Wednesday, 7 October 2009

Saudara, Jangan Hanyut dibawa Arus !

~Daulah Islamiah Malaysia, Insya Allah~


Alhamdulillah di saat-saat akhir sebelum peperiksaan inilah saya berpeluang dan selesa untuk menambah entri yang agak berisi.

Sebelum tu, saya ingatkan. Saya bukanlah seorang ulama' mujtahid yang pakar menerangkan hal agama penuh dalil ataupun hujah bernas. Bukanlah juga saya seorang doktor, ahli
psychology, mahupun ahli politik untuk bercerita perkara hebat secara ilmiah penuh kajian dan bukti.

Saya hanyalah seorang pelajar sekolah yang beragama Islam.Dan, saya sedar yang saya perlu sampaikan apa yang mampu disampaikan, di tempat dan waktu yang sepatutnya.

* * * * *



Tahun ini, saya perhatikan ramai kenalan sebaya saya yang mulai aktif berbicara hal politik tanah air yang penuh dengan kontroversi basi. Maklumlah baru tamat sekolah, nampaklah matang sikit bila boleh bercakap tentang politik.
Lebih mencuit hati saya pabila saya melihat ada juga kenalan saya yang hanyut dibawa arus politik lagi-lagi selepas PRU tahun lepas. Ada kenalan saya yang aktif berkempen berkorban menghulurkan sumbangan ikhlas bagi memenangkan parti yang disukai.


Saya tak berniat untuk mengkomentarkan isu politik dan gelagat kenalan saya yang hanyut dibawa arus ini.
Saya juga tak berniat mahu menimbulkan kontroversi di blog saya ini. Cuma saya mahu timbulkan sedikit persoalan, "Apa yang kita kejar selama ini?" dan "Adakah kita hanya dihanyut arus?"

Dalam entri kali ini saya hanya mahu berkongsi perkara yang ada kaitan dengan isu kebangkitan di tanah air kita, untuk membuka minda kita terutamanya saya sendiri, supaya lebih berfikiran jauh, matang dan rasional.

Suka sekali saya kongsikan pengalaman hidup sahabat saya di sekolah lamanya. Dan saya kira ianya(maaf, salah tatabahasa) sangat membantu kelangsungan hidup saya terutama selepas tamat alam persekolahan.


* * * * * * * * * * * *


Di sekolah lama sahabat saya Visi dan Misi "..Membina Generasi Rabbani.." terpampang indah di dataran. Lebih kurang beginilah ayat yang tertera dalamnya.
Setiap hari untuk ke kelas, nak taknak dia akan terserempak dengan papan tanda bertuliskan Visi dan Misi yang hebat ini, sambil terukir senyuman sinis pabila membacanya.
Kerana apa?
Kerana dia sangat kasihan. Dalam senyap-senyap, semakin banyak timbul masalah tak diundang yang dia sendiri tidak pernah menyangka sebelumnya.
Dia kasihan, semakin lama visi dan misi sekolahnya itu semakin menjadi mimpi yang entah bila tercapainya di alam nyata.


* * * * *

Kerja dia dan sahabat seangkatannya macam biasalah - meneruskan apa yang sudah diasaskan. Orang nampak macam biasa, pandang sebelah mata, tapi saya kira gerak kerja mereka amat luar biasa!
Apalagi kalau bukan menjalankan pelbagai program tarbawi seperti kuliah,tazkirah,katibah dan bermacam lagi.
Darah daging mereka sudah sebati dengan kerja mengumpul pelajar-pelajar, memperkenalkan mereka cara hidup muslim dan seterusnya membina peribadi seorang demi seorang di dalam sistem usrah.

Siang malam dia dan sahabat seangkatannya juga bertungkus lumus memperbaiki diri, sahabat-sahabat dan juga sesebuah organisasi.
Menerapkan nilai dan aktiviti tarbawi dalam organisasi dan seluruh pelusuk ceruk sekolah. Sampaikan Persatuan Kadet pakaian seragam dan Kelab Nasyid pun berjaya ditembusi bagi menyerapkan nilai-nilai tarbawi.

Di dalam kelas, kelihatan dia khusyu' melihat papan putih, tapi hati lari menembusinya teringatkan kekasih. Siapa lagi kekasihnya kalau bukan Dakwah dan Tarbiyyah. (Allah Dan Rasul semestinya :)

Di dalam kelas, tampak dia selesa mendengar guru bersyarah, tapi hati sudah penuh gelisah memikirkan anak buah yang masih mentah penuh masalah.
Waktu asrama pula, memang tangkas bekerja. Sempat saja dia bersukan menjaga hak-hak badan tak ketinggalan seperti rakan-rakan setingkatan. Tapi sukan dia bukan seperti sukan orang kebiasaan. Unsur-unsur islami sentiasa diutamakan.

Amat bijak, sebab dengan masa dia berjalan. Sambil berhibur dengan sukan, sambil itulah usrah hangat dijalankan. Memang Bijak kan? Bahkan memang itulah hakikat usrah bak kata Ulama' Ikhwan.
" usrah bermula selepas tasbih kifarah dan suratul-'Asr."
-Syeikh Ustaz Hasan Albanna-

~~~~~~~

Namun, semakin lama, semakin dia risau. Kerana naluri sudah memadai dengan pendidikan yang asli, sistem-sistem yang 'baru' sangat merisaukannya. Risau bukan kerana memikirkan jangka hayat sekolahnya, tetapi risau kerana memikirkan bagaimana akan lahirnya Generasi Rabbani yang diidamkan?

Masakan tidak, dia asyik tertanya-tanya, bagaimana generasi rabbani boleh terjadi dengan hanya mengaktifkan pelajar dalam kokurikulum berpersatuan ataupun Pasukan kadet?.
Atau dengan menjemput ahli motivasi ternama, membuat program motivasi bagi meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar?
Ataupun juga dengan melaburkan ratusan ringgit bahkan cecah ribuan untuk menghasilkan team choral speaking tersohor?
"Eh ini sudah pelik. Adakah semata-mata untuk menaikkan nama sekolah di mata antarabangsa?" Bisik hati kecilnya.

Hati kerdil saya tak mengatakan hal tersebut salah. Bahkan dia dan juga sahabat-sahabat seangkatan juga menyokong, jika asasnya sudah benar-benar kukuh, Jika sistem pentarbiahan individu sudah utuh lagi diambil berat.

Tapi dari segi logiknya, pelajar sekolah pun boleh faham, pabila asas pokok sudah rosak, tak ada gunanya sibuk menghiasi cabang-cabangnya. Malah membuang masa dan tenaga, kerana hiasan-hiasan di cabangnya akhirnya turut mati tombang bersama batang pokoknya.


Sungguhpun begitu. Saya sangat bangga mempunyai rakan seperjuang seperti mereka.
Biarpun badai melanda, kerja tetap kerja. Tanggung jawab tetap tanggung jawab. Wajib tetap wajib. Fitrah tetap fitrah yang tak bisa dilawan. Fitrah mereka, cintakan perjuangan. Hati mereka sudah yakin dengan cara yang asli yang telah diajarkan oleh Rasulullah semenjak dahulu lagi.

Biarpun orang kebanyakan dibawa arus yang dikhabarkan arus perdana yang harus dikejarkan,
Mereka tetap dengan keaslian yang telah diasaskan sekian lama.

~ ~ ~ ~ ~
Wallahu 'Alam
dapat kaitkan dengan Isu kebangkitan /politik di Negara kita?

*Maaf tak terhingga kalau ada terguris hati sesiapa atau terkasar bahasa.

p/s : doakan saya dan sahabat seangkatan mendapat mumtaz STAM yang akan bermula sebentar lagi.. :D
Assalamualaikum wbt

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP