Saturday, 4 September 2010

Hadiah-Hadiah Ramadhan

Kalau Ramadhan orang dulu-dulu, pasti mereka meraih kegembiraan yang teramat dengan hadiah hebat yang Tuhan kurniakan.
Saifuddin Qutuz gembira dengan kurniaan Allah atas kemenangannya mengalahkan Tatar yang amat gagah di Ain Jalut.
Begitu juga dengan manusia-manusia mulia yang berjaya di medan tempur badar, di saat pembukaan Kota mekah, juga ketika penaklukan Baitul Maqdis yang dipimpin Salahuddin Al-Ayubi. Mustahil mereka tak gembira dan tak bersyukur dengan Hadiah Ramadhan pemberian Ar-Rahman.

Subhanallah.

Hari ini, di zaman jauh dari Rasulullah dan para salafussaleh, cuba kita renung² seketika. Apa yang mampu kita gembirakan? apa yang sudah kita capai dalam ramadhan kali ini untuk diraih kegembiraan?

erm, sekadar muhasabah pada diri~

+ + +


Alhamdulillah, walaupun saya tak mampu lagi mencapai kegembiraan hakiki seperti orang² mulia terdahulu, tetap saya ingin panjatkan setinggi kesyukuran pada Tuhan segala kejadian. Tuhan Segala kejayaan dan kegembiraan, Allah ArRahman.
Terlalu banyak kurniaanNya yang datang mencurah-curah sedebuk dalam tempoh hampir sebulan ramadhan ini.

  • Syukur, setelah bertahun-tahun berlalu (4 tahun rasanya), akhirnya keluarga besar saya dapat juga berkumpul bersama dalam satu rumah kami di JB. 11 orang adik beradik ditambah lagi cucu² dan menantu², memang rumah kecil kami menjadi padat. Namun, ia ternyata berjaya mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
  • Syukur juga, tepat bermulanya malam 10 terakhir Ramadhan, Allah menaqdirkan mata saya sakit yang ampai sekarang masih tak sembuh².  Alhamdulillah, baru sekarang saya rasa betapa nikmatnya kurniaan mata yang Allah beri selama ini. 20 tahun hidup dengan mata yang sihat, jarang sekali dihargai. Beratus kali dapat Ruku' dan sujud dengan selesa, baru sekarang saya sedari dan hargai nikmat itu kerana teramat pedih untuk sujud dan ruku' lama² ketika mata sakit ini. Macam nak tersembul keluar pula.
  • Syukur juga, setelah lama sabar menanti jawapan, akhirnya semalam pihak pengurusan memberi kata putus berkenaan tarikh dan flight saya ke Jordan. Alhamdulillah semua perjanjian & kontrak (yg biasanya ambil masa seminggu utk siap) telah siap dicop² & ditandatangani semuanya dalam masa kurang sehari. Terima Kasih Suhaib & Aalaa' kerana sudi jadi penjamin. Juga Taqiuddin, Imang, dan Mck Sempo yang sudi menjadi saksi. Sungguh, semuanya ini Allah yang aturkan dan permudahkan. Berkah ramadhan barangkali.

Alhamdulillah. Syukur ya Allah ya Rahman. Alhamdulillah.


P/S: Sebenarnya terlalu banyak benda untuk disyukurkan. Kerana NikmatNya tak terkira kan?

akhir kalam,

"Celaka dan rugilah sesiapa yang berlalu padanya Ramadhan, tapi tidak diampunkan dosanya"(Hadis)

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan SEGALA dosanya yang telah lalu" (HR An-Nasaie, Ibn Majah dan Baihaqi)

Subhanallah, gembira tak dengar berita dari Nabi ni?


Katakanlah : Dengan Kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka gembira. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan " (Surah Yunus : 58)


  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP