Thursday, 24 February 2011

Kewajipan Ambil Berat

Seperti biasa, beliau masuk ke kelas dengan bermuka bengis lalu berdiri tegak dihadapan.
Tanpa kata alu-aluan, beliau memulakan bicara berbentuk soalan. 

" Siapa yang dengar ucapan Ghaddafi semalam? "

Semua terdiam. hanya tiga orang yang mengangkat tangan. Itupun tidak diangkat tinggi sangat kerana kecuakan.

"Daripada 50 pelajar Fiqh Jihad, hanya tiga orang sahaja yang mendengarnya?!!"

Semua tergamam.

"!من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم"
(siapa yang tidak mengambil berat hal kaum muslimin, maka dia bukanlah dikalangan mereka)

Lantas beliau memarahi menegasi kami semua dengan menghuraikan panjang lebar hadith tersebut.

Setelah hampir satu jam kami ditegur dengan begitu tegas dan menyusuk hati, beliau membuat kesimpulan,

" Sekarang aku berfatwa, bahawa mengikuti berita semasa adalah fardhu 'ain ke atas kamu semua!"

Tegas beliau yang merupakan graduan Ph.D Universiti Al-Azhar dan juga bekas mufti tentera di Kuwait.
Dahinya kelihatan basah berpeluh meskipun cuaca masih sejuk.

Kelas kali ini, kami langsung tidak buka kitab Fiqh Jihad apatah lagi menyentuh ilmu-ilmu baru tentangnya.
Hanya dilumat dengan 1001 pengajaran dan teguran tepat dan pedas sekali.

+ + +

Sebelum beredar beliau sempat bergurau,
"Siapa yang dirumahnya ada buku aku?" (kalau tak silap kitab قواعد نظام الحكم في الإسلام )

Tiada yang angkat tangan.

"Memang la,, siapa yang dikenal pasti ada buku itu dirumahnya, akan dikenakan 2 tahun penjara. Hehe"


*[Kenangan indah di kelas Fiqh Jihad. Kuliah Syariah. 23/2/2011)

7 comments:

hafizquran

memang kena. ana mmg tak dengar ucapan gaddafi sblm tu, tapi ana baca kandungan ucapan dia..:)

Ibnu Roslan

"Memang la,, siapa yang dikenal pasti ada buku itu dirumahnya, akan dikenakan 2 tahun penjara. Hehe"

Pehh..memang membuatkan ana rasa nak beli buku tu. Tanya Dr tu, ada jual x? :D

Unknown

ada baca ke buku dia?

ibnkhair

hafizquran :
lgpun kalau dgr dia ckp x fhm sgt sbb kurang jelas :)

ibnuRoslan :
tak dijual di jordan ni.
dah kene banned.

akufobia :
takde syeikh. ada belek2 je masa dlm pejabat dia~

Saefullah

Mesti Shekikh Mahmoud ni kan?

Mr.F

sangat setuju. Inilah yang sering cuba saya sampaikan. Banyak isu, banyak cerita, yang orang tidak ambil tahu apatah lagi ambil peduli.

ibnkhair

aku_insan :
biddhob!

Mr.F :
sama2 ambil berat dgn bkn sekadar ambil tahu :)

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP