Thursday, 25 November 2010

Kenang-Kenang SPM

Malam itu, gemuruh hati kian menjadi-jadi. Kerisauan pula sudah tebal menyelimuti diri. Masakan tidak, paper chemistry mahu diduduki keesokan hari, tapi banyak lagi yang tidak dihadami. Sudah la trial dapat D. 
Perasaan waktu itu, hanya Tuhan yang memahami.

Blok Maahad Tahfiz Al-Quran Hira' di kala senja

Akhirnya saya 'berputus asa'. Lantas mengundur diri dari meja study dan menuju blok Maahad Tahfiz, lebih kurang 100 meter dari bilik saya. Sengaja uzlah jauh ke sana, mana tahu, datang 'ilham' berkat Al-Quran yang menghiasi sehari semalam.

Selang beberapa waktu berligar-ligar sambil bermuhasabah, terserempak dengan sahabat saya, Izzat yang juga kebetulan sedang beruzlah di sana. Memang sepanjang SPM beliau study di bangunan maahad.
Ketika itulah, tanpa dirancang, beliau sudi meluangkan masa mengajar saya topik-topik penting dan alhamdulillah banyak yang saya baru tahu dan fahami.

Kuasa Allah, tiada siapa bisa sangkal,
Alhamdulillah buat pertama kalinya dalam hidup, saya dapat merasai nikmat A subjek kimia.

+ + +

Alhamdulillah, SPM sudahpun bermula semalam. Seperti biasa, time ni la calon-calon SPM sibuk minta tolong didoakan kejayaannya termasuk adik saya sendiri, Aliya.
Kheir insya Allah, harap dapat didoakan kejayaan mereka ya.

 (kredit kpd Hilmi atas gambaryang sangat bermakna..)

Tuesday, 16 November 2010

Tatkala keduanya telah berserah diri.


Kepada keluarga yang dirindu dan sahabat yang dikasihi semuanya,
Selamat hari raya aidil adha.
Kullu 'am wa antum bikhair !

+ + +

Hari tu dengar ceramah Amr khalid tentang kisah nabi Ibrahim sekeluarga, sangat-sangat membuka mata hati saya.




Apa yang saya fahami dari ceramahnya :
Kenapa Allah firman dengan sebut perkataan "aslama"? Tidakkah mereka berdua (nabi Ibrahim dan Ismail) memang sudahpun islam sebelum ini?
Ya, memang mereka sebelum itu sudahpun islam.
Tapi hakikat sebenar keislaman adalah apabila mereka sanggup berkorban tak kira apa saja hatta anak sendiri  sekalipun demi menjunjung perintahNya.

Masha Allah.
sudahkah kita benar-benar menjadi Muslim Sejati? sudahkah kita bulat-bulat berserah diri pada Ar-Khaliq, Allah swt?

p/s: muhasabah juga untuk pelajar2 yg punyai biasiswa ratusan dinar / beribu ringgit tapi sangat berat untuk buat qurban ! apalah sangat duit beribu kalau nak dibandingkan dengan ganjaran akhirat kan? 

Saturday, 6 November 2010

Mengelak Kerugian, Meraih Keuntungan.


Salam. Kifhal? harapnya semua sehat-sehat aje.
Kali ni, hanya mahu kongsikan 3 berita gembira saja. Berita gembira dari nabi kita yang tercinta yang mungkin sudah kita baca atau dengar banyak kali.
Tapi takpalah, apa salahnya diulang kembali. Sifat pelupa kita memang tak pernah lari.

+ + +

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”. (HR Imam Bukhari)

Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
(HR Imam Ahmad)

Dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”
(HR Imam Muslim)

p/s: selamat menunaikan haji sahabat-sahabat sekalian terutama senior2 saya - syah nazrin, azlan syah, & amin Khidzir, juga abg mun - yg dihormati semua.. Cemburunya~  :) 

Friday, 29 October 2010

Cerita-Cerita Jordan

"Askm Ahmad..mama bca msg ahmad dgn rasa terharu...mama x leh nak tulis..sebab selalu jek sebak rasa..bila ingat Ahmad..Mama rindu sgt kat Ahmad... dan jgak x de masa nak tulis..bnyak kerja kat umah. keep on writing..mama tetap bca..mcm Aya kata..mama n abah r silent readers"

Barangkali ayat-ayat penuh kasih sayang di atas lah memberi dorongan kuat untuk terus menulis di sini.
siapa tak tersentuh bila ibu sendiri meluahkan perasaan kan? :)

+ + +

Cerita-Cerita Jordan.

  • Syukur, buat pertama kalinya semalam dapat merasai nikmat  25 jam satu hari. Syukur juga kerana semalam sempat berjalan-jalan di syari' jameah ( lbh kurang pekan lah) pukul 2 pagi menemani kawan saya yang kelaparan. Terkejut bila melihat orang arab rancak membuat hal masing masing. Yang bisnes terus berbisnes, yang kanak-kanak bersuka ria bermain bola di tepi jalan. Yang wanita pula seronok menyoping dengan aman walaupun tanpa muraqib. Sementara bangsa melayu semuanya sedang berehat atau lena di rumah kecuali saya dan kawan saya yang tiba-tiba lapar di tengah kesejukan malam
  • Tak dapat dinafikan, di sinilah buat pertama kalinya saya dapat rasai suasana pembudayaan ilmu. Sampai saya sendiri secara automatic tiba-tiba menjadi rajin menelaah kitab-kitab ulama'. Namun, saya perlu beringat2 pesanan sahabat saya : "sibuk-sibuk berenang di lautan ilmu, siapa yang mahu membangkitkan umat yang kian melarat? "  Aiwah, memang perlu menilai betul di mana prioriti.
  • Alhamdulillah, sudah 2 minggu menikmati nikmat kuliah, selepas lebih 3 minggu lewat daftar atas masalah yuran. Jumlah bab yg ketinggalan memang menakutkan. Dan yang paling 'seronok', minggu depan akan bermulanya exam pertama. Subhanallah. Doakan ya~
  • Sampai sekarang, sahabat palestin (yg diceritakan sblm ini) masih menelefon saya setiap pagi. Hampir sebulan berlangsungnya 'pertandingan' ini, masih saya tak dapat mendahului matanya.  Dan setakat ini, saya kira inilah salah satu cara yang paling praktikal untuk bangun awal subuh. Sebab apa? kalian cuba lah sendiri. Insya Allah akan dapat rasai kemujarabannya, dengan Izin Allah.
  • Pernah satu hari saya masak nasi goreng buat rakan-rakan serumah untuk iftar. Tapi pada hari itu saya iftar di tempat lain. Alangkah bahagianya saat saya pulang ke rumah melihat tiada sedikitpun sisa nasi goreng yang dimasak tadi. 
  • Selang beberapa hari, salah seorang rakan serumah saya memberitahu perlahan2 penuh serba salah setelah berkali-kali ditanya tentang nasi saya tu : 
"sebenarnya,, kiterang buang nasi tu..masin sangat !"
  • Jujurnya, sedikitpun saya tak terguris mendengar khabar itu. Yang dirasai adalah kemanisan ukhuwwah fillah yang tak terhingga. Ya, rakan-rakan serumah saya sangat-sangat baik & seboleh2nya taknak saya tahu bahawa nasi goreng saya masin ! :))

Tuesday, 19 October 2010

Insan Beralasan : Tipu Diri Sendiri.

"weih, camne ni,, aku ada syok ngan sorang akhawat ni lah.. "

"solehah tak? cun ke tak? hehe"

"eh, mestilah solehah..lawa pulak tu.."

"camne kau boleh kenal dia?"

"hari tu dia tegur aku. tanya khabar. tanya pelajaran. tanya itu ini"

"solehah ke tu?"

"erk"

"kadang-kadang 'akhawat' tu bukannya nak isi, tapi nak komunikasi"

+ + + 

"mana kau pergi ? tak nampak pun subuh kat masjid" 

tegur sahabat saya, bangsa palestin.

"errk, pagi tadi subuh kat rumah je..liat nak bangun. Sejuk sangat !" 

sambil beralasan saya tersengih.

"okay esok aku call kau sebelum dan selepas azan subuh"

"aiwah.."

Mulai hari itu, kami mula bersaing satu sama lain. Siapa bangun dulu, kena call dulu.
Betapa hebatnya bangsa palestin ini, belum pun cukup satu minggu, dengan mudahnya beliau telah menewaskan saya 5-1. Bermakna hanya sekali saja daripada 6 hari saya berjaya bangun lebih awal dan call beliau dulu.

+ + +

"Syeikh, macam mana ni..nak kuasai ilmu syariah,dah la tak faham apa2 pensyarah cakap dalam kuliah. pastu nak komit program-program tarbiyah lagi"

"Jadi?"

"Yela..camna nak excellent dua-dua sekaligus? "

"Fokus pada dua-dua tu je. kan mudah." 

Dengan mudah senior saya memberi pencerahan.

Alhamdulillah

*P/s : Banyak benda yg nampak rumit, tapi hakikatnya simple saja penyelesaiannya. Cuma kita je yang banyak sangat alasan.

Nak atau tidak,
tu saja.

Wednesday, 6 October 2010

Dedikasi Buat Tercinta

" Abah, datang lah sini (asrama sekolah) lawat amad"

"Atuk dulu penah datang sekolah abah 2 kali je. masa hari pertama sekolah tingkatan 1, dan hari terakhir lepas SPM"

" T_T " (tak terkata dah)

+ + +

"Abah, nak iphone 4 boleh? hehe "

"Abah lepas Kawen baru ada handphone"

"erk,  :') " hanya mampu tersengih

+ + +

Sebelum upsr  dan sppm (exam agama)

"Kalau dapat semua A, dapat PS2"

" :D " (Seronok tak terhingga)

Selepas keluar result :

"abah, amad dapat semua A, satu B. B subjek hafazan quran."

"tak dapat lah PS2"

semudah itu.

+ + +

Ini lah 3 contoh yang buat saya lebih kagum terhadap beliau. Setiap contoh ini, terdapat banyak fiqh dan pengajaran besar yang banyak membantu saya hingga kini.

* * * *
Abah, mama & hana di samping kek hari lahir abah yang ke-48


Kelmarin, 4 oktober adalah hari jadi Abah. hari itu sangat payah untuk tidur kerana mengenangkan Abah dan mama.
Teringang-ngiang wajah abah dan mama. Secara detail saya cuba ingat kembali satu per satu jasa mereka sejak saya kecil hinggalah kini.

Jujurnya, setelah lama 'menahan ego' di perantauan, akhirnya muncul juga rasa sayu pilu tambah terharu di hati. Mana mungkin saya tak terharu kerana amat dalam cinta mereka berdua pada saya. Cinta yang dizahirkan dengan amal yang membahagiakan saya hingga kini.

~ ~ ~

Lantas saya sedari, betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang
"Sesungguhnya Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada seseorang wanita terhadap anaknya"

Friday, 1 October 2010

Bumi Syam Tidak Menyucikan.

40,000 orang berjaya kalahkan 240,000 orang. Macam mustahil kan?
Tapi Inilah kejayaan besar umat Islam yang Allah kurniakan di medan Yarmouk.

Ya, di Yarmouk, Jordan. Bumi yang sedang saya jejaki kini.



Namun, saya sedari bumi yang dijejaki ini tak dapat menjamin apa-apa pun.
Tak hairanlah kalau lihat orang di bumi anbiya' ini kuat menipu, kuat berdating, kuat berfoya-foya, kuat facebook (*erk, it depends ye), kuat ikhtilat dan macam-macam lagi. Tak hairan lah kerajaan Jordan tak habis-habis bagi can dengan Israel.
Tak hairanlah kalau ada yang pulang ke malaysia satu hari nanti hanya berbekal segulung ijazah, tanpa risalah.


+ + +

Benarlah apa yang dikatakan Salman al-farisi satu ketika dahulu : "Sesungguhnya bumi tidak pernah menyucikan sesiapapun, tetapi yang menyucikan seseorang hamba itu adalah amalannya"

*cuma pesanan pada diri sendiri yang merupakan salah seorang daripada ratusan pelajar baru malaysia di bumi syam ini.


*Risau kalau kami yang ramai ini hanya menjadi bahan tambahan di bumi syam ini tanpa menyumbang apa-apa untuk agama.

*Risau juga, sebab dengar-dengarnya ramai junior sekolah nak ke sini tahun depan.. Sibuk je~ Ahlan Bikum :)


Kheir insya Allah ^_^
wassalamualaikum


p/s: maaf khususnya pada mama & abah & family sbb masih tiada gambar lagi buat masa ini. Camera tiada. handphone pun biasa2 je, takde camera T_T

Tuesday, 21 September 2010

Khabaran Jordan

Syukur tak terhingga. Akhirnya Al-Muqtadir menaqdirkan juga saya ke sini.
Sungguh, debaran hati yang menyelubungi selama ini hilang sama sekal.

Entri kali ini, cuma santai-santai aja. hanya untuk berkongsi² pengalaman buat keluarga dan sahabat-sahabat tercinta semuanya. Harapnya, kerinduan kita semua terubat lah juga

+ + +

Kucupan terakhir buat ayahanda & ibunda tercinta. 
Insya Allah anakandamu akan terus berjuang 
  • Kurang lebih jam 9.30am waktu jordan, dengan bermuka tebal menumpang flight JPA, alhmdulillah Allah izinkan juga menjejakkan kaki pertama kali di bumi anbiya'. Matahari terik memancar tapi angin sejuk saja meniup sepoi2 bahasa. ( jakun sebenarnya :) 
  • "feh, kat sini susah betul nak tengok perempuan yang tak cun !"  luah kawan saya. Secara Jujurnya, saya pun setuju sgt² dengannya. Memang perlu mujahadah yang tinggi kalau jalan2 di luar. Manifestasinya, alhamdulillah kami dah pakat sama2 untuk istiqamah berpuasa. Ikut sunnah kan. *di sini baru betul-betul terasa kepentingan berpuasa :) 
  • Solat isya' pertama saya di Masjid di sini, telah diimamkan oleh Syeikh Ma'mun. Seorang ulama' hebat di Uni yarmouk dalam bidang qiraat dan syariah. Saya yang langsung tak kenal beliau, dengan selambernya, terus jumpa beliau selepas solat lalu menegur kesilapan yang dibacanya tadi dalam surah ali imran. Tapi akhirnya saya pula yang ditegur dan dinasihat macam-macam panjang lebar.  
  • Rupanya, apa yang dibacanya dalam solat benar belaka tanpa salah, cuma saya saja yang jahil dengan ilmu-ilmu qiraat yang bermacam-macam tu. T_T. Satu lagi cabaran hebat buat saya di sini~ Masha Allah. 
  • Tak terhingga gembira saya hari ni bila dapat menukar bidang pengajian. Insya Allah, saya akan tukar bidang pengajian saya dari ekonomi & perbankan islam ke bidang Syariah- Fiqh dan Usul. SyukurSemuanya terjadi tanpa diduga. Semalam baru dapat kata putus dari pihak penaja dan beliau pun turut menyokong hebat. Alhamdulillah ada-ada saja benda2 diluar jangkaan berlaku. Memang Allah banyak membantu !
  • Hari ini bermulanya exam bahasa untuk semua pelajar tahun 1 Uni Yarmouk. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun banyak je yang tak faham. Satu cabaran buat saya selepas ni supaya terus bersungguh2 selepas setahun tinggalkan bahasa arab.
erm, saya rasa 6 point saja dah cukup kot. Nak tahu lebih, jom ziarah jordan !
Alhamdulillah saya tak menyesal ke sini.. Alhamdulillah. Innal hamda lillah..

Wassalamualaikum.

Thursday, 16 September 2010

Kembali & Kembara

Kembali
Salam 'Eid Fitri
Selamat kembali kepada Fitrah..
Bergembiralah dengan kejayaan menundukkan hawa nafsu selama ini.
Semoga matlamat ramadhan -Taqwa- digapai dan digenggam selama-lamanya.


Kembara


18 September 2010,
langkah bermula...

Duhai Bumi Anbiya' yang dicintai,  here i come ~

*p/s : maaf zahir batin semua. maafkan segala kesalahan selama ni.
Doakan kejayaan bersama ya :)

Saturday, 4 September 2010

Hadiah-Hadiah Ramadhan

Kalau Ramadhan orang dulu-dulu, pasti mereka meraih kegembiraan yang teramat dengan hadiah hebat yang Tuhan kurniakan.
Saifuddin Qutuz gembira dengan kurniaan Allah atas kemenangannya mengalahkan Tatar yang amat gagah di Ain Jalut.
Begitu juga dengan manusia-manusia mulia yang berjaya di medan tempur badar, di saat pembukaan Kota mekah, juga ketika penaklukan Baitul Maqdis yang dipimpin Salahuddin Al-Ayubi. Mustahil mereka tak gembira dan tak bersyukur dengan Hadiah Ramadhan pemberian Ar-Rahman.

Subhanallah.

Hari ini, di zaman jauh dari Rasulullah dan para salafussaleh, cuba kita renung² seketika. Apa yang mampu kita gembirakan? apa yang sudah kita capai dalam ramadhan kali ini untuk diraih kegembiraan?

erm, sekadar muhasabah pada diri~

+ + +


Alhamdulillah, walaupun saya tak mampu lagi mencapai kegembiraan hakiki seperti orang² mulia terdahulu, tetap saya ingin panjatkan setinggi kesyukuran pada Tuhan segala kejadian. Tuhan Segala kejayaan dan kegembiraan, Allah ArRahman.
Terlalu banyak kurniaanNya yang datang mencurah-curah sedebuk dalam tempoh hampir sebulan ramadhan ini.

  • Syukur, setelah bertahun-tahun berlalu (4 tahun rasanya), akhirnya keluarga besar saya dapat juga berkumpul bersama dalam satu rumah kami di JB. 11 orang adik beradik ditambah lagi cucu² dan menantu², memang rumah kecil kami menjadi padat. Namun, ia ternyata berjaya mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
  • Syukur juga, tepat bermulanya malam 10 terakhir Ramadhan, Allah menaqdirkan mata saya sakit yang ampai sekarang masih tak sembuh².  Alhamdulillah, baru sekarang saya rasa betapa nikmatnya kurniaan mata yang Allah beri selama ini. 20 tahun hidup dengan mata yang sihat, jarang sekali dihargai. Beratus kali dapat Ruku' dan sujud dengan selesa, baru sekarang saya sedari dan hargai nikmat itu kerana teramat pedih untuk sujud dan ruku' lama² ketika mata sakit ini. Macam nak tersembul keluar pula.
  • Syukur juga, setelah lama sabar menanti jawapan, akhirnya semalam pihak pengurusan memberi kata putus berkenaan tarikh dan flight saya ke Jordan. Alhamdulillah semua perjanjian & kontrak (yg biasanya ambil masa seminggu utk siap) telah siap dicop² & ditandatangani semuanya dalam masa kurang sehari. Terima Kasih Suhaib & Aalaa' kerana sudi jadi penjamin. Juga Taqiuddin, Imang, dan Mck Sempo yang sudi menjadi saksi. Sungguh, semuanya ini Allah yang aturkan dan permudahkan. Berkah ramadhan barangkali.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah ya Rahman. Alhamdulillah.


P/S: Sebenarnya terlalu banyak benda untuk disyukurkan. Kerana NikmatNya tak terkira kan?

akhir kalam,

"Celaka dan rugilah sesiapa yang berlalu padanya Ramadhan, tapi tidak diampunkan dosanya"(Hadis)

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan SEGALA dosanya yang telah lalu" (HR An-Nasaie, Ibn Majah dan Baihaqi)

Subhanallah, gembira tak dengar berita dari Nabi ni?


Katakanlah : Dengan Kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka gembira. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan " (Surah Yunus : 58)


  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP