Saudara, Matlamat kena Jelas !
Esok pagi, sekolah lama saya akan mengadakan majlis peralihan jawatan. Detik yang ditunggu-tunggu penuh debaran sebahagian pelajar.
Disebabkan dengan itu, terdetik pula hati saya untuk kongsikan sedikit di blog ini.
Kalau ikutkan hati, ingin sangat saya kongsikan segalanya, tapi tak berkesempatan atas urusan yang jauh lebih penting. Ternyata saya sangat lemah menguruskan masa sebaiknya.
~~~~~~~~~
Tahun 2003 sehinggalah tahun 2008. Tempoh 6 tahun berharga yang amat susah dilupakan,dimana saya mulai matang, mentarbiyyah diri, mengenal dan berjinak-jinak dengan amal islami di sebuah sekolah yang saya rasakan cukup istimewa.
Istimawanya bukan calang-calang. Kalau tak istimewa tiadalah saya kerap terkenangkannya dan sanggup menulis tentangnya di blog ini.
Tak kisah lah saudara nak kata apa. Semua orang punya sense of belonging. Jadi tak salah kalau seseorang itu terlalu rindukan dan memuji tempat yang pernah didudukinya, kan?
Saudara pun pasti pernah memuji sekolah ataupun kampus saudara yang tersayang. Itu normal.
++++++++++++++++++
“ hira’ adalah simulasi dunia islam sekarang”
Lebih kurang beginilah kata murabbi saya tatkala berborak dengannya malam-malam.Ketika itu saya sudah masuk tingkatan 4. Mungkin beliau sengaja mengatakan begitu untuk memberi dorongan pada penulis supaya lebih semangat berkerja di sekolah. Kerja dalam erti kata berdakwah.
Sampai sekarang saya masih ingat kata-katanya itu. Kerana ada benar juga kalau diperhatikan sedalamnya.
~~~~~~~~~~~
Di sekolah, ada BKP, ada BADAR,ada KRS, ada persatuan bola, Kelab Nasyid dan macam-macam lagi.(seperti sekolah saudara juga, tapi sekolah saudara lagi hebat-hebat). Nak dibilang satu persatu tak larat pula.
Dengan Struktur Organisasinya, dengan Misi dan visinya, dengan Syiar dan fasa-fasanya, memang menggerunkan. Semuanya tampak gah lagi gagah.
Punyalah cantik sistem per-fail-annya, punyalah berlambak kertas laporan, kertas kerja mahupun surat-surat rasmi. Kadang-kadang nampak macam berapi-api pula. Sebab hanya sekadar hitam putih.
Memang saya akui, selalu saja hanya sekadar semangat berhitam putih. Mesyuarat bukan main lama. tapi payah nak diterjemahkan pada Amal.
Nah, Ini baru satu hal.
Yang semangat berjawatan tak kurang hebat juga ceritanya.
Yang BKP, ada yang semangat membanteras kecurian, semangat cakap isu kebersihan, marah orang lewat, denda saja kerja mereka. Yang KRS, ada yang terjerit-jerit marah pelajar tak berdisplin, rendam orang dalam kolah( saya juga pernah direndam atas sebab yang tak relevan,mungkin :), yang BADAR pula tak habis-habis dengan usrahnya. Semua program ikut usrah. Usrah usrah usrah. Entah faham ke tidak, itu tanya lah mereka.
Saya tak katakan semua ini tak bagus. Ia sangat bagus kalau yang bekerja faham apa yang dikerjakan dan jelas matlamatnya.
Yang kurang bagusnya apabila saya saksikan terdapat sesetengah orang yang hanya semangat menaikkan nama organisasinya. Semangat mengharumkan nama persatuannya. Biar Nampak mantap di mata sekolah mahupun pelajar. Biar disebut-sebut dalam perhimpunan. Biar dipuji-puji oleh sekolah dan pelajar.
Lebih malang lagi apabila timbul cemburu, berselisih faham dan dengki kerana hal remeh. Rasa dengki kalau lihat persatuan lain membuat program dan aktiviti yang besar.
Inilah sedikit sebanyak drama ‘para pejuang’ yang saya tonton di sekolah bertuah ini.
Bila dapat jawatan, mulalah berubah. Dulu-dulu aktif berdakwah. Aktif follow up anak buah. Aktif membina peribadi seorang demi seorang dalam usrah. Namun, bila sudah berjawatan rasmi, mulalah tinggal kerja-kerja yang dipandang sebelah mata sekolah itu. Padahal kerja yang dipandang sebelah mata itulah yang sangat penting !
Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing punyai ragam tersendiri.
Sekarang, saya tidak hairan menyaksikan mereka yang ‘semangat-semangat’ di sekolah dulu sudah tak sama seperti dulu. Entah ke mana hilangnya syiar-syiar, visi, misi dan prinsip yang mereka perjuangkan dulu.
Ya, saya langsung tidak hairan dan tidak pelik. Kerana sejarah telah banyak membuktikan, Orang yang tak jelas matlamatnya, akhirnya akan letih ‘bekerja’ dan meng-control dirinya lalu terjunam jatuh. Orang yang tak ikhlas bekerja, akan penat dan jatuh juga. Maka jadilah mereka orang biasa yang kerjanya siang malam dengan rutin yang biasa. Sama-sama kita berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang gugur ini. Termasuk kita, mungkin.
"Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya)"
(Al-A'raf : 29)
(Al-A'raf : 29)
*Kredit kepada http://albumhira.blogspot.com/ atas gambar yang dalam maknanya.
8 comments:
hira' .. hira'
Syukran akh,
mmg betul,jika sekadar
smgt tak jadi jgk akh,
biarlah kita bermatlamat,
doakan tabah di sini..
didoakan mereka kembali bersemangat.kembali memperjuangkan apa yang mereka tahu benar?hmm.
syukran akhi
"..orang yang tak jelas matlamatnya, akhirnya akan letih 'bekerja' dan meng-control dirinya lalu terjunam jatuh.."
itu benar.
saya juga pernah tinggal dalam kotak serba baik seperti Hira, bumi Hidayah.
murabbi selalu pesan,
"bumi Hidayah ini seperti miniature amal dakwah. keluar nnt kamu faham lah apa erti amal Islami sebenar.."
dulu yang hanya praktikal, kini sudah realiti.
dan seringkali juga hampir terjunam.
doakan moga kuat untuk bangkit semula!
(2paltel)
kenapa dgn hira'? mcm mana dgn al-amin? ok? :)
(2si pengembara)
Insya Allah..moga amal di UIA nilai sana terus maju ya..doakan juga utk kami di sini..
(2fobia)
betul3.. jaga orang sarawak baik2 ya.. :)
(2figuraqalb)
subhanallah. dari hidayah ya, sekolah yg amat disegani dengan kehebatannya.
moga terus hebat walaupun sudah keluar dr hidayah...
wslm..
Sekarang, saya tidak hairan menyaksikan mereka yang ‘semangat-semangat’ di sekolah dulu sudah tak sama seperti dulu
ini best
masih ade ke org bawak dakwah asli kat sekolah hira'????????
[mayo]
:)
[Anonymous]
ada....
Post a Comment