Sunday, 14 March 2010

Syukur dan Syukran

Alhamdulillah.
Setelah berbulan menanti, hari ini,
salah satu stesen yang cukup besar bagi saya dan sahabat2 seperjuangan telah selamat direntasi.

Natijah yang ditakdirkan cukup menguji kami yang masih muda mudi bakal ulama' pewaris nabi ini.
Ada yang relax je seperti STAM ini tidak bermakna baginya, ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang puas dengan senyuman yang menghiasi.

Apa²pun, Yang pasti, natijah ini adalah yang terbaik Al-Adl Al-Qadir taqdirkan untuk kita, tidak ada yang tidak adil dan tiada juga yang tersilap walaupun sedikit.
Syukur . Alhamdulillah. Cabaran sekarang ialah hendak membuktikan kesyukuran ini. Ayuh mulakan~ :)

~ ~

Tahniah saya ucapkan buat semua sahabat seperjuangan saya yang bakal menjejaki bumi Anbiya' tak lama lagi.
Tahniah juga buat adik dan sahabat-sahabat saya yang baru sahaja mendapat keputusan SPM. Semoga kalian bijak memilih jalan seterusnya. Bukan ikut-ikut. Bukan terpengaruh dengan emosi negatif.

+ + +

Dengan setelus hati, Jutaan bahkan tak terhitung penghargaan saya ucapkan buat insan yang menjadi salah satu asbab kepada natijah STAM saya ;-
  • mak dan ayah saya, yang banyak memberi didikan dan sokongan moral mahupun material. Walaupun tidak pernah memaksa saya belajar sejak dahulu lagi, namun dari riak wajah manis mereka, sudah cukup membuatkan saya gerun untuk gagal. Yalah, siapa mahu mak ayah kecewa kan?
  • Para murabbi di Ipoh. Yang telah mendidik saya selama ini dengan didikan yang unik. Ada yang tidak jemu 'memaksa' saya untuk menghadiri kelas juga tabah mengejut saya dan sahabat² dari lena di atas meja. Ada juga yang sanggup ke rumah sewa kami malam2 demi menyampaikan ilmu, tanpa gaji tambahan.
  • Para murabbi terdahulu sampailah sekarang. Tanpa mereka, dengan Izin Allah tak terdidik saya serta sahabat semuanya. Tanpa mereka, jadilah kami golongan yang jahil tak mengerti Alif baa taa, ABC, mahupun ilmu dakwah dan tarbiyah.
  • Sahabat-Sahabat. Serius saya katakan, saya lebih banyak berkongsi masalah dan idea dengan sahabat berbanding orang lain. Saya rasa, anda juga begini dan mungkin beginilah sunnah satu dunia. Mungkin ia terjadi sebab sahabat kita sentiasa di sisi dan sgt faqih dengan perwatakan diri. Bagi saya, Allah 'hantar' sahabat2 buat saya ini bukan sahaja utk seronok bergelak ketawa, tetapi jauh lebih penting dari itu.
  • Adik beradik. Dari Suhaib Hinggalah Hanaa. Semuanya membantu secara tak langsung. terutama abang dan akak2 saya yang banyak bagi motivasi :)
  • makcik pakcik/Saudara mara/kerabat ( Serumpun DK dan Qabilah Tahir). Yang banyak memberi sokongan moral pada saya. Turut tak bosan meletakkan harapan menggunung tinggi lalu Secara automatic menjadikan saya lebih bertanggungjawab.
  • Juga khusus buat sepupu rapat saya, Ust Syamil a.k.a Tame. Beliau banyak mengajar saya erti kehidupan sejak saya tingkatan 1 lagi. Dari membuang 'homesick' saya hinggalah idea 'dakwah keluarga' yang pernah beliau cetuskan untuk dilaksanakan. Semuanya amat berharga! . Sempat juga beliau mengajar saya ilmu nahu tanpa melihat buku langsung. Dari situ saya nampak, betapa pentingnya kita berpegang teguh pada ilmu. Bukan exam-oriented.
  • Senior-senior. Yang dulu-dulu pernah membantai saya sampai lebam. Yang pernah menge-pau stok saya.Yang dulu-dulu pernah menolong saya perihal asrama. Yang banyak menceriakan hidup saya dek karenah yang mencuit hati. :) Semuanya banyak membina diri saya pada hari ini. Alhamdulillah saya bersyukur punyai senior seperti kalian.
  • Junior-junior. Jujur saya katakan, kewujudan kalian membuatkan saya dan senior2 lain lebih matang. Tanpa kalian(dengan Izin Allah), boleh jadi kami kekal manja kerana sentiasa terasa seperti 'anak bongsu'.
  • Anda semua yang sedang membaca. Ya, anda. Mungkin anda selalu mendoakan saya tapi tidak saya ketahui. Mungkin juga anda pernah memberi sokongan moral dan material pada saya tapi tak saya sedari. Maafkan la saya ya. Allah sahaja yang bisa Balas sepenuhnya.
  • Maaf kalau ada tertinggal. tolong beritahu ya kalau ada.

Saya akui, saya lemah. Seringkali gagal menunaikan hak dan amanah pada kalian.
Hanya Allah yang berkuasa membalas jasa baik kalian. Insya Allah.
Jazakumullah khairan kathiran. Shukran jazilan..

+ + + +

Oh ya,
kelmarin, sejurus selepas melihat keputusan STAM, gembira di hati berganda-ganda dengan berita kelahiran anak buah ketiga saya. (saya seorang tahu lewat dek kerana handphone yang mati seharian)

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar !


burika laki fi mauhub wa syakaratil wahib wa birruhu ala syiddatihi

    Tahniah buat Uswah dan abang ipar, Zayd atas kelahiran cahaya mata kurniaan Ilahi ini.
    Dengan muka ala-ala jepun(keturunan Zayd), semoga beliau dapat mencontohi semangat bangsa jepun yang segera membangun maju dari kejatuhan dahsyat.

    7 comments:

    Mohd Saif Jamaluddin

    jom mai la ke sini....

    Thaaqhib Mohammed

    minat pasal senior dan lebam2..

    jangan lupe juge...senior2 studio tepi maahad..~

    siapalah kami

    Ahmad ibnu Khairuddin

    2Dr.saif-
    hehe,insya Allah suatu hari nanti.. doakan yang terbaik utk ana..

    2ust Thaaqhib-
    yang jamming malam2 bute tu ek?
    tak tau plak ust thaaqib join sekali jamming tu.. :)

    "siapalah kami"
    erm,,ayat macam sedih :D
    tp jgn risaulah, ana akan tetap igt jasa senior2 satu per satu. insya Allah.

    p/s:rindu kelas tusyen 'Fetya' :)

    Unknown

    tahniah berganda untuk kegembiraan berganda.double prosperity.

    Mr.F

    Tahniah, subhanallah, semoga sentiasa di rahmati Yang Maha Pengasih.

    thaaqhib

    pembetulan. saya tiada di sana. tapi hati kami sentiasa bersama.

    mereka juga turut sama membesarkan kamu

    ibnkhair

    2fobia-
    jazakallah... moga lebih berganda2 lagi.

    2Mr.F-
    insya Allah.ameen ya rabb..shukran Mr.F

    2ustthaaqib-
    ic...
    insyaAllah saya akan terus igt jasa mrk.
    baru semalam calling2 ngn slh seorang anggotanya~ :D

      © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP