Saturday, 21 November 2009

Cinta Saya Selepas sekolah..

“Aku merentasi rumah Laila, aku mencium dinding-dindingnya, Bukanlah cintakan rumah itu merindukan kalbuku, tetapi cintakan penghuninya”
(ungkapan Qais yang terlalu mencintai Laila si gadis jelita pujaan kaum adam)

Demikianlah cinta saya terhadap buku karya tokoh barat sejak akhir² ini.
Saya dulu² di sekolah memang jarang membaca kitab yang tebal² apatah lagi membaca buku karya tokoh barat yang berbahasa asing. Seingat saya, sebelum ini buku paling tebal yang saya pernah baca adalah novel Panas Salju. itupun kerana terpaksa - untuk menjawab peperiksaan Bahasa melayu.

Alhamdulillah, saya bersyukur. Kali ini Al-Fattah membuka juga pintu hati saya untuk mencintai buku, bertambah syukur lagi kerana ia berbeza dengan Qais yang hanya mecintai seorang wanita sampai menjadi tidak siuman lalu digelar Gila oleh masyarakat setempat zaman itu.

+ + + + + + + + + +

Buku 'Think like a billionaire', hasil perkongsian Donald Trump adalah salah satu buku yang tiba-tiba menarik minat saya untuk membacanya kerana introductionnya membuatkan saya ingin tahu apa isi² mukasurat seterusnya :

" In a world of more than six billion people, there are only 578 billionaires. It's an exclusive club. Would you like to join us? "

huh, memang ungkapan Trump ini sangat kerek bak kata orang muda.
Namun, saya sebenarnya ingin membacanya bukan kerana mata duitan ataupun menyahut seruan Trump untuk menjadi billionaire, saya membacanya kerana saya dapati banyak persamaan dari sudut cara 'tarik menarik' di dalam bisnes dengan cara mengajak orang kepada kebaikan / dakwah. Saya membacanya kerana saya sedar, sangat-sangat sedikit bilangan manusia yang ghairah terhadap dakwah sedang populasi manusia di dunia ini melebih 6 billion!
Mereke boleh memerah otak berfikir merancang dan menyusun strategi untuk menambah bilangan billionaire,tetapi mengapa kita tidak?
sepatutnya kita lebih potensi menambah bilangan pendokong kebaikan dimuka bumi ini.

Saya masih ingat ketika di sekolah menengah dulu, ada senior saya yang hampir setiap malam mempromosikan bisnes 'MLM'-nya dari dorm ke dorm tanpa jemu walaupun asyik diperli oleh pelajar². Kesungguhannya mengalahkan exco² BADAR dan Naqib dalam menyebarkan seruan masing². Sanggup menjelajah setiap dorm dan membuat promosi yang hebat dengan kata² semangat disertakan dengan hujah² bernas. Hasilnya juga sangat memberansangkan ketika itu.
Ketika itu saya terfikir, alangkah baiknya kalau para pendakwah di sekolah saya mencontohi senior saya tersebut.

Begitu juga dengan buku seperti financial freedom dan 'how to win friends and influence people' karya Dale carnegie. Saya jadi tertarik dengannya.
Tapi kena ingat ya, Bukan kerana buku itu yang saya cintakan, tapi cintakan ilmu² Allah yang amat kaya di dalamnya. Secara tak langsung meningkatkan kecintaan saya terhadap Al-'Alim, Allah swt.

Bukankah ini yang selayaknya?
“Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga Allah dan RasulNya lebih dia kasihi dari selainya”
(hadith Rasulullah saw)


Apa² pun, saya dapat simpulkan bahwa banyak skill yang diceritakan beliau adalah skill² yang sudah lama diajar oleh Islam. Skill interaksi dengan broker, adab² kritik dan menegur orang, memilih keutamaan, menilai sesuatu di luar kotak dan sebagainya, banyak diajarkan oleh guru² kita selama ini.
Banyak juga diajarkan oleh murabbi saya tatkala usrah, daurah dan sebagainya.
Cuma mungkin saya sendiri yang tidak mengamalkannya.
Sebab itu kadang² amat susah untuk saya menarik ramai orang ke arah kebaikan. Betapa sikitnya bilangan mad'u saya. Betapa mundurnya kehidupan saya hari ini. Ini satu teguran pedas dan muhasabah untuk saya.

* * * * * * * *

Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu temuduga kerja (maklumlah, cuti panjang sekarang).
ramai orang mencuba nasib di sana. Saya merupakan yang termuda di kalangan mereka semua dan juga yang terakhir memohon kerja dan juga yang terakhir tiba di hari temuduga :)
Berbekalkan secebis ilmu yang dipelajari daripada buku² yang ditelaah, saya tetap cuba memohon walaupun nampak macam tidak layak dek kewujudan saingan hebat dari pemohon² lain yg jauh lebih berpengalaman.
Apa boleh buat,Usaha dan tawakkal saja lah.

Usai berceloteh panjang bersama pen-temuduga, ternyata sangkaan awal saya tepat.
" Kami bukan apa, rasa serba salah nak kasi kamu kerja ini. Kamu memang tak layak untuk kerja untuk ini.. tapi kamu layak untuk kerja sekian sekian........."kata si penemuduga.

Memang sangkaan awal saya amat tepat. Tapi untungnya, mereka menawarkan saya dengan kerja yang jauh lebih hebat.
Gajinya juga sudah tentu lebih lumayan. cecah 4 angka kalau saya kerja betul², katanyalah.

Subhanallah. Saya kira inilah contoh mudah&terdekat yang Allah mahu tunjukkan manifestasi cinta kepadaNya semata-mata.
Setiap perkara ada sebab dan musabab.Memang kejayaan tidak datang bergolek, wajib ada usaha.
Ajaibnya jika kita berusaha sebaiknya dan menyerahkan segalanya kepadaNya, pasti kejayaan datang bergolek² berbondong² dari arah yang kita tak sangkakan.
Saya kira inilah rahsia Tawakkal.

2 comments:

mankim13

keje ape mad smpi 4 angka....crite laa....kaya mad....

ibnkhair
This comment has been removed by a blog administrator.

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP