Sunday, 22 November 2009

Di Sebalik Zulhijjah

Orang beriman+Beramal Soleh -> Ahli syurga + Selama-lamanya
(equation mudah kan?)

Salam 1Malaysia.. Assalamualaikum...

Alang-alang tengah signing in gmail, teringin sangat saya kongsikan sesuatu yang istimewa yang baru saya temui baru-baru ini.
Sepatutnya sebagai seorang muslim, saya patut tahu dan faham kedua-dua benda ini dari dulu lagi berbanding pesanan-pesanan tokoh barat mahupun bait-bait lagu barat yang sering dikatakan 'banyak mesej' sebagai hujah untuk mendengarnya.
Di situ boleh dinilai berapa tinggi tahap kecintaan kita padaNya.

Ini dia:

Ibnul Qoyyim pernah berkata :“Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan menjadi lebih mulia dari segala malam kerana adanya Laitatul Qadr, sedangkan sepuluh hari pertama Zulhijjah menjadi lebih mulia dari segala kerana di dalamnya terdapat Yaumun Nahr , Yaum Arafah dan Yaum Tarwiyah (hari ke-8 Zulhijjah)”


Dan juga yang ini. Lagi istimewa kerana disampaikan oleh Kekasih Allah sendiri, Rasulullah Saw..

''Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari² ini(iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah).”Para sahabat bertanya:“Tidak pula jihad di jalan Allah?”Nabi shallallahu‘alaihiwasallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah,kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya dan tidak ada satu pun daripada keduanya (jiwa dan harta) yang kembali.''
(HR Abu Daud)


+++++++++++

Cuti berbaki berbulan-bulan lagi, tapi sepuluh hari zulhijjah bakal berakhir 5 hari saja lagi.
Sekejapnya kita rasakan tempoh setahun yang sedar tak sedar akan berakhir tak lama lagi, apalagi kalau 5 hari yang bakal berlalu mulai hari ini !

Saturday, 21 November 2009

Cinta Saya Selepas sekolah..

“Aku merentasi rumah Laila, aku mencium dinding-dindingnya, Bukanlah cintakan rumah itu merindukan kalbuku, tetapi cintakan penghuninya”
(ungkapan Qais yang terlalu mencintai Laila si gadis jelita pujaan kaum adam)

Demikianlah cinta saya terhadap buku karya tokoh barat sejak akhir² ini.
Saya dulu² di sekolah memang jarang membaca kitab yang tebal² apatah lagi membaca buku karya tokoh barat yang berbahasa asing. Seingat saya, sebelum ini buku paling tebal yang saya pernah baca adalah novel Panas Salju. itupun kerana terpaksa - untuk menjawab peperiksaan Bahasa melayu.

Alhamdulillah, saya bersyukur. Kali ini Al-Fattah membuka juga pintu hati saya untuk mencintai buku, bertambah syukur lagi kerana ia berbeza dengan Qais yang hanya mecintai seorang wanita sampai menjadi tidak siuman lalu digelar Gila oleh masyarakat setempat zaman itu.

+ + + + + + + + + +

Buku 'Think like a billionaire', hasil perkongsian Donald Trump adalah salah satu buku yang tiba-tiba menarik minat saya untuk membacanya kerana introductionnya membuatkan saya ingin tahu apa isi² mukasurat seterusnya :

" In a world of more than six billion people, there are only 578 billionaires. It's an exclusive club. Would you like to join us? "

huh, memang ungkapan Trump ini sangat kerek bak kata orang muda.
Namun, saya sebenarnya ingin membacanya bukan kerana mata duitan ataupun menyahut seruan Trump untuk menjadi billionaire, saya membacanya kerana saya dapati banyak persamaan dari sudut cara 'tarik menarik' di dalam bisnes dengan cara mengajak orang kepada kebaikan / dakwah. Saya membacanya kerana saya sedar, sangat-sangat sedikit bilangan manusia yang ghairah terhadap dakwah sedang populasi manusia di dunia ini melebih 6 billion!
Mereke boleh memerah otak berfikir merancang dan menyusun strategi untuk menambah bilangan billionaire,tetapi mengapa kita tidak?
sepatutnya kita lebih potensi menambah bilangan pendokong kebaikan dimuka bumi ini.

Saya masih ingat ketika di sekolah menengah dulu, ada senior saya yang hampir setiap malam mempromosikan bisnes 'MLM'-nya dari dorm ke dorm tanpa jemu walaupun asyik diperli oleh pelajar². Kesungguhannya mengalahkan exco² BADAR dan Naqib dalam menyebarkan seruan masing². Sanggup menjelajah setiap dorm dan membuat promosi yang hebat dengan kata² semangat disertakan dengan hujah² bernas. Hasilnya juga sangat memberansangkan ketika itu.
Ketika itu saya terfikir, alangkah baiknya kalau para pendakwah di sekolah saya mencontohi senior saya tersebut.

Begitu juga dengan buku seperti financial freedom dan 'how to win friends and influence people' karya Dale carnegie. Saya jadi tertarik dengannya.
Tapi kena ingat ya, Bukan kerana buku itu yang saya cintakan, tapi cintakan ilmu² Allah yang amat kaya di dalamnya. Secara tak langsung meningkatkan kecintaan saya terhadap Al-'Alim, Allah swt.

Bukankah ini yang selayaknya?
“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih dia kasihi dari selainya”
(hadith Rasulullah saw)


Apa² pun, saya dapat simpulkan bahwa banyak skill yang diceritakan beliau adalah skill² yang sudah lama diajar oleh Islam. Skill interaksi dengan broker, adab² kritik dan menegur orang, memilih keutamaan, menilai sesuatu di luar kotak dan sebagainya, banyak diajarkan oleh guru² kita selama ini.
Banyak juga diajarkan oleh murabbi saya tatkala usrah, daurah dan sebagainya.
Cuma mungkin saya sendiri yang tidak mengamalkannya.
Sebab itu kadang² amat susah untuk saya menarik ramai orang ke arah kebaikan. Betapa sikitnya bilangan mad'u saya. Betapa mundurnya kehidupan saya hari ini. Ini satu teguran pedas dan muhasabah untuk saya.

* * * * * * * *

Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu temuduga kerja (maklumlah, cuti panjang sekarang).
ramai orang mencuba nasib di sana. Saya merupakan yang termuda di kalangan mereka semua dan juga yang terakhir memohon kerja dan juga yang terakhir tiba di hari temuduga :)
Berbekalkan secebis ilmu yang dipelajari daripada buku² yang ditelaah, saya tetap cuba memohon walaupun nampak macam tidak layak dek kewujudan saingan hebat dari pemohon² lain yg jauh lebih berpengalaman.
Apa boleh buat,Usaha dan tawakkal saja lah.

Usai berceloteh panjang bersama pen-temuduga, ternyata sangkaan awal saya tepat.
" Kami bukan apa, rasa serba salah nak kasi kamu kerja ini. Kamu memang tak layak untuk kerja untuk ini.. tapi kamu layak untuk kerja sekian sekian........."kata si penemuduga.

Memang sangkaan awal saya amat tepat. Tapi untungnya, mereka menawarkan saya dengan kerja yang jauh lebih hebat.
Gajinya juga sudah tentu lebih lumayan. cecah 4 angka kalau saya kerja betul², katanyalah.

Subhanallah. Saya kira inilah contoh mudah&terdekat yang Allah mahu tunjukkan manifestasi cinta kepadaNya semata-mata.
Setiap perkara ada sebab dan musabab.Memang kejayaan tidak datang bergolek, wajib ada usaha.
Ajaibnya jika kita berusaha sebaiknya dan menyerahkan segalanya kepadaNya, pasti kejayaan datang bergolek² berbondong² dari arah yang kita tak sangkakan.
Saya kira inilah rahsia Tawakkal.

Wednesday, 4 November 2009

STAM : Relevankah ?

STAM 2009. Generasi ke-5
(gamba diedit oleh Adul)

Alhamdulillah.
Segala Puji bagi Allah.

Periksa STAM berjaya saya tempuhi dengan usaha yang tidak setanding pengharapan yang amat tinggi pada awal tahun :)
Mungkin kerana tersilap strategi, kerana agak lain corak pembelajaran STAM berbanding SPM/PMR yang tidak perlu menghafal banyak, cukup memahami konsep dan latihan serta latih tubi soalan tahun² lepas.

Jadi, nasihat saya buat semua sahabat saya yang ingin mengambil STAM akan datang, jangan terlalu last minit belajar seperti yang telah/sedang diamalkan waktu SPM/PMR dulu.

* * * * * *
Subjek Nahu : Asas Bahasa Arab

Awal-awal dulu saya sangat tidak bersetuju perlunya STAM untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Yalah, sudah bersusah payah tempuhi SPM, kena pula STAM yang agak membebankan kerana banyak yang perlu dihafal, sedang result SPM entah apa gunanya? Tidak dipandang langsung oleh Azhar !

Tapi bila saya fikir dua tiga empat lima kali, ada relevannya juga kewujudan STAM ini.
Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk mengurangkan kadar kebanjiran pelajar agama yang tak berkualiti yang sudahpun sekian lama membanjiri timur tengah itu, disamping menjadi sinar harapan kedua bagi yang gagal dalam SPM.
( samada inilah yang difikirkan oleh Syeikh² Azhar ataupun memang kerajaan Malaysia yang sedar sendiri? ) Wallahu A'lam.

Sebab lain pula, pendapat saya, banyak subjek yang dipelajari sangat sesuai dengan situasi saya dan remaja² sebaya saya yang baru berjinak-jinak dengan perjuangan dan juga akan menghadapi alam lain selepas ini.
Ada silibus tafsir quran tentang jihad dan golongan yang tertinggal, Ada silibus hadith berkaitan ''siapa yang tak mampu al-baa-ah maka berpuasalah'', ada silibus feqah tentang hal-hal 'sensitif'(hal orang² dewasa:). Ada subjek balaghah yang lebih memahamkan saya banyak ayat Quran yang sangat tersirat. dan banyak lagi..

Namun, dalam banyak-banyak subjek yang saya telaah sepanjang musim peperiksaan lalu, Ada satu subjek yang sangat menarik perhatian saya yang sangat berkait rapat dengan saya sebagai blogger, dan juga sebagai pengguna banyak social utilities di alam maya ini. Saya juga yakin, memang berkait rapat dengan saudara semua sebagai pengguna setia bermacam-macam perkakas internet ini.

Insya Allah kalau ada masa yang sesuai, saya kongsikannya akan datang..
Assalamualaikum..

p/s:Terima kasih kepada saudara semua, pembaca semua yang telah mendoakan kejayaan saya dan sahabat-sahabat saya dalam exam yang lalu.
Terima kasih juga khusus buat sepupu saya Syamil yang sempat mengajar saya nahu tanpa menggunakan buku :D

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP