Saya suka mengira !
Akhir-akhir ini, penulis asik tak berkesempatan untuk menunaikan hajat-hajat sebahagian daripada saudara samada untuk menulis artikel tertentu mahupun design-design dan macam-macam lagi. Maaf ya..Tapi penulis akan cuba juga usahakan juga hajat-hajat saudara.
Bukan apa,
macam bisneslah..kita ada RM1000 000, apa yang patut kita buat?
Nak labur ke syarikat mana? Sudah tentu syarikat gergasi yang mencipta banyak wang berganda-ganda lumayan.
Begitu jugalah dengan penulis dan saudara semua dalam menguruskan masa.
Penulis selalu membayangkan ataupun main kira-kira,
Kalau setiap hari kita tidur lebih sejam dari yang diperlukan. Hasilnya jumlah masa terbuang terkumpul sebanyak 365 jam setahun !
Nah, banyak benda sebenarnya boleh buat kan?
Berapa banyak buku kita boleh khatam? berapa juzu' boleh hafal? mungkin master/Ph.D pun boleh disiapkan dalam masa 365 jam yang terbuang sia-sia itu. Alahai ruginya ketika itu.
Itu baru tidur terlebih. Belum lagi cerita aktiviti-aktiviti 'normal' dalam cuti sekolah yang saudara nikmati 2 bulan ini (bagi yang masih sekolahlah) .Setiap hari membazir masa 3 jam minimum (ya lah, asyik bermain game,Internet,blog yang 'normal', lepak, dan lain-lain) . Nah, terkumpul 180 jam terbuang sia-sia dalam masa cuti sekolah ini. Berapa banyak perkara boleh buat ? Agak-agaknya, sudah cukup untuk tamatkan beberapa silibus SPM ! (bagi yang otak SPM orientedlah) .
Bagi yang semangat-semangat dakwah pula, dah berapa ramai orang boleh 'diumpan'/'dipancing' dalam masa ratusan jam ini ! berapa banyak program tarbiyah boleh dijalankan..
Ini bukan rugi kecil ! silap-silap dengan masa terbuang inilah buat kita sipi-sipi lagi nak melepasi titian sirat lantas disumbat ke dalam neraka. Na'uzubillah.
5 comments:
orang kata~ tarbiyah perlu masa lebih..
saya kata~ tarbiyah lebih perlu masa OPTIMUM lebih..
keep ur time.. huuu
masa, masa,
itulah pis, masa ini lajukan?
sekejap je nta dah pergi jauh ke new zealand sana.
Macam semalam kita bersuka dan duka bersama.
ape jiwang bangat ni mad?
haha
Post a Comment