Saturday, 14 February 2009

Sahabat bertanya, saya jawab..


Baru-baru ini,
Seorang sahabat penulis yang tinggal jauh di negeri jiran bertanya satu soalan melalui alam maya internet ini..

bahkan hakikatnya akhir-akhir ini ramai yang bertanya tentang hal yang sama ini kerana ada yg terkejut dan tak sangka dengan pilihan penulis untuk meninggalkan rumah kesayangan ini buat sementara waktu untuk menuntut ilmu dalam bidang tertentu..Malah ada juga yang tidak senang hati dengan hal ini.. tak mengapa..penulis faham..penulis terima..

Maaf penulis tidak sempat menjawab sebenar-benarnya.

Mungkin di sini boleh terjawab sedikit ?

++++++++++++++++++++++++++

sahabat penulis bertanya :-
"how about someone is asking you.."
"wut's ur story for the next 10 years..? what's the most important thing that you will tell him.??"

Jawab penulis :-
"I'm sorry if i write in malay as my english is very very poor since my childhood until NOW..
..what's the most important thing that i will tell him if he asked about my future? next 10 years??

hmm..my answer:-

" oh..it's a very good question..
In 10 years time, i'll be an extraordinary dad. A Dad that build many pious generations which will be the backbones(am i rite?) of the ummah .."

last but not least.
i would like to highlight to u that every person has his/her own choices and we should respect his/her choices.
Differences make us unite ! "



"seperti pelangi..
tak menarik jika ada satu warna sahaja.
kepelbagaian warna itulah yang membuatnya cantik tambah menarik.
ia juga sbb warna2 itu diatur dan disusun sebaiknya..tidak bergaduh2 menolak2 sesama sendiri dan akhirnya mebuatnya comot2 tak menarik lantas meng'slek'kan pandangan mata manusia.

hebat ya pelangi..apatah lagi Penciptanya..Al-Khaliq, Al-Jami'..

sama2lah kita bersatu...!"


Moga tenang selalu..jagalah hati..jangan sangka buruk..
Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

4 comments:

SchmL-KanZeN

salam saudaraku,
semoga Allah bersamamu,
tidak mampu kuluahkan kerinduan kepadamu pada papan kekunci ini kerana kedalaman perasaanku ini hanya mampu disentuh oleh jiwa-jiwa yang memahami bahasa 'kita' .

saudaraku,
aku sentiasa bersamamu, walau mungkin engkau tidak sedar. ikatan kita selama ini tidak pernah kulupakan. segala memori silam bersamamu sentiasa diulang-ulang. nah.. rasalah ini sebenarnya hakikat ukhuwah kita.

saudaraku yg kukasihi,
aku tidak mampu memberikanmu kata-kata semangat yang mampu membakar jiwamu, mampu menggerakkan hatimu, tapi cukuplah aku melontarkan padamu sejauh pengalamanku, dengan hatiku yang penuh dengan kecintaan terhadap penghuni jalan ini.

sungguhnya jalan ini hanya mampu dilalui, digenangi, difahami, disukai, diyakini, dicintai, oleh orang-orang yang benar-benar beriman dengan cara ini, orang-orang yang kuat dan rabbani.

saudaraku,
tanyalah Tuhanmu yang maha mengetahui,
tanyalah hatimu yang murni, tanyalah amalmu yang cekal, tanyalah fikrahmu yang tinggi, nescaya kau dapati mereka semua menyokong keputusanmu.

saudaraku,
tiada apa yang mampu kulakukan melainkan sekadar kemampuanku. aku hanya berharap agar engkau tidak lekang mengikat janji dengan Allah, agar kita bersama-sama berjumpa di firdaus kelak.

"Wal'aqibatu lilmuttaqin"
"Ni'ma ajrul 'amilin"

haza huwat toriq.

salam dari saudaramu yang sentiasa merinduimu.

Ahmad Syamil Mohd Esa.

Ahmad ibnu Khairuddin

Mungkin tak berlebihan untuk penulis katakan bahawa hati ini kian pilu bersulam rindu bila sudah lama kita tidak ketemu.

"Alhamdulillah, syukur kepada Ar-Rahman A-Rahim Al-Halim Al-Lathif As-Syakur yang mengurniakanku saudara yang sehati sejiwa dengan ku."

Terima kasih atas suara hati yang dilontarkan dari hati yang tepat masuk ke dalam hati sanubari ini.

Assalamualaikum..
Siiru 'ala barakatillah..

thaaqhib

uh~ 10 tahun = kawen.. erm mantap.. teringat khutbah jumaat~

ibnkhair

siapa? abg thaaqib punya perancangan ke tu? moga berjaya mencapainya.

:D

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP