Thursday, 29 December 2011

Membina Tiang Kehidupan


Petang kelmarin, Dr. Sa'id masuk ke kelas dengan berwajah muram. Tidak seperti biasa.

"Hari ini kita akan bincangkan tentang kewafatan Nabi SAW"

Sesuai dengan hari terakhir pembelajaran Sirah Nabawiyyah.

Dengan penuh penghayatan, beliau kisahkan dengan terperinci detik pemergian Rasulullah saw.
Lama-kelamaan, kelihatan pelajar sudah berkaca-kaca matanya. Tak kurang juga yang memejamkan mata menahan sebak sambil berzikir selawat ke atas baginda saw.
Saya juga turut 'tertewas'. Pertama kali merasai perasaan yang sukar ditafsirkan bila mendengar Sirah secara terperinci dari Ulama' Sirah, Ph.D lulusan Jami'ah Urduniah ini.

+ + +

Banyak yang dapat difahami dari peristiwa pemergian Nabi Muhammad saw. Cuma di sini hanya satu yang ingin dinukilkan iaitu mengenai wasiat terakhir Baginda. Sudah maklum, wasiatnya yang masyhur adalah sembahyang. Betapa pentingnya perkara ini sampai beberapa kali Nabi menyebut " الصلاة..الصلاة..الصلاة.." sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Namun, ada perkara kedua yang diwasiatkan Nabi yang jarang sekali diketengahkan oleh ustaz-ustaz (setakat yg saya dengari sebelum ini) iaitu "Berwasiatlah (Berpesan-pesanlah) kebaikan kepada para wanita".

Usai, saja kelas. Saya mengambil kesempatan berjumpa Dr. Sa'id di pejabatnya.
Beliau yang sudah maklum akan perkahwinan saya tak lama lagi telah mengkhususkan dan menerangkan lagi kepada saya akan fiqh-fiqh dalam sirah yang berkaitan dengan wanita dan perkahwinan.

+ + +

Beliau menerangkan bahawa tiang agama itu Solat. Maka tiang kehidupan itu adalah wanita.
Betapa pentingnya perhatian terhadap wanita sehinggakan ia disebut-sebut oleh baginda di saat genting  sakaratul-maut baginda saw.

Lihatlah bagaimana Nabi telah mendidik isterinya dengan didikan terbaik. Beliau mendidik bukan hanya dengan lisan, tetapi dengan amal. Segala perbuatan baginda adalah didikan buat isterinya. dari kerja-kerja rumah hinggalah jihad di jalanNya. Semuanya memberi kesan besar kepada ke-solehah-an dan produktifnya mereka.
Lihatlah Aisyah r.a yang berani menyertai perang Uhud, juga telah menjadi wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith.

Dr. Sa'id juga berpesan kepada saya berulang kali buat kali terakhir sebelum kami berpisah :
" La taghdhob! " (Jangan marah).

Alam perkahwinan memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya agak tersentap kerana beliau bukan orang pertama yang menasihatkan saya tentang kesabaran bila tempuhi alam perkahwinan. Dr. Usamah (pakar bahasa dan usul fiqh) pagi tadi di pejabatnya turut menasihatkan saya supaya banyak bersabar bila berkahwin nanti.

Kenapa? Wallah A'lam. Saya belum tempuhi lagi.

+ + +

Sengaja saya ingin kongsikan perkara ini. Bukan apa, kerana akhir-akhir ini saya lihat beraneka rupa reaksi kenalan-kenalan terhadap isu kahwin.
Ada rakan saya jauh di malaysia meminta saya respon akan perkara ini di blog tapi baru sekarang baru sempat menulis.


Pertunangan

Mungkin ianya heboh bila wujudnya video proposal tunang yang 'sweet sgt' tu. 
Rasa geli hati pula bila ramai yang share video tersebut. Turut kasihan bila melihat kenalan yang sibuk membincangkan dan memberi respon tidak matang terhadap isu remeh sebegitu. Ada yang setuju dan ada tak setuju.
Ada juga dalam kes yang lain, saya dengar ada yang terasa hati bila kawannya menyembunyikan hal pertunangnnya. "Memberi kesan pada ukhuwwah" katanya.

Walhal, isunya simple sahaja. Prinsip orang mukmin, dia hanya buat apa yang perlu sahaja. Orang tak perlu tahu, buat apa nak tahu.
Tak perlu kita sibuk berhujah dari segi hukum sembunyikan pertunangan ataupun tidak, itu semua sudah maklum. Yang perlu dipersoalkan adalah, perlu kah sibuk meng-'sweet sweet'kan diri terhadap tunang dikhalayak ramai (facebook, video dan sebagainya). Pelik juga bila lihat ada hamba Allah yang post gambar dan buat caption "khas untuk tunangku" dan bermacam lagi adegan pelik dan lucu.

Macam-macam. Memang macam-macam. Sedangkan banyak lagi isu di luar sana yang perlu diambil perhatian.


Pemilihan Pasangan Hidup


"Macam mana boleh pilih dia padahal tak kenal dia sebelum ni??" 
"Penat-penat hensem, takkan nak dapat isteri yang tak lawa"

Inilah sebahagian yang saya dengari dari kenalan jauh saya. Memang inilah perkara yang sering dirisaukan oleh kebanyakan anak-anak muda yang belum berkahwin.

Ramai juga yang terkejut dan persoalkan pilihan yang telah saya buat ini. Sudahlah sebelum ini. tak pernah kenal bakal pasangan. Tup tap tup tap, nak kahwin dah.

Jawapannya mungkin sudah saya jawab dalam post lama dahulu kala 

Ya, akhirnya kita perlu mengakui kelemahan diri dan perlu meletakkan kepercayaan pada orang yang kita percayai. (Kepercayaan terhadap Allah memang tak patut dipertikaikan lagi).
Orang tengahlah (ibu bapa, keluarga dll) yang dapat mengenalkan kita dengan lebih mendalam akan seseorang itu.

Sebab apa saya katakan sebegini, kerana mungkin ramai lagi yang lebih layak dan sesuai untuk kita yang  tak diketahui pun kewujudannya sebagai wanita yang solehah, sekufu dengan kita. Yang kita nampak hanyalah perempuan-perempuan yang menonjol yang aktif dalam kelas, persatuan, juga facebook !

Jujurnya, sebelum ini saya langsung tak tahu menahu pun, apatah lagi nak terpikat dengan wanita yang bakal saya kahwini. Namun kini saya syukuri kerana dikurniakan orang yang bisa mengenalkan saya terhadapnya.
Jangan risaulah, Islam tak jumud sampai tak membenarkan secara total mengenali lawan jantina yang bakal dikahwini.


Tanggungjawab Ketua Keluarga

Mungkin ketika ini ramai yang seronok sangat dengan bab kahwin. Dalam seminggu dua ini, tak habis-habis status, notes, gambar mahupun link-link sweet terselit di news feed facebook.

Tetapi adakah kita sedari yang ianya bukan sekadar kemanisan? Malah dibebani tugas dan tanggungjawab yang berat. Seorang suami tak dapat tidak wajib mendirikan tiang kehidupan sebaiknya. Kalaulah tiang itu rapuh, maka rapuhlah generasi-generasinya. Maka rapuhlah kehidupan umat ini.
Sebab itulah Rasulullah masih mengingatkan kita tentang hal ini walaupun beliau tengah sakit menghadapi sakaratul maut.

Subhanallah.

+ + +


*iklan : pada kenalan-kenalan yang inginkan kad tapi belum lagi 
memberikan alamat lengkap rumah kepada saya, sila pm di fb.

6 comments:

nurulhusnazubir

xpa2..insylh dia seorg y solehah. aku knl dia :) just nk share..nnt2 baca2 la or request kt naqib ka..utk bedah buku tarbiyatul-aulad..by abdullah nasih ulwan :) moga dpt mbina bm y diredhai :)

muna khaider

kene sabo sgt mad.. ko tak knal lg pempuan camne haha.. cuba amad baca men from mars women from venus.. kene sabar sbb susah nak faham .. muna pun bru lps kawen faham kenapa kene sabo.. mmg pempuan n laki sgt sgt lain.. pemikirannya.. mmg kene sabo utk kekal 'sane' atau waras dlm menghandle any situation..

selamat bersabar!!!

Uswah

yes sabar itu sangat perlu!! dua2 kene sabar.. suami kene sabar ngan perangai isteri, isteri kene sabar ngan perangai suami. Yela bayangkan selama ni hidup sorang2 easy go je.. sekarang hidup berdua, kene fikir sama2 pendapat lain2 pun kene dapatkan kata putus yang dua2 setuju. Tapi kalau dapat pasangan yang bagus, memang bahagia sangat laa perkahwinan tu!

Ahmad kena ingat, kene salu ajak isteri bangun solat malam, baca qur'an, baca buku.. sebab isteri akan ikut apa yang husband buat. kalau husband tak buat, isteri nak buat pun rase segan, sebab die tanak laa nampak die lagi baik dari husband die (respek!)

Pastu, kene selalu bagi surprise kat isteri.. biar dia happy! hehehe.. Pastu layankan aje kalau die nak shopping atau window shopping. Memang perempuan suka semua tu.. Jangan asek komplen jangan beli itu beli ini sbb mahal. cakap la kalau dah mampu insyaAllah akan belikan etc..

Pastu kena sentiasa tolong wife buat kerja2 rumah.. kemas rumah, masak, sidai baju.. Lagi2 korang dua2 sama2 belajar. macam uswah, dua2 bekerja. sama2 penat.. So sama2 lah buat kerja.

Pastu selalu2 lah tengok/tenung muka isteri..sejuk hati! makin sayang pun ada.. heheheheh

ibnkhair

kenalan seBNM (wlpun tak pernah jumpa): jzkk atas cadangan buku. ameen..

Munah : erm..insya Allah..dah bertahun-tahun dikelilingi 9 adik beradik pompuan. iA akan mudah memahami. hehe. tq munah.

Uswah :

MasyaAllah panjang & padat nasihat uswah ni..
IA akan usahakan sebaik mungkin menjadi qudwah uswah hasanah kpdnya. lps ni uswah kene byk2 remind n bgi2 tips kat ahmad ye :)

syukur dapat akak2 yang perihatin ^_^

muna khaider

lainla mad adik badik ngan isteri. jgn ko treat dia mcm amad treat adik badik lain pulak. Mmg amad ramai adik pempuan, tapi ngan isteri ni lain sbb mcm kate uswah, 24/7 ngan dia.. bersama dia..share everything! And tgk mcm nabilah ni perwatakannye lain sket dr adek badek kita .. lagi sopan santun, one thing. hahaha..

byk setuju dgn point uswah haha.. ye, bg la dia shopping.. kdg2 tanak beli pun, suka tengok barang je.. jgn anggap membazir masa lak.. masa bersama isteri tu tak sia2 tau.. hehe

Fajar Islam

Selamat membina beyt Muslim..Lepas ni x boleh da nak sembg2x da..Abg Ahmad ada tg jawab besar tu..Byk2x sabar...InshaAllah..Fajrul doakan Semoge bahagia..

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP