Antara Realiti dan Fantasi, saya fahami..
Belumpun sempat penulis berkongsi dengan saudara semua tentang pengembaraan penulis di Indonesia, Ar-Razzaq telah memberi rezeki lagi kepada penulis untuk meneruskan pengembaraan nun jauh di perantauan sana. Subhanallah.Alhamdulillah.
Bukan lagi di nusantara mahupun sekelilingnya. Tapi kali ini penulis mengembara jauh ke tempat mulia yang sekarang ini mata-mata seluruh dunia tak habis-habis menumpukannya.Tak lain tak bukan, Gaza,Palestin.
Nah, penulis sendiri tak sangka dapat ke sana beberapa hari yang lepas sejurus selepas pulang dari Indonesia.
Mungkin atas kesemangatan dan keinginan yang meluap-luap dalam hati penulis untuk pergi ke sana, akhirnya Ar-Qadir mentakdirkan penulis untuk hadir ke sana.
Bukan lagi hanya melihat-lihat mereka dari kaca TV,Akhbar, internet dan sebagainya yang penuh dengan penyelewengan dari sang kufur.
Dengan tidak semena-menanya, penulis termasuk dalam situasi yang sangat bahaya, iaitu pertempuran antara HAMAS dan Israel si durjana. Nasib baik penulis dibekalkan satu sniper yang kali ini bukan lagi sniper mainan mahupun sniper-sniper seperti dalam game CS itu.
Penulis sendiri awalnya sangat gementar saat si durjana Israel bertubi-tubi melepaskan pelurunya ke arah penulis dan HAMAS.
Memang penulis sangat-sangat teramat kagum melihatkan strategi HAMAS dalam mengatur dan mengelak serangan. Satu peluru pun dari si durjana itu tidak mengenai sasaran.
Memang penulis juga sangat taajub bila melihat dengan mata kepala sendiri kerjasama yang diberikan oleh setiap tentera-tentera HAMAS. Ternyata itulah hasil Iman yang teguh dan ukhuwwah yang mereka paparkan secara realistik. Bukan teori semata tatkala halaqah mahupun daurah.
Namun penulis sangat-sangat sedih bila mendapati si pengecut Israel itu lebih fokus menyerang penduduk-penduduh awam. Hanya Al-Qahhar sahaja yang tahu perasaan penulis tika itu melihatkan si anak kecil terkapai-kapai meminta bantuan. Si ibu menangis teresak-esak, mungkin kehilangan keluarga tercinta.
Ada satu perkara juga yang menarik hati penulis. Dalam keadaan yang sengit itu,
Kaum Hawa juga terus memainkan peranan. Mereka tidak hanya duduk diam sambil memerhati pejuang-pejuang kaum Adam berjuang melawan Si durjana itu,
Mereka terus mentarbiyyah anak-anak kecil di masjid. Sempat juga penulis mendengar tazkirah seorang ibu Palestin pada Anak-anak kecil, bakal syahid.
Hakikatnya banyak lagi yang penulis perhatikan di sana. Malangnya sudah banyak terlupa.
Ini lah mimpi. Tak ramai yang boleh menceritakan penuh mimpinya semalaman.
Tapi yang pentingnya, penulis buat pertama kalinya merasai suatu yang sangat luar biasa gembira. Iaitu saat kemenangan tentera Islam ke atas durjana Israel itu. Memang suasana kemenangan HAMAS saat itu sukar digambarkan. Umat islam di palestin ketika itu mula menarik nafas lega dan bersyukur pada Assyakur sambil bersorakan dengan kalimah-kalimah suci Allahuakbar. Senyuman-senyuman manis terpapar di wajah-wajah mereka sedang yang lain ada juga yang menitiskan air mata tanda gembira dengan Janji Allah yang benar !
Subhanallah.
++++++++++++
Saudara,
Ternyata apa yang penulis alami dan perhati walaupun hanya mimpi, penuh dengan pengajaran yang sangat-sangat berharga
1) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hakikatnya, kita tidak dapat merasai apa yang dirasakan saudara kita di sana selagi mana kita sendiri tidak di sana. Penulis yang telah pergi ke sana dalam alam mimpi yang konon-kononnya sudah merasai apa yang mereka rasa pun tidak dapat merasainya sebenar-benarnya.
Memang benar kejadian-kejadian seperti ini pernah berlaku zaman awal dakwah Rasulullah dahulu. Dan Akhirnya Allah beri kemenangan luar biasa kepada baginda dan para sahabat.
Terus terang penulis katakan, mereka yang masih tidak yakin dengan kemenangan ini, jangan harap mahukan ganjaran besar dari Allah S.W.T. setuju?
Kerana keyakinan yang tinggi banyak mendorong kita untuk terus beramal dengan bersungguh-sungguh tanpa tersilau dengan sinaran-sinaran gangguan dan habuan-habuan lumayan yang menipu.
3) saudara lebih mengetahui. kongsilah bersama penulis...
0 comments:
Post a Comment