang pada prinsip " Bismikallahumma Ahya!" . Ya, setiap detik, dia cuba sedaya boleh hidup dengan nama Allah, An-Nafi' Yang Maha Memberi Manfaat. Mana mungkin An-Nafi' memungkiri Janjinya..

Dia sedar,
Orang kebanyakan memandang rendah bidang agama. Seakan-akan ilmunya boleh dipelajari di tepi jalan sambil menunggu bas.

Dia sedar,
Bidang agama tidaklah seperti medic atau lain-lain bidang yang professional belaka yang punyai eksperimen berbagai, masuk lab, berlambak-lambak assignment, ada kajian-kajian menarik luar kuliah, dan sebagainya.
Siapalah bidang agama nak dibandingkan dengan semua itu. Takat kuliah 5 jam sehari sudahlah. Pejam celik pejam celik, belek-belek buku, dah dapat Sijil Ijazah ! Mudahkan??

Namun,
Dia tetap sangat memandang tinggi ilmu Agama. Dan keinginannya untuk mendalami dan menguasai ilmu agama ( lebih khusus : Syariah Islamiyyah) sungguh meluap-luap !
Dia merasakan bukan mudah yang disangka untuk menguasai ilmu ini. Ia perlukan takhassus, perlukan disiplin ketat, talqqi khusus dengan para ulama' hadith, usul fiqh, dan sebagainya. Perlukan kajian yang mendalam di dalam dan di luar kuliah juga. Perlukan penjagaan dari pelbagai sudut. Seperti medic jugalah. Cuma mungkin sistem pembelajaran bidang agama tidak secanggih bidang-bidang yang lain. Sempoi-sempoi ala kadar saja. Kasihan.....


Dia dapati bukan senang nak menghafaz kesemua Qaedah-Qaedah Fiqh, Al-Quran,hadith apatah lagi mahu memahaminya sepertimana yang difahami Rasulullah dan generasi-generasi agung terdahulu. Lagi-lagi sumber-sumber ilmu agama : Al-Quran, Hadith, Kitab-kitab ulama' terdahulu adalah berbahasa Arab. Memang penguasaan Bahasa Arab patut mantap. Bukan takat boleh bicara arab, malah lebih. Kena dalami seni-seninya : balaghah, nahu, saraf, a'rudh, dan bermacam-macam.

Memang dia akui,
Memang dia sudah melihat dengan mata kepala sendiri, berbondong-bondong graduan agama yang pulang ke Tanah Air setiap tahun. Bersepah-sepah golongan ini di serata Malaysia.
Dia sendiri sedari betapa bezanya golongan ini berbanding golongan yang professional belaka yang hebat bekerja berjuang berdakwah dalam masyarakat. Sangat kuat pengaruhnya.
Siapalah golongan agama yang kebanyakannnya hanya berfungsi di surau-surau, masjid-masjid, atau di ceruk-ceruk kampung. Tugasnya seperti biasalah, tak lain tak bukan, takat baca tahlil, baca yassin, akad nikah, kuliah-kuliah maghrib.

Mungkin. (bahkan benar?)
dengan salah satu sebab inilah dia berhajat menyambungkan pelajarannya dalam bidang agama.
Pendapatnya, kalaulah hanya golongan yang low class akademiknya, yang asyik fail examnya dan teruk SPM saja yang ambil bidang agama,
Sampai bila nak tunggu Malaysia ini dapat merasai nikmat, rahmat hidup di bawah syariah Islam.
Hatinya sering timbulkan persoalan tanda tidak selesa dengan realiti kini, "Sekarang, negara yang tadbir agama atau agama yang tadbir negara?"

Nah,
Rupanya dia sudah tak selesa tambah bosan!

Dia sudah bosan melihat kelesuan ulama' contemporary dan graduan-graduan agama di Malaysia hari ini. (x bermaksud semua)

Dia sudah bosan melihat graduan-graduan agama (x bermaksud semua) yang hilang kredibilitinya yang kesannya mereka hanya bekerja terima arahan pihak atasan kerja itu kerja ini, lalu di mana natijahnya pada Agama ?

Dia sudah bosan melihat sistem-sistem di kebanyakan pos penting di Malaysia ini tidak ikuti undang-undang syara'. Penasihat syariah hanya tinggal sebagai boneka. Memang bijak pihak 'atasan' mereka mempergunakan mereka. Berjaya mengaburi pandangan masyarakat.

Dia sudah bosan melihat graduan agama yang syok sendiri, pergi ceramah sana sini, bagi kuliah sana sini, dapat jemputan sana sini dapat masuk TV. Memang bagus. Memang dia hormati.
Tapi baginya, agak kasihan, kerana ramai mereka yang solo. Syok sendiri, Tak Haraki. Dapat duit, dapat nama, dapat macam-macam. Untuk agama?

Dia sudah bosan melihatkan kebanyakan graduan agama menimbulkan fitnah terhadap agama.

Ya, dia sudah bosan. Bosan teramat.
Dalam hati, tak guna bosan tanpa amali hanya berdiam diri...



Alahai,, apalah nasib bidang ini, sampai jadi sebegini.
Dalam hati, takkan nak biarkan begini.
Dalam hati, nantikan perubahan suatu hari nanti...




Yang benar,
Dia
-pelajar agama-

19 comments:

Unknown

so resultnya apa?nak pilih apa?

danialarief

mad.membakar jiwa ni.

sebumbung MGB SIM

post yg sgt menarik dan agak kena atas kepala.
haha. bila dpt result sikit baru nk tgk bidang ni... --"
teringat tangga2 ilmu yg dpt masa satu program.
ilmu tauhid tu yg paling atas sebenarnya. dalam kitab zindani pun ada sebut pasal ni.
apa2 pun, tahniah!
semoga hati itu terus tegak dengan pilihan sendiri.

hood@sunny

terpanggil utk memberi komen
kerana pernah mengalaminya suatu ketika dahulu..

ya, ilmu tauhid adalah asas segala..

tetapi,dlm perjalanan hidup ini ada tanggungjawab dan bekal yg perlu dibawa..

dan apa yg diperhatikan dan dirasai, bidang perubatan juga boleh bawa mesej deen ni, malah lebih mudah dan fleksibel rasanya..

lebih dekat dgn masyarakat.. pintu dakwah terbuka luas, merentas usia, merentas agama,merentas idealisma, merentas benua..

apa2 bidang pengajian pun, taqwa tunggak utama..

semoga diberi petunjuk terbaik dariNya

salam dari barat perlembahan nil

Org low class

Salam dr orang biasa yg "low class resultnya". Saya rasa walaupun ini satu luahan hati, tp tidaklah adil utk mnaggapi ini aliran org yg tidak cemerlang. Asas pd mana2 disiplin ilmu adalah pd mgambil asbab & natijah tpulang pd Allah. Bsyukurlah pd Allah, mrk yg gagal dlm spmnya (mungkin x sehebat si dia) masih pergi mdalami ilmu agama, bknnya melalut x tentu arah

Sudut saya bukan sudut kamu

Menarik posting ni. Nk komen sikit bole? Abul Ala al-maududi kata: apabila kamu melihat umat islam mguasai cabang2 ilmu, itu petanda hampirnya kbgkitan Islam. Juga antara tujuan surah hadid diturukan supaya Islam mgguna aspek teknologi dlm memimpin dunia. Rujuk khowatir quraniah, amru khalid. So, bila "dia" mnyebut kbgkrapan institusi agama adalah antara punca mgambil bidang agama adalah fenomena biasa dlm mana2 institusi sekalipun, yg diperlukan adalah daie dlm stp bidang yg tahu peranan.

Ahmad ibnu Khairuddin

assalamualaikum..

[kpd hood@sunny]
Terima kasih krn sudi memberi komen yang bagus.

Penulis nak meng-highlight-kan di sini bhw
penulis sesekali tidak memandang rendah mana-mana cabang ilmu. Jadi sudah tentu penulis sgt menghormati semuanya. Yalah, Ilmu Allah kan?
kalau diperhatikan pd post kali ni pun, tiada penulis mengatakan bidang medic tak boleh bw msg agama.tiada pun penulis menulis perkara-perkara negatif ttg medic sedang penulis sendiri berminat akannya, cuma penulis skrg sedang mendalami cabang ilmu agama.

[kpd 'org low class'] isk, jgnlah mengatakan diri low class, sedang Allah mengankat tinggi darjat hambaNya yang beriman.

ingat ya, penulis tidak pun menanggapi ini aliran org yang tidak cemerlang. Dalam post ini, Penulis hanya cuba memaparkan pandangan org kebanyakan. Jadi, apa² perkara negatif ttg bidang agama atau ttg penuntut bidang ini yang dinyatakan dlm post kali ini adalah pandangan orang kebanyakan.
bukan pandangan penulis, dan bukan pandang saudara, insya Allah.. shukran jiddan atas teguran..

Ahmad ibnu Khairuddin
This comment has been removed by the author.
Ahmad ibnu Khairuddin

kpd 'sudut saya bukan sudut kamu']

Ahlan². Terima kasih atas komen yang menyedarkan.
betul apa yang dinyatakan tu..

Cuma penulis nak mengatakan di sini,
Sengaja penulis membuat post sebegini ttg si 'dia' ini.
Antara sbbnya adalah utk memberi semangat/sokongan/naikkan 'izzah pada pelajar² khususnya sahabat² (dan diri sendiri(?)) yang sedang menuntut ilmu dalam bidang ini.
Juga berpesan supaya : Jangan merasai kerendahan ilmu ini dan cuba sedaya mungkin memanfaatkan bidang ini untuk 'projek perubahan' di Malaysia ini dan
Jangan ulangi kesilapan² mereka yang telah menimbulkan fitnah terhadap agama.

Bukan untuk timbulkan provokasi: mengatakan ini bidang terbaik.bidang lain x bagus atau sebagainya yang tak kesudahan bila diperdebatkan dengan kata-kata...

"Ad-diinu Nashihah"

Wallahu A'lam...
*maaf atas segala kesilapan..
Assalamualaikum

Syamil Esa

salam saudaraku.
semoga Allah tabahkan hati dan kuatkan iman. sentiasa mendoakanmu dari jauh agar engkau selalu teguh dan 'sumuud' .

saudara,
dalam kehidupan kita, manusia memiliki kamus yang berbeza2. bahasa kita hanya difahami oleh orang yg menggunakan kamus yang sama. kalau org nak faham bahasa kita kena belajar cara baca kamus kita.

Tapi mereka pun ada kamus juga kan? terpulanglah kepada mereka mahu pilih yg mana.

Saudaramu di sini ingin menyatakan bahawa engkau tidak pernah keseorangan dalam menempuh ujian begini. bahkan org-org sebelum kita ini sudah berapa byk yg menunjukkan contoh tauladan yg patut kita contohi.

Akhir kata,
Tegakkan 'izzah' dalam diri. Kita pembawa ubat kepada hati-hati manusia yang leka, hanya semata-mata ingin membawa mereka menuju Rabbnya, yang selamanya tidak akan pernah Zalim kepada manusia.

Wallahua'lam.

Salam rindu dari saudaramu,
Tanta, Mesir.

hood@sunny

Kembali memerhati dari sudut berbeza..

Atas niat mahu melancarkan gelombang tajdid kepada para ilmuan agama masa kini yg dilihat hampir memburukkan kesucian agama itu sendiri,dan memperbaiki persepsi masyarakat ttg golongan ini mempamerkan satu niat yg sucimurni.

Kita perbaiki golongan ini, supaya golongan ini boleh memperbaiki org lain, bukan hanya sekadar makan gaji dan berfatwa membutatuli, lantas memburukkan apa yg dipelajarinya.

"You are not in my shoes"
"Kalau bukan dari kalangan pelajar agama, jgn pandai2 berfatwa bukan2"

Betul, cuba mengislah golongan ini dgn strategi menguasai 'bahasa' mereka..

Tp apa salahnya jika gunakan bahasa yg universal agar setiap golongan merasai dan menyedari Islam bukan hanya pada diri pelajar agama itu sendiri.Ia disini!

Sekadar berkongsi idea~

Husna Sani

welcome to the real world!

semoga dengan pilihan dan istikharah yg dibuat bukanlah satu penyesalan di kemudian hari,

dan bukan juga pilihan yang menjauhkan lagi kamu dari matlamat sebenar; redha Allah.

pilihlah apa bidang sekalipun, aliran mana sekalipun, kamus apa sekalipun,
yang pasti pilihan itu bukan kerana pandangan masyarakat, bukan kerana ikut mana-mana tokoh, bukan kerana ego mahu tunjuk hebat,

tetapi utk lebih mengenali Allah, mengenali diri sebagai hamba,dan utk perkenalkan Islam sebagai agama yang hak,

supaya jadi bukti bahawa kamu berusaha menjadi hambaNya yang terbaik,

wallahu'alam.

Peringatan bersama.

nur 'izzat

aih mad.. x babes lagi dilemma ko nih? hu.. da istikharah eh?

hm. ramai org bukan bidang agama kate, 'da ramai da org dlm bidang agama nih.. org islam kene kuasai bnyk bidang professional len'. ramai org bidang agama lak kate, ' da ramai org zaman skarang nih menjurus ke bidang2 profesional nih.. kite kene jurus kat agama lak.'

hu. kononnye nk seimbangla en.. hakikatnye, canelah kite nk kire bilangan2 uh. hahaha. seimbang x seimbang uh tayah pk. pape pon mane2 bidang adalah yg terbaik untuk islam jika kita kuasai. cumenye org bidang agama dpt lebih skitla dgn bidang derang dan yg bidang len2 pon same. insyaallah sumenye ade gune ntuk islam.

istikharah. doa banyak2. insyaallah, akan ditunjukkan jalan.



*ckp cani sbb mase spm dulu ramai kate psl seimbang x seimbang neh. konon2 nk cari bidang yg ideal. agama or selain agama. huh

abdullah azzam b mohd. ghazali

same je bdak agama ngan medic..taqwa hahuna...itu je yg beza nye..hihi..mantap r mad..ana tnggu nta mad kat mesir nih..nnt leh men bola..hihi

Ahmad ibnu Khairuddin

salam
[kpd syamil kanzen]
Insya Allah.akan penulis pahat dalam hati sgl nasihat buat bekalan perjalanan hidup ni.. Shukran awi.siiru 'ala barakatillah..
*salam rindu juga dr sepupumu :)

[kpd hud@sunny dan husna sani]
Shukran jiddan atas pandangan doktor2 semua, merangkap sepupu penulis dan merangkap anak kepada guru fizik penulis.

Kan cantik bila kita lihat pelangi bervariasi warna. mencantikkan lagi apabila Al-Mushowwir mengatur warnanya dengan susunan rapi.
Seperti itu lah manusia. Kepelbagaian manusia merupakan satu rahmat dr Ar-Rahman.
bertambah rahmat pabila manusia ini bersatu, di susun rapi dalam saf yang teratur. Saf fi sabilillah..

wallahu'alam
[adul]
tab'an...
padang bola kat sana mcm chipsmore x? (teringat padang di hidayah jb)

:)

Ahmad ibnu Khairuddin

[mnmnur]
yeke time spm ade isu2 pasal seimbang x seimbang?
heh, macam-macam isu sampai tak terkejar isu yang mana. :)
*teringat kenangan Sekolah yg asyik ber-isu2.

:)

sekadar pendapat

terziarah blog anak muda yang penuh dengan falsafah dan perjuangan hidup berlandaskan islam..bagus, tumpang bangga

tapi rasanye tak salah kalu "dia" mendalami ilmu kedoktoran, malahan bertaraf al hafiz...kita kenal ilmuwan islam, ibnn sina,al-haitham dan ramai lagi...bagaimana bijak laksana islam itu..

berkenaan ahli agama yang dilihat hilang kredibiliti, jangan percayalah..anda masih muda, bila sampai masanya, anda mungkin memahami..dan saya pasti "dia" tidak terdiri dari mereka itu

wani

mad2 dah3 usah pening3 lg...ana pon bertekad ke mesir apatah lagi anta...tp mad pikir bebaik...bukan doktor semuanya doktor terpilih tapi bukan ustaz semuanya ustaz yg terpilih..bumi yg kita pijak nie masih lemah&lesu&kekang dgn ilmu ad-din nie...

bikrunnajah

ummah perlukan kamu...

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP