Friday, 29 October 2010

Cerita-Cerita Jordan

"Askm Ahmad..mama bca msg ahmad dgn rasa terharu...mama x leh nak tulis..sebab selalu jek sebak rasa..bila ingat Ahmad..Mama rindu sgt kat Ahmad... dan jgak x de masa nak tulis..bnyak kerja kat umah. keep on writing..mama tetap bca..mcm Aya kata..mama n abah r silent readers"

Barangkali ayat-ayat penuh kasih sayang di atas lah memberi dorongan kuat untuk terus menulis di sini.
siapa tak tersentuh bila ibu sendiri meluahkan perasaan kan? :)

+ + +

Cerita-Cerita Jordan.

  • Syukur, buat pertama kalinya semalam dapat merasai nikmat  25 jam satu hari. Syukur juga kerana semalam sempat berjalan-jalan di syari' jameah ( lbh kurang pekan lah) pukul 2 pagi menemani kawan saya yang kelaparan. Terkejut bila melihat orang arab rancak membuat hal masing masing. Yang bisnes terus berbisnes, yang kanak-kanak bersuka ria bermain bola di tepi jalan. Yang wanita pula seronok menyoping dengan aman walaupun tanpa muraqib. Sementara bangsa melayu semuanya sedang berehat atau lena di rumah kecuali saya dan kawan saya yang tiba-tiba lapar di tengah kesejukan malam
  • Tak dapat dinafikan, di sinilah buat pertama kalinya saya dapat rasai suasana pembudayaan ilmu. Sampai saya sendiri secara automatic tiba-tiba menjadi rajin menelaah kitab-kitab ulama'. Namun, saya perlu beringat2 pesanan sahabat saya : "sibuk-sibuk berenang di lautan ilmu, siapa yang mahu membangkitkan umat yang kian melarat? "  Aiwah, memang perlu menilai betul di mana prioriti.
  • Alhamdulillah, sudah 2 minggu menikmati nikmat kuliah, selepas lebih 3 minggu lewat daftar atas masalah yuran. Jumlah bab yg ketinggalan memang menakutkan. Dan yang paling 'seronok', minggu depan akan bermulanya exam pertama. Subhanallah. Doakan ya~
  • Sampai sekarang, sahabat palestin (yg diceritakan sblm ini) masih menelefon saya setiap pagi. Hampir sebulan berlangsungnya 'pertandingan' ini, masih saya tak dapat mendahului matanya.  Dan setakat ini, saya kira inilah salah satu cara yang paling praktikal untuk bangun awal subuh. Sebab apa? kalian cuba lah sendiri. Insya Allah akan dapat rasai kemujarabannya, dengan Izin Allah.
  • Pernah satu hari saya masak nasi goreng buat rakan-rakan serumah untuk iftar. Tapi pada hari itu saya iftar di tempat lain. Alangkah bahagianya saat saya pulang ke rumah melihat tiada sedikitpun sisa nasi goreng yang dimasak tadi. 
  • Selang beberapa hari, salah seorang rakan serumah saya memberitahu perlahan2 penuh serba salah setelah berkali-kali ditanya tentang nasi saya tu : 
"sebenarnya,, kiterang buang nasi tu..masin sangat !"
  • Jujurnya, sedikitpun saya tak terguris mendengar khabar itu. Yang dirasai adalah kemanisan ukhuwwah fillah yang tak terhingga. Ya, rakan-rakan serumah saya sangat-sangat baik & seboleh2nya taknak saya tahu bahawa nasi goreng saya masin ! :))

Tuesday, 19 October 2010

Insan Beralasan : Tipu Diri Sendiri.

"weih, camne ni,, aku ada syok ngan sorang akhawat ni lah.. "

"solehah tak? cun ke tak? hehe"

"eh, mestilah solehah..lawa pulak tu.."

"camne kau boleh kenal dia?"

"hari tu dia tegur aku. tanya khabar. tanya pelajaran. tanya itu ini"

"solehah ke tu?"

"erk"

"kadang-kadang 'akhawat' tu bukannya nak isi, tapi nak komunikasi"

+ + + 

"mana kau pergi ? tak nampak pun subuh kat masjid" 

tegur sahabat saya, bangsa palestin.

"errk, pagi tadi subuh kat rumah je..liat nak bangun. Sejuk sangat !" 

sambil beralasan saya tersengih.

"okay esok aku call kau sebelum dan selepas azan subuh"

"aiwah.."

Mulai hari itu, kami mula bersaing satu sama lain. Siapa bangun dulu, kena call dulu.
Betapa hebatnya bangsa palestin ini, belum pun cukup satu minggu, dengan mudahnya beliau telah menewaskan saya 5-1. Bermakna hanya sekali saja daripada 6 hari saya berjaya bangun lebih awal dan call beliau dulu.

+ + +

"Syeikh, macam mana ni..nak kuasai ilmu syariah,dah la tak faham apa2 pensyarah cakap dalam kuliah. pastu nak komit program-program tarbiyah lagi"

"Jadi?"

"Yela..camna nak excellent dua-dua sekaligus? "

"Fokus pada dua-dua tu je. kan mudah." 

Dengan mudah senior saya memberi pencerahan.

Alhamdulillah

*P/s : Banyak benda yg nampak rumit, tapi hakikatnya simple saja penyelesaiannya. Cuma kita je yang banyak sangat alasan.

Nak atau tidak,
tu saja.

Wednesday, 6 October 2010

Dedikasi Buat Tercinta

" Abah, datang lah sini (asrama sekolah) lawat amad"

"Atuk dulu penah datang sekolah abah 2 kali je. masa hari pertama sekolah tingkatan 1, dan hari terakhir lepas SPM"

" T_T " (tak terkata dah)

+ + +

"Abah, nak iphone 4 boleh? hehe "

"Abah lepas Kawen baru ada handphone"

"erk,  :') " hanya mampu tersengih

+ + +

Sebelum upsr  dan sppm (exam agama)

"Kalau dapat semua A, dapat PS2"

" :D " (Seronok tak terhingga)

Selepas keluar result :

"abah, amad dapat semua A, satu B. B subjek hafazan quran."

"tak dapat lah PS2"

semudah itu.

+ + +

Ini lah 3 contoh yang buat saya lebih kagum terhadap beliau. Setiap contoh ini, terdapat banyak fiqh dan pengajaran besar yang banyak membantu saya hingga kini.

* * * *
Abah, mama & hana di samping kek hari lahir abah yang ke-48


Kelmarin, 4 oktober adalah hari jadi Abah. hari itu sangat payah untuk tidur kerana mengenangkan Abah dan mama.
Teringang-ngiang wajah abah dan mama. Secara detail saya cuba ingat kembali satu per satu jasa mereka sejak saya kecil hinggalah kini.

Jujurnya, setelah lama 'menahan ego' di perantauan, akhirnya muncul juga rasa sayu pilu tambah terharu di hati. Mana mungkin saya tak terharu kerana amat dalam cinta mereka berdua pada saya. Cinta yang dizahirkan dengan amal yang membahagiakan saya hingga kini.

~ ~ ~

Lantas saya sedari, betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang
"Sesungguhnya Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada seseorang wanita terhadap anaknya"

Friday, 1 October 2010

Bumi Syam Tidak Menyucikan.

40,000 orang berjaya kalahkan 240,000 orang. Macam mustahil kan?
Tapi Inilah kejayaan besar umat Islam yang Allah kurniakan di medan Yarmouk.

Ya, di Yarmouk, Jordan. Bumi yang sedang saya jejaki kini.



Namun, saya sedari bumi yang dijejaki ini tak dapat menjamin apa-apa pun.
Tak hairanlah kalau lihat orang di bumi anbiya' ini kuat menipu, kuat berdating, kuat berfoya-foya, kuat facebook (*erk, it depends ye), kuat ikhtilat dan macam-macam lagi. Tak hairan lah kerajaan Jordan tak habis-habis bagi can dengan Israel.
Tak hairanlah kalau ada yang pulang ke malaysia satu hari nanti hanya berbekal segulung ijazah, tanpa risalah.


+ + +

Benarlah apa yang dikatakan Salman al-farisi satu ketika dahulu : "Sesungguhnya bumi tidak pernah menyucikan sesiapapun, tetapi yang menyucikan seseorang hamba itu adalah amalannya"

*cuma pesanan pada diri sendiri yang merupakan salah seorang daripada ratusan pelajar baru malaysia di bumi syam ini.


*Risau kalau kami yang ramai ini hanya menjadi bahan tambahan di bumi syam ini tanpa menyumbang apa-apa untuk agama.

*Risau juga, sebab dengar-dengarnya ramai junior sekolah nak ke sini tahun depan.. Sibuk je~ Ahlan Bikum :)


Kheir insya Allah ^_^
wassalamualaikum


p/s: maaf khususnya pada mama & abah & family sbb masih tiada gambar lagi buat masa ini. Camera tiada. handphone pun biasa2 je, takde camera T_T

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP