Fikiran tipikal yang Negatif
Manusia cukup hebat. Dalam sehari, mereka berfikir sebanyak 60,000 kali. Itulah yg dikaji oleh barat dan termaktub dalam buku 'The Aladdin Factor' karya Jack Canfield.
Bukan itu sebenarnya yang menarik perhatian saya, Tapi tentang kajian yang dilanjutkan di San Fransisco oleh para doktor di sana. Mereka dapati, 80% daripada 60,000 fikiran manusia dalam sehari adalah fikiran NEGATIF ! Hebat bukan?
Maka, tak hairanlah jika nilai-nilai murni manusiawi kini hanya layak sisih ke tepi. Yang lahir adalah kemusnahan, penindasan, pergaduhan, pecah belah umat dan sebagainya yang NEGATIF. Usahlah kita fokus pada orang kafir sana. Mereka memang sudah sedia maklum bersikap sedemikian sejak zaman nabi nabi terdahulu. Mari kita fokus pada kita sendiri.
Situasi Sudah Sebati
Di kelas tahfiz, kalau mahu mengelak rotan ataupun penampar ustaz, nak taknak kena sediakan modal. Dan kalau bicara soal modal, kebiasaannya akan tekun menghafal sebanyak mungkin muka surat supaya dapat menambat hati ustaz. Kalau tiada modal berupa mukasurat2 itu, maka bilik sakitlah jawabnya.
Dalam urusan organisasi, bila mahu melancarkan kempen ataupun sebarang projek besar, maka bertungkus lumuslah para ahli bermesyuarat dan bekerja mengumpul bajet sambil merangka gerak kerja. Dan kemudian bekerja lah mereka sampai larut malam. Dan kebiasaannya bila ada sesuatu projek yang besar2 ini, jemaah subuh di musolla berkurangan di samping suara2 kekecewaan mula berkumandang di perhimpunan kecil selepas maghrib.
Yang suka bercakap di khalayak juga tak kurang hebatnya. Cakap berapi-api penuh hujah nas dalil diselit penghilang bosan berupa sandiwara. Lagak seperti wira, tapi rasa macam dia pura-pura pula. Hipokrit istilah mudahnya. Dalam hemat saya, ramai orang yang berurusan dengannya tak sedap hati dek kerana sikapnya yang negatif. Jadi, yang berdarah menjadi semakin parah , namanya asyik diwarwarkan di belakang. Sangat malang !
Kelompok yang melekat dengan musolla pula dikenal aktif buat Qiam, muhasabah malam, dan lain-lain yang dapat kuatkan ruh. Selalu saja nampak mukanya di musolla malam-malam.
Namun yang sedihnya, mereka senyap (seolah-olah tiada) di kelas, di rumah sukan, kelab persatuan dan sebagainya yang berbentuk rasmi.
Ada juga kenalan yang saya kenalnya sebagai seorang penggerak. Maknanya dia akan menggerakkan orang2 lain untuk bergerak ke arah yang baik. Maka dia pun masuk-masuklah seluruh pelusuk cabang, dengan harapan mahu menggerakkan rakan sambil mengikut arus semasa. Saya sangka begitulah. Tapi anehnya, saya lihat blognya hanya merapu. Wall di facebook dipenuhi status entah pape tak berguna (untuk berukhuwwah kot?) dan gambar pula posing sakan habis hilang kematangan. Bukan untuk kenangan, tapi mahu ambil perhatian. Biasalah kan..
Demikianlah. Yang saya sendiri sudah lali dengan situasi sebegini di zaman sekolah dulu.
Setiap tahun, pasti berulang benda yang sama, cuma lain wataknya dan bentuknya saja. Kenapa ya?
Jika situasi tadi berlarutan sampai ke hujung zaman, lahirlah peribadi yang tak seimbang. Dengan kata lain, sampai bila nak menanti al-Mahdi?
Mana tidaknya,
Bila sebut saja modal, nescaya yang terbayang adalah benda zahir / berbentuk material, lalu hati terus kekeringan kerana tak yakin dgn 'kuasa iman'. Dia tak fikir bahawa hati yang bersihlah kuncinya. Maka, ponteng kelas hafazan menjadi jalan keluar mengelak penampar (ini hanya salah satu contoh)
Mereka berkerja keras memerah keringat membangun visi organisasi, tapi emosi rakan disisi ditolak ketepi.
Tak kurang juga laksana sufi di atas sejadah, tetapi sangat mundur di lapangan. Seakan tidak menyumbang kemajuan dorm mahupun kelas jauh sekali pejabat.
Turut wujud golongan yang bersikap baik dengan manusia semuanya. Pemurah dengan pujian dan menjadi pendengar/pelayan yang baik. Yalah, nak menzahirkan nilai penghargaan yang Dale Carnegie ajarkan. tapi akhirnya yang lahir hanyalah pendewaan terhadap 'penghargaan'. Inilah pengaruh kuat Dale Carnegie yang berjaya mempengaruhi jutaan manusia sekarang. Malang sekali, intinya kosong. Jiwa kering tak mengerti sebuah penghambaan sebenar padaNya. Akhirnya dia sekali terhirit dengan masalah, yang pada asalnya mahu menyelesaikan masalah.
Kesannya, manusia hilang pertimbangan.
*p/s: Awal surah Al-mukminun mengkhabarkan perihal orang2 mukminin yang berjaya.
Dalam peribadinya berhimpun segenap aspek spt Ibadah dan Akhlak.
Inilah contoh kesyumulan Islam.
2 comments:
+kita adalah pempositif mereka.adakah?
(acapamin)
insya Allah, amin..
Post a Comment