Tuesday, 26 July 2011

Pembersihan sebelum Ramadhan

Salam.

Berbaki 5 hari saja lagi Ramadhan akan memunculkan diri.
Moga ArRahman beri lagi peluang untuk kita mengharungi.

Di kesempatan waktu sebelum tidur ini, teringin pula mengingatkan sesuatu di sini untuk kebaikan diri dan sahabat semuanya.
Mana tahu ini peringatan terakhir. Mana tahu kerana peringatan inilah Allah meredhai hamba yang hina ini.

+ + +

Suka sekali saya ingatkan diri saya setiap hari tentang salah satu tips yg ulama' telah gariskan untuk kita cemerlang ataupun menghadam sesuatu benda itu iaitu : At-Takhliah qabla At-Tahliah ( kosongkan sebelum hiasi / isi).

Qaedah ini memang sesuai bahkan dharuri untuk dipraktikkan dalam setiap aspek.
Ye lah, mana mungkin hati kita nak dipenuhi dengan kebaikan bila keburukan sudah mendominasi.


Selari dengan kefahaman kita dengan firman Allah dalam surah Al-Ahzab :


"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya"

+ + + 

Jadi, bermula dari sekarang, sama-sama lah kita mengosongkan segala jahiliyyah/keburukan dari diri kita.
Tak guna juga kalau kita dok sibuk siap sedia mengharungi ramadhan dengan pelbagai amal. tetapi kotoran di hati masih kekal tidak dibersihkan.

+ + +

Di kesempatan ini juga, saya meminta maaf kepada yang telah salah faham di atas kekotoran caller ringtone saya nyanyian Nancy Ajram tu kalau tak silap.
Setiap kali orang call, asyik kena perli saja. tak kurang juga yang menegur sinis "sedap lagu nta. tapi tak thiqah la."
Terima kasih saya ucapkan bagi yang ambil berat untuk membersihkan caller ringtone saya tu :)
Sebanyak incoming call, sebanyak itulah saya terpaksa menanggung rasa malu bahkan mungkin bisa menyebabkan dosa org yang khusyu' mendengar lagu lagho tersebut~
Sebenarnya memang saya tak tahu macam mana boleh wujud caller ringtone tu.
Sudah beberapa kali saya ke syarikat Orange mengadu dan suruh dipadamkan, tapi sampai hari ini masih kekal. Sudah puas juga mencari penyelesaian di internet, tapi tidak ditemui. 
Sabar saja lah. Tawakkal 'alaAllah..

+ + +

Akhir kalam, 'kosongkanlah' diri kita untuk diisi sepuas-puasnya pada Ramadhan tak lama lagi...

"Allahumma Ballighnaa Ramadhan!"

5 comments:

Ibnu Roslan

"Ahmad, enta tak thiqah la..." hehehe..
xpe Ahmad..ana paham je masalah hp enta tuu..sabo je la...

adekmu solehah.

kalau takboleh padam, cuba ganti ngan caller ringtone laen. maher zain ke. irfan makki ke. mesut kurtis ke.
instrumental ke :D

Chain Of Love Flowers...

in the first place, setuju dengan cdgn solehah..

yg kedua, mohon utk copy paste entrynya.. saya akan letakkan rujukan dan link anda di bahagian bawah post saya. syukran.

Awau

salam w.r.b,lama sudah tak menyinggah,iya mana mungkin batil itu bercampur dgn haq,
'lisanul hal aqwa min lisanul maqal'
sesungguhnya yang tertulis itu kita ambil i'tibar dan amalkan,moga Ramadhan merubah hati untuk ta'abud pada Allah :) [baru mahu menulis]

ibnkhair

ibnuroslan.
nta mmg sntiasa memahami :)

adekku solehah:
tak perlu tukar..dah dpt padamkan dah akhirnya..alhmdulillah..

chain :
sila.

Auzaie :
wslm syeikh UK.
aiwah. Insya Allah..ameen

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP