Thursday, 8 January 2009

Beyond tomorrow !

Saudara yang penulis hormati,

Setiap Fasa pasti ada kemenangan dan kejayaan.
Adapun Fasa sekarang, Mujahid² di Gaza telah berjaya memperoleh kesabaran pengorbanan jiwa dan raga yang teramat tinggi di samping ratusan yang Berjaya memperoleh Syahid hanya dalam masa beberapa hari.

Saudara.. sekarang waktu untuk beramal.
Tak ada masa lagi untuk bersengketa sesama umat islam sendiri.
Tak ada masa untuk bincang isu² remeh yang tak memberi saham besar.
Tak ada masa untuk berehat² melampaui batas.
Tak ada masa untuk bersuka ria dengan permainan² canggih masa kini.
Tak ada masa untuk melayan bait² cinta sambil jari jemari tak habis² membalas sms dari yang 'tercinta'
Tak ada masa untuk melayan lebih² perasaan² busuk di dalam hati itu.
Tak ada masa untuk bergelak ketawa terbahak² sedang hak² kemanusiaan bersikap acuh tidak acuh.

Saudara,
Sekarang waktu untuk beramal..
Sama² kita muhasabah, apa yang kita dah buat hari ini.
apa yang kita dah buat semalaman sampai penat letih lesu dan sebagainya.
Adakah itu berbaloi dengan keadaan sekarang?
Adil ke kita?

Friday, 2 January 2009

Brother, How Selfish Are You?

assalamualaikum W.B.T

Sudah lama tak bersua dengan saudara penulis dalam ruangan ini mahupun jauh di perantaun sana, cukup buat hati ini serba salah. Mungkin Memang, ada hak² saudara penulis yang tak dapat dipenuhi. Maaf penulis ucapkan (buat kali kedua selepas post sebelum ini)

Namun, jujurnya.. bertambah-tambah serba salah pabila terleka ataupun tidak menjaga hak-hak saudara² penulis jauh di Palestine sana. Gaza, penjara terbesar di dunia terutamanya.

Penulis memang sangat-sangat yakin..
kalaulah sekarang mereka melihat saudara mereka yang berstatus 'Islam' di Malaysia ini, lagi-lagi yang konon-kononnya sudah menanam azam murni di lubuk hati sempena tahun baru ini.
Pasti sekali mereka beramai-ramai menunding jari ke arah kita dan berteriakan sambil air mata dan darah mengalir-mengalir membasahi jasad suci mereka.

" Apa kau buat di sana hahh??!! "
" Apa kau sudah tidak beriman??"
"MALULAH KALIAN!!"

Nah, cuba bayangkan kita berada di sana dan kita melihat saudara² kita yang mengaku dirinya Islam sedang bergembira bergelak ketawa terbahak-bahak tambah tembolok menelan apa saja yang disukai. Pasti sekali kita akan menyalahkan mereka juga..

Ini bukan bayangan dongeng mahupun mitos.
Tapi memang mereka semua sedang menyelami saat-saat genting yang kita pun tak pernah terbayang selama ini !

Mereka tak rugi sedikitpun.
Apalah dunia nak dibandingkan dengan Jannatul Firdaus~

Boleh ke sini utk penjelasan lanjut..
http://www.ikhwanweb.net
http://www.ikhwanonline.com

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP