Saturday, 19 March 2011

Masalah Perempuan : Sabarlah Skit..


 "Jangan ada girlfriend ya"

7 tahun lalu, ketika saya di tingkatan satu, hampir setiap hari ayah saya berikan nasihat ini setiap pagi sebelum saya ke sekolah.

Dulu-dulu saya hanya tersenyum sambil tersengih-sengih mendengarnya.
Tapi kini, saya betul-betul hargai nasihat ayah saya itu. 

Ramai rakan saya tersungkur kerana wanita.
Ada rakan yang betul-betul saya sayangi berjumpa saya setelah lama berpisah dan mengadu bahawa beliau sudah terlanjur dengan seorang wanita. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya waktu itu.
Ada juga rakan saya yang dulunya hebat memimpin tarbiyah dan dakwah di sekolah. Tapi kini tersungkur dengan seorang wanita cantik, sanggup menempelkan gambar mereka berdua-duaan di facebook.
Ada kenalan saya yang giat melakukan dakwah, tetapi tak laju-laju juga kerana tersekat dengan seorang perempuan.

Ya, saya tahu ini semua perkara biasa. 

Cuma yang tidak biasanya, siapa yang sanggup menghabiskan masanya dengan mencegah ataupun merawat masalah ini? Siapa lagi kalau bukan saya? Siapa lagi kalau bukan kalian?

+ + +

Sepanjang pengamatan kerdil saya di dunia ini, lagi-lagi di jordan ini, ada satu perkara yang mencuit hati saya.
Terdapat perempuan-perempuan yang 'menonjolkan' dirinya dengan cara yang salah. Maksud saya, dengan tidak syar'ie seperti sibuk meng-sms lelaki. Lagi-lagi yang membuat demikian adalah mereka yang dikatakan thiqah-thiqah, pakai tudung labuh. Memang mencuit hati.
Dapat saya simpulkan perempuan-perempuan yang berjaya melemahkan sang lelaki ini adalah mereka yang tidak mampu bersabar sedikit. Mungkin mereka takut diri mereka tidak akan laku jika tidak bertindak sedemikian.

Maka, ia membuahkan natijah-natijah yang tak diingini.

Ada satu hari seorang perempuan yang saya hormati meluahkan pada saya :
"Kadang-kadang lelaki selalu silap pilih. Mereka hanya nampak perempuan-perempuan yang menonjol saja.
Mereka tak nampak perempuan-perempuan yang 'tersembunyi' yang solehah-solehah belaka, yang wara', yang sangat menjaga batas pergaulan

Ya, saya akui, dan saya sendiri sudah saksikan kini, ada rakan saya yang dahulunya hebat tapi kini tersungkur dek haruman bunga-bunga murahan, sedangkan banyak lagi bunga mawar berduri yang menanti.

Saya terdetik untuk menulis hal ini kerana teringatkan 6 adik perempuan saya yang masih dara lagi suci yang sangat saya sayangi.
Kenapa? kerana saya tidak mahu mereka menjadi penyumbang dan terjebak kepada masalah ini.

Pesan saya pada adik-adik saya khususnya :
Sabarlah sikit.. Janganlah terburu-buru..
Janganlah sampai berjaya menyungkurkan seorang lelaki.


Yang lelaki pula, janganlah mudah goyah dengan usikan mereka.

Saya tertarik dengan sifat tegas kawan arab saya terhadap isu ikhtilat, 

Satu hari ada rakan perempuan sekelas saya (kelas thaqafah i'lamiah) memberi salam sambil tersipu-sipu.
Kebetulan tidak jauh dari situ, kawan saya tadi yang sedang berdiri memerhati, lalu terus membisik pada saya :
"pshiuh je dia! " (sambil buat gaya meludah)
" 'aib Wallah ! harap je cantik, tapi akhlak dia buruk! "

Masha Allah.

+ + +

Akhir kalam,
sekali lagi, sabar lah skit..
Lihatlah bagaimana seorang dalam pertandingan menyelam paling lama dalam air boleh menjuarai tempat pertama.
Dia mungkin hanya bersabar sedikit sahaja daripada pemenang tempat kedua. Mungkin bezanya hanya 1 saat mungkin juga hanya 1 detik.

Begitulah kehidupan kita.
Mana tahu dengan sabarnya skit daripada melakukan maksiat, Allah kurniakan nikmat tak ternilai harganya.
Manu tahu, hilangnya sabar kita sesaat daripada membuat maksiat, Allah terus mematikan kita, lalu.......

30 comments:

Ibnu Roslan

Terbaik dari Ustaz Ahmad..

Moga anda juga dapat bersabar dan kelak akan dikurniakan zaujah yg solehah... :)

*Perkongsian menarik..Jazakallah. :)

Saefullah

jazakallah Ahmad. nasihat berguna.

emir.abu.khalil

ana sedang membaca Rona-Rona Cinta Damaskus. tanpa menafikan mesej yang cuba untuk disampaikan, tabiat pelajar malaysia yang ditulis dalam novel tersebut amat menjijikkan dan ana berasa amat geli membacanya. lebih-lebih lagi ada watak ustazah yang mengada-ngada terlebih. Allahu Allah. sakit rasanya melihat golongan agama seperti itu.

golongan agama juga manusia? kerana dia manusia dan dia memilih jurusan agamalah dia perlu lebih baik dari orang yang mengambil jurusan bukan agama.

astaghfirullah.

Asyraf Farique

terbaik.. analogi yang mudah tapi padat... moga kita sama-sama terus bersabar hingga tiba masanya :)

muhammad syafiq

tiada sebarang jaminan kita terpelihara dari maksiat yang dhias indah oleh syaitan hatta bg yg bergelar m/siswa shariah..

semoga kita terpelihara olehNYA :)

Fahmi Bahrudin

mabruk ustaz amat..hehe

hood@sunny

Pesan tok Yek:

3 TA yg boleh menjatuhkan seorang lelaki.

HarTA
WaniTA
TakhTA

Tapi jika cerdik melarasnya anda akan untung dunia akhirat I-allah~

Abdul Munir Sanusi

Biar ramai pemimpin dunia tersungkur. Tersungkur dek wanita pertama mereka. Tersungkur dengan manusia bernama wanita.

Arghhh!

Anonymous

memang salah kalau muslimah rasa perlu tonjolkan diri disebabkan takut tak laku..

tapi masalah ini takkan berlaku jika takda yg menyambutnya..
maksudnya mmg wanita itu salah jika dye yg mnjadi pybabnya tapi lagi salah kalo ad lelaki yg menjadi penggalaknya..

moga2 kita sume terselamat dari semua nih..amin

Mr.F

Semoga Allah merahmatimu. Semoga Allah melindungi kita semua dari 'fitnah' ini.

Anonymous

mabruk
semoga masing-masing dapat menjaga maruah diri.
wanita dengan sifat 'tersembunyinya'
lelaki pula sentiasa berdoa supaya terpelihara drpd fitnah ini dan jgn sesekali memberi pengharapan kepada hubungan yang tidak pasti.
INGAT,ikhtilat adalah punca kenapa lembabnya kita dalam tarbiyah..

ibnkhair

UstAmmar-
Amiin ya Rabb..
moga anda pun dapat bersabar n bersedia dari skrg :)

Saefullah:
Waiyyak saef.sama2 amik pengajaran

EmirAbuKhalil:
Astaghfirullah.
Inilah tugas kita.Wajib menyelamatkan umat ini~

Asyraf:
Ameen ya Rabb :D

Ust Syafiq:
Ye betul3..amiin..

Fahmi:
lama betul tak borak ye fahmi~

HudaSani:
mana dapat pesan2 atuk yek ni?
ade catatan ke masa kecik2 dulu?
nak..
syukran..

AbgMun:
Moga Kita sume terselamat..

Anon:
amiin ya Rabb.syukran atas pandangan..

Mr.F:
Amiin ya Rabb..Syukran syeikh ^_^

Anon:
insya Allah akan sentiasa ingat n mengamalkan nasihat anda..
terima kasih byk2~

Shawarma

Saya tak faham maksud menonjol. Adakah dengan sms-sms tu dikira menonjol?

Bukan apa, macam pelik penggunaan menonjol tu.

: )

Unknown

alaa.

ibnkhair
This comment has been removed by a blog administrator.
Ahmad ibnu Khairuddin

Shawarma:
maaf kalau ada salah fhm.tp sptmana yg ditulis dlm post ni:
"Terdapat perempuan-perempuan yang menonjolkan dirinya dengan cara yang salah. Maksud saya, dengan tidak syar'ie"

cth menonjol yg tak syar'ie adelah spt tayang gambar2 posing sakan dlm fb ke dll..
sms-sms tu ikutlah..kalau sms pelik2, tak berfaedah..x baik la kan?

menonjol yg syar'ie byk je..contohnya - memimpin persatuan, memberi ceramah, score dlm pelajaran dan byk lagi termasuk menjual shawarma.. :)

Wallahua'lam

AkuFobia:
ahlein2

Anonymous

dalam konteks facebook, kalau kita add perempuan atau sebagainya, adakah dikira tidak menjaga?

kalau kita bagi komen pada wall perempuan yang bersifat ilmiah pula bagaimana?

Anonymous

syawarma : alhamdulillah saya mendapat tarbiyah di mesir dan suasananya sangat terjaga.segala masalah yang melibatkan ikh-akh pasti pasangan yg berkahwin sebagai org tengahnya.ikh/akh pun kami x kenal apa tah lagi nak ber'sms'..
Anon : ada maslahat/kepentingn ke untuk kita add perempuan di fb? fikirkan maslahat dulu,kalau ade. contohnya mak cik saudara..silakan.
Rasanya ramai lagi kaum sejenis kita yg memerlukan komen yg bersifat ilmiah dan nasihat yg bermanfaat dr temannya..
lebih cantik dan manis kita menutup semua lubang2 yang boleh syaitan menembusnya..wallahua'lam

Wafir Nordin

Artikel nie la ana tnggu2 kan.. mabruk syeikh. keep it up..

ibnkhair

anon (1):
pendapat peribadi : terpulanglah.
kalau makcik2, nenek2 / tokoh2, ok je.
kalau perempuan biasa, nak betul2 selamat,, fikir2kanlah.

anon (2):
cemburu dengan kalian yang dpt tarbiyah di mesir.
moga kesannya dirasai masyarakat semuanya.
terima kasih atas pandangan yg bagus.

Ust Wafir:
kheir insya Allah. syukran ust :)

memang tak tau

alhamdulillah atas teguran.

susah juga nak berubah 100 peratus bila benda itu sudah dilazimi. mungkin diri sangat2 cuba untuk berubah. tapi hati meronta2 dan kadang2 tersungkur juga.

selain sabar dan kawin, apa lagi solusi untuk didik betul2 hati?

Anonymous

kadang2 saya juga mahu jadi seperti saudara.menjadi yang terbaik.tapi perbezaan biah saudara dan saya lain.biah saudara terjaga.saya biasa2 saja.kalau pun nak menjaga, ada saja yang datang menguji.bagaimana?

Anonymous

InsyaAllah..nak berubah perlu dengan niat yg ikhlas

1)sentiasa nak dapat cinta Allah dengan akidah yg sejahtera,ibadah yg sohih dan akhlak yang mantap
2)gabungkan diri dengan persatuan yang kita yakini pendekatan tarbiyah yg dibawanya(ni first time usrah dah kutuk2 jemaah lain..bahaya juga)
3)cari kwn2 yang baik yg boleh menegur kita,persekitaran juga penting.

Insyaallah,niat kita untuk berubah kearah kebaikan..pasti Allah bantu.
Robbuna yuqawwiq

ibnkhair

memang tak tau :
nak didik hati, didiklah dengan ayat-ayat Ar-Rahman.
Sama2 berubah kearah yg lebih baik~

Anon (1):
setiap org ada ujiannya yg tersendiri. ujian itulah yg meningkatkan darjat kita sebenarnya.
semuanya terpulang pd kita bgmana nak hadapi ujian itu. nak melayan hawa nafsu ataupun nak patuhi wahyu. moga kita sama2 dapat pilih yg sepatutnya.
WallahuA'lam :)

Anon (2):
Masha Allah..
syukran jazilan atas nasihat.
Jazakallah khairan kathira

hood@sunny

uish, byknya komen..

pesanan Tok Yek tu xde tercatat mana-mana, hanya hasil penyampaian lisan turun temurun drp nenek dan Mcik Tipah~

Anonymous

bagaimana pula apabila seorg perempuan msj lelaki utk menyatakan perasaannya utk melamar si lelaki . x salahkan seorang perempuan melamar seorang lelaki sedangkan siti khadijah pun melamar rasulullah s.a.w .

Ibnkhair

Huda:
Ouuh..tp Lg bagus kalau dicatat semuanya. Boleh jd khazanah berharga utk cucu cicit atuk yek skrg ni~

Anon:
X manis kalau terus direct msj utk minang lelaki tu.
Gunalah org tgh...
Mana tahu lelaki tu dah berpunya.
Akan mengundang perasaan2 yg x sepatutnya pula.

nadz ruslan

*tepuk dahi,malu sendiri.

الفاضلة الدّكتورة نور الخديجة بنت محمد

Alfun syukran ala zikrika...
Baarakallahufik... ;-)

saKura CinTa

terima kasih untuk ingatan ini...kdg2 kita leka, lebih2 lagi dgn adanaya teknologi2 canggih... sama2 kita perbaiki diri... semoge segala urusan anda diberkati Allah...

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP