Monday, 27 December 2010

Tenggelam di Lautan Ilmu


Alhamdulillah baru-baru ini banyak berita yang mengembirakan saya.
Akak saya sudahpun balik for good dari australia berbekalkan Honours dalam bidang Fizik.
Adik saya peroleh 8A dalamn PMR,
Anak-anak buah saya sudah banyak meningkat plus semakin comel2. Sudah pandai panjat tangga dan macam macam lagi.
Akak saya di mesir pula akan melahirkan anaknya yang kedua tak lama lagi.
Masha Allah. Alhamdulillah 'ala kulli ni'am.

"And if you should count the favors of Allah , you could not enumerate them. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful"

+ + + +

Syukur teramat,
Hidup di Bumi Anbiya' banyak membantu saya untuk lebih semangat mendalami ilmu agama.
Suasananya yang amat menggalakkan, tak pernah saya alami sebegini sebelum ni.
Ramai rakan-rakan yang beli kitab ulama' banyak-banyak. Semangat dalami ilmu agama sedalam-dalamnya. Ada yang semangat membincangkan permasalahan agama dengan detail, isu-isu khilaf dan sebagainya. 

Ianya secara automatik tiba-tiba terlibatkan diri saya juga dalam mendiskusikan sesuatu cabang ilmu itu. Semangat mengeluarkan hujah-hujah dan dalil.
Kadang-kadang sampai pening dengan pelbagai pendapat, khilaf dan sebagainya. 
Pernah satu hari, saya mengkaji hadith sungguh-sungguh sampai subuh semata-mata nak meyakinkan diri dengan status dan darjat sesebuah hadith itu serta bilangan sanad-sanadnya. 

+ + +

Walaubagaimanapun,
Melihatkan suasana ilmu seperti ini, ditambah lagi dengan peperiksaan yang hampir setiap minggu,
hati kerdil saya ini kadang-kadang terasa semacam pula.

"Sibuk-sibuk dengan ilmu, di mana sumbangannya untuk Ummat?"

Kadang-kadang kita sibuk dengan ilmu, sampai kita abaikan kerja asasi kita.
Rakan-rakan terdekat mengharapkan bimbingan, tapi kita terus syok dengan dalil dan hujah menghukum itu ini penuh keyakinan.
Umat dihanyut jahiliyyah, kita masih selesa dengan ilmu di dada, terus berdiam diri, menyendiri mendalami ilmu yang disayangi.
Umat diancam musuh, tapi kita terus bahagia membelek kitab-kitab ulama' tanpa menghiraukan hal sekeliling.

P/s :Bittaufiq Wannajah buat kalian yang akan menduduki final exam tak lama lagi.
*Doakan juga saya dan sahabat-sahabat mendapat Mumtaz untuk semester satu ini. :)


5 comments:

Mr.F

Alhamdulillah ada ingat begitu, mencari keseimbangan bukan mudah.

Unknown

all the best.

ibnkhair

Mr.F-tak susah tp mencabar.insya Allah sama2 usaha kan.

akufobia-
syukran acap~

Thaaqhib Mohammed

hehe..

tapi, kata kuncinya pada "tidak mempedulikan sekeliling" kan?

hehe

sebab saya sgt bersetujuan agar manusia2 belayar secara serius dalam lautan ilmu

~kan? sebab nak dapatkan macam Qardawy kan?

entah

ibnkhair

betul3..
saya pun turut bersetujuan dgn ust thaaqib :)

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP