Sunday, 10 January 2010

'Baik' Punya Alasan


Palestin begini, Takkan kita nak diam diri. Peranannya pada kita sendiri

Dalam ilmu balaghah yang baru saya terokai tahun lepas, ada satu sub topic dalam bahagian ilmu badi' bertajuk حسن تعليل (husnut-ta'lil), yang bermaksud 'justifikasi/alasan yang baik'.  Tajuk ini berkaitan tentang alasan yang baik yang sering dikatakan manusia, tetapi sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Saya percaya saudara semua sudah pun faham perkara ini dan sering saja mempraktikkan ilmu ini setiap hari. kita cakap "ish, kang membazir pulak makanan ni", padahal memang dasar tembolok tak puas lagi walaupun dah makan banyak. "Jom pegi shopping, boleh jalan-jalan sihatkan badan" padahal memang hobinya menyoping. "ana rapat ngan dia sebab ukhuwwah lah" padahal nak tackle kakak/abangnya :) . Dan macam-macam lagi penjelasan dan alasan baik yang dikeluarkan. Tapi akhirnya kita lihat natijahnya lain dari katanya.

  * * * * * *

Samalah juga kalau saya qiaskan dengan statement ataupun slogan-slogan yang dipropagandakan pemimpin2 ternama sepanjang zaman yang terlindung kepentingan negatif. Akhirnya ramai yang terpedaya, menjadi mangsa keadaan.

Cuba kita kenang balik Obama dengan slogan gahnya"Change We Can Believe In". Ia berjaya menagih undi lebih 70% muslim amerika ketika Pilihan Raya dulu. Malangnya, bila berjaya naik ke takhta presiden, hubungan beliau dengan yahudi semakin intim dan membantu kuat mereka untuk melawan palestin. Hak asasi kemanusiaan yang dipropagandakan dahulu lebur sama sekali.

Yahudi pula menggali terowong bawah tanah masjid Aqsa, dengan alasan mahu menjejaki Solomon temple tinggalan lampau, namun tidak ada satu bukti penemuan kuil itupun melainkan retak-retak yang sudah banyak berlaku pada tiang2 seri dalam masjid Aqsa.
~ ~ ~ ~ ~ 
  Dan kini, saya, bersama sahabat seperjuangan serta saudara semua berhadapan dengan isu baru yang banyak 'ijtihad, statement dikeluarkan oleh pemimpin islam sendiri. Namun sedihnya, kita lihat orang islam sendiri tidak bersatu dalam berhadapan dengan isu besar ini. Ada kata itu, ada kata ini. Ada tak berkata, diam.

Syeikh yusuf al-Qardhawi awal-awal lagi dah keluarkan pernyataan bahawa tembok bawah tanah Mesir-Gaza adalah HARAM.
Tapi ada juga ulama' kata halal. (saya merujuk kepada kata seorang kenalan arab, "syeikh Tantawi kata halal") entah apa hujah yang dia pakai, saya tak kaji lagi. (kalau saudara tahu, tolong beritahu saya ye)

Di Malaysia, ada tokoh-tokoh / pertubuhan yang betul2 serius bantah tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah. Ada yang tak kisah sangat. Turut ada yang menyatakan "Allah untuk semua".

Hari ini, saya dan sahabat-sahabat sebaris yang masih muda ini pun dapat rasakan lebih banyak aplikasi 'husnut-ta'lil' oleh tokoh-tokoh islam sendiri. Amat merisaukan, kerana maklum sajalah orang muda mudah saja terpengaruh dengan seseorang tokoh dengan sesuatu slogan/statement hebat lantas bersemangat untuk bertindak.

Jadi, saya pesan diri saya, saudara juga saudari,
Janganlah tindakan kita jadi sia-sia dek terpedaya dengan seseorang atau kelompok yang hebat-hebat di tanah air dan dunia luar sana, yang hakikatnya ada udang di sebalik batu. Terlindung kepentingan tertentu tuntutan nafsu.

3 comments:

Thaaqhib Mohammed

ttg statement tantawi.

ada terbaca di paper sehari selepas pengumuman ttg tembok halangn itu.

Qardawi beralasankan bahawa tembok itu zalim kpd penduduk palestin. dan ia jatuh haram, selepas penterjemahan syariat yang panjang lebar.

sedangkan majlis buhus di al-azhar tidak terus memberikan fatwa haram. Cuma, mereka memberi pandangan awal kepada penterjemahan syariat untuk kes ini, dengan kenyataan bahawa ia tidak haram.

Ini kerana, mereka mendakwa qardawi tidak syumul dalam melakukan hukum, apabila beliau hanya memandang kemaslahatan penduduk palestin sahaja.

Majlis buhus di al-azhar, mengatakan bahawa banyak lagi elemen perlu dimasukkan bagi pengujian sebelum sesuatu syariat diterjemahkan. Ia termasuklah melihat kemaslahatan ORANG2 MESIR itu sendiri.

Sepanjang membaca, tidak ada perkataan halal yang digunakan. Jadi, saya memandang ia sebagai suatu proses penghukuman yang belum siap sebenarnya.

Menghormati Tantawi (atas kapsaiti ilmunya sekalipun kerapkali kontroversi), saya lebih suka menggunakan pentakrifan sebegini : Pihak majlis buhus al azhar memberi pendapat awal.

Juga menghormati Qardawi dengan telahan fatwanya yang begitu meraikan survival Islam. Dan saya rasa ia amat relevan.

Tambahan juga, lahir pula kenyataan beberapa ulamak azhar yang menyokong fatwa seperti Qardawi utk isu ini.

nota : kadang2, dek kerana politik, para ulamak akan sentiasa berjaga-jaga. dan mungkin menjadi mangsa percaturan. harap2, ia tak jatuhkan kredibiliti mereka. Ya! di mesir... juga di malaysia

ibnkhair

2ust thaaqib-
terima kasih atas data2
beserta huraian2nya.

cuma tertanya2 psl
"saya lebih suka menggunakan pentakrifan sebegini : Pihak majlis buhus al azhar memberi pendapat awal"

memberi pendapat awal? tapi tembok tu sudah rancak dibangunkan n ulama' jordan, arab saudi sume dah mmbntahnya.

ya, saya tetap hormat ulama' azhar krn siapalah saya nak tandingi ilmu mrk yg menggunung. :)

mohamad ad bin satiman

mujahid muda....;)
terus bergerak ayuh demi umat

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP