Tuesday, 27 May 2008

Selamat Hari Ibu..

oh, Mei 2008 !
tersedar sudah genap 18 tahun menjadi anak.


Berbelas tahun mencari hakikat,
Mencari kasih sayang daripada insan yang bergelar mama,
belaian lembut tambah manja dari mama,
Keperihatinan dari mama,
Peliharaan & jagaan penuh dari mama,

Nah, tersedar apa yang di cari selama ini,
Ar-Rahim, Yang Maha Penyayang,
Al-Lathif, Yang Maha Lemah Lembut,
Al-Khabir, Yang Maha Berwaspada,
Al-Hafidz, Yang Maha Memelihara.
Inilah Hakikatnya...

"Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan (dari tidak ada kepada ada) dan yang Merupakan (membentuk rupa dengan indah), bagiNya nama-nama yang terbaik. Tasbih kepadaNya apa-apa yang di langit dan di bumi, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(al-Hasyr : 24)

Monday, 26 May 2008

Inilah Islam !

Ya Rahman, ya Quddus, ya Malik..
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. " ( al-Fatihah : 6-7)

Subhanallah, alhamdulillah, La ilaha illallah
"sesungguhnya lafaz subhanallah, alhamdulillah, La ilaha illallah wallahu akbar bisa menggugurkan kesalahan-kesalahan, sebagai mana pohon yang menggugurkan daunnya.( Riwayat Ahmad)

Subhanallah,
alhamdulillah iman kita yang teramat mencabar untuk dijaga, terjaga dalam musim cuti sekolah yang ramai tewas dan menyerah diri dengannya. Tak cukup dengan tembakan jet pejuang, nah, terkena kita dengan sistem sekular yang 'mereka' susun kemas. Strategi 'mereka' berjaya. Lihat, bila cuti sekolah, terhentilah pelajar dari belajar ataupun menjalankan tugas sebagai hamba Dia.

+++++++++++++++++++

Ops,
S
ebut saja sekolah, ter'minat' penulis untuk menulis akan beberapa hal berkaitan isu² kecil di sekolah penulis. Bahkan memang berlaku di serata dunia.
Isu apa? lihat saja di shoutbox,
faham sendirikan?

Bukan apa, cuma mahu menjelaskan kepada mereka yang mahu memahamkan.Supaya sama
² dapat berjalan di atas jalan yang lurus.

Sebelum itu, terima kasih penulis ucapkan pada kedua² pihak yang saling berhujah di shoutbox blog ini. Baik yang berniat hendak menasihat dan apa jua lagi niat yang tersimpan.

Cumanya, pesan penulis : pastikan tidak membuat fitnah tak berasas dan tidak berkata
² ikut nafsu.
"dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan" (al-Baqarah : 191 )

"Tiga perkara yang merosak : Kikir yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ketaajuban seseorang terhadap pendapatnya" (diriwayatkan at-Tabrani)

Jujurnya, tersenyum lebar dan mungkin ketawa kecil
pertama kali penulis melihatnya.
Semacam besar sangat isunya. Semacam rumit penyelesaiannya. Semacam kalah isu palestin..

Penulis dan sahabat-sahabat penulis berpendapat mungkin isu kecil ni ditimbulkan oleh golongan bukan sejantina penulis, menurut laporan dan kajian.
Kaum adam jangan pula ambil ringan & lepas tangan, ada juga yang tersilap langkah.

Hakikatnya mudah saja.
Rujuk pada contoh yang real lagi praktikal. Apa lagi kalau tidak Sirah Rasulullah S.A.W.
Al-Quran memang awa
² lagi dah tak terkalahkan..

Lihat !
Pendapat Saidina Umar al-Khattab sering kali berlainan dengan Abu Bakar dan Rasulullah S.A.W.
Apa Umar buat?
Mudah saja. Beliau jumpa Rasulullah dan berbincang. Akhirnya terima dengan tulus hati dan saling berlapang dada.
Kan Mudah.

Tidak seperti manusia yang tidak jelas matlamatnya : berkata
² belakang, fitnah tak berasas, dan sebagainya.Akhirnya timbul permusuhan sesama muslim/ah .
Kan lagi susah tambah rumit kalau begini. Di mana kekuatan Islam ketika ini?


+++++++++++++++++++

Konklusinya, beberapa pesanan praktikal penulis sebagai seorang muslim kepada saudara/i :

1) Sekiranya tindakan yang dilakukan oleh seseorang muslim yang lain, bercanggah dengan apa yang kita faham, Bincanglah dengan hikmah. Kerana mungkin kita tak mengetahui atau tak memahami hal sebenar yang sedang berlaku yang membuatkan seseorang itu bertindak sedemikian.

2) Sekiranya berlaku sebarang ketidakfahaman / ketidakpuashatian, rujuk mas'ul (ketua) masing-masing. Yang bukan jantina lelaki sila rujuk mas'ulah yang dipertanggungjawabkan. dan sebaliknya.

3)Jangan buruk sangka & bertindak melulu.Ini bukan akhlaq seorang muslim/ah.
Kesannya akan menimbulkan perkara yang tak diingini seperti mengumpat, fitnah dan sebagainya.Ingat Pesan
² Nabi S.A.W dan amaran² Allah S.W.T kepada orang yang melakukan sedemikian rupa.

4) Jangan jadi pengecut. Tegurlah seseorang dengan hikmah. Zahirkan diri sebenar, supaya orang yang ditegur dapat memahami kehendak penegur itu. Boleh saja melalui email, handphone, YM, meeting, surat, jumpa secara personal . dan lain
² yang tak melanggar hukum syara'.

5) Yang ditegur pula jangan sombong. " tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan meskipun seberat dzarrah" (Diriwayatkan Muslim)

ha, praktikkanlah


Inilah Islam..!
" Dan, Dia memberi balasan kepada orang-orang ynag berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga), iaitu orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji selain dari kesalahan-kesalahan kecil." (An-Najm : 31-32)

Wednesday, 12 March 2008

saudara, fahamkanlah !


Jangankan mendengar dan melayan, mati pun dia sanggup. Itulah dia manusia.
Baik lelaki mahupun wanita,apabila kononnya kekasih tercinta menasihat atau menyuruh, akan turuti juga dengan tuntutannya.

Jujurnya, penulis juga begitu.
Mustahil manusia yang cinta dan beriman pada Dia, tak turutinya

"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah ; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." (Ali-'Imraan : 13)

+++++++++++++++++++++

Kali ini, penulis telah berkesempatan berjalan menziarahi baitullah qiblatnya manusia zaman ini.
Bukan Mekah. Tapi Amerika Syarikat dan sekutunya, bonekanya Illuminati, Freemason dan lain² yang semua tahu.

Melihatkan NASA, Microsoft, sistem satelitnya, pangkalan tenteranya,senjata modennya, sekuriti negaranya, pasti manusia biasa teruja.
Memang negara mereka pesat membangun.Segala kelengkapan dan teknologi canggih dipelopori mereka. Dengan itu juga antara asbab mereka dapat menguasai dunia.
Memang dunia ini seperti mereka yang punya.

Tapi semua itu hanyalah kemajuan&kekuatan fizikal. Langsung dua kekuatan asas yang terpenting ( aqidah&iman dan Ukhuwwah ) mereka tiada bahkan amat bencikan dua perkara itu.

Hasilnya, ternyata mereka seperti binatang lapar tambah tembolok yang melombong-lombong lantas membaham saudara-saudara kita sambil masyarakatnya sibuk melayan nafsu, berjalan mengangkat dagu, tambah ribuan mati bunuh diri, entah apa yang mereka mahu.

Tak layak agama kita dipermainkan sebegitu.
Itulah mereka.

++++++++++++++++++++++

Ini pula orang Malaysia..
Tsunami pilihanraya baru saja melabur tirainya. Bermacam-macam karenah masyarakat Malaysia.
Dari pasar sesak hingga ke ketenangan surau, tak habis-habis membincangkan hal politik&pilihanraya.

Sebenarnya hati penulis ini kasihan melihat orang-orang di Malaysia ini. Ada yang semangat² berkempen, ada semangat berhujah, semangat mengata-ngata orang dan lain²
Memang ada baiknya juga masyarakat pergi mengundi,berkempen sana-sini. sekurang-kurangnya dapat mengurangkan ego pemimpin negara dan insya Allah dapat mengurangkah maksiat.

Cumanya, kasihan bila lihat peribadi² yang kerja bermusim.
(Bak kata sahabat penulis : ''ikhwah pilihanraya'', gelarannya) Tiba-tiba waktu itulah mereka ini muncul aktif berkempen, mengajak manusia ke jalan kebenaran dakwanya.
Tapi tiba-tiba juga mereka menghilang ke dunia masing-masing selepas musim itu.
Ada juga yang tak jaga mulutnya, berkutuk-kutukan sampai ada yang mencarut, depan mata penulis sendiri.
Ramainya manusia mengundi bukan kerana Islam.Tapi kerana kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya yang berbentuk material.

Jelas lagi terbukti, ini bukan jalannya. Bukan seperti yang penulis belajar dan fahami selama ini.

Strategi Rasulullah S.A.W dalam proses revolusi Islam, mulanya dengan bina kekuatan. Baginda menolak tawaran menjadi pemimpin negara ketika zaman awal di Makkah tapi
fokus pada
pembinaan peribadi muslim.Seterusnya membentuk Keluarga Muslim. Kemudian Masyarakat Muslim.Kemudiannya Negara Islam, wujudnya empayar Islam, Khilafah Islamiah.
Tiada satu tamadun pun yang lebih hebat daripadanya.

Akhirnya Islamlah yang berkuasa penuh atas muka bumi ini.


Ketika itulah manusia tunduk pada hukum² Islam.Kembali pada Allah S.A.W.

Ketika itu jugalah masyarakat Islam dapat hidup aman damai terbela di bawah sistem Khilafah dengan izin Allah S.W.T.


Ini yang selayaknya..!

Thursday, 28 February 2008

Allah matlamat kami !

Berjuang, berlari mencapai matlamat,
penulis berlari mengejar top ten.
Tapi matlamat top ten musnah kesan 5 orang mendahului penulis di garisan penamat sekaligus tempat ke-15 menjadi sandangan di sukan merentas desa. Kecewa.Duka.Tambah ini tahun terakhir.


Berjuang lagi,
saat mendebarkan, penulis diarah ketua pasukan mengambil penalty kick dalam perlawanan akhir sukan bola sepak.

Malang sekali, bola terkena palang tiang gol sekaligus mengembirakan pasukan lawan. Hampa.malu.sedih.macam² rasa. Mana² kaki bola bahkan David Beckham, Messi, Ronaldinho, Ibrahimovic sendiri akan faham perasaan ini tatkala miss penalty lagi-lagi dalam perlawanan akhir. Satu keadaan yang tak terungkap oleh kata-kata.

Oh, maaf penulis ucapkan,
sangat remeh..!

++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk penulis, juga untuk semua,

Berjuang untuk rumah sukan?
Dengan skrip Ikrar yang berapi-api. Dengan Tema yang berbunga-bunga,
Dengan laungan
"Allahu Akbar !"
"sukan kerana Allah!"
dan bermacam lagi laungan dan sorakan yang semua tahu bahkan pernah juga terlibat.
Malang sekali kalau hanya dari mulut,tidak dari hatinya.

Apa yang dapat?
Penat.Letih.Gembira.Duka.Sakit.

Maha suci Allah.
Ya Rahman ya Rahim ya Qahhar ya 'Aziz
"Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah aku hati yang sejahtera."- Doa Nabi S.A.W -

Teringat lagi penulis akan kisah Qotzman tatkala berperang (pada zaman Rasulullah S.A.W).
Perang Uhud kalau tak silap.
baca ini : Pahlawan Neraka! <-boleh klik

Apa lagi yang kamu cari selain Allah?

Saturday, 9 February 2008

Siapa kita mahu leka?


Akhir-akhir ini, hati muda penulis ini terasa sesuatu. Sebenarnya bukan baru saja rasa.
Tapi kali ini rasanya lebih sedikit dari yang sebelum.

Rasa apa? sabar sebentar.Penulis mahu kongsikan beberapa kisah.
Tak jauh,tak besar,tak susah nak faham,
hanya di sekitar kehidupan penulis di Malaysia yang kerdil di mata dunia saja.Macam kamu juga.

Akhir-akhir ini, penulis minta cuti pulang ke rumah.
Tak seperti biasa.Sudah naik bas ke klang baru teringat.
Hanya RM10 dalam saku dan kurang RM50 dalam bank tapi tambang bas sahaja >RM30.
Tak mungkin penulis boleh keluarkan wang dari ATM klang.Tak pernah pun keluarkan dari sana dengan jumlah gandaan RM10 bahkan memang tidak boleh.(berdasarkan notis yang tertera jelas pada mesin itu).

Nah, mula bersalah.
Ketika rumit itulah sebok berzikir beristighfar sambil berdoa sungguh-sungguh pada Dia. Subhanallah, setelah dicuba juga, pertama kalinya mesin itu dapat mengeluarkan jumlah gandaan rm10.
Lantas membeli tiket langsung bergerak ke JB dengan mudah.

++++++++++++++++++++++++

Semalam penulis ke luar negara.Ke salah satu tempat daripada hamba-hamba Amerika Syarikat.
Tak jauh dari sini,Singapura saja.

Dengan taqdir yang Allah izinkan, penulis berpeluang bertemu dan berbual lebar dengan salah seorang rakyat jatinya.
Dengan berpakaian kemas,lengkap dengan kot,tali leher,minyak rambut dengan gayanya,percakapannya berloghat singapura yang teratur lagi
skema,
dengan spontan penulis menafsirkan ini adalah Orang Kaya.

Penulis cuba memecah suasana sia-sia dengan taaruf.

Sampai satu masa,penulis pertanya : " Pakcik kerja apa?"
Oh, memang betul apa tekaan penulis.Memang hartawan singapura.Seorang bisnesman berjaya. Tak disangka,riak mukanya berubah sambil berkongsi sesuatu dengan penulis dengan bahasa melayu bergaya bahasa singapuranya(baku)

"Saya seorang bisnesman sejak 3 tahun yang lalu.Pada awalnya perniagaan saya baik sekali.Untung bertambah-tambah dengan tambahnya cawangan syarikat saya.Ketika itu saya hanya fikirkan wang.Solat hanya perbuatan tapi fikiran saya hanya wang.Tidak prihatin mendidik anak dan sebagainya.Akhirnya saya mula rasa kosong. Lantas perniagaan saya menjunam jatuh!"

Pakcik itu memang bersungguh-sungguh cuba kongsikan sesuatu dengan penulis.
"Alhamdulillah saya ,dengan izin Allah saya dapat bertemu dengan seorang sahabat yang berilmu dan dari masa itu,saya mula jelas tujuan hidup saya.Dan akhirnya saya kembali ke jalan yang lurus.Saya menangis-menangis pada Allah.....
Alhamdulillah selepas itu perniagaan saya bagus.Sekarang saya mempunyai beberapa buah cawangan di singapura ini" ringkasnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++

Saudara,
Itu kisah lebar.Tentu sekali ada yang tidak membaca kerana kepanjangannya lagi membosankan.

dah lupa pesanan ini? : "bacalah dengan nama TuhanMu yang Menciptakan"
"bacalah dengan mata hati"


Nah, ini penulis kongsikan lagi kisah-kisah serba ringkas lagi benar yang berlaku di depan mata kepala penulis sendiri.


~~~~~~~~~~

Kawan baik penulis kehilangan selipar asadi kesayangannya yang boleh digunakan dalam banyak
perkara.Tiba-tiba seliparnya itu hilang entah ke mana.
Agak tertekan juga sebenarnya kerna waktu itu masanya untuk pulang ke rumah,tapi seliparnya tak ketemui.

Berkat kesungguhan doanya dan dengan Kuasa Allah,sampai saja di rumah,
Subhanallah tersergam selipar kesayangannya di ruang hadapan rumah banglonya.
~~~~~~~~~~

Sahabat baik penulis lagi, Safra' rumah sukannya.Pemain bola sepak dalam sukan tahunan.
Tak disangka-sangka sehari sebelum sukan, kakinya terseliuh teruk lagi bengkak (bak kata budak hira' : macam kaki doremon).
Sejak itu,tak habis-habis berdoa setiap masa.Malam harinya,tak jemu-jemu bertahajjud sambil berdoa supaya disembuhkan kakinya.
Nah, paginya selepas subuh. Dengan Kuasa Allah,Kaki yang biasanya mengambil masa sebulan untuk pulih dengan tak disangka menjadi baik. Beliau terus beraksi dalam sukan bola sepak sekaligus memenangkan safra' mencapai no. 1 bola sepak.
~~~~~~~~~~

Beberapa sahabat penulis terlibat dalam kemalangan jalan raya yang serius lewat tahun lepas. Kalaulah kamu semua melihat keadaan kereta mercedes yang dinaiki mereka tentu sekali spontan menafsirkan penumpangnya maut! Mana tidaknya,bagai diperah sesuka hati.
Tapi,lain jadinya.
Subhanallah,semua sahabat penulis itu adalah Penjaga Al-Quran.
Berkat doa yang sungguh-sungguh dan dengan Kuasa Allah,bukan sekadar terselamat mudah begitu sahaja,sahabat baik saya yang duduk bahagian hadapan yang tidak mengenakan tali pinggang keledar pon terselamat tanpa cedera apa-apa.
~~~~~~~~~~

Esoknya periksa besar,tapi malamnya senior saya sibuk berbincang dengan sahabatnya hal-hal dakwah. Paginya sebelum memasuki dewan, sempat menjawab beberapa soalan pilihan. Subhanallah,dengan Kekuasaan Allah apa yang ditanyakan dalam peperiksaan sama yang dijawabnya sebelum itu.
~~~~~~~~~~~

Sahabat penulis malamnya sibuk dengan perkara-perkara dakwah. Pagi esoknya,
bagai air bah menerjang!
bertalu-talu tugasan yang dipertanggungjawabkan atasnya mulai ingat kembali sedang tidak bersedia satu apa pun untuk membentangnya pada semua pelajar.
Memang banyak, Kimia,PQS,ULBS dan entah apa lagi yang penulis lupa.
"Bismillah.........Ameen." ~belek sikit buku,ditambah nota kertas majung yang dipinjam dari kelas sebelah,, Subhanallah dengan izin Allah,Kuasa Allah, perbentangannya jelas dapat difahami semua.

~~~~~~~~~~


Saudara,
Biarpun ringkas,biarpun hal kecil lagi mudah bagai cereka-cereka sang menengah rendah,,
Apa yang kamu rasa?
Tak rasa sesuatu?
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan :
"Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Al-An`aam:17)


Nah !

"Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu?"
(al-Baqarah:106)


Wallahu A'lam

Saturday, 19 January 2008

Jiwa kuat,Roh selamat.

Perasaan ini tak terkalahkan oleh mana-mana perasaan yang lain.
Ceria gembira diadun panas mentari satu januari membakar hati penulis.
Ditambah pertemuan semula dengan orang-orang 'tua' penuh pengalaman di medan hira',
buat hati penulis sungguh-sungguh syukur atas ni'mat ikatan sesama mereka.
Lagi tersenyum lebar, melihat sahabat,adik-adik,abang-abang,guru kembali ke sekolah,
macam-macam ragam & gaya baru ditambah guru-guru baru berbondong-bondong masuk.


Tapi,perasaan itu sebentar sahaja.
Tiba-tiba seorang pakcik menyapa.bukan pakcik biasa.
Bukan sekadar top student MRSM satu ketika dahulu,bukan sekadar lepasan united kingdom bidang kedoktoran,bukan sekadar sudah mengembara satu dunia,tapi jasad dan rohaninya tertanam satu keazaman agung.Riak wajahnya tampak tenang tanda cahaya iman.

Doktor gelaran biasanya.Wakil Aman Palestin.
Alhamdulillah se'pemikiran' dengan penulis.
Tidak kaku dibuatnya,bahkan selesa saja tanpa gangguan.


Setelah lama berborak sambil berta'aruf, masuk isu dunia.

Segan penulis kerna amat besar bezanya ilmu penulis nak dibandingkan dengannya.
Bukan itu saja,isu-isu dunia yang tak pernah penulis dengar diceritakannya.

Memang patut terkejut..
mana tidaknya,katanya ramai saudara kita diseksa setiap hari di Iraq.bahkan hari ini saja,berpuluh syahid.puratanya berpuluhan saudara kita mati dibunuh setiap hari.
Belum campur yang diseksa tapi masih hidup,sampaikan kulit muka disiat dari bawah hingga ke atas.
Hinggakan ada sesetengah perkara lebih dahsyat dari yang berlaku di Palestin.


Doktor itu menayangkan rasa kurang senang hati.
katanya nak minta pertolongan dari rakyat Malaysia susah sikit berkaitan isu ini.


Bukan apa,
"Kalau isu palestin,agak mudah.Isu ini jelas.jelas juga siapa musuhnya.Rakyat Malaysia pun ramai sedia maklum al-Aqsa.Banyak sentimen yang boleh dikaitkan seperti holy land,qiblat pertama,Sejarah-sejarah hebat di situ tempatnya.

Tapi kalau isu Iraq?
Musuhnya tidak jelas.dengan tali barutnya,syiahnya.
kalau nak diterangkan,ramai tidak faham.
Camna kita nak dedahkan isu ini untuk kutip pertolongan dari rakyat Malaysia?"
Doktor itu meluahkan rasa hati.Tambahnya lagi,ramai rakyat malaysia tidak dapat berita ini.

memang benar lagi tepat,
Dengan masalah-masalah manusia,masyarakat, dunia yang amat rumit.
keadaan sekarang sepatutnya buat muslimin tidak leka.
Perlukan jiwa-jiwa yang kuat untuk selesaikan masalah ini.

"Tidak mungkin orang yang berjiwa lemah mampu menyelesaikan masalah-masalah rumit masyarakat dunia ini!"
-Al-Ustaz Syeikh Mustafa Masyhur-
(Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin ke-5)

Wallahu a'lam.
kuatkan jiwa kita~

Saturday, 22 December 2007

Tadabbur Seerah Agung





فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَر
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah"
(al-Kautsar:2)

Tuesday, 18 December 2007

Korbanlah duniamu...

Aroma harum embun-embun fajar Zulhijjah tercium puas oleh saya.
Tambah bahagia pagi itu,tubuh lebih segar bugar hasil senaman berat semalaman.

Sambil melangkah kemas ke tempat pengabdian,
Tercabar tambah pilu , melihat nyonya-nyonya keluar lebih awal dari saya.Tapi mereka tidak solat.Hanya bersenam,menyihatkan jasad.Menghiraukan roh.

Tambah guris campur hangit pagi sejuk itu,
muka sama sahaja di sana,tambah semuanya sudah tua memakan usia.Hanya menunggu masa meninggalkan dunia sepenuhnya.Pemuda lain entah ke mana kalau bukan nyenyak dihibur permainan laknatullah.
"Oh,biasalah tu, masih awal lagi era perubahan di Malaysia."Saya cuba menenangkan hati.

Bukan mudah nak korbankan nafsu.Lagi-lagi pemuda zaman sekarang.Senjata rahsia kebangkitan.
Angkara kafir dan syaitan durjana,tersekat pemikiran mereka dengan belenggu-belenggu jahat.Hanya sampai alam sementara,tidak sampai ke alam kekal.Hendak bekorban apatah lagi.Bukan kata mimpi,terbayang pun tidak.Kamu,,saya rasa bukan begini,agaknya~

+++++++++++++++++++++

Oh,Sebut korban,Sebut Zulhijjah,
Teringat saya akan sejarah.
Bukan sejarah Malaysia.Bukan sejarah Hira'.Tapi sejarah penuh pengajaran,penuh kebenaran.
Sejarah pengorbanan Keluarga Ibrahim,Nabi Allah s.w.t,kisahnya.
Sejarawan tidak ragu-ragu menobatkan kisah itu sebagai kisah pengorbanan yang terbesar sepanjang zaman yang tercipta oleh seorang manusia normal.

Mengapa??

Oh,Kalau ikut aqal waras manusia normal,
Ayah mana yang tidak pilu meninggalkan anak tunggal kala bayi.
Ya,bukan satu daripada tiga atau empat atau selebihnya.Tapi satu daripada satu.Anak tunggal...

Ayah mana sanggup mengorbankan nyawa anaknya,apatah lagi dengan cara sembelih,
bersedia melihat si anak akan merana sambil lehernya berpancutan darah,tambah meronta kesakitan.

Ayah mana sanggup melihat si anak muda belum baligh disembelih begitu sahaja, tambah baru sehari dua bersua muka sedang belum puas dimanja-manjakan..

Kanak-kanak mana tidak tersentuh hatinya bila mengetahui ayahnya meninggalkannya kala bayi bersama ibu, berlarian kehausan mencari air.
Bukan di tengah kesesakan Kuala Lumpur,bukan di tengah kota Shah Alam.
Tapi ditinggalkan di tengah ketandusan padang pasir .Panas.Kering.Tiada sumber air.

Kanak-kanak mana zaman ini yang tidak menangis,tidak pilu,tidak sedih, tidak membantah,pabila mendengar kata-kata seorang bapa yang telah meninggalkannya bertahun lamanya
“Duhai anak, aku melihat di dalam mimpiku, bahawa aku ini diminta Tuhanku menyembelihmu, duhai anak, katakanlah, apa pandanganmu "

oh,sungguh besar pengorbanan mereka.
Belumpun mendengar kisah hajar saat ditinggalkan kekasih tercinta,sudah cair hati ini mendengar kisah Nabi Ibrahim itu,suaminya Siti Hajar.

Bukan Ta'sub apatah lagi memuja,
tapi ta'jub mengenangkan detik-detik genting mereka itu.
Mata hatinya tidak lagi nampak dunia yang penuh menipu.
Keindahan dunia ditundukkan dengan keindahan akhirat.
Benar, sudah jelas matlamatnya.

Keyakinannya pada al-Muhyi al-Mumiit mencapai titik maksimum,

sungguhpun belum pernah melihatNya dengan mata kepala.


Amat berserah segalanya pada al-Muqtadir.
Kosong hatinya dari sebarang belenggu durjana,ar-rajiim.

++++++++++++++++

Sesekali terdetik dalam hati kerdil ini,
"mereka nabi memangla.."
"orang-orang dulu memang macam tu"
"suasana time tu lain"
"waqi' lain"
kamu pun saya rasa mesti pernah beranggap sedemikian.Bukan?

Oh,sama sekali tidak boleh diterima pakai alasan itu.Di tolak serta merta di hadapan Allah kelak.
Mereka manusia juga.manusia normal.
Ada akal. Ada nafsu. Ada perasaan. Ada emosi.

al-'Adl yang Maha Adil sudah memberikan petunjuk kepada semua manusia.
terpulanglah..

Wallahu A'lam.

+++++++++++++++++++

*mari puasa!
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.


Saturday, 15 December 2007

Bahagianya bersama Dia selalu..

Musim berlalu bagai sungai mengalir,tak pernah berhenti.
Bertahun hidup dibelai asuhan manja sang orang tua,
seakan sehari ia berlalu.
Kini,orang-orang tua sudah berhijrah dari tempat bersejarah itu,Hira' namanya.
Meninggalkan kesan tak ternilai yang usianya boleh kekal lama,yakin sekali.

Semalam telah pun tersisih ,
suka duka pengalaman jadi iktibar dan pengajaran buat penulis.
Kerana hari esok nan mendatang tak menjajikan kepastian.

Apakah penulis konsisten,ataupun jatuh jauh,
sebelum berangkat ke musim baru,musim yang indah.
Musim itu,manusia-manusia kental menggegarkan dunia.
Satu sistem yang amat indah mengepalai dunia,
menundukkan segala sistem yang dianggap agung bagi si malas berfikir.
Atau pun,
sebelum berangkat ke musim yang menebeliakkan mata-mata sang kufur,
Akhirat namanya.


* * * * * * * * * * * * *

Musim dahulu, hati kecil ini pernah terlupa,

Tuhan yang menciptakan adam dari tiada kepada ada,
Tuhan yang memberi kekayaan pada ratu balqis,
Tuhan yang menguji Nabi ya'qub dengan penyakit,
Tuhan yang menenggelamkan fir'aun dan pengikutnya,
Tuhan yang menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S daripada api menyala,
Tuhan yang memberi hidayah pada Umar Al-Khattab,
Tuhan yang memberi kekuatan pada Nabi Muhammad untuk terus konsisten,
Tuhan yang kita jalinkan hubungan intim di sekolah,

Adalah tuhan penulis selamanya!
ya,
Selamanya.Tidak berubah.Hanya satu.
Sama sahaja tuhan dahulu dengan sekarang,bahkan tidak pernah luput.
Sama sahaja tuhan di sekolah dengan di rumah.

Oh, waktu itu baru sedar.
Mengapa selama ini tidak yakin dengan kebangkitan.
Mengapa selama ini tidak yakin dengan pertolongan Dia.
Lantas kurang do'a dipanjatkan.
Lantas lari jauh daripada pendidikan rabbani itu.

Oh, waktu itu baru sedar,
Mengapa selama ini tidak tegar, tidak konsisten .
Waktu sekolah lain,cuti lain kisahnya...

Rupanya hanya meletakkan Tuhan pada sebahagian waktu.
Pada zaman dulu-dulu ataupun pada hari sekolah sahaja.
Lain waktu,lain tempat, lupa segalanya.
Astaghfirullah.

*****************

Daripada Abu 'Amru,Suffian bin Abdullah at-Tsaqafi r.a., beliau berkata: saya berkata:"wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya satu perkataan tentang islam yang saya tidak perlu menanyakan kepada orang lain." Baginda bersabda :" Ucapkanlah saya beriman kepada Allah, kemudian kamu hendaklah beristiqamah"
(Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam

Monday, 3 December 2007

Sampai Bila?


Ada manusia,tidak tahu.

Pada awal umur matang.
mula mencari kebahagiaan.
mula mencari ketenangan.

Belajar sungguh-sungguh untuk berjaya UPSR.
Alhamdulillah 5 A capainya.
Oh bahagianya dia.
Hadiah idamannya bukan di alam mimpi lagi.

wah,
Dapat masuk sekolah pilihan.
Bertambah bahagianya dia....


Tapi,
sampai bila?
sampai bila bahagianya itu?

Masuk tingkatan 3.
Mulai hilang bahagianya. Stress belajar demi PMR.
mau 9A harapnya.Belajar tidak mengira waktu.
Alhamdulillah impiannya tercapai.
Bahagianya dia.Berpesta sakan bersama kawan-kawan.
Hilang rasa takdir Allah yang atur.

Wah,masuk tingakatan 4,
Sekolah mantap kononnya didudukinya.
Jawatan besar sandangnya.
Bahagianya dia.......................


sampai bila?

masuk tingkatan 5.bahagianya terbenam
digantikan tekanan dek peperiksaan besar.
belajar tidak mengira waktu dan kewajipan lain.
mau 12A1 harapnya.

wah,tidak sia-sia usahanya,
Impian tercapai 12A1 SPM.
Bahagianya dia.
Sudah mula merdeka pendapatnya.
Buat itu ini sesuka hati.
Ditambah eksesori luaran yang mahal².
Tambah bahagia dia.

Biasiswa dan universiti terkemuka mudah didapatinya,
Subhanallah.bahagianya dia.
Mula memasang girl friend.Sehati sejiwa katanya.
Bertambahlah bahagianya dia.
Terbalik.
Nafsu pula mengawal akal.

Sampai bila?

Sudah bosan dengan teman hidupnya,
mulalah bertengkar bergaduh akhirnya putus.
Ditambah dengan tekanan pelajaran.
Celaru otak kepalanya memikirkannya.
Hilang bahagianya.

Dan akhirnya mula mencari teman hidup baru...

Bertahun kemudian.
Subhanallah.Alhamdulillah.
Sudah tamat graduasi.
sudah berkahwin, ber-anak, bekerja,berumah besar,berkereta besar.

Bahagianya dia...apa yang mahu, ada di depan matanya.


Sampai bila??

Aduh,
Saham syarikatnya jatuh sama sekali.
Tegang urat saraf otaknya.
Memikirkan yuran sekolah anaknya,
bayaran rumahnya,
keretanya,
makan minum keluarganya.


Aduh,hilang bahagianya...
Hilang ketenangannya...

.....bersambung....



Kasihan dia.
Apa yang dia sedang cari?




ops.

Let 'dia' = kamu

Kasihan kamu
Apa yang kamu sedang cari?

Cari kebahagiaan?
Cari ketenangan?
betul ke? atau ye ye jek?

kalaulah betul,,

Betul itu kebahagiaan hakiki?
Betul itu ketenangan hakiki?

sampai bila?

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP