Diari Julai : BTN di Sisi Positif
Saya tak hairan orang katakan BTN membosankan. Yalah, dengar ceramah berjam-jam, dengar sampai tepu kepala dengan perlembagaan, ditambah aktiviti kawad di pagi hari sambil dimarahi itu ini, malah handphone dan mp3 juga terpaksa diserahi. Siapa suka terhimpit sebegitu?
Namun, saya teringat kata-kata yang biasa didengari :
"Happiness depends upon ourselves" -Aristotle-
+ + + +
Alhamdulillah, 5 hari di BTN bagi saya agak mengembirakan biarpun hakikat suasananya adalah sebaliknya.
Mengapa bahagia?
Nah, ada 3 hal yang membuatkan saya tersedar dari lamunan indah selama ini.
Biasiswa & Tanggung Jawab
Ketika program Pre Departure BNM dulu, saya sempat berbincang dengan kawan non-muslim saya. Isu yang diperbincangkan sekitar Jihad & Pengganas. Walaupun pendapat yang saya lontarkan berlainan dengan pandangannya, beliau tetap menghormati. Hubungan mesra tak putus hingga kini.
Minggu lalu di Kem BTN pula, sempat saya berbincang panjang lagi dengannya. Cuma isunya lebih spesifik, terkena pada saya sendiri selaku orang melayu yang dapat kecapi nikmat biasiswa yang terangkum dalam hak istimewa orang melayu (55%) .
Apa yang beliau ketengahkan ialah : orang melayu ni seolah-olah selesa dan senang dengan hak istimewa yang dikecapi. Kenapa tidak beri biasiswa mengikut merit? adakah orang melayu diberi banyak biasiswa kerana kuasa ketuanan mereka atau kerana mereka lemah? dari dulu sampai sekarang hanya mengharap dengan hak isitimewa itu sedangkan tiada perubahan ke arah yang lebih baik. Masih di takuk yang lama.
Itulah apa yang saya dapat tangkap dari luahan pendapat beliau.
Sungguh, pada masa itu, saya betul-betul tak dapat menjawab dan membidas hujah-hujahnya.
Kerana, itu memang realiti sekarang ini. Anak-anak melayu (termasuk saya lah) hanya pandai merintih sana sini tapi usahanya tak setanding. Dan bila sudah dapat apa yang mahu, tanggung jawab diketepikan. Berapa ramai pelajar tajaan agensi kerajaan yang lupa diri? habiskan duit, enjoy sana sini, seolah-olah menafikan hak beribu-ribu pelajar miskin di malaysia ini.
Aduh, tertunduk malu saya di hadapan kawan saya itu. Ya, di hadapan non-muslim, juga bakal mahasiswa Cambridge University.
Belajar Dari Kepelbagaian.
Di BTN juga, dapat saya temui pelajar-pelajar dari pelbagai jenis bidang dan negara yang akan dituju. Perubatan, Optometry. engineering, ekonomi, finance, dan lain-lain lagi yang akan terbang jauh ke UK, US, India, Aussie, tak lupa juga Indonesia.
Alhamdulillah, Allah kurniakan kesempatan pada saya untuk berborak dengan beberapa wakil pelajar dari setiap bidang dan negara seperti yang tertera di atas. Saya kira 2/3 dari peserta lelaki sempat saya jumpa personal dan berborak biarpun pendek. Syukur semuanya mesra saja dan sudi berkongsi-kongsi idea.
Ternyata memang setiap kumpulan pelajar ini punyai ragam dan niche tersendiri yang unik. Banyak yang dapat saya pelajari dari mereka semua. Semua ini menjadikan saya bertambah semangat untuk memartabatkan bidang ilmu yang sedang saya dalami. (apa kaitannya? fikir-fikirkanlah :)
Kembara Perlembagaan
Di sana juga ada permainan ala-ala treasure hunt yang berorientasikan Kontrak Sosial dalam Perlembagaan.
Dalam permainan ini setiap kumpulan perlu mengkaji setiap satu isi perlembagaan berkaitan kontrak sosial dengan perbincangan dan pembentangan.
Menariknya permainan ini, saya yang tak pernah melihat dan membaca perlembagaan dan 'khusyuk tertunduk' ketika ceramah pun sudah boleh membahaskan panjang lebar berkaitan kontrak sosial. perkara 153, 154 dan macam-macam lagi sudah lumat di hati :)
Ya, secara automatik. (sudah tentu dengan Izin Allah)
Ketika itu saya terfikir, Alangkah baiknya kalau ada game seperti ini tetapi berorientasikan Quran dan Hadis.
Setiap kumpulan perlu berbincang Ayat sekian sekian. Bersumberkan Tafsir fi zilal, tafsir ibn kathir, tafsir Al-Azhar, dan lain-lain lagi. dan kemudian dibincangkan bersama malah dibentangkan juga secara serius.
Insya Allah, pelajar-pelajar yang bakal ke luar negara ini akan secara sedar tak sedar dapat memahami sumber terpenting ini serba sedikit walaupun mereka tidak selalupun menyentuh quran sebelum ini.
+ + + +
Alhamdulillah. saya rasa cukup 3 hal di atas tidak menjadikan 5 hari saya di BTN sia-sia kerana banyak memberi kesedaran dan pencerahan baru.
Oh ya,
Diari Julai saya tak berakhir dengan BTN saja.
Hari ini insya Allah akan meneruskan perjalanan jauh ke Utara pula.
Sudah tak tertahan rindu dengan sahabat-sahabat kedah dan perak sana :D
Moga-moga perjalanan lepas ini akan jauh lebih baik dari BTN~.
wasssalamualaikum

Bakal Azhariyyun : serius saya tak pernah terfikir akan berpisah dengan mereka dalam masa terdekat.
Jordan tiba-tiba memanggil T-T
Moga-moga perjalanan lepas ini akan jauh lebih baik dari BTN~.
wasssalamualaikum
6 comments:
Mabruk~~
Mengupas sesuatu dari sudut yang psitif..amat menarik... =)
menanti perkongsian positif dari ibnuroslan pula :)
selamat berBTN minggu depan ye ~
kenape korg sgt skema? haha~
skema dgn sopan lain kot :)
kupasan positif yang menarik,rasa nak g btn pula.
2izat-
penangan BTN la ni :)
Rukun negara ke-5 (kesopanan&kesusilaan) hehe
2ram-
aiwah, lama lagi ram..stam dlu..
Post a Comment