Saturday, 15 December 2007

Bahagianya bersama Dia selalu..

Musim berlalu bagai sungai mengalir,tak pernah berhenti.
Bertahun hidup dibelai asuhan manja sang orang tua,
seakan sehari ia berlalu.
Kini,orang-orang tua sudah berhijrah dari tempat bersejarah itu,Hira' namanya.
Meninggalkan kesan tak ternilai yang usianya boleh kekal lama,yakin sekali.

Semalam telah pun tersisih ,
suka duka pengalaman jadi iktibar dan pengajaran buat penulis.
Kerana hari esok nan mendatang tak menjajikan kepastian.

Apakah penulis konsisten,ataupun jatuh jauh,
sebelum berangkat ke musim baru,musim yang indah.
Musim itu,manusia-manusia kental menggegarkan dunia.
Satu sistem yang amat indah mengepalai dunia,
menundukkan segala sistem yang dianggap agung bagi si malas berfikir.
Atau pun,
sebelum berangkat ke musim yang menebeliakkan mata-mata sang kufur,
Akhirat namanya.


* * * * * * * * * * * * *

Musim dahulu, hati kecil ini pernah terlupa,

Tuhan yang menciptakan adam dari tiada kepada ada,
Tuhan yang memberi kekayaan pada ratu balqis,
Tuhan yang menguji Nabi ya'qub dengan penyakit,
Tuhan yang menenggelamkan fir'aun dan pengikutnya,
Tuhan yang menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S daripada api menyala,
Tuhan yang memberi hidayah pada Umar Al-Khattab,
Tuhan yang memberi kekuatan pada Nabi Muhammad untuk terus konsisten,
Tuhan yang kita jalinkan hubungan intim di sekolah,

Adalah tuhan penulis selamanya!
ya,
Selamanya.Tidak berubah.Hanya satu.
Sama sahaja tuhan dahulu dengan sekarang,bahkan tidak pernah luput.
Sama sahaja tuhan di sekolah dengan di rumah.

Oh, waktu itu baru sedar.
Mengapa selama ini tidak yakin dengan kebangkitan.
Mengapa selama ini tidak yakin dengan pertolongan Dia.
Lantas kurang do'a dipanjatkan.
Lantas lari jauh daripada pendidikan rabbani itu.

Oh, waktu itu baru sedar,
Mengapa selama ini tidak tegar, tidak konsisten .
Waktu sekolah lain,cuti lain kisahnya...

Rupanya hanya meletakkan Tuhan pada sebahagian waktu.
Pada zaman dulu-dulu ataupun pada hari sekolah sahaja.
Lain waktu,lain tempat, lupa segalanya.
Astaghfirullah.

*****************

Daripada Abu 'Amru,Suffian bin Abdullah at-Tsaqafi r.a., beliau berkata: saya berkata:"wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya satu perkataan tentang islam yang saya tidak perlu menanyakan kepada orang lain." Baginda bersabda :" Ucapkanlah saya beriman kepada Allah, kemudian kamu hendaklah beristiqamah"
(Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam

1 comments:

nur 'izzat

tul mad...
alangkah bahagianye jika kite 'sedar' yg Dia sentiase ade di sisi...

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP