Tuesday, 2 September 2008

Tidakku lupa kalian !

Assalamualaikum..
Di kesempatan ini, ingin penulis mengucapkan Selamat Bergembira sambil Berlumba-lumba Mengejar Misi dan Visi kala Ramadhan 1429H ini khusus kepada :-

1) Keluarga

  • Abah dan Mama yang berada di Johor bahru sana..
  • Suhaib yang sudah mula hidupmembujang di wangsa maju sana
  • Uswah yang sudah bergaji besar di tgh bandaraya KL itu..
  • Maimunah dan hasanah beserta suami yang sedang menuntut ilmu di seberang lautan luas sana..
  • Adik-adik di Hidayah JB sana, termasuk Hanaa' si comel manja..
  • Semua makcik dan pakcik sedara dan sepupu serta sedara semuanya..
2) Saudara² seislam
  • Abang-abang yang berada di luar negara sana ; indon, mesir tak kira medic/dirasat dan lain-lain.
  • Abang-abang STAM ipoh sana..
  • Sahabat-Sahabat Hidayah JB/ex-hidayah JB sana..
  • Warga² Hira' jua..
  • Muallim/ah² dan ustaz² yang mengajar selama ini.
  • Adik-adik abang-abang ibu ibu, bapa bapa di Palestine sana dan seluruh dunia..

3) Sahabat setingkatan
Semua calon² SPM 1429H dengan sindiran berbaur nasihat khusus : " Sibuk-sibuk SPM, mana pergi yang utama?"


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1429H
*p/s :
Sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan Kebaikan untuk keluarga Sahabat Rapat penulis (Ghazi b Tarmidi,18, bekas pelajar SMIHJB) .
Ayahnya (Dr. Tarmidi, Penyarah UTM,Skudai) telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 2 ramadhan 1429H selepas solat subuh. Subhanallah..

Wednesday, 20 August 2008

Ada pengajaran?


Assalamualaikum.
penulis telah menukar no. telefon bimbitnya.
maknanya nombor lama ( 019-700... ) akan tidak diguna pakai lagi. diganti dengan nombor baru. Boleh dapatkannya melalui no. lama dalam masa 2-3 hari ini.

+++++++++++++++

kongsi-kongsi kala sedar :

Sedang penulis tekun menyalin semula nombor-nombor sahabat. Baru tersedar, memang terkorban banyak masa, mungkin berjam-jam untuk menyalin kesemuanya.

Ternyata teramat ramai sekali ramai sahabat-sahabat yang mendampingi di dunia yang penuh duri ini dalam mencapai misi dan visi suci yang diidami selama ini.
Nah, Ini baru yang tercatat dalam telefon bimbit !
Persoalannya, adakah selama ini syukur kepada Allah S.W.T yang Maha Memberi Ni'mat ?

Tak mustahil kita jadi sebegini satu ketika nanti



Dari Mughirah bin Syuabah r.a., katanya:
"Apabila Nabi saw. berdiri melakukan solat, beliau berdiri lama sekali sehingga bengkak tumit atau betis beliau. Lalu beliau ditanya orang mengenai hal itu. Jawab beliau, "Apakah aku tidak boleh menjadi seorang hamba yang banyak
syukur?"(Hadis Sahih Bukhari)

Dari Salim r.a. dari bapaknya katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya (teraniaya). Siapa yang membantu (mencukupkan) keperluan saudaranya maka Allah Taala membantunya pula (mencukupkan) keperluannya. Siapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim. maka Allah Taala melapangkan pula kesulitannya kelak di hari kiamat. Dan siapa yang menutup kesalahan(rahsia.) orang muslim, maka Allah menutupi pula kesalahannya kelak di hari kiamat."(Hadis Sahih Muslim)

Tuesday, 19 August 2008

Itu cerita mereka...

Assalamualaikum..

Alahai diri yang selalu lupa,
Sedang berehat-rehat yang konon-kononnya mahu menjaga hak badan, terbaca sabda Rasulullah S.A.W yang sangat kena dengan situasi penulis sekarang. Dan memang sepatutnya amat kena dengan makhluk semuanya !

"Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara; Tentang umurnya ke mana dihabiskan? Tentang masa mudanya ke mana dihabiskan? Tentang hartanya dari mana hasilnya dan ke mana dibelanjakan? Tentang ilmunya apa yang diamalkan dari ilmu itu.(Riwayat Tobroni)

++++++++++++

Saudara,
Mari sama-sama lihat muka-muka yang telah menghabiskan umurnya, telah menyibukkan dirinya, semata-mata untuk Al-Hayy Al-Qayyum.
Ya, siapa lagi kalau bukan kerana Tuhan kita semua?

Mungkin saudara sudah bosan tambah muak dan lali dengan Sejarah-sejarah islam terdahulu lamanya seperti Khilafah Islam, sirah Nabi SAW dan para sahabat yang acapkali dibahaskan dalam silibus-silibus sekolah saudara.

Jadi
Kali ini penulis hanya mahu menayangkan seorang dua yang dekat-dekat saja dengan kita. Mereka yang hidup sezaman dengan kita dalam abad ke-21 tambah saat era globalisasi yang dicintai ini.

Hawaa` Barayev, yang umurnya masih belasan tahun !, wanita pertama yang melancarkan serangan bom syahid di Chechnya. Dia bukanlah syahidah pertama di Chechnya, sebelumnya telah ada saudari-saudari kita yang syahid di tangan Rusia pengecut. Akan tetapi dia telah menjadi perintis aksi bom syahid wanita. Aksinya tidak saja diikuti oleh sepupunya yaitu komandan lapangan Arbi Barayev, dia juga meningkatkan semangat para mujahidin untuk hidup, jihad dan mati di jalan ALLAH S.W.T.
Ini kata-kata Pedasnya :
"Aku tahu apa yang aku lakukan, syurga memiliki harga dan aku berharap ini akan menjadi harga untuk syurga ! "

Ini pula, As-Syahid Yasir Galban, Seorang Komandan Lapangan Ahli Strategi.


"Hari ini, al-Syahid Yasir Galban telah menghadap Allah dengan luka-luka akibat pertempuranya dengan pasukan penjaga keamanan pimpinan Abbas. . Hari ini tanggal 04 Juni 2006 komandan Al-Qossam telah mengakhiri tugas mulianya di dunia dan meninggalkan istrinya yang sedang hamil dan dua anaknya yang masih kecil. Dialah komandan lapangan: Yasir Ibrahim Al-Galban (26 tahun) Warga Khanyunis

Kami atas nama Brigade Al-Qossam dengan ini menegaskan tidak akan mengizinkan siapapun menyentuh para mujahid kami. Kami berjanji akan terus melanjutkan perjuangan mengikuti jejak para pendahulu kita hingga mendapatkan dua kebaikan, kemenangan atau mati syahid." (Petikan surat Keterangan Militer dari Brigade Izzuddin Al-Qossam Mengenai Kesyahidannya)

Sudah. Sudah. Ini semuanya kisah manis mereka.
Kisah kita bila pula ?

Sunday, 17 August 2008

Belum fikirkan?

selesai 'melancong' seketika di syurga dunia nun jauh di Darul Takzim sana, akhirnya pulang juga ke sekolah jauh terpinggir di hujung jeram ini.

Asalnya hanya mahu berehat-rehat dek kerana penat berjalan jauh, tapi terhalang lantaran hujan soalan turun tak henti².
Tapi malangnya jawapan yang diberi mungkin terlalu ringkas dengan menyatakan sakit kepala. :) Mana tidaknya, Ratusan manusia bertanya. Takkanlah semuanya mahu dijawab lengkap. Setiap yang berhak ada haknya juga. Banyak lagi kerja yang jauh lagi penting dari itu.

Maaf penulis ucapkan.
Disinipun jadilah untuk penulis menjawab soalan², duhai sahabat², adik², guru² yang dicintai,


++++++++++++++++++

2008 tarikh bersejarah, di mana penulis mendapat ujian sakit² kepala teramat. Setiap minggu ada-ada saja makhluk pening itu singgah di kepala ini. Dan mungkin, sudah berpuluh² kotak kosong dalam borang kehadiran kelas Ibnu Abbas sana
Macam biasa penulis konon-kononnya rasa tak kisah,tak risau, penulis yakin ia adalah kafarah dosa.

Lantaran itu, ramailah saudara² penulis di Hira' yang belum pun melepasi SPM, jauh degree apatah lagi PhD, membuat kesimpulan sendiri,

" Migrain ni.." " Cancer kot ! banyak sgt mkn gula² yg ada mutagen" " Penat Jadi KU lah ni.." " Tension sangat ni..fikir masalah sekolah" " Banyak sangat masalah diambil sebagai masalah.."
"Relaks mad, rehat² dulu inilah cabaran.."

he he he..
Terima kasih tak terbilang penulis ucapkan atas niat baik mereka.Bagus.
Cumanya duhai saudara, dengan yakin penulis menyatakan jawatan rasmi sekolah ini tidaklah memenatkan apatah lagi mentensionkan.

quran
"Ingatlah, sesungguhnya orang yang mematuhi Allah, mereka tidak merasa takut dan tidak berdukacita."

Tidak ada apa-apa pun. Buatlah kerja bersungguh-sungguh dengan Bijak, Berbincang, dan Berani.. 3 kunci penting di situ. Dari situlah rasa seronok bekerja di samping rasa ianya bukan remeh. Kerana Amanah dari Allah S.W.T .


Nah,
Tanpa diduga, saat penulis hampir menduduki SPM inilah sakit itu memuncak.
Penulis kira hampir sebulan juga meninggalkan pelajaran sambil saudara² setingkatan terus laju berenang-renang di lautan silibus Sijil Pelajaran Malaysia yang mencabar itu . Tambah mereka semua berpeluang melalui seminar² yang bermacam² dan ada mengambil kelas tambahan pula.

Alhamdulillah, itu rezeki mereka.

Akhirnya, Yang Maha Berkuasa mengatur penulis untuk berjumpa doktor. Kali ini Bukan doktor biasa.Bukan lagi doktor² di Sungai Buluh atau Kapar tajaan sekolah itu.
Ruang biliknya bersepah sijil² dari universiti ternama serta sijil specialist. Memang hiasan dindingnya berupa sijil² kemas diframekan

Oh, tak hairanlah untuk menjadi tetamunya dalam beberapa minit sahaja sudah mencecah puluhan ringgit.
Bahkan boleh mencapai 3 atau 4 angka kalau lama².
Itulah kelebihan orang berilmu. Rezeki datang mencurah-curah.

Aduh, dengan tidak semena-mena penulis buat pertama kalinya diundang untuk memasuki terowong kecil.
Oh, harganya takyah ceritalah.
Kira-kira cukup untuk memasuki Smart Tunnel di KL ratusan kali. Takpun bagi kanak-kanak, cukup untuk menjelajahi terowong Akuaria berpuluh-puluh kali hingga bosan.

Mana tidaknya, kos penyelenggaran satu terowong (MRI scanner) ini sahaja mencecah jutaan ringgit Malaysia untuk satu tahun.

Akhirnya terbongkar segala rahsia² dalaman kepala ini.
Sambil melihat² keputusan daripada 'terowong' tadi, dengan yakin si pakar tadi membuat kesimpulan :

"ohh..Allergic ni. ada bengkak² at your saluran telinga-hidung . So,the air pressure is not equal. Sebab tu lah selalu pening pusing²"

"Next 2 week, meet the ENT specialist"

Wah wah wah, ringkas jawapannya. Memang sangat ringkas dan penuh keyakinan.
Siapa tak tertarik, statement ringkas daripada beliau kepada pesakit sudah terlebih cukup untuk sara hidup diri dan keluarga. Jangan hairanlah melihat mereka semua berumah banglo seperti istana, kereta import mewah bersepah di laman rumah sedang si anak hanya seorang dua.

Itulah Rezeki mereka. Itulah Ilmu.


Dari Salim r.a., dari bapanya, dari Nabi saw. sabdanya: "Tidak boleh dengki melainkan kepada dua macam: Pertama, kepada orang yang dikaruniai Allah ilmu Al Quran, lalu diamalkannya siang malam. Kedua, kepada orang yang dikaruniai Allah harta kekayaan, lalu dibelanjakannya siang dan malam (di jalan Allah)." (Hadith Sahih Muslim)
*Jilid 2. Hadis Nombor 0782 Topik adalah Solat.

Untuk kita, yang berjiwa pemuda,
Terlalu banyak pengajaran yang jauh luar biasa besar boleh didapati daripada segala perkara yang berlaku di sekeliling kita . Bukan lagi seperti pengajaran² tatkala menjawab soalan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam SPM yang penuh dengan beraneka skema dan teknik² menjawab itu.

Harapnya saudara juga dapat sama-sama berfikir sambil berkongsi pengajaran dengan penulis..



Duhai Saudara tercinta,
"Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sejumlah besar di antaramu. Belumkah kamu fikirkan?"
(Surah Yaasin : 62)


.





Saturday, 19 July 2008

Saudara, Hargailah !

Subhanallah..
Pantas masa berlalu, sudah lebih seminggu penulis tidak bersekolah lantaran ujian kesihatan yang melanda.
Sudah satu minggu lebih penulis meninggalkan pelajaran akademik mahupun kokurikulum.
Sudah semingu lebih juga penulis meninggalkan tugas-tugas rasmi di sekolah.
Alhamdulillah sahabat-sahabat penulis semuanya dapat mengambil-alih tugas-tugas penulis dengan jayanya.

Pasti sekali al-Hakim yang Maha Bijaksana memberi sakit ini pada penulis dengan tidak sia-sia .terkumpul 1001 hikmah tersirat.

+++++++++++++++++++



" Dokumentasi buat?"
"Laporan dah siap?"
"ehmm..insya Allah agenda liqa' kita pada kali ni..."
"Mcm mana perkembangan biro nta? "
"ala..mudahje.takyah susah2.."
"Mcm mana projek kita?"
"alhamdulillah mission kita berjaya.."
"eh,ana lupa la..maaflah.."

oh,
Memang pasti ungkapan-ungkapan ini biasa didengari bukan?
Lagi-lagi yang menghandle ataupun yang bekerja dalam sesebuah organisasi di sekolah.
Tak kiralah samada organisasi dorm, kelas, persatuan dan sebagainya yang bermacam-macam itu.

Subhanallah. Maha Suci Allah,
mengenangkan 'ungkapan-ungkapan biasa' ini, terimbau penulis akan kerja-kerja ataupun perihal-perihal mahal berharga bak mutiara kirana di sekolah sana, bersama sahabat tercinta.


Penuh dengan cabaran dan ujian. Tidak susah, cuma mencabar.
Memang terbukti pula kerja-kerja menjadi ringan bila dibuatkan bersama sahabat-sahabat. Itulah sunnahnya. Bahkan disuruh oleh Al-Kabir Al-Jami' supaya kita bekerja secara jama'ie.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maha suci Allah dari sebarang kecacatan,
Hanya Engkau sahaja yang dapat menenangkan hati ini yang kian merasai kerinduan yang teramat.

Hati ini semakin hangat dengan kerinduan buat sahabat-sahabat di sekolah sana.
Tidak sabar-sabar untuk bertemu kembali mereka di sana biarpun baru satu minggu tidak bersua.

Masakan tidak,
Baru-baru ini sahaja, tak putus-putus mereka menziarahi penulis tika sakit.
Ada yang sanggup mengorbankan waktu prep untuk menjaga sambil mengurut2 kepala penulis.
Tidak kurang juga yang tidak melelapkan mata sehingga lewat malam jam 2-3 pagi untuk mengelap-ngelap kepala penulis yang semakin panas membara.
Siapa sangka seorang yang selalu dimarahi ditegasi penulis lantaran kes-kes berat yang dibuatnya juga telah menziarahi penulis bahkan disertai secawan sirap sejuk makcik kantin.
Nah, ini baru secebis sahaja dari jutaan perihal yang telah dilalui bersama.

Tidak ragu-ragu lagi mereka telah menyahut seruan Rasulullah S.A.W :

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hakikatnya,
Itulah yang tersurat dalam sirah Rasulullah SAW dan para Sahabat.
Biarpun berlainan latar belakang, bangsa, kulit, umur dah sebagainya ikatan sesama mereka tidak kaku sama sekali.
Jangankan duit,masa dan isteri, NYAWA pun mereka sanggup korbankan untuk menjaga kebajikan seseorang daripada mereka demi kebajikan seluruhnya.

Sungguh
, itulah Allah yang Maha berkuasa membolak-balikkan hati hambaNya.
Itulah Allah berkuasa memberikan kenikmatan Ukhuwwah pada hamba-hambaNya.

“Jika kamu belanjakan apa yang di bumi seluruhnya sekalipun nescaya kamu sekali-kali tidak akan dapat dijinakkan di antara hati-hati mereka tetapi Allahlah yang menjinakkan antara hati-hati mereka”
(
Al-Anfaal:63)


Semoga kita sama-sama mendapat perlindungan daripada Allah di hari dimana manusia tidak mendapat perlindungan melainkan 7 golongan. Salah satunya manusia yang bercinta kerana Allah S.W.T.

Duhai saudara, hargailah persahabatan ini !

Friday, 18 July 2008

Duhai Hasanah, selamat jalan..

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.

Sekian diumumkan..
Bahawa dengan izin al-Qadir al-muqtadir ar-Rahman al-Malik..


Pada jam 10.00am waktu Cairo, Khamis, 17/7/08 ,

Kakak penulis,
Saudari
Hasanah bte. Khairuddin, bekas SMIHidayah,JB dan sekarang menuntut di Universiti al-Azhar Mesir tahun 3 telah selamat mengharungi era baru dalam kehidupan beliau sekaligus menjadikan beliau seorang isteri kepada seorang bekas senior penulis di SMIHira', Jeram, Saudara Suhail Sufian, penuntut Universiti al-Azhar, Mesir tahun 1 .


Baarakallahu lakuma, wa baarik alaikuma, wa jama’a baina kuma fil khair …

Sunday, 13 July 2008

Badanmu ada haknya...

Bagai gunung menghentam kepala.
Tidak senang untuk tidur mahupun bangun.
Inilah apa yang dirasakan penulis baru baru ini, buat kali kedua setelah lama tidak merasai sedemikian rupa 5 tahun lalu.
Tapi kali ini mungkin tambah tragis kisahnya kerana jatuh pengsan di tandas.

sakit@hospital


Namun terubat derita sengsara tadi tatkala membayangkan ganjaran-ganjaran hebat dari-Nya :

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Itulah kasih sayang ar-Rahman ar-Rahim yang Maha menyayangi hamba-hambaNya...
Maha suci Engkau dari segala kecacatan...


Terima kasih penulis ucapkan pada yang membantu penulis tatkala sakit.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”
Riwayat Ahmad

Tuesday, 27 May 2008

Selamat Hari Ibu..

oh, Mei 2008 !
tersedar sudah genap 18 tahun menjadi anak.


Berbelas tahun mencari hakikat,
Mencari kasih sayang daripada insan yang bergelar mama,
belaian lembut tambah manja dari mama,
Keperihatinan dari mama,
Peliharaan & jagaan penuh dari mama,

Nah, tersedar apa yang di cari selama ini,
Ar-Rahim, Yang Maha Penyayang,
Al-Lathif, Yang Maha Lemah Lembut,
Al-Khabir, Yang Maha Berwaspada,
Al-Hafidz, Yang Maha Memelihara.
Inilah Hakikatnya...

"Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan (dari tidak ada kepada ada) dan yang Merupakan (membentuk rupa dengan indah), bagiNya nama-nama yang terbaik. Tasbih kepadaNya apa-apa yang di langit dan di bumi, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(al-Hasyr : 24)

Monday, 26 May 2008

Inilah Islam !

Ya Rahman, ya Quddus, ya Malik..
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. " ( al-Fatihah : 6-7)

Subhanallah, alhamdulillah, La ilaha illallah
"sesungguhnya lafaz subhanallah, alhamdulillah, La ilaha illallah wallahu akbar bisa menggugurkan kesalahan-kesalahan, sebagai mana pohon yang menggugurkan daunnya.( Riwayat Ahmad)

Subhanallah,
alhamdulillah iman kita yang teramat mencabar untuk dijaga, terjaga dalam musim cuti sekolah yang ramai tewas dan menyerah diri dengannya. Tak cukup dengan tembakan jet pejuang, nah, terkena kita dengan sistem sekular yang 'mereka' susun kemas. Strategi 'mereka' berjaya. Lihat, bila cuti sekolah, terhentilah pelajar dari belajar ataupun menjalankan tugas sebagai hamba Dia.

+++++++++++++++++++

Ops,
S
ebut saja sekolah, ter'minat' penulis untuk menulis akan beberapa hal berkaitan isu² kecil di sekolah penulis. Bahkan memang berlaku di serata dunia.
Isu apa? lihat saja di shoutbox,
faham sendirikan?

Bukan apa, cuma mahu menjelaskan kepada mereka yang mahu memahamkan.Supaya sama
² dapat berjalan di atas jalan yang lurus.

Sebelum itu, terima kasih penulis ucapkan pada kedua² pihak yang saling berhujah di shoutbox blog ini. Baik yang berniat hendak menasihat dan apa jua lagi niat yang tersimpan.

Cumanya, pesan penulis : pastikan tidak membuat fitnah tak berasas dan tidak berkata
² ikut nafsu.
"dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan" (al-Baqarah : 191 )

"Tiga perkara yang merosak : Kikir yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ketaajuban seseorang terhadap pendapatnya" (diriwayatkan at-Tabrani)

Jujurnya, tersenyum lebar dan mungkin ketawa kecil
pertama kali penulis melihatnya.
Semacam besar sangat isunya. Semacam rumit penyelesaiannya. Semacam kalah isu palestin..

Penulis dan sahabat-sahabat penulis berpendapat mungkin isu kecil ni ditimbulkan oleh golongan bukan sejantina penulis, menurut laporan dan kajian.
Kaum adam jangan pula ambil ringan & lepas tangan, ada juga yang tersilap langkah.

Hakikatnya mudah saja.
Rujuk pada contoh yang real lagi praktikal. Apa lagi kalau tidak Sirah Rasulullah S.A.W.
Al-Quran memang awa
² lagi dah tak terkalahkan..

Lihat !
Pendapat Saidina Umar al-Khattab sering kali berlainan dengan Abu Bakar dan Rasulullah S.A.W.
Apa Umar buat?
Mudah saja. Beliau jumpa Rasulullah dan berbincang. Akhirnya terima dengan tulus hati dan saling berlapang dada.
Kan Mudah.

Tidak seperti manusia yang tidak jelas matlamatnya : berkata
² belakang, fitnah tak berasas, dan sebagainya.Akhirnya timbul permusuhan sesama muslim/ah .
Kan lagi susah tambah rumit kalau begini. Di mana kekuatan Islam ketika ini?


+++++++++++++++++++

Konklusinya, beberapa pesanan praktikal penulis sebagai seorang muslim kepada saudara/i :

1) Sekiranya tindakan yang dilakukan oleh seseorang muslim yang lain, bercanggah dengan apa yang kita faham, Bincanglah dengan hikmah. Kerana mungkin kita tak mengetahui atau tak memahami hal sebenar yang sedang berlaku yang membuatkan seseorang itu bertindak sedemikian.

2) Sekiranya berlaku sebarang ketidakfahaman / ketidakpuashatian, rujuk mas'ul (ketua) masing-masing. Yang bukan jantina lelaki sila rujuk mas'ulah yang dipertanggungjawabkan. dan sebaliknya.

3)Jangan buruk sangka & bertindak melulu.Ini bukan akhlaq seorang muslim/ah.
Kesannya akan menimbulkan perkara yang tak diingini seperti mengumpat, fitnah dan sebagainya.Ingat Pesan
² Nabi S.A.W dan amaran² Allah S.W.T kepada orang yang melakukan sedemikian rupa.

4) Jangan jadi pengecut. Tegurlah seseorang dengan hikmah. Zahirkan diri sebenar, supaya orang yang ditegur dapat memahami kehendak penegur itu. Boleh saja melalui email, handphone, YM, meeting, surat, jumpa secara personal . dan lain
² yang tak melanggar hukum syara'.

5) Yang ditegur pula jangan sombong. " tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan meskipun seberat dzarrah" (Diriwayatkan Muslim)

ha, praktikkanlah


Inilah Islam..!
" Dan, Dia memberi balasan kepada orang-orang ynag berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga), iaitu orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji selain dari kesalahan-kesalahan kecil." (An-Najm : 31-32)

Wednesday, 12 March 2008

saudara, fahamkanlah !


Jangankan mendengar dan melayan, mati pun dia sanggup. Itulah dia manusia.
Baik lelaki mahupun wanita,apabila kononnya kekasih tercinta menasihat atau menyuruh, akan turuti juga dengan tuntutannya.

Jujurnya, penulis juga begitu.
Mustahil manusia yang cinta dan beriman pada Dia, tak turutinya

"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah ; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." (Ali-'Imraan : 13)

+++++++++++++++++++++

Kali ini, penulis telah berkesempatan berjalan menziarahi baitullah qiblatnya manusia zaman ini.
Bukan Mekah. Tapi Amerika Syarikat dan sekutunya, bonekanya Illuminati, Freemason dan lain² yang semua tahu.

Melihatkan NASA, Microsoft, sistem satelitnya, pangkalan tenteranya,senjata modennya, sekuriti negaranya, pasti manusia biasa teruja.
Memang negara mereka pesat membangun.Segala kelengkapan dan teknologi canggih dipelopori mereka. Dengan itu juga antara asbab mereka dapat menguasai dunia.
Memang dunia ini seperti mereka yang punya.

Tapi semua itu hanyalah kemajuan&kekuatan fizikal. Langsung dua kekuatan asas yang terpenting ( aqidah&iman dan Ukhuwwah ) mereka tiada bahkan amat bencikan dua perkara itu.

Hasilnya, ternyata mereka seperti binatang lapar tambah tembolok yang melombong-lombong lantas membaham saudara-saudara kita sambil masyarakatnya sibuk melayan nafsu, berjalan mengangkat dagu, tambah ribuan mati bunuh diri, entah apa yang mereka mahu.

Tak layak agama kita dipermainkan sebegitu.
Itulah mereka.

++++++++++++++++++++++

Ini pula orang Malaysia..
Tsunami pilihanraya baru saja melabur tirainya. Bermacam-macam karenah masyarakat Malaysia.
Dari pasar sesak hingga ke ketenangan surau, tak habis-habis membincangkan hal politik&pilihanraya.

Sebenarnya hati penulis ini kasihan melihat orang-orang di Malaysia ini. Ada yang semangat² berkempen, ada semangat berhujah, semangat mengata-ngata orang dan lain²
Memang ada baiknya juga masyarakat pergi mengundi,berkempen sana-sini. sekurang-kurangnya dapat mengurangkan ego pemimpin negara dan insya Allah dapat mengurangkah maksiat.

Cumanya, kasihan bila lihat peribadi² yang kerja bermusim.
(Bak kata sahabat penulis : ''ikhwah pilihanraya'', gelarannya) Tiba-tiba waktu itulah mereka ini muncul aktif berkempen, mengajak manusia ke jalan kebenaran dakwanya.
Tapi tiba-tiba juga mereka menghilang ke dunia masing-masing selepas musim itu.
Ada juga yang tak jaga mulutnya, berkutuk-kutukan sampai ada yang mencarut, depan mata penulis sendiri.
Ramainya manusia mengundi bukan kerana Islam.Tapi kerana kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya yang berbentuk material.

Jelas lagi terbukti, ini bukan jalannya. Bukan seperti yang penulis belajar dan fahami selama ini.

Strategi Rasulullah S.A.W dalam proses revolusi Islam, mulanya dengan bina kekuatan. Baginda menolak tawaran menjadi pemimpin negara ketika zaman awal di Makkah tapi
fokus pada
pembinaan peribadi muslim.Seterusnya membentuk Keluarga Muslim. Kemudian Masyarakat Muslim.Kemudiannya Negara Islam, wujudnya empayar Islam, Khilafah Islamiah.
Tiada satu tamadun pun yang lebih hebat daripadanya.

Akhirnya Islamlah yang berkuasa penuh atas muka bumi ini.


Ketika itulah manusia tunduk pada hukum² Islam.Kembali pada Allah S.A.W.

Ketika itu jugalah masyarakat Islam dapat hidup aman damai terbela di bawah sistem Khilafah dengan izin Allah S.W.T.


Ini yang selayaknya..!

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP