Tuesday, 24 May 2011

Didikan 2.1 Dekad


Genap 2 dekad 1 tahun, mereka berdua berjuang mendidik dan membesarkan anaknya ini.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Surah Ar-Rahman)

Alf syukran buat mama dan abah yang banyak membantu hingga kini.
Terima kasih banyak-banyak juga buat sahabat-sahabat yang wishing-wishing di fb dan sebagainya di sana sini.
Insya Allah pesan kalian akan dilumatkan dalam diri ini untuk dilaksanakan.

Tahun ini, tiada apa yg dpt saya hadiahkan utk ibu ayah saya kali ini sempena genap 21 tahun metarbiyah saya, melainkan doa dan cuba menjadi anak yang soleh (insya Allah)
+ + +

Belek-belek gambar lama, terjumpa gambar lawak ini,

Inilah lukisan saya hampir 10 tahun yang lalu, hasil didik ayah saya yg hebat melukis.
Beberapa Tahun selepas itu, muncul modal kereta peugeot yg hampir serupa dgn design lukisan ini,
lalu dibeli oleh ayah saya~ ^_^

Sekali lagi, terima kasih buat mama dan abah atas segalanya. Saya dan adik beradik lain tak pernah merasai kekurangan kasih sayang meskipun kasih sayang mereka berdua terpaksa dibahagi dan diagihkan kepada 11 orang anak.
Syukur padaMu ya Ar-Rahman atas kurniaan ini. Alhamdulillah.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya..."( Surah Al-Isra' : 23)

7 comments:

Ibnu Roslan

Tahniah pada Pakcik Khairuddin Derwish dan Makcik Hidayat Tahir kerana dapat mendidik anak sehingga menjadi sehebat Ahmad Khairuddin. Moga generasi pewaris yang dilahirkan ini akan berterusan membantu Islam. :)

*Sanah Helwa Ahmad Khairuddin. :) Moga setiap masa yang berlalu akan sentiasa dipenuhi dengan amal yang kelak akan menjadi bekalan kita. Moga terus tsabat. :)
*Gambar kereta tu ana xtahan..rasa nak gelak terbahak2..hehehe.. Kecik2 dah punya pemikiran yang hebat dan impian yang tinggi. Moga selepas ini bukan kereta dapat dicipta. Tetapi pemandu kereta dakwah I.Allah.. :)

uswah

hahahhaa amad!! lawak gile gambo kete tu.. uswah teringat dulu amad salu je lukis kete2 camtu pastu save kat pc abah.. anyway, XSAME LANSONG KOT NGAN KETE ABAH! hahahahha

Abdul Munir Sanusi

Sanah helwa akhi! Semoga terus thabat.

Apa macam? Mahu kambing panggang?

Munah

sokong sangat2 statemnt uswah yg last tersebut... amad perasannnnn

ibnkhair

IbnuRoslan:
Syukran ustaz...Ameen ya Rabbal
'Alaminn...
Insya Allah..sama-sama kita 'melukis' manusia pulak lps ni.

Uswah&munah
mmg la tak sama, tapi hampir2 sama.
diperakui oleh Abah sendiri kot~

AbgMun: Time kasih byk2..
Perut ana ni mmg dah lama menanti kambing panggang..tunggu abgMun habis exam je. :)

uswah lagi

abah nak jaga hati amad je tu.. supaya tak demotivated.. hahahah

Ibnkhair

Cis !

Xpe la. At least ada kenangan berharga

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP