Monday, 22 March 2010

KLIBF'10 : Khalifah Dalam Kenangan.

1990, saya dilahirkan tanpa bapa di sisi. Beliau masih di UK, cekal menimba ilmu arkitek dan tarbiyyah disana.
Namun bila diceritakan semula pada saya hari ini, sedikitpun ia tidak mengguris hati saya.
Yang mengguris hati saya ialah, saya dilahirkan tiada bapa, tiada bapa ummah, Khalifah gelarannya.

Masha Allah...

Hari ini, menjadi pasti, generasi-generasi pasca kejatuhan khilafah kian melupai sejarah sendiri.
Bahkan tidak pernah terbayang dan percaya bahawa suatu hari nanti zaman kegemilangan kita akan kembali. Entah betapa ramai yang sudah 'selesa' dengan hakikat yang berlaku hari ini. Boleh saja hidup bahagia dengan kemewahan sedang Syeikh Ali Tantawi kata : kesedihan yang paling perit adalah tiadanya khilafah islamiah.

Cuba kita buat survey ringkas dengan rakan sekelas, berapa ramai yang tahu bahwa dakwah Sultan Abdul Hamid II, khalifah terakhir ummah dengan seruan pan-Islamism pernah sampai ke tanah melayu, tanah air kita, sampai disebut-sebut dalam khutbah jumaat?

 Sultan 'Abdul Hamid II (khalifah terakhir 1876-1909)
selepasnya ialah Sultan Mehmed V Resad yang ditabal sbg raja boneka

Bukan di Tanah Melayu saja, seruan Pan-Islamismnya turut sampai ke Jepun. Hinggakan Maharaja Jepun, Mutsuhito Meiji (1867-1912) menghantar jemputan kepada Sultan Abdul Hamid agar mengutuskan mubaligh Islam ke Jepun.

Masha Allah...

Alahai, mudah saja musuh kita menghilangkan sejarah agung dunia islam termasuk tanah air kita sendiri lantas kita selesa dengan dunia hari ini


~ ~ ~

Saya dapati, situasi 'selesa' sebegini hampir sama ketikamana Islam datang selepas zaman jahiliyyah dulu. kemungkinan lebih parah atau baik, saya tak pasti.
Yang pasti, adalah salah satu kisah yang amat mengejutkan saya, -
bila Islam muncul membebaskan hamba-hamba, di Rom contohnya,
dari pembesar hinggalah golongan bawahan, ramai yang tak dapat menerima pembaharuan itu. Malah, Para HAMBA itu sendiri tidak biasa bila dibebaskan. Kerana sudah sebati sejak lahir dengan dunia perhambaannya.
(ruj. salah faham terhadap islam; syeikh muhammad qutb)

Bila dikaitkan dengan hari ini, saya risau,
berbillion manusia lahir dalam keadaan tiada khilafah tapi tampak bahagia selesa saja.
Entah berapa peratus saja yang sedar perlunya khilafah. Jangan-jangan perkataan "khilafah" pun tak pernah didengari.
Lebih parah,
golongan  yang sudah sedar pula, saling bersengketa sesama sendiri. Fitnah memfitnah, saling menjatuhkan.

Lalu tinggal berapa peratus pula yang benar2 tabah dan istiqamah di atas jalan yang lurus?
Ayuh sahabat, saudara saudari semua, Ayuh bangkit semula.

"Jangan biarkan ayam jantan mengalahkan kejantanan dan kecerdasan pagi mu ! Mereka berkokok seawal pagi lagi sedang kamu masih dibuai mimpi " 
(mafhum dari kata-kata Imam Al-Ghazali rasanya, maaf lupa)
+ + + +

Kali pertama saya ke pesta buku / KLIBF hampir sedekad yang lalu, buku Batman yang dibeli. Langsung tak terbayang buku-buku lain seperti Asuh, jauh sekali raheeq makhtum. Yalah, budak kelahiran abad ke-20, jarang sekali nak dicari siapa yang punyai Rasulullah, Abu Bakar ,Uthman, Ali (radhiallahu'anhum) sebagai contoh sejati.

Kali kedua ke KLIBF pula adalah pada tahun ini, baru-baru ini. Tiba-tiba teringin nak singgahinya dek terasa inilah kali terakhir saya akan ke KLIBF sebelum membawa diri ke timur tengah bertahun-tahun lamanya.
Dapat lah juga memahami situasi dan tahap perkembangan budaya ilmu di tanah air sendiri. Ternyata jauh bedanya berbanding yang pertama kali saya pergi hampir sedekad lalu.

~ ~ ~
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pemilihan.
3 saja buku dibeli, maka di sini saya cadangkan dan berbesar hati jika dibeli juga oleh sahabat-sahabat saya lepasan STAM dan yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama tak lama lagi. Sangat membantu menaikkan izzah dan semangat kita untuk mendalami ilmu agama mulai hari ini mahupun di Al-Azhar tak lama lagi :D
  1. Atlas Ilmu nahu ( buku nahu ringkas dan tipis tambah berwarna warni :) sesuai utk menengah tinggi dan siswa siswi agama utk revise balik ilmu2 nahu yang dipelajari.
  2. Konsep Ijtihad dalam hukum syarak - oleh Al-Marhum Dr. Muhammad Sayyid Tantawi. Saya rasa ia sesuai utk bakal mahasiswa syariah islamiah bakal ulama' mujtahid. Supaya lebih bersedia memikul beban membina umat yang kian kehilangan pegangan.
  3. Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah - oleh Dr eaman Mohamed Abbas (hasil tesis Phd beliau) ha,, buku ini yang saya idamkan sejak form 2 dulu. Alhamdulillah dapat juga dibeli setelah bergaji sendiri. Jujur saya katakan, akhir-akhir ini sukar untuk saya lelapkan mata bila baca buku ini. Amat menyayat hati dan membakar semangat. Sehinggakan semalam terbawa-bawa dalam mimpi situasi genting bersama khalifah..
    Wallahu A'lam.
    Wassalamualaikum.

    13 comments:

    thaaqhib

    nak abca buku ketiga... datang sini..nak pinjam

    braderseremban

    amad sentisa bekerja =)

    FahmiAA~

    Salam, mad.
    Ana cop buku ketiga selepas thaaqhib..
    Jgn tetinggal pula.
    -FahmiAA

    Ammar Raji

    salam mad,
    baca buku smpai terbwk dlm mimpi ke?? hehe..

    Anonymous

    salam senang2 beritahu 3 buku tu dapat di kedai yang mana.maklumla byk sgt kedai bukunya.takut tak terjumpa.dan kemudian, harganya berapa.syukran.

    Unknown

    buku.ulat.

    ibnkhair

    [2ustthaaqib]
    insya Allah, itupun kalau ana ke sana dan juga tak lebih muatan.. :)

    [2braderseremban]
    bro, tentu sekali anda jauh lebih sibuk~

    [2fahmiAA]
    insya Allah. kalau diizinkan menjadi Azhari. :D
    eh, ana rasa kat mesir ada. yang asli punya. bahasa arab.

    [2ibnuahmad]
    wslm..camtu la kisahnya..hehe..~

    [2Anon]
    wslm. erm,,
    atlas ilmu nahu-pustaka darul salam tingkat bwh. hrga rm9

    konsep ijtihad- di Institut terjemahan negara(ITNM) tingkat 2 kot. harga sebenar rm20 rasenya. tp bile dah tawar menawar. dpt la murah skit.

    sltan abd hamid II dn kejatuhan khilafah- header boothnya tertulis 'telaga biru'.tp rupanya itu booth koperasi ISMA (masa saya pergi sana, tak tukar lagi header tu. harga setelah diskaun 10%=rm90.tp saya dpt diskaun jauh lebih murah(penjualnya kenal saya). pandai2lah 'cucuk' mereka :D

    [2akufobia]
    isk, taknak jadi ulat.. :)

    Abdullah Munir

    atlas nahu tu best...~

    Ahmad ibnu Khairuddin

    2munir
    ya..mmg best. belilah~utk student/ahli ekonomi pun sgt sesuai. :)
    boleh analisis ekonomi negara naungan khilafah islam dulu2..byk bahasa arab~

    kalau nak beli kt ana pun boleh,
    sbb ana ada 2.
    satu beli, satu lg ada org kasi hadiah.

    Anonymous

    tanye, atlas nahu tu ade gamba pokok2 dlm tu ya?

    Ahmad ibnu Khairuddin

    ya.

    Fitri Ezwan

    salam

    nak pinjam buku ketiga jugaaaaa =)

    Ahmad ibnu Khairuddin

    wslm.
    boleh je doktor.. ^_^

      © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP