Wednesday, 23 December 2009

Fikiran tipikal yang Negatif

Manusia cukup hebat. Dalam sehari, mereka berfikir sebanyak 60,000 kali. Itulah yg dikaji oleh barat dan termaktub dalam buku 'The Aladdin Factor' karya Jack Canfield.

Bukan itu sebenarnya yang menarik perhatian saya, Tapi tentang kajian yang dilanjutkan di San Fransisco oleh para doktor di sana. Mereka dapati, 80% daripada 60,000 fikiran manusia dalam sehari adalah fikiran NEGATIF ! Hebat bukan?

Maka, tak hairanlah jika nilai-nilai murni manusiawi kini hanya layak sisih ke tepi. Yang lahir adalah kemusnahan, penindasan, pergaduhan, pecah belah umat dan sebagainya yang NEGATIF. Usahlah kita fokus pada orang kafir sana. Mereka memang sudah sedia maklum bersikap sedemikian sejak zaman nabi nabi terdahulu. Mari kita fokus pada kita sendiri.


* * * * * *
Bila baca surah al-mukminun muka surat pertama* tadi, terdetik hati saya untuk kongsikan perkara penting yang selalu dilepas pandang meskipun sering berlaku hanya di sekeliling saya ketika di sekolah dulu.
Biarpun entri kali ini tidak ada kaitan dengan suasana sekeliling saudara, pandai-pandailah saudara cari cari mana yang kena ya. Insya Allah akan memberi manfaat juga untuk saudara yang tak pernah hidup sesekolah dengan saya :)

Situasi Sudah Sebati


Di kelas tahfiz, kalau mahu mengelak rotan ataupun penampar ustaz, nak taknak kena sediakan modal. Dan kalau bicara soal modal, kebiasaannya akan tekun menghafal sebanyak mungkin muka surat supaya dapat menambat hati ustaz. Kalau tiada modal berupa mukasurat2 itu, maka bilik sakitlah jawabnya.

Dalam urusan organisasi, bila mahu melancarkan kempen ataupun sebarang projek besar, maka bertungkus lumuslah para ahli bermesyuarat dan bekerja mengumpul bajet sambil merangka gerak kerja. Dan kemudian bekerja lah mereka sampai larut malam. Dan kebiasaannya bila ada sesuatu projek yang besar2 ini, jemaah subuh di musolla berkurangan di samping suara2 kekecewaan mula berkumandang di perhimpunan kecil selepas maghrib.

Yang suka bercakap di khalayak juga tak kurang hebatnya. Cakap berapi-api penuh hujah nas dalil diselit penghilang bosan berupa sandiwara. Lagak seperti wira, tapi rasa macam dia pura-pura pula. Hipokrit istilah mudahnya. Dalam hemat saya, ramai orang yang berurusan dengannya tak sedap hati dek kerana sikapnya yang negatif. Jadi, yang berdarah menjadi semakin parah , namanya asyik diwarwarkan di belakang. Sangat malang !

Kelompok yang melekat dengan musolla pula dikenal aktif buat Qiam, muhasabah malam, dan lain-lain yang dapat kuatkan ruh. Selalu saja nampak mukanya di musolla malam-malam.
Namun yang sedihnya, mereka senyap (seolah-olah tiada) di kelas, di rumah sukan, kelab persatuan dan sebagainya yang berbentuk rasmi.

Ada juga kenalan yang saya kenalnya sebagai seorang penggerak. Maknanya dia akan menggerakkan orang2 lain untuk bergerak ke arah yang baik. Maka dia pun masuk-masuklah seluruh pelusuk cabang, dengan harapan mahu menggerakkan rakan sambil mengikut arus semasa. Saya sangka begitulah. Tapi anehnya, saya lihat blognya hanya merapu. Wall di facebook dipenuhi status entah pape tak berguna (untuk berukhuwwah kot?) dan gambar pula posing sakan habis hilang kematangan. Bukan untuk kenangan, tapi mahu ambil perhatian. Biasalah kan..

* * * *

Demikianlah. Yang saya sendiri sudah lali dengan situasi sebegini di zaman sekolah dulu.
Setiap tahun, pasti berulang benda yang sama, cuma lain wataknya dan bentuknya saja. Kenapa ya?
Jika situasi tadi berlarutan sampai ke hujung zaman, lahirlah peribadi yang tak seimbang. Dengan kata lain, sampai bila nak menanti al-Mahdi?

Mana tidaknya,
Bila sebut saja modal, nescaya yang terbayang adalah benda zahir / berbentuk material, lalu hati terus kekeringan kerana tak yakin dgn 'kuasa iman'. Dia tak fikir bahawa hati yang bersihlah kuncinya. Maka, ponteng kelas hafazan menjadi jalan keluar mengelak penampar (ini hanya salah satu contoh)
Mereka berkerja keras memerah keringat membangun visi organisasi, tapi emosi rakan disisi ditolak ketepi.
Tak kurang juga laksana sufi di atas sejadah, tetapi sangat mundur di lapangan. Seakan tidak menyumbang kemajuan dorm mahupun kelas jauh sekali pejabat.

Turut wujud golongan yang bersikap baik dengan manusia semuanya. Pemurah dengan pujian dan menjadi pendengar/pelayan yang baik. Yalah, nak menzahirkan nilai penghargaan yang Dale Carnegie ajarkan. tapi akhirnya yang lahir hanyalah pendewaan terhadap 'penghargaan'. Inilah pengaruh kuat Dale Carnegie yang berjaya mempengaruhi jutaan manusia sekarang. Malang sekali, intinya kosong. Jiwa kering tak mengerti sebuah penghambaan sebenar padaNya. Akhirnya dia sekali terhirit dengan masalah, yang pada asalnya mahu menyelesaikan masalah.

~ ~ ~
Saya rasa, Inilah ketidak seimbangan pemikiran.
Inilah hasil daripada fikiran NEGATIF yang mendominasi fikiran mereka seharian!
Kesannya, manusia hilang pertimbangan.

*p/s: Awal surah Al-mukminun mengkhabarkan perihal orang2 mukminin yang berjaya.
Dalam peribadinya berhimpun segenap aspek spt Ibadah dan Akhlak.
Inilah contoh kesyumulan Islam
.

Friday, 18 December 2009

Impian Sejati

Assalamualaikum wbt.
Perihal Maal Hijrah kali ini, saya tertarik dengan perkongsian ringkas yang ditulis di facebook wall sahabat saya yang sekarang berada nun jauh di negara seberang.

"HIJRAH : The greatest sacrifice human history ever watch. The Muhajirin left EVERYthing and The Ansar even gave their WIVES! Moral : When you leave something in the cause of Allah, He will replace something much better for you."

terima kasih saya ucapkan pada beliau atas satu input baru buat saya di Malaysia ini.


* * * * * * * *

Alhamdulillah
Kepada Allah segala puji dan syukur, 1431 hijrah sedang saya dan saudara semua mulai redah. Maka dalam sedar atau tidak, sudah berkali-kali kita dengar tentang hijrah melalui ceramah umum mahupun usrah, tapi sampai sekarang tiada lagi Hijrah sebenar yang dilakukan oleh Umat Islam keseluruhannya yang diimpikan selama ini.

Pemimpin dan rakyat Malaysia sekarang (mungkin termasuk kita secara tak langsung) sedang rancak membangun negara mencapai wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Mahathir itu, namun sedarkah kita tahun 2020 nanti akan genap 100 tahun mengikut kalendar Hijrah, Islam kehilangan tampuk pemerintahan dunia? sudah genap 100 tahun Islam berkocakan lagi dipijak-pijak?

* * * * * * *

Okay lah. Saya anggap jelah yang saya dan kita semua sudah sedar. Mungkin tak semua, tapi boleh dikatakan ramai. Hatta pemimpin negara kita sekalipun. Lihat saja ucapan Tun Mahathir ketika mempengerusikan persidangan OIC pertama di malaysia dulu tu, berucap dengan lantang penuh semangat menyedarkan Pemimpin negara2 islam seluruh dunia tentang isu umat islam dunia khusus buat palestin. Hinggakan menjadi isu panas dikalangan pemimpin non-muslim waktu itu.

Malangnya, sudah bertahun tahun berlalu, dan masuk hari ini tambah lagi genap satu tahun berlalu. apa yang di capai?

~~~

Saya kira salah satu masalahnya adalah tersilap PETA. Ataupun sengaja guna peta lain, demi kepentingan tertentu.
Mereka dari Johor mahu ke KL, tapi yang dilihat di google map mahupun GPS di Handphone adalah peta Pahang.
Natijahnya, mereka sangka sudah sampai KL, mereka bergembira kerana akhirnya sampai juga ke destinasi setelah tempuhi perjalanan yang panjang penuh jerih payah.

Begitulah yang berlaku hari ini, Malaysia sangka ia sudah maju jaya. Semua yang dirancang manifestasi dari 'sedar'nya di tahun2 lalu sudah terlaksana.
Ia kini punya KLIA, KLCC, Sepang Circuit, smart tunnel, sudah menjadi johan badminton dan skuash dunia dan bermacam lagi termasuk yang berlaku semalam Malaysia juarai bola sepak sukan SEA. Malaysia sekarang juga sudah punya prinsip 1Malaysia yang diharapkan bisa memberi keadilan sejati dan ikatan yang murni.


Kita pula, sudah punya handphone, diceriakan lagi dengan sms ''~i luv u'' '' sweet dream~" menjelang malam hari dari kekasih.
Kita Sudah dapat 9A pmr, 12A spm, dan mungkin pernah gapai 4.00 di universiti. Sudah miliki rumah mewah, kereta besar dan gaji pula tinggi tinggi layaknya ilmuwan berpangkat Ph.D.

Tapi pokok pangkalnya,
adakah ini semua hakikat impian sejati kita selama ini?

Saudara, juga saudari,
kita kena ingat, janganlah dengan sebab tersilap peta sahaja, habis sia-sia usaha kita selama ini bak debu debu berterbangan, hancur tak bernilai...

*kullu am waantum bikhair~

Sunday, 6 December 2009

Saudara, Hargailah Kemuliaan !

" Kenapa Allah ciptakan manusia juga sedangkan Allah tahu manusia akan melakukan kerosakan??" Tanya seorang junior pada saya.
Soalannya itu membuatkan saya yang cetek ilmu ini terdiam lama. Memang mencabar dan bernas soalannya.

+ + + + + + + + + + + + + +

Tahun lepas, saat ghairah dengan kesibukan 'bekerja', ada sahabat rapat saya tiba-tiba jatuh futur. Memang futur perkara biasa, tapi saya dapat rasakan futurnya kali ini agak lain macam. Beliau seakan-akan berputus asa menjadi manusia dek beban berat yang dipikul.
Betapa down nya dia sampaikan dia mengungkap kata-kata yang amat menyentap jiwa saya..


" kalau sekarang ana diberi pilihan antara menjadi burung dan manusia, ana pilih menjadi burung!"

Ungkapannya itu menghantui saya dalam beberapa minggu.
Yalah, Siapa senang melihat sahabat rapat jatuh futur sebegitu. Lagi-lagi dengan ungkapan² yang amat mengejutkan tambah membingungkan saya.


* * * * * * * * * *
Segala puji untuk Allah.
Saya tak sangka sejak berlakunya kedua-dua situasi tadi, dengan Izin Allah memberi saya satu 'roh' baru. Saya tak sangka ia menggerakkan saya untuk berfikir lama lantas berusaha mengkaji mencari-cari jawapan yang memuaskan hati saya dan sahabat saya tadi.
Saya akui, saya sendiri pernah merasai sedemikian. Rasa sangat hina. Seakan-akan tidak mengerti untuk apa Tuhan ciptakan saya sebagai manusia.
Saya juga yakin kita pernah terfikir kenapa kita yang hina ini memikul amanah² berat.
kenapa tidak beburung? kenapa tidak gunung? Kenapa tidak malaikat yang mulia lagi tak berdosa?

Lihatlah ayat ini, Alangkah Malaikat yang muliapun sudah mempersoalkan sejak awal-awal lagi..
''Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

* * * * * * * * * * *


1. Kini, saya dan saudara menjadi saksi atas persengketaan yang berlaku di serata dunia, atas kezaliman Amerika Zionis dan sebagainya terhadap penduduk dunia, menjadi saksi atas rasuah melimpah ruah ditambah dengan segelintir golongan agama yang senyap² menghakis agama lantas umat akhirnya kehilangan punca.


Secara logik, cukup relevan bagi malaikat untuk bertanya mengapa manusia diciptakan sedang mereka akan membuat kerosakan seperti yang kita lihat sekarang. Lalu Allah menjawab dengan jawapan yang ringkas.

"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dia tahu, daripada banyak² manusia yang diciptakan, tetap akan ada hambaNya yang beriman yang mengambil berat tanggungjawabnya dan rapat dengan-Nya. Dengan itu, Allah sangat menyayangi mereka, sentiasa menolong mereka. Dan akan menghadiahkan mereka dengan ganjaran Syurga penuh nikmat tak terbayang seluas mata memandang.

Umpama si petani bermandi peluh menanam benih kelapa sawit. Namun kebiasaannya, dari 100 benih yang ditabur, hanya 20 yang tumbuh subur dan memberi hasil yang memberansangkan. Dan ternyata 20 pokok itu dapat menebus kerugian 80 pokok yang lain, malah lebih efisyen.
Sang penternak burung Merak pula tetap istiqamah menternak merak biarpun mengetahui ternakannya itu bertelur sebanyak 80 biji tapi kebiasaannya hanya 15 biji yang menetas melahirkan generasi baru.
Kata ulama' akan hal ini : "it is all about quality not quantity"

Perumpamaan ini memahamkan saya akan kebijaksanaan Allah di sebalik penciptaan manusia.
Allah tahu di kalangan mereka bakal muncul manusia² hebat seperi Ibrahim, Nabi Muhammad, Abu Bakar Assidiq, Imam Al-Ghazali, Hasan Al-Banna, pemuda² yang bersungguh mengajak manusia kepada kebaikan, wanita² penyayang mendidik anak sedari kecil, serta perawan² gagah hebat di segenap medan tanpa pernah jemu dan bosan. Dan tidak lupa juga, muncul kita. Ya, kita !

Biarpun sekarang tak berapa banyak bilangannya di dunia ini, Allah jamin Mereka adalah makhluk paling mulia di dunia ini !
''Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk''(Al-Bayyinah:7)

Ya, manusia memang mulia. Al-Karim memang memuliakan Manusia berbanding yang lain.
Buktinya, Dia menyuruh semua malaikat hatta Jibril sekalipun sujud pada Adam. Dan sanggup menghalau Iblis dari syurga kerana enggan sujud pada Adam.

Jadi, kenapa kita tergamak menghukum diri kita hina sehina-hinanya? Akhirnya diri sendiri yang rugi melayan karenah yang konon-kononnya mahu merendah diri.


2. Lihat pula surah At-Tin,

"Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)"


Allah mengi'tiraf kemuliaan manusia setelah Allah bersumpah dengan 3 tempat paling kudus di dunia - Jerusalem di Palestin(merujuk pada buah zaitun), Tursina, dan Makkah !

Boleh saja Al-Khaliq ciptakan kita daripada besi maka kita bisa menjadi kuat. Boleh saja Dia jadikan kita daripada getah supaya kita jadi elastic. Tapi Dia Al-Khaliq ciptakan kita dari tanah dan air. Kerana, kedua² elemen ini adalah yang paling asli dan bersih di dunia ini.

Betapa ruginya jika diri yang mulia, asli dan suci ini dicemari dosa-dosa yang memberi kesan buruk pada hati mahupun fizikal. Kita selalu saja lihat betapa buruk raut wajah kita bila melakukan dosa dan kesalahan, kan?

3. Saya, juga saudara, pasti akan gembira tak terhingga bila seorang raja menghadiahkan kita sebuah banglo besar, malah tidak kosong. Ia dilengkapi dengan segala perabot. Tiada apa lagi yang perlu dibeli.

Demikianlah kita sepatutnya lebih gembira tambah syukur kerana menjadi antara makhluk yang terakhir diciptakan, dalam keadaan serba lengkap dengan keperluan. Cuba kita lihat ke luar jendela sejenak, carilah ciptaan Allah manakah yang diciptakan selepas kita ?
Bahkan syurga yang kita tak nampak pun sudah tersedia untuk kita sejak dahulu !
Semuanya Allah ciptakan untuk kebaikan manusia. Supaya manusia dapat hidup dengan aman sentiasa.

Maka sedarlah betapa Allah telah memuliakan kita hingga sedemikian rupa.
Sanggupkah kita menghinakan diri dengan dosa-dosa dan layanan hawa nafsu?
Tergamak lagi melepaskan diri dari tanggung jawab sebagai hamba Al-Karim?

Saudara, hargailah kemuliaan ini !

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP