Saturday, 19 July 2008

Saudara, Hargailah !

Subhanallah..
Pantas masa berlalu, sudah lebih seminggu penulis tidak bersekolah lantaran ujian kesihatan yang melanda.
Sudah satu minggu lebih penulis meninggalkan pelajaran akademik mahupun kokurikulum.
Sudah semingu lebih juga penulis meninggalkan tugas-tugas rasmi di sekolah.
Alhamdulillah sahabat-sahabat penulis semuanya dapat mengambil-alih tugas-tugas penulis dengan jayanya.

Pasti sekali al-Hakim yang Maha Bijaksana memberi sakit ini pada penulis dengan tidak sia-sia .terkumpul 1001 hikmah tersirat.

+++++++++++++++++++



" Dokumentasi buat?"
"Laporan dah siap?"
"ehmm..insya Allah agenda liqa' kita pada kali ni..."
"Mcm mana perkembangan biro nta? "
"ala..mudahje.takyah susah2.."
"Mcm mana projek kita?"
"alhamdulillah mission kita berjaya.."
"eh,ana lupa la..maaflah.."

oh,
Memang pasti ungkapan-ungkapan ini biasa didengari bukan?
Lagi-lagi yang menghandle ataupun yang bekerja dalam sesebuah organisasi di sekolah.
Tak kiralah samada organisasi dorm, kelas, persatuan dan sebagainya yang bermacam-macam itu.

Subhanallah. Maha Suci Allah,
mengenangkan 'ungkapan-ungkapan biasa' ini, terimbau penulis akan kerja-kerja ataupun perihal-perihal mahal berharga bak mutiara kirana di sekolah sana, bersama sahabat tercinta.


Penuh dengan cabaran dan ujian. Tidak susah, cuma mencabar.
Memang terbukti pula kerja-kerja menjadi ringan bila dibuatkan bersama sahabat-sahabat. Itulah sunnahnya. Bahkan disuruh oleh Al-Kabir Al-Jami' supaya kita bekerja secara jama'ie.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maha suci Allah dari sebarang kecacatan,
Hanya Engkau sahaja yang dapat menenangkan hati ini yang kian merasai kerinduan yang teramat.

Hati ini semakin hangat dengan kerinduan buat sahabat-sahabat di sekolah sana.
Tidak sabar-sabar untuk bertemu kembali mereka di sana biarpun baru satu minggu tidak bersua.

Masakan tidak,
Baru-baru ini sahaja, tak putus-putus mereka menziarahi penulis tika sakit.
Ada yang sanggup mengorbankan waktu prep untuk menjaga sambil mengurut2 kepala penulis.
Tidak kurang juga yang tidak melelapkan mata sehingga lewat malam jam 2-3 pagi untuk mengelap-ngelap kepala penulis yang semakin panas membara.
Siapa sangka seorang yang selalu dimarahi ditegasi penulis lantaran kes-kes berat yang dibuatnya juga telah menziarahi penulis bahkan disertai secawan sirap sejuk makcik kantin.
Nah, ini baru secebis sahaja dari jutaan perihal yang telah dilalui bersama.

Tidak ragu-ragu lagi mereka telah menyahut seruan Rasulullah S.A.W :

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hakikatnya,
Itulah yang tersurat dalam sirah Rasulullah SAW dan para Sahabat.
Biarpun berlainan latar belakang, bangsa, kulit, umur dah sebagainya ikatan sesama mereka tidak kaku sama sekali.
Jangankan duit,masa dan isteri, NYAWA pun mereka sanggup korbankan untuk menjaga kebajikan seseorang daripada mereka demi kebajikan seluruhnya.

Sungguh
, itulah Allah yang Maha berkuasa membolak-balikkan hati hambaNya.
Itulah Allah berkuasa memberikan kenikmatan Ukhuwwah pada hamba-hambaNya.

“Jika kamu belanjakan apa yang di bumi seluruhnya sekalipun nescaya kamu sekali-kali tidak akan dapat dijinakkan di antara hati-hati mereka tetapi Allahlah yang menjinakkan antara hati-hati mereka”
(
Al-Anfaal:63)


Semoga kita sama-sama mendapat perlindungan daripada Allah di hari dimana manusia tidak mendapat perlindungan melainkan 7 golongan. Salah satunya manusia yang bercinta kerana Allah S.W.T.

Duhai saudara, hargailah persahabatan ini !

Friday, 18 July 2008

Duhai Hasanah, selamat jalan..

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.

Sekian diumumkan..
Bahawa dengan izin al-Qadir al-muqtadir ar-Rahman al-Malik..


Pada jam 10.00am waktu Cairo, Khamis, 17/7/08 ,

Kakak penulis,
Saudari
Hasanah bte. Khairuddin, bekas SMIHidayah,JB dan sekarang menuntut di Universiti al-Azhar Mesir tahun 3 telah selamat mengharungi era baru dalam kehidupan beliau sekaligus menjadikan beliau seorang isteri kepada seorang bekas senior penulis di SMIHira', Jeram, Saudara Suhail Sufian, penuntut Universiti al-Azhar, Mesir tahun 1 .


Baarakallahu lakuma, wa baarik alaikuma, wa jama’a baina kuma fil khair …

Sunday, 13 July 2008

Badanmu ada haknya...

Bagai gunung menghentam kepala.
Tidak senang untuk tidur mahupun bangun.
Inilah apa yang dirasakan penulis baru baru ini, buat kali kedua setelah lama tidak merasai sedemikian rupa 5 tahun lalu.
Tapi kali ini mungkin tambah tragis kisahnya kerana jatuh pengsan di tandas.

sakit@hospital


Namun terubat derita sengsara tadi tatkala membayangkan ganjaran-ganjaran hebat dari-Nya :

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Itulah kasih sayang ar-Rahman ar-Rahim yang Maha menyayangi hamba-hambaNya...
Maha suci Engkau dari segala kecacatan...


Terima kasih penulis ucapkan pada yang membantu penulis tatkala sakit.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah , jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah.”
Riwayat Ahmad

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP