Friday, 30 April 2010

Monolog: Aku Pelajar Agama, Bangunlah


Kita sudah selalu mendengar ungkapan sebegini :
"Aku melihat Islam di negara barat, tetapi aku tidak nampak Islam di negara Islam sendiri"

Mungkin kata² sebegini biasa diungkapkan oleh orang yang banyak duit. Yang berkemampuan menjelajah satu dunia, timur dan barat sambil menilai situasi sekeliling.

Namun bagiku, yang masih tak berkemampuan mengembara sejauh itu, jadilah Malaysia sendiri tempat menilai situasi untuk dijadikan ibrah kehidupan ini.


Apa²pun, pada hematku yang cetek ini, ada juga beberapa situasi yang mirip-mirip
ungkapan familiar tadi, cuma setakat di tanah air sendiri sajalah ye..
"Nampak Islam di suatu kawasan yang tidak bernama Islampun, tapi tak nampak Islam di tempat yang dinamakan Islam"

*  *  *

Seperti lepasan STAM yang lain, aku juga tak ketinggalan meneroka jalan-jalan mencari sumber rezeki buat bekalan tak lama lagi di perantauan. Kerah tenaga juga korban duit gaji pertama, mencari-cari siapa yang sudi membiayai di sana sini.

Namun, nasibku tetap sama seperti lepasan STAM dulu-dulu. Tetap pilu.
Agensi mana lagi yang sudi membiayai melainkan zakat ataupun yayasan negeri.
Petronas? JPA? MARA? Shell? huh, dalam mimpi sajalah. Buat penat isi borangnya kalau dah tak tercatat 'bidang pengajian Islam' dalam field of study nya.

Bukan sahaja sedih dek terpinggir kesunyian dari agensi hebat, tiada pula borang permohonan untuk biasiswa agama secara online. Aduh, kenalah pula pergi sendiri ke pejabat Agama Islam memohon dermasiswa.

Sudahlah pilu kerna perlu ke sana sendirian, layanannya pula,,Masha Allah. Hanya Allah tempatku mengadu.
Tanya sepatah, jawab sepatah. 'Penat-penat' menyerikan muka sambil mengajukan soalan, si dia pula sibuk dengan komputernya sambil muka berkerut masam. Dengan takat jeling² sedikit, ingat aku ni siapa layaknya sebegitu. Nasib baik wujud juga sebilangan pekerja yang memurnikan hati ini dengan kata-kata lembut agak sopan. Itupun akak kaunter pertanyaan aras atas-atas.

Alahai, ini kah tempat yang terpampang 'ISLAM' besar-besar di dada bangunan mahupun gerbang gah pintu masuk utama. Malu. Malu. Sangat memalukan.

+  +  +

Bagaimana hebatnya perancangan Allah, tak mampu aku terangkan dengan tulisan ini.
Dalam sela-sela waktu nan sibuk mengumpul wang dan pengalaman buat bekalan di perantauan, dipanggilnya aku ke Bank Negara.Untuk ditemuduga biasiswa katanya. Subhanallah...
Tak sia-sia aku 'merungut' sambil berdoa padaNya mengadu nasibku dan sahabat-sahabat se'jurusan' ini.

Kalau tak berjaya dapatpun, apa kisah. Sekurang²nya bermula tahun ini, Allah sudah buka 'pintu hati' agensi hebat untuk menemuduga bakal siswa-siswi agama. Tahun depan harapnya akan diperluaskan lagi. Insya Allah.

Hmm,,
seharian aku di Bank Negara Malaysia(Maksudku di clubhousenya yang berdekatan dengan ibu pejabat) memberi aku 1001 macam semangat untuk berubah dan merubah.

Terlalu beza suasananya dengan tempat yang aku jejaki sebelum ini (Pejabat mewah yang tertera ISLAM besar-besar). Dari pak guardnya, cleaner²nya, usher²nya, hinggalah Human Resource Managernya, semuanya mesra² belaka. Eye-contact dijaga, senyuman manis tak lekang. Bahasa lembut kesopanan.
Wah, luar biasa ini.
Saat itu, aku terimbau-imbau balik layanan-layanan manusia di tempat yang ku jejaki dahulu. Masha Allah.

Lagi luar biasa, mereka sungguh beri sokongan moral, biarpun menyedari aku hanyalah seorang calon lepasan STAM entah dari sekolah kampung mana sementara yang lain semuanya lepasan A-Level, foundation dan lain-lain, lulusan sekolah dan kolej hebat-hebat.
Ini di Bank Negara Malaysia. Bersama pekerja² Bank Negara yang tidak adapun tertera ISLAM pada namanya.

Ya, Aku tahu suatu sikap itu terpulang pada individu untuk bertindak sebegitu. Namun Bank Negara telah membuktikan mereka berjaya membentuk "Qudwah Jama'ie". Orang pandangnya sebagai simbol kepada kemesraan dan simbol kepada perkara² lain. Pekerjanya sepakat dalam mempamerkan nilai islam yang mulia itu. bagaimana pula dengan syarikat² atau agensi² Islam?

Itulah dia. Dua situasi berbeza yang aku lihat di dua tempat yang berbeza. Seolah-olah tidak percaya kerna situasi² itu berlaku di tempat yang tidak sepatutnya berlaku. Tapi inilah realiti tanah airku saat ini.

Yang melihat dan menafsir,
Aku,
-Pelajar Agama-

~  ~  ~

*P/s:
1) Sahabat yang mahu sambung bidang Agama, Jangan Risaulah, Rezeki tetap akan ada. Ar-Razzaq akan memberikan rezekiNya selama mana kita berusaha hidup dengan namaNya Ar-Razzaq. Tidak hanya relax tak pergi kelas. Ayuh, Bangunlah dari merendahkan martabat agama dan paling kurang diri sendiri.

2) Kepada yang mahu sambung bidang professional (perubatan, ekonomi dan sebagainya). Jangan risaulah, kamu juga akan bisa 'mengislamkan' tempat lapangan kerja kamu. Bank Negara Malaysia sebagai contoh kecil yang 'aku' lihat. Tak menafikan ada juga yang masih perlu dimantapkan lagi dalam banyak aspek yang lain.

3) Kepada diri, bersabarlah. Perjalanan ini masih jauh. Perubahan hakiki tidak sama sekali berlaku sekelip mata dengan hanya berteori.
Situasi yang dilihat bukan untuk dihukum itu ini dengan kata² negatif. Tetapi untuk dijadikan pemangkin supaya terus berusaha mendidik masyarakat di samping membina jati diri. yang kian repuh.
4)Kepada semua, yang terdiri dari pelbagai macam manusia - Ustaz, doktor, jurutera, ahli politik, peniaga, penganggur -, hidup kita dimuliakan dengan Islam. Tak kisahlah kita siapa, meskipun jutawan ataupun agamawan, kita akan hina jika tidak menerapkan Islam dalam diri.

*Ops, bukan semua pejabat agama yang digambarkan seperti di atas ya.. 'aku' di situ hanya meneroka beberapa tempat sahaja. Di mana? rahsia lah. Aib..  ^_^
Mereka juga patut di-terima kasih kerna sudi menawarkan dermasiswa dan biasiswa kepada 'aku'.

9 comments:

faareast

pernah alami sdiri di pusat iskandar.. time r2j2...

Ibnu Roslan

posting menarik..moga membuka mata banyak pihak..memang inilah cabaran yang dihadapi oleh mereka2 yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang ini...

Anonymous

eh bank negara dah buka utk jurusan agama?kat mana?

Unknown

budak kuat selalu diuji.kan tough.jangan sedih.haha.

Ahmad ibnu Khairuddin

2faris-
hehe, xyah lah mention namanya~
malu negeri kita nnt..

2ibnroslan-
insya ALlah.Amin ya Rabb.
masing2 punyai cabaran tersendiri. tabah je la ye.. :)

2anon-
a'ah. di mana? tak pasti sbb tak dapat lagi result temuduga.
(mcm susah nak dpt) doakan.

2akufobia-
kheir insya Allah..tough? mcm perli jek.. :)
shukran2

thaaqhib

tough =mewah

ahmad.. dah besar nanti. jom usaha jadi kaya. dan kumpul orng2 kaya. pastu kita sponsor sorang dua student utk islamic studies. kita start sorang dua dulu~

nak komen pusat2 islam..xde keje nye. baik.kita target buat sendiri punya.

Ahmad ibnu Khairuddin

Jom.. :)

besar cita-cita tu..
skrg kan dah besar dah. dan kena usaha jadi kaya dr skrg lagi ~

cadangan dan target yg baik tu.
alf syukran.

Nurlulu

Sbnrnya saya menangis bila baca post awak kali ini. Entahlah hati rasa sayu sahaja. Sebab apa? sebab betapa susahnya kita pelajar agama ini hendak berpijak dibumi Islam sendiri. Dipandang sebelah mata saja. Tak apa. Kena kuatkan semangat. Yakin janji Allah SWT. Apapun, good luck for your future undertaking.

Ahmad ibnu Khairuddin

isk2, tak sangka pula boleh menitiskan air mata sedangka penulisnya sendiri tidak menangis ataupun 'feeling2' masa tulis entri ni.

:D

shukran jazilan. kheir Insya Allah~

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP