Badanmu ada haknya...
Bagai gunung menghentam kepala.
Tidak senang untuk tidur mahupun bangun.
Inilah apa yang dirasakan penulis baru baru ini, buat kali kedua setelah lama tidak merasai sedemikian rupa 5 tahun lalu.
Tapi kali ini mungkin tambah tragis kisahnya kerana jatuh pengsan di tandas.
Tidak senang untuk tidur mahupun bangun.
Inilah apa yang dirasakan penulis baru baru ini, buat kali kedua setelah lama tidak merasai sedemikian rupa 5 tahun lalu.
Tapi kali ini mungkin tambah tragis kisahnya kerana jatuh pengsan di tandas.
Namun terubat derita sengsara tadi tatkala membayangkan ganjaran-ganjaran hebat dari-Nya :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a
Itulah kasih sayang ar-Rahman ar-Rahim yang Maha menyayangi hamba-hambaNya...
Maha suci Engkau dari segala kecacatan...
Terima kasih penulis ucapkan pada yang membantu penulis tatkala sakit.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”Riwayat Ahmad
0 comments:
Post a Comment