saudara, fahamkanlah !
Jangankan mendengar dan melayan, mati pun dia sanggup. Itulah dia manusia. Baik lelaki mahupun wanita,apabila kononnya kekasih tercinta menasihat atau menyuruh, akan turuti juga dengan tuntutannya.
Jujurnya, penulis juga begitu. Mustahil manusia yang cinta dan beriman pada Dia, tak turutinya
"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah ; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." (Ali-'Imraan : 13)
+++++++++++++++++++++
Kali ini, penulis telah berkesempatan berjalan menziarahi Bukan Mekah. Tapi Amerika Syarikat dan sekutunya, bonekanya Illuminati, Freemason dan lain² yang semua tahu.
Melihatkan NASA, Microsoft, sistem satelitnya, pangkalan tenteranya,senjata modennya, sekuriti negaranya, pasti manusia biasa teruja.
Memang negara mereka pesat membangun.Segala kelengkapan dan teknologi canggih dipelopori mereka. Dengan itu juga antara asbab mereka dapat menguasai dunia.
Memang dunia ini seperti mereka yang punya.
Tapi semua itu hanyalah kemajuan&kekuatan fizikal. Langsung dua kekuatan asas yang terpenting ( aqidah&iman dan Ukhuwwah ) mereka tiada bahkan amat bencikan dua perkara itu.
Hasilnya, ternyata mereka seperti binatang lapar tambah tembolok yang melombong-lombong lantas membaham saudara-saudara kita sambil masyarakatnya sibuk melayan nafsu, berjalan mengangkat dagu, tambah ribuan mati bunuh diri, entah apa yang mereka mahu.
Tak layak agama kita dipermainkan sebegitu.
Itulah mereka.
++++++++++++++++++++++
Ini pula orang Malaysia..
Tsunami pilihanraya baru saja melabur tirainya. Bermacam-macam karenah masyarakat Malaysia.
Dari pasar sesak hingga ke ketenangan surau, tak habis-habis membincangkan hal politik&pilihanraya.
Sebenarnya hati penulis ini kasihan melihat orang-orang di Malaysia ini. Ada yang semangat² berkempen, ada semangat berhujah, semangat mengata-ngata orang dan lain²
Memang ada baiknya juga masyarakat pergi mengundi,berkempen sana-sini. sekurang-kurangnya dapat mengurangkan ego pemimpin negara dan insya Allah dapat mengurangkah maksiat.
Cumanya, kasihan bila lihat peribadi² yang kerja bermusim.
(Bak kata sahabat penulis : ''ikhwah pilihanraya'', gelarannya) Tiba-tiba waktu itulah mereka ini muncul aktif berkempen, mengajak manusia ke jalan kebenaran dakwanya.
Tapi tiba-tiba juga mereka menghilang ke dunia masing-masing selepas musim itu.
Ada juga yang tak jaga mulutnya, berkutuk-kutukan sampai ada yang mencarut, depan mata penulis sendiri.
Ramainya manusia mengundi bukan kerana Islam.Tapi kerana kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya yang berbentuk material.
Jelas lagi terbukti, ini bukan jalannya. Bukan seperti yang penulis belajar dan fahami selama ini.
Strategi Rasulullah S.A.W dalam proses revolusi Islam, mulanya dengan bina kekuatan. Baginda menolak tawaran menjadi pemimpin negara ketika zaman awal di Makkah tapi
fokus pada pembinaan peribadi muslim.Seterusnya membentuk Keluarga Muslim. Kemudian Masyarakat Muslim.Kemudiannya Negara Islam, wujudnya empayar Islam, Khilafah Islamiah.
Tiada satu tamadun pun yang lebih hebat daripadanya.
Akhirnya Islamlah yang berkuasa penuh atas muka bumi ini.
Ketika itulah manusia tunduk pada hukum² Islam.Kembali pada Allah S.A.W.
Ketika itu jugalah masyarakat Islam dapat hidup aman damai terbela di bawah sistem Khilafah dengan izin Allah S.W.T.
Ini yang selayaknya..!
2 comments:
syafakallah pada ummat islam seluruh dunia...
...barakallahufiik...
kekadang rase lebih beriman bile time election~
anda seperti saya juga?
erm..
istighfar juga le begitu~ sebab saya juga begitu rupenye~
"wa iza tuliat alaihim ayatuhu zadathum imana"
Post a Comment