Saturday, 25 July 2009

Bahasa juga penting.

Sunan Giri, one of the Wali songo
sent by Khilafah uthmaniyyah,Turkey to Nusantara


Assalamualaikum.
Semenjak dua menjak ini, penulis semakin mengambil berat akan ilmu bahasa.
Mungkin sudah terpengaruh dengan kitab Adab (sejarah kesusasteraan arab) yang ditelaah baru-baru ini yang amat tinggi bahasanya. Dan dengan tinggi bahasanya itu, sudah tentu setiap perkataan yang ditulis sangat luas maknanya walaupun dengan perkataan ataupun ayat yang ringkas.
Ternyata ilmu sastera ataupun ilmu bahasa ini telah memberi stamina dakwah pada ramai ulama' haraki masa kini.

Jadi, dengan pengambilan berat penulis akan ilmu bahasa ini, mulai post selepas ini, penulis akan menukar kata ganti nama, daripada 'penulis' kepada 'saya'.
Penulis dapati kata ganti nama 'saya' lebih mendalam maknanya dan lebih sesuai untuk ditulis dalam blog-blog peribadi kerana lebih mudah bagi manusia untuk menjiwai.

Wallahu A'lam.
Terima kasih saya ucapkan atas tunjuk ajar yang diberikan saudara semua.

*p/s: kadang-kadang kita sibuk mengkaji dan mendengar sejarah negara-negara luar tertama palestin. Tapi pernah ke kita mengkaji sejarah sebenar tanah air kita? boleh harap ke buku silibus PMR dan SPM? hanya bertanya..

3 comments:

Unknown

haha.saya.kalau cakap banyakbanyak kali rasa lawak gak.takpe.selamat bersaya.

hoodsunny

dalami sejarah agar kita boleh mengulang kegemilangan islam dan menghalang dari mengulangi kejatuhannya.

cuma nk cari sumber sejarah mesia yg sahih tu la perlu jiddiyah dan pembacaan yg luas.

at last kembai pada seruan wahyu pertama`

*kene penangan laksamana sunan ke?

ibnkhair

(2fobia)
nta je kot yang rasa geli.
Insya Allah kalau digunakan sebaiknya dengan niat yang suci, takkan geli.

(2hudsani)
penangan?? ada lah juga sikit-sikit.
alhamdulillah hati sudah mula cenderung membaca dan mengkaji sejarah sebenar tanah air.

sebelum ni, sangat bosan membaca buku teks sekolah(sejarah) yang sgt sempit lagi tak adil..

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP