Sunday, November 22, 2009

Di Sebalik Zulhijjah

Orang beriman+Beramal Soleh -> Ahli syurga + Selama-lamanya
(equation mudah kan?)

Salam 1Malaysia.. Assalamualaikum...

Alang-alang tengah signing in gmail, teringin sangat saya kongsikan sesuatu yang istimewa yang baru saya temui baru-baru ini.
Sepatutnya sebagai seorang muslim, saya patut tahu dan faham kedua-dua benda ini dari dulu lagi berbanding pesanan-pesanan tokoh barat mahupun bait-bait lagu barat yang sering dikatakan 'banyak mesej' sebagai hujah untuk mendengarnya.
Di situ boleh dinilai berapa tinggi tahap kecintaan kita padaNya.

Ini dia:

Ibnul Qoyyim pernah berkata :“Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan menjadi lebih mulia dari segala malam kerana adanya Laitatul Qadr, sedangkan sepuluh hari pertama Zulhijjah menjadi lebih mulia dari segala kerana di dalamnya terdapat Yaumun Nahr , Yaum Arafah dan Yaum Tarwiyah (hari ke-8 Zulhijjah)”


Dan juga yang ini. Lagi istimewa kerana disampaikan oleh Kekasih Allah sendiri, Rasulullah Saw..

''Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari² ini(iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).”Para sahabat bertanya:“Tidak pula jihad di jalan Allah?”Nabi shallallahu‘alaihiwasallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah,kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya dan tidak ada satu pun daripada keduanya (jiwa dan harta) yang kembali.''
(HR Abu Daud)


+++++++++++

Cuti berbaki berbulan-bulan lagi, tapi sepuluh hari zulhijjah bakal berakhir 5 hari saja lagi.
Sekejapnya kita rasakan tempoh setahun yang sedar tak sedar akan berakhir tak lama lagi, apalagi kalau 5 hari yang bakal berlalu mulai hari ini !

Saturday, November 21, 2009

Cinta Saya Selepas sekolah..

“Aku merentasi rumah Laila, aku mencium dinding-dindingnya, Bukanlah cintakan rumah itu merindukan kalbuku, tetapi cintakan penghuninya”
(ungkapan Qais yang terlalu mencintai Laila si gadis jelita pujaan kaum adam)

Demikianlah cinta saya terhadap buku karya tokoh barat sejak akhir² ini.
Saya dulu² di sekolah memang jarang membaca kitab yang tebal² apatah lagi membaca buku karya tokoh barat yang berbahasa asing. Seingat saya, sebelum ini buku paling tebal yang saya pernah baca adalah novel Panas Salju. itupun kerana terpaksa - untuk menjawab peperiksaan Bahasa melayu.

Alhamdulillah, saya bersyukur. Kali ini Al-Fattah membuka juga pintu hati saya untuk mencintai buku, bertambah syukur lagi kerana ia berbeza dengan Qais yang hanya mecintai seorang wanita sampai menjadi tidak siuman lalu digelar Gila oleh masyarakat setempat zaman itu.

+ + + + + + + + + +

Buku 'Think like a billionaire', hasil perkongsian Donald Trump adalah salah satu buku yang tiba-tiba menarik minat saya untuk membacanya kerana introductionnya membuatkan saya ingin tahu apa isi² mukasurat seterusnya :

" In a world of more than six billion people, there are only 578 billionaires. It's an exclusive club. Would you like to join us? "

huh, memang ungkapan Trump ini sangat kerek bak kata orang muda.
Namun, saya sebenarnya ingin membacanya bukan kerana mata duitan ataupun menyahut seruan Trump untuk menjadi billionaire, saya membacanya kerana saya dapati banyak persamaan dari sudut cara 'tarik menarik' di dalam bisnes dengan cara mengajak orang kepada kebaikan / dakwah. Saya membacanya kerana saya sedar, sangat-sangat sedikit bilangan manusia yang ghairah terhadap dakwah sedang populasi manusia di dunia ini melebih 6 billion!
Mereke boleh memerah otak berfikir merancang dan menyusun strategi untuk menambah bilangan billionaire,tetapi mengapa kita tidak?
sepatutnya kita lebih potensi menambah bilangan pendokong kebaikan dimuka bumi ini.

Saya masih ingat ketika di sekolah menengah dulu, ada senior saya yang hampir setiap malam mempromosikan bisnes 'MLM'-nya dari dorm ke dorm tanpa jemu walaupun asyik diperli oleh pelajar². Kesungguhannya mengalahkan exco² BADAR dan Naqib dalam menyebarkan seruan masing². Sanggup menjelajah setiap dorm dan membuat promosi yang hebat dengan kata² semangat disertakan dengan hujah² bernas. Hasilnya juga sangat memberansangkan ketika itu.
Ketika itu saya terfikir, alangkah baiknya kalau para pendakwah di sekolah saya mencontohi senior saya tersebut.

Begitu juga dengan buku seperti financial freedom dan 'how to win friends and influence people' karya Dale carnegie. Saya jadi tertarik dengannya.
Tapi kena ingat ya, Bukan kerana buku itu yang saya cintakan, tapi cintakan ilmu² Allah yang amat kaya di dalamnya. Secara tak langsung meningkatkan kecintaan saya terhadap Al-'Alim, Allah swt.

Bukankah ini yang selayaknya?
“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih dia kasihi dari selainya”
(hadith Rasulullah saw)


Apa² pun, saya dapat simpulkan bahwa banyak skill yang diceritakan beliau adalah skill² yang sudah lama diajar oleh Islam. Skill interaksi dengan broker, adab² kritik dan menegur orang, memilih keutamaan, menilai sesuatu di luar kotak dan sebagainya, banyak diajarkan oleh guru² kita selama ini.
Banyak juga diajarkan oleh murabbi saya tatkala usrah, daurah dan sebagainya.
Cuma mungkin saya sendiri yang tidak mengamalkannya.
Sebab itu kadang² amat susah untuk saya menarik ramai orang ke arah kebaikan. Betapa sikitnya bilangan mad'u saya. Betapa mundurnya kehidupan saya hari ini. Ini satu teguran pedas dan muhasabah untuk saya.

* * * * * * * *

Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu temuduga kerja (maklumlah, cuti panjang sekarang).
ramai orang mencuba nasib di sana. Saya merupakan yang termuda di kalangan mereka semua dan juga yang terakhir memohon kerja dan juga yang terakhir tiba di hari temuduga :)
Berbekalkan secebis ilmu yang dipelajari daripada buku² yang ditelaah, saya tetap cuba memohon walaupun nampak macam tidak layak dek kewujudan saingan hebat dari pemohon² lain yg jauh lebih berpengalaman.
Apa boleh buat,Usaha dan tawakkal saja lah.

Usai berceloteh panjang bersama pen-temuduga, ternyata sangkaan awal saya tepat.
" Kami bukan apa, rasa serba salah nak kasi kamu kerja ini. Kamu memang tak layak untuk kerja untuk ini.. tapi kamu layak untuk kerja sekian sekian........."kata si penemuduga.

Memang sangkaan awal saya amat tepat. Tapi untungnya, mereka menawarkan saya dengan kerja yang jauh lebih hebat.
Gajinya juga sudah tentu lebih lumayan. cecah 4 angka kalau saya kerja betul², katanyalah.

Subhanallah. Saya kira inilah contoh mudah&terdekat yang Allah mahu tunjukkan manifestasi cinta kepadaNya semata-mata.
Setiap perkara ada sebab dan musabab.Memang kejayaan tidak datang bergolek, wajib ada usaha.
Ajaibnya jika kita berusaha sebaiknya dan menyerahkan segalanya kepadaNya, pasti kejayaan datang bergolek² berbondong² dari arah yang kita tak sangkakan.
Saya kira inilah rahsia Tawakkal.

Wednesday, November 4, 2009

STAM : Relevankah ?

STAM 2009. Generasi ke-5
(gamba diedit oleh Adul)

Alhamdulillah.
Segala Puji bagi Allah.

Periksa STAM berjaya saya tempuhi dengan usaha yang tidak setanding pengharapan yang amat tinggi pada awal tahun :)
Mungkin kerana tersilap strategi, kerana agak lain corak pembelajaran STAM berbanding SPM/PMR yang tidak perlu menghafal banyak, cukup memahami konsep dan latihan serta latih tubi soalan tahun² lepas.

Jadi, nasihat saya buat semua sahabat saya yang ingin mengambil STAM akan datang, jangan terlalu last minit belajar seperti yang telah/sedang diamalkan waktu SPM/PMR dulu.

* * * * * *
Subjek Nahu : Asas Bahasa Arab

Awal-awal dulu saya sangat tidak bersetuju perlunya STAM untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Yalah, sudah bersusah payah tempuhi SPM, kena pula STAM yang agak membebankan kerana banyak yang perlu dihafal, sedang result SPM entah apa gunanya? Tidak dipandang langsung oleh Azhar !

Tapi bila saya fikir dua tiga empat lima kali, ada relevannya juga kewujudan STAM ini.
Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk mengurangkan kadar kebanjiran pelajar agama yang tak berkualiti yang sudahpun sekian lama membanjiri timur tengah itu, disamping menjadi sinar harapan kedua bagi yang gagal dalam SPM.
( samada inilah yang difikirkan oleh Syeikh² Azhar ataupun memang kerajaan Malaysia yang sedar sendiri? ) Wallahu A'lam.

Sebab lain pula, pendapat saya, banyak subjek yang dipelajari sangat sesuai dengan situasi saya dan remaja² sebaya saya yang baru berjinak-jinak dengan perjuangan dan juga akan menghadapi alam lain selepas ini.
Ada silibus tafsir quran tentang jihad dan golongan yang tertinggal, Ada silibus hadith berkaitan ''siapa yang tak mampu al-baa-ah maka berpuasalah'', ada silibus feqah tentang hal-hal 'sensitif'(hal orang² dewasa:). Ada subjek balaghah yang lebih memahamkan saya banyak ayat Quran yang sangat tersirat. dan banyak lagi..

Namun, dalam banyak-banyak subjek yang saya telaah sepanjang musim peperiksaan lalu, Ada satu subjek yang sangat menarik perhatian saya yang sangat berkait rapat dengan saya sebagai blogger, dan juga sebagai pengguna banyak social utilities di alam maya ini. Saya juga yakin, memang berkait rapat dengan saudara semua sebagai pengguna setia bermacam-macam perkakas internet ini.

Insya Allah kalau ada masa yang sesuai, saya kongsikannya akan datang..
Assalamualaikum..

p/s:Terima kasih kepada saudara semua, pembaca semua yang telah mendoakan kejayaan saya dan sahabat-sahabat saya dalam exam yang lalu.
Terima kasih juga khusus buat sepupu saya Syamil yang sempat mengajar saya nahu tanpa menggunakan buku :D

Wednesday, October 7, 2009

Saudara, Jangan Hanyut dibawa Arus !

~Daulah Islamiah Malaysia, Insya Allah~


Alhamdulillah di saat-saat akhir sebelum peperiksaan inilah saya berpeluang dan selesa untuk menambah entri yang agak berisi.

Sebelum tu, saya ingatkan. Saya bukanlah seorang ulama' mujtahid yang pakar menerangkan hal agama penuh dalil ataupun hujah bernas. Bukanlah juga saya seorang doktor, ahli
psychology, mahupun ahli politik untuk bercerita perkara hebat secara ilmiah penuh kajian dan bukti.

Saya hanyalah seorang pelajar sekolah yang beragama Islam.Dan, saya sedar yang saya perlu sampaikan apa yang mampu disampaikan, di tempat dan waktu yang sepatutnya.

* * * * *



Tahun ini, saya perhatikan ramai kenalan sebaya saya yang mulai aktif berbicara hal politik tanah air yang penuh dengan kontroversi basi. Maklumlah baru tamat sekolah, nampaklah matang sikit bila boleh bercakap tentang politik.
Lebih mencuit hati saya pabila saya melihat ada juga kenalan saya yang hanyut dibawa arus politik lagi-lagi selepas PRU tahun lepas. Ada kenalan saya yang aktif berkempen berkorban menghulurkan sumbangan ikhlas bagi memenangkan parti yang disukai.


Saya tak berniat untuk mengkomentarkan isu politik dan gelagat kenalan saya yang hanyut dibawa arus ini.
Saya juga tak berniat mahu menimbulkan kontroversi di blog saya ini. Cuma saya mahu timbulkan sedikit persoalan, "Apa yang kita kejar selama ini?" dan "Adakah kita hanya dihanyut arus?"

Dalam entri kali ini saya hanya mahu berkongsi perkara yang ada kaitan dengan isu kebangkitan di tanah air kita, untuk membuka minda kita terutamanya saya sendiri, supaya lebih berfikiran jauh, matang dan rasional.

Suka sekali saya kongsikan pengalaman hidup sahabat saya di sekolah lamanya. Dan saya kira ianya(maaf, salah tatabahasa) sangat membantu kelangsungan hidup saya terutama selepas tamat alam persekolahan.


* * * * * * * * * * * *


Di sekolah lama sahabat saya Visi dan Misi "..Membina Generasi Rabbani.." terpampang indah di dataran. Lebih kurang beginilah ayat yang tertera dalamnya.
Setiap hari untuk ke kelas, nak taknak dia akan terserempak dengan papan tanda bertuliskan Visi dan Misi yang hebat ini, sambil terukir senyuman sinis pabila membacanya.
Kerana apa?
Kerana dia sangat kasihan. Dalam senyap-senyap, semakin banyak timbul masalah tak diundang yang dia sendiri tidak pernah menyangka sebelumnya.
Dia kasihan, semakin lama visi dan misi sekolahnya itu semakin menjadi mimpi yang entah bila tercapainya di alam nyata.


* * * * *

Kerja dia dan sahabat seangkatannya macam biasalah - meneruskan apa yang sudah diasaskan. Orang nampak macam biasa, pandang sebelah mata, tapi saya kira gerak kerja mereka amat luar biasa!
Apalagi kalau bukan menjalankan pelbagai program tarbawi seperti kuliah,tazkirah,katibah dan bermacam lagi.
Darah daging mereka sudah sebati dengan kerja mengumpul pelajar-pelajar, memperkenalkan mereka cara hidup muslim dan seterusnya membina peribadi seorang demi seorang di dalam sistem usrah.

Siang malam dia dan sahabat seangkatannya juga bertungkus lumus memperbaiki diri, sahabat-sahabat dan juga sesebuah organisasi.
Menerapkan nilai dan aktiviti tarbawi dalam organisasi dan seluruh pelusuk ceruk sekolah. Sampaikan Persatuan Kadet pakaian seragam dan Kelab Nasyid pun berjaya ditembusi bagi menyerapkan nilai-nilai tarbawi.

Di dalam kelas, kelihatan dia khusyu' melihat papan putih, tapi hati lari menembusinya teringatkan kekasih. Siapa lagi kekasihnya kalau bukan Dakwah dan Tarbiyyah. (Allah Dan Rasul semestinya :)

Di dalam kelas, tampak dia selesa mendengar guru bersyarah, tapi hati sudah penuh gelisah memikirkan anak buah yang masih mentah penuh masalah.
Waktu asrama pula, memang tangkas bekerja. Sempat saja dia bersukan menjaga hak-hak badan tak ketinggalan seperti rakan-rakan setingkatan. Tapi sukan dia bukan seperti sukan orang kebiasaan. Unsur-unsur islami sentiasa diutamakan.

Amat bijak, sebab dengan masa dia berjalan. Sambil berhibur dengan sukan, sambil itulah usrah hangat dijalankan. Memang Bijak kan? Bahkan memang itulah hakikat usrah bak kata Ulama' Ikhwan.
" usrah bermula selepas tasbih kifarah dan suratul-'Asr."
-Syeikh Ustaz Hasan Albanna-

~~~~~~~

Namun, semakin lama, semakin dia risau. Kerana naluri sudah memadai dengan pendidikan yang asli, sistem-sistem yang 'baru' sangat merisaukannya. Risau bukan kerana memikirkan jangka hayat sekolahnya, tetapi risau kerana memikirkan bagaimana akan lahirnya Generasi Rabbani yang diidamkan?

Masakan tidak, dia asyik tertanya-tanya, bagaimana generasi rabbani boleh terjadi dengan hanya mengaktifkan pelajar dalam kokurikulum berpersatuan ataupun Pasukan kadet?.
Atau dengan menjemput ahli motivasi ternama, membuat program motivasi bagi meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar?
Ataupun juga dengan melaburkan ratusan ringgit bahkan cecah ribuan untuk menghasilkan team choral speaking tersohor?
"Eh ini sudah pelik. Adakah semata-mata untuk menaikkan nama sekolah di mata antarabangsa?" Bisik hati kecilnya.

Hati kerdil saya tak mengatakan hal tersebut salah. Bahkan dia dan juga sahabat-sahabat seangkatan juga menyokong, jika asasnya sudah benar-benar kukuh, Jika sistem pentarbiahan individu sudah utuh lagi diambil berat.

Tapi dari segi logiknya, pelajar sekolah pun boleh faham, pabila asas pokok sudah rosak, tak ada gunanya sibuk menghiasi cabang-cabangnya. Malah membuang masa dan tenaga, kerana hiasan-hiasan di cabangnya akhirnya turut mati tombang bersama batang pokoknya.


Sungguhpun begitu. Saya sangat bangga mempunyai rakan seperjuang seperti mereka.
Biarpun badai melanda, kerja tetap kerja. Tanggung jawab tetap tanggung jawab. Wajib tetap wajib. Fitrah tetap fitrah yang tak bisa dilawan. Fitrah mereka, cintakan perjuangan. Hati mereka sudah yakin dengan cara yang asli yang telah diajarkan oleh Rasulullah semenjak dahulu lagi.

Biarpun orang kebanyakan dibawa arus yang dikhabarkan arus perdana yang harus dikejarkan,
Mereka tetap dengan keaslian yang telah diasaskan sekian lama.

~ ~ ~ ~ ~
Wallahu 'Alam
dapat kaitkan dengan Isu kebangkitan /politik di Negara kita?

*Maaf tak terhingga kalau ada terguris hati sesiapa atau terkasar bahasa.

p/s : doakan saya dan sahabat seangkatan mendapat mumtaz STAM yang akan bermula sebentar lagi.. :D
Assalamualaikum wbt

Wednesday, September 23, 2009

Kembalilah kepada Fitrah !

1keluarga.
tiada dalam gambar : Hasanah&suhail dan Maimunah.


Kepada saudara saya yang berada di malaysia dan seluruh pelusuk dunia,

Khususnya buat kakak dan abang ipar yang berada di mesir, kakak saya yang berada di Australia, kaum kerabat di Indonesia, dan semua sahabat saya yang berada nun jauh di Jawa, Mesir, New Zealand dan sebagainya. dan tak lupa juga kepada saudara yang sedang membaca entri ini,

Selamat Hari Raya.
Maafkan segala kesilapan saya samada sengaja atau tidak, zahir dan batin selama ini.
Selamat kembali kepada Fitrah !

* * * *
Alhamdulillah. doa saya dan doa saudara semua dimakbulkan Allah. Bukan setakat disampaikan kepada Ramadhan(seperti dalam doa kebiasaan), bahkan dapat juga merasai keseluruhan satu bulan Ramadhan, dan dapat juga hidup di malam lailatul qadr yang kita semua tidak tahu yang mana satu malamnya.

berkata nabi Sulaiman A.S:
"inilah kurniaan Tuhanku untuk menguji samada aku bersyukur atau kufur"
(Surah An-Naml)

akhir sekali, dalam suasana riang gembira di syawal ini, sama-sama kita ingat kembali peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini.


Sunday, August 23, 2009

Saudara, kita amat beruntung!

" khinzir lebih aku sayangi daripada Umair bin Wahb!! "
-Saidina Umar Al-Khattab-

Umair b. Wahb merupakan antara kepala-kepala penentang hebat Islam.
Memang sangat dalam kebencian Umar r.a terhadap Umair sehinggakan beliau berani mengatakan sedemikian rupa.

Namun pada suatu ketika, tatkala Umair mendengar kata-kata yang penuh manis daripada Rasulullah saw, beliau lantas memeluk Islam.(cerita diringkaskan sangat-sangat,maaf ya!)


" Umair lebih aku sayangi daripada anak aku sendiri !"


Nah,
Inilah kata-kata Umar Al-Khattab r.a selepas keislaman Umair bin Wahb.
Subhaanallah..


+++++++++++++++++++

Bismillahirahmanirrahim..
Bismika Ya Rahman Ya Rahim Ahya. Dengan Nama Allah swt Ar-Rahman Ar-Rahim, saya hidup.
Dan dengan nama Allah lah saya menulis.


Sungguh, Allah lah yang meniupkan Roh-Nya ke dalam diri saya dan juga saudara semua. Allah lah yang sebenarnya menanamkan seluruh sifat-sifat yang mulia ke dalam hati kita.
Dialah yang menanamkan sifat Adil, sifat sabar, sifat tenang, sejahtera dan sebagainya yang tak terbilang di lubuk hati kita.


Kita gembira menikmati kesejahteraan dan mahukannya berkekalan, hakikatnya kita sedang mencari dan mendekati Yang Maha Sejahtera, As-Salam..
Kita sibuk memperjuangkan keadilan dimana saja, sekecil urusan sekolah mahupun sebesar hal ehwal dunia, hakikatnya kita sedang mendekati Yang Maha Adil, Al-Adl..
Setiap hari kita bangun pagi, bertungkus lumus persiapkan diri menuntut ilmu di sekolah mahupun Universiti. Hakikatnya bukan itu yang dicari. Yang dicari adalah Al-'Alim, Yang Maha Mengetahui..
Kita suka melihat sahabat-sahabat kita yang mulia. Dan ternyata semua manusia cintakan kemuliaan. Itulah Dia Al-Karim Yang Maha Mulia yang manusia tercari-cari selama ini.

Maka sesungguhnya apa yang kita cari selama ini adalah Allah S.W.T. Inilah Visi utama hidup kita.


+++++++++++++++++++

Alhamdulillah.
Kita sangat beruntung kerana sekali lagi dapat merasai nikmat Bulan Ramadhan yang teramat mulia
Sengaja saya kongsikan kisah Umar r.a dan Umair r.a tadi untuk memberi dorongan kepada kita semua khususnya saya sendiri untuk lebih semangat bekerja memperbaiki diri dan orang lain. Memang rugilah kalau bulan ramadhan kali ini berlalu macam tahun lepas, tak ada peningkatan.

*****
Melihat diri yang asyik bergelumang dengan perkara lagha dan dosa, selalu saja kita terus down kerana merasakan sudah tiada harapan untuk menjadi insan hebat seperti para sahabat, mahupun tokoh-tokoh pejuang Islam yang lain seperti Hasan Al-Banna, Hasan Hudhaibi dan Al-Qardhowi. Tak pun menjadi seperti sahabat terdekat kita yang mantap lagi dihormati.

Kita lupa ada sahabat Rasulullah saw jauh lebih dahsyat daripada kita sebelum masuk Islam, tetapi selepas keislaman mereka, title "RADHIALLAHU 'ANHU" mereka dapat !
Kita tersilau dengan dosa-dosa dan kesilapan yang kita lakukan sampaikan tak nampak ruang penyelesaian. di manakah Al-'Aziz Al-Fattah Al-'Afuw waktu itu??

*****
Melihat masyarakat ataupun sahabat yang masih tak berubah setelah lama dinasihat, kita asyik melenting, marah mahupun berputus asa.
Kita terlupa yang Yang Maha Memberi Hidayah itu Adalah Allah, Al-Hadiy. Bukannya kita!

~~~~~~~~~
Alhamdulillah.
Kita amat beruntung kerana diberi peluang lagi hidup di Bulan yang sungguh mulia ini untuk terus memperbaiki diri dan juga orang lain sementara ramai lagi yang tak sempat merasai Ramadhan kali ini seperti saudara kita Al-munsyid, Ustaz Asri.(sedekahkan al-fatihah untuknya, sudah?)

RAMADHAN KAREEM !

Selamat beramal sepuas-puasnya!


*p/s : banyak lagi pengajaran yang kita boleh lombong dari kisah Umar & Umair r.a tu..:)

dan yang terakhir..


ALLAH :
Dari-Nya semua kasih sayang,
perhatian, pertolongan, bantuan,
cinta, dan kebaikan

"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu,
maka dari Allah lah (datangnya)"
(An-Nahl : 53)

*kredit kepada http://kembarahawa.blogspot.com (ibu saudara saya) atas video yang mencairkan hati~

Thursday, August 6, 2009

" Haza Min Fadhli Rabbi "

Assalamualaikum..


Entry kali ini ringkas saja. Ringkas-ringkas tapi saya buat penuh perasaan. :D
Penuh perasaan kerana saya tujukan Khas buat 2 orang sahabat akrab saya dan juga merupakan senior saya yang cukup banyak mendidik saya terutamanya ketika saya masih mentah² dulu di sekolah Hira'.

1) Akh Salman Al-Farisi.
Alhamdulillah beliau sudah selamat diijabkabulkan dengan Dr. Fatimah AzZahra', dua minggu lepas. maaf sangat² kerana tak dapat hadir ke Majlis Perkahwinan..

Barakalllah lakuma Wa baaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair
wa razaquma zurriyyatan tayyibah tanfa fil-Islam !

Bila saya hubungi beliau selepas walimah, beliau kata : "Cita² kena besar"

2) Akh Syed Ahmad Isra'.
Tahniah kerana mendapat no.1 STAM 2008 peringkat kebangsaan.

"Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim, 21, dari Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh, Perak adalah pemenang dalam Anugerah Utama STAM 2008."
Sumber -- BERNAMA

Bila saya hubunginya selepas mendapat berita ini, beliau kata : "Ni Cemerlang atas kertas je"
Tahniah sekali lagi atas keputusan yang cukup mencabar diri saya yang sudah ketinggalan banyak silibus² STAM, sedangkan Minggu hadapan sudahpun mula peperiksaan.. :)

*Keyakinan saya semakin bertambah bahawa betapa pentingnya perkongsian pengalaman orang yg berpengalaman dan betapa pentingnya Qudwah Hasanah..

Sunday, August 2, 2009

Saudara, Matlamat kena Jelas !

Esok pagi, sekolah lama saya akan mengadakan majlis peralihan jawatan. Detik yang ditunggu-tunggu penuh debaran sebahagian pelajar.

Disebabkan dengan itu, terdetik pula hati saya untuk kongsikan sedikit di blog ini.

Kalau ikutkan hati, ingin sangat saya kongsikan segalanya, tapi tak berkesempatan atas urusan yang jauh lebih penting. Ternyata saya sangat lemah menguruskan masa sebaiknya.

~~~~~~~~~

Tahun 2003 sehinggalah tahun 2008. Tempoh 6 tahun berharga yang amat susah dilupakan,
dimana saya mulai matang, mentarbiyyah diri, mengenal dan berjinak-jinak dengan amal islami di sebuah sekolah yang saya rasakan cukup istimewa.
Istimawanya bukan calang-calang. Kalau tak istimewa tiadalah saya kerap terkenangkannya dan sanggup menulis tentangnya di blog ini.

Tak kisah lah saudara nak kata apa. Semua orang punya sense of belonging. Jadi tak salah kalau seseorang itu terlalu rindukan dan memuji tempat yang pernah didudukinya, kan?
Saudara pun pasti pernah memuji sekolah ataupun kampus saudara yang tersayang. Itu normal.

(Blok pertama yang saya duduki.)
~Hira' dalam kenangan~
++++++++++++++++++

“ hira’ adalah simulasi dunia islam sekarang”
Lebih kurang beginilah kata murabbi saya tatkala berborak dengannya malam-malam.
Ketika itu saya sudah masuk tingkatan 4. Mungkin beliau sengaja mengatakan begitu untuk memberi dorongan pada penulis supaya lebih semangat berkerja di sekolah. Kerja dalam erti kata berdakwah.
Sampai sekarang saya masih ingat kata-katanya itu. Kerana ada benar juga kalau diperhatikan sedalamnya.

~~~~~~~~~~~

Di sekolah, ada BKP, ada BADAR,ada KRS, ada persatuan bola, Kelab Nasyid dan macam-macam lagi.(seperti sekolah saudara juga, tapi sekolah saudara lagi hebat-hebat). Nak dibilang satu persatu tak larat pula.
Dengan Struktur Organisasinya, dengan Misi dan visinya, dengan Syiar dan fasa-fasanya, memang menggerunkan. Semuanya tampak gah lagi gagah.

Punyalah cantik sistem per-fail-annya, punyalah berlambak kertas laporan, kertas kerja mahupun surat-surat rasmi. Kadang-kadang nampak macam berapi-api pula. Sebab hanya sekadar hitam putih.
Memang saya akui, selalu saja hanya sekadar semangat berhitam putih. Mesyuarat bukan main lama. tapi payah nak diterjemahkan pada Amal.

Nah, Ini baru satu hal.

Yang semangat berjawatan tak kurang hebat juga ceritanya.
Yang BKP, ada yang semangat membanteras kecurian, semangat cakap isu kebersihan, marah orang lewat, denda saja kerja mereka. Yang KRS, ada yang terjerit-jerit marah pelajar tak berdisplin, rendam orang dalam kolah( saya juga pernah direndam atas sebab yang tak relevan,mungkin :), yang BADAR pula tak habis-habis dengan usrahnya. Semua program ikut usrah. Usrah usrah usrah. Entah faham ke tidak, itu tanya lah mereka.
Saya tak katakan semua ini tak bagus. Ia sangat bagus kalau yang bekerja faham apa yang dikerjakan dan jelas matlamatnya.

Yang kurang bagusnya apabila saya saksikan terdapat sesetengah orang yang hanya semangat menaikkan nama organisasinya. Semangat mengharumkan nama persatuannya. Biar Nampak mantap di mata sekolah mahupun pelajar. Biar disebut-sebut dalam perhimpunan. Biar dipuji-puji oleh sekolah dan pelajar.
Lebih malang lagi apabila timbul cemburu, berselisih faham dan dengki kerana hal remeh. Rasa dengki kalau lihat persatuan lain membuat program dan aktiviti yang besar.

Inilah sedikit sebanyak drama ‘para pejuang’ yang saya tonton di sekolah bertuah ini.
Bila dapat jawatan, mulalah berubah. Dulu-dulu aktif berdakwah. Aktif follow up anak buah. Aktif membina peribadi seorang demi seorang dalam usrah. Namun, bila sudah berjawatan rasmi, mulalah tinggal kerja-kerja yang dipandang sebelah mata sekolah itu. Padahal kerja yang dipandang sebelah mata itulah yang sangat penting !
Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing punyai ragam tersendiri.

Sekarang, saya tidak hairan menyaksikan mereka yang ‘semangat-semangat’ di sekolah dulu sudah tak sama seperti dulu. Entah ke mana hilangnya syiar-syiar, visi, misi dan prinsip yang mereka perjuangkan dulu.

Ya, saya langsung tidak hairan dan tidak pelik. Kerana sejarah telah banyak membuktikan, Orang yang tak jelas matlamatnya, akhirnya akan letih ‘bekerja’ dan meng-control dirinya lalu terjunam jatuh. Orang yang tak ikhlas bekerja, akan penat dan jatuh juga. Maka jadilah mereka orang biasa yang kerjanya siang malam dengan rutin yang biasa. Sama-sama kita berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang gugur ini. Termasuk kita, mungkin.

"Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)"
(Al-A'raf : 29)


*Kredit kepada http://albumhira.blogspot.com/ atas gambar yang dalam maknanya.

Saturday, July 25, 2009

Bahasa juga penting.

Sunan Giri, one of the Wali songo
sent by Khilafah uthmaniyyah,Turkey to Nusantara


Assalamualaikum.
Semenjak dua menjak ini, penulis semakin mengambil berat akan ilmu bahasa.
Mungkin sudah terpengaruh dengan kitab Adab (sejarah kesusasteraan arab) yang ditelaah baru-baru ini yang amat tinggi bahasanya. Dan dengan tinggi bahasanya itu, sudah tentu setiap perkataan yang ditulis sangat luas maknanya walaupun dengan perkataan ataupun ayat yang ringkas.
Ternyata ilmu sastera ataupun ilmu bahasa ini telah memberi stamina dakwah pada ramai ulama' haraki masa kini.

Jadi, dengan pengambilan berat penulis akan ilmu bahasa ini, mulai post selepas ini, penulis akan menukar kata ganti nama, daripada 'penulis' kepada 'saya'.
Penulis dapati kata ganti nama 'saya' lebih mendalam maknanya dan lebih sesuai untuk ditulis dalam blog-blog peribadi kerana lebih mudah bagi manusia untuk menjiwai.

Wallahu A'lam.
Terima kasih saya ucapkan atas tunjuk ajar yang diberikan saudara semua.

*p/s: kadang-kadang kita sibuk mengkaji dan mendengar sejarah negara-negara luar tertama palestin. Tapi pernah ke kita mengkaji sejarah sebenar tanah air kita? boleh harap ke buku silibus PMR dan SPM? hanya bertanya..

Sunday, July 12, 2009

Jika ditarbiyyah..

Usai belajar Feqah, membuatkan penulis tertanya-tanya tambah pelik. Lihatlah hukum ini, penulis baru tahu. Astaghfirullah...

"kalau ayah bunuh anak kandungnya pun, Ia tak kena Qisas"
Subhanallah. Betapa istimewanya darjat si ayah sampaikan Allah menetapkan hukum sedemikian rupa.

~~~
Bismika Ya Rahman nahya. Setinggi-tinggi langit Ilahi, setinggi itulah penghargaan buat dua manusia yang penulis sanjungi. Siapa lagi kalau bukan mama dan abah, gelaran manja penuh kasih sayang buat mereka berdua. Di malam yang sejuk ini, membuatkan penulis terkenang mama dan abah yang berada jauh di selatan Malaysia sana. Isk, baru duduk dalam Malaysia pun sudah terkenang-kenang, belum lagi penulis belajar di luar negara. Subhanallah, macam manalah keadaan penulis di bumi anbiya nanti.

Penulis tahu, saudara semua mantap. Setiap hari asyik terkenang kisah sirah Rasulullah dan generasi agung terdahulu. Saudara kan memang hebat.
Siapalah penulis yang malam ini hanya terkenang kisah-kisah peribadi. Macam syok sendiri, melayan emosi.
Apa-apa pun, Tiadalah penulis sanggup meluangkan masa untuk menulis di blog ini kalau tiada manfaatnya.

++++++++++++++++++++++++
1990, Tahun keramat

Penulis dapat rasakan tahun 1990 adalah tahun kesedihan buat mama.
Yalah, cuba saudara fikirkan, isteri mana yang tidak sedih berpisah jauh dengan suami tercinta.
Ibu mana yang sanggup menjaga ramai anak kecil sedang si suami berada jauh di negeri seberang.
Percaya atau tidak, mama penulis sudah mengalaminya. Dan mama tabah menghadapinya.

Saat melahirkan penulis, abah tiada di sisi kerana sedang menuntut ilmu jauh i benua eropah.
Allah sahaja yang mengetahui dan memahami perasaan mama tatkala itu. Penulis cuba membayangkan macam manalah keadaan mama tika sarat mengandung dan melahirkan penulis ketika itu tanpa suami di sisi.


Bulan lepas, abah menunjukkan kepada penulis 'surat antik' yang telah mama kirimkan kepada abah di UK sejurus selepas kelahiran penulis. Dari ayat-ayat serta gaya bahasa yang menyusuk qalbu, dari kisah-kisah keperitan mama yang ditulis didalamnya, ternyata penulis dapati mama sangat sensitif dan romantis orangnya.
Sungguh dari surat yang dibaca itu, membuatkan penulis amat terharu dan besyukur pada As-Syakur atas kurniaan Mama yang sungguh hebat.

Barangkali mama telah merasai apa yang dirasakan Siti Hajar tatkala berpisah dengan suami tersayang, Nabi Ibrahim a.s. Sudahlah tempoh berpisah sangat lama, perut pula sedang sarat mengandungkan Ismail. Dan kemudiannya lahirlah Ismail tanpa bapa di sisi.

Dalam keperitan yang ditanggung, Siti Hajar tetap tabah dan tetap menjalankan tanggung jawabnya mentarbiyah Ismail.
Mana mungkin Ismail sanggup disembelih oleh 'orang yang baru dikenalinya, iaitu ayahnya sendiri tatkala mendapat seruan Ilahi, Jika beliau tidak ditarbiyyah. Ternyata Hajar sangat menitikberatkan soal tabiyah anaknya. Dan benar, mama telah mencontohinya.

+++++++++++++++++++

2009 Tahun Perubahan.
Kalau tadi penulis ceritakan kisah-kisah awal kehidupan penulis.
Ini pula penulis kongsikan kisah saat sudah remaja pula.

Penulis masih ingat,
Pada awal tingkatan 1 dulu, abah dan mama sangat berharap penulis menjadi doktor.
Dengan penuh pengharapan, abah mendaftarkan penulis di kelas tahfiz di hidayah JB. Dengan harapan, senang sikit nak jadi doktor nanti. Supaya otak sudah terbiasa nak menghafal.
Yalah, medic kan banyak kene hafal-hafal.

Malangnya tahfiz penulis di hidayah tak menjadi, lantas abah menghantar penulis nun jauh ke hulu kampung Jeram. Tak lain tak bukan untuk lebih fokus menghafaz Al-Quran.

" Sejuk hati abah kalau Amad dapat hafal Quran.."
Sampai sekarang penulis masih ingat kata-kata abah ini di dalam kereta saat menuju ke Hira' buat hari yang pertamanya.

Penulis masih ingat,
Waktu itu, Abah dan mama selalu bagi dorongan pada penulis untuk menjadi Doktor Al-Hafiz.Dan penulis pun semakin menjadi semangat menghafal Quran tiap kali mendengar kata-kata semangat dari abah dan mama.
Wah, siapa tak seronok anaknya jadi Doktor, siap Al-Hafiz lagi. Memang penulis dapat rasakan seperti inilah idaman ramai ibubapa terhadap anaknya.
Dan ternyata seperti inilah idaman Abah dan mama

~~~~~~~~~~~~

Hari demi hari berlalu, minggu demi minggu berlalu, tahun demi tahun berlalu,
Maka tamatlah SPM dan tak lama selepasnya keluarlah keputusannya.

Subhanallah. Mama dan abahlah orang pertama yang penulis call selepas mendapatkan result SPM itu. Dengan nada suara yang ceria, Ternyata mama dan abah saat gembira ketika itu.
Memang penulis dapat rasakan pengharapan mereka berdua dan tak sabar nak melihat anaknya menjadi doktor.
Ya, memang peluang penulis untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan terbuka luas.

Namun, apa yang diinginkan, lain jadinya.
Apa yang diidamkan dan diharapkan selama ini, hancur sama sekali.

Berat hati penulis sebenarnya untuk mengunkapkannya,
Waktu itu penulis telah membuat keputusan muktamad yang benar-benar mengecewakan Abah dan mama. Sangat sedih melihatkan riak wajah Abah dan Mama bila penulis membuat kata putus tidak mengambil medic. Padahal, itulah idaman mereka berdua sejak dulu lagi.

Tambah terharu bila penulis melihat abah sangat bersunggu-sungguh mencari-cari maklumat dari internet berkenaan medic. Banyak website berkaitan medic yang telah abah layari dan siap bookmark lagisunggupun abah punya banyak kerja dan projek yang perlu diselesaikan. Memang tak boleh diragui lagi abah betul-betul beharap dan ingin sangat penulis menjadi doktor.
Tapi penulis sewenang-wenangnya tidak tunaikan harapannya. Pasti abah sangat kecewa, jujur penulis dapat merasakannya.

Lagi mengewakan abah apabila penulis tidak menuruti arahan Abah supaya mengisi borang-borang biasiswa yang bermacam-macam itu. Bukan penulis taknak, cuma Agensi hebat mana yang mahu menaja pelajar Syariah? Penulis minta ampun tak terhingga kepada abah kerana bertindak sedemikian rupa...
Sungguh,hampir-hampir penulis menangis melihat mata abah sudah pun berkaca-kaca, tanda abah sangat sedih dan cuba menahan tangisan.
Abah sangat penyabar dan tabah pabila membuat keputusan mengecewakan itu.

Barangkali, itulah yang dirasai oleh ayah-ayah pejuang-pejuag di Palestin sana. Mereka sanggup berkorban kehendak diri demi menaikkan Islam di muka Bumi. Itulah gaya orang yang ditarbiyyah.
Dan abah, juga telah telah merasainya. Dan penulis yakini tidak mungkin abah tabah menghadapinya melainkan abah juga telah ditarbiyyah. Abah telah melalui proses Tarbiyyah yang padu di Benua Eropah sana. Penulis kagum bila abah beritahu pernah berjumpa tokoh-tokoh IM di sana. Syeikh Mustafa Masyhur dan lain-lain lagi.

Subhanallah..Mulai hari ini, dan sepatutnya bermula dari dulu lagi,
Penulis sangat berterima kasih pada Mama dan Abah atas segalanya yang tak tertulis di sini kerana terlalu banyak tak ternilai. Terima kasih atas kerestuan mama dan abah akan keputusan penulis ini. Doakan anakmu berjaya di Dunia dan Akhirat.

"Duhai Abah, Duhai Mama yang disayangi Penulis meminta maaf atas segala kesalahan yang dilakukan. Manusia memang akan melakukan kesilapan, tapi anakmu tahu itu bukan alasan."

Wallahu A'lam.
Assalamualaikum

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP