Wednesday, 28 November 2007

Jihad Jihad Cari Syahid

Assalamualaikum wa Alhamdulillah,

Masha Allah,subhanallah
masa memecut laju tidak mempedulikan penulis dan kamu.
Takut sekali.
Apakah modal jawapan penulis serta kamu dihadapan Allah kelak tentang setiap detik yang berlalu.Setiap detik yang dipertanggungjawabkan kita.

Cuti persekolahan sudah lebih 3 minggu berlalu.
Suara hati penulis pula tidak serik meronta-ronta supaya terus merantau di perantauan demi merebut sesuatu yang berharga bak mutiara di lautan.

Akhirnya Allah izinkan juga.
alhamdulillah.
Sepanjang minggu lepas,penulis telah merantau di perantauan merebut-rebut apa yang menjadi rebutan berjuta pemuda berjiwa Islam pada hari ini.
banyak sketsa-sketsa yang berjaya mencuit mata hati penulis.
Tetapi penulis hanya mahu berkongsi satu sketsa sahaja.
~~~

*9pm,bus stop-Shah Alam.
Keadaan suram.
Yang ada hanyalah 2 lelaki di tengah kegelapan malam shah alam menuggu besi getah kaca ciptaan Allah s.w.t.
Satu penulis,Seorang lagi lelaki dewasa.

Bermuka bengis,berpakaian rugget,berambut flat top,bertimbul-timbul ototnya jauh mengalahkan penulis-menaikkan kadar berhati-hati penulis.agak gerun mulanya.
Bukan apa,takut-takut dipaunya penulis.Matanya tidak habis-habis memandang laptop dan handphone penulis.

Namun pasti sekali,
Allah menjaga orang yang membaca ma'thurat,
penulis yakinkannya lalu cuba bersuara.
Ternyata lelaki tersebut melayani dengan sopan.Ismail namanya.seorang askar rupanya satu ketika dahulu.
Tidak lama berlalu,
keluar sebatang rokok darinya.

"pakcik,saya nak hisap rokok jg boleh?.." penulis sengaja meminta.memang bencikannya.
"isk2....sekali kamu merokok,mesti nak lagi..kalau rokok,nnt paru-paru2 kau rosak......maka.....nanti..........................." ceramah lelaki itu..

"takyah la merokok" dia membuat kesimpulan.

Panjang juga ceramah itu,agak terperinci.Teringat sesi pelajaran Sains Tingkatan 3,begitu jugalah ceramahnya.hampir-hampir sama.

Terpegun penulis dengan ceramahnya,lalu cuba memperlinya dengan sopan..
Merah mukanya,malu.

Namun,bukan itu penulis mahu kongsikan.Itu bukan main point.

Ini dia main pointnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Saya tahu itu dosa tetapi saya tetap melakukannya”.
"Saya tahu perkara ini baik tetapi….”,
“saya tahu saya perlu… tetapi”

Persoalannya,,,
Mengapa wujud perkataan 'tetapi' dalam kamus hidup kita apabila akal kita secara waras telah menghukumkan sesuatu itu perlu, baik, bahaya dan sebagainya tetapi tindakan kita tetap sebaliknya??

mengapa ya??

1 comments:

Ahmad ibnu Khairuddin

dipetik sedikit dari blog ustaz anuar soleh

http://renungan2u.wordpress.com/2007/11/13/tahu-tetapi/

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP