Saturday, 22 December 2007

Tadabbur Seerah Agung





فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَر
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah"
(al-Kautsar:2)

Tuesday, 18 December 2007

Korbanlah duniamu...

Aroma harum embun-embun fajar Zulhijjah tercium puas oleh saya.
Tambah bahagia pagi itu,tubuh lebih segar bugar hasil senaman berat semalaman.

Sambil melangkah kemas ke tempat pengabdian,
Tercabar tambah pilu , melihat nyonya-nyonya keluar lebih awal dari saya.Tapi mereka tidak solat.Hanya bersenam,menyihatkan jasad.Menghiraukan roh.

Tambah guris campur hangit pagi sejuk itu,
muka sama sahaja di sana,tambah semuanya sudah tua memakan usia.Hanya menunggu masa meninggalkan dunia sepenuhnya.Pemuda lain entah ke mana kalau bukan nyenyak dihibur permainan laknatullah.
"Oh,biasalah tu, masih awal lagi era perubahan di Malaysia."Saya cuba menenangkan hati.

Bukan mudah nak korbankan nafsu.Lagi-lagi pemuda zaman sekarang.Senjata rahsia kebangkitan.
Angkara kafir dan syaitan durjana,tersekat pemikiran mereka dengan belenggu-belenggu jahat.Hanya sampai alam sementara,tidak sampai ke alam kekal.Hendak bekorban apatah lagi.Bukan kata mimpi,terbayang pun tidak.Kamu,,saya rasa bukan begini,agaknya~

+++++++++++++++++++++

Oh,Sebut korban,Sebut Zulhijjah,
Teringat saya akan sejarah.
Bukan sejarah Malaysia.Bukan sejarah Hira'.Tapi sejarah penuh pengajaran,penuh kebenaran.
Sejarah pengorbanan Keluarga Ibrahim,Nabi Allah s.w.t,kisahnya.
Sejarawan tidak ragu-ragu menobatkan kisah itu sebagai kisah pengorbanan yang terbesar sepanjang zaman yang tercipta oleh seorang manusia normal.

Mengapa??

Oh,Kalau ikut aqal waras manusia normal,
Ayah mana yang tidak pilu meninggalkan anak tunggal kala bayi.
Ya,bukan satu daripada tiga atau empat atau selebihnya.Tapi satu daripada satu.Anak tunggal...

Ayah mana sanggup mengorbankan nyawa anaknya,apatah lagi dengan cara sembelih,
bersedia melihat si anak akan merana sambil lehernya berpancutan darah,tambah meronta kesakitan.

Ayah mana sanggup melihat si anak muda belum baligh disembelih begitu sahaja, tambah baru sehari dua bersua muka sedang belum puas dimanja-manjakan..

Kanak-kanak mana tidak tersentuh hatinya bila mengetahui ayahnya meninggalkannya kala bayi bersama ibu, berlarian kehausan mencari air.
Bukan di tengah kesesakan Kuala Lumpur,bukan di tengah kota Shah Alam.
Tapi ditinggalkan di tengah ketandusan padang pasir .Panas.Kering.Tiada sumber air.

Kanak-kanak mana zaman ini yang tidak menangis,tidak pilu,tidak sedih, tidak membantah,pabila mendengar kata-kata seorang bapa yang telah meninggalkannya bertahun lamanya
“Duhai anak, aku melihat di dalam mimpiku, bahawa aku ini diminta Tuhanku menyembelihmu, duhai anak, katakanlah, apa pandanganmu "

oh,sungguh besar pengorbanan mereka.
Belumpun mendengar kisah hajar saat ditinggalkan kekasih tercinta,sudah cair hati ini mendengar kisah Nabi Ibrahim itu,suaminya Siti Hajar.

Bukan Ta'sub apatah lagi memuja,
tapi ta'jub mengenangkan detik-detik genting mereka itu.
Mata hatinya tidak lagi nampak dunia yang penuh menipu.
Keindahan dunia ditundukkan dengan keindahan akhirat.
Benar, sudah jelas matlamatnya.

Keyakinannya pada al-Muhyi al-Mumiit mencapai titik maksimum,

sungguhpun belum pernah melihatNya dengan mata kepala.


Amat berserah segalanya pada al-Muqtadir.
Kosong hatinya dari sebarang belenggu durjana,ar-rajiim.

++++++++++++++++

Sesekali terdetik dalam hati kerdil ini,
"mereka nabi memangla.."
"orang-orang dulu memang macam tu"
"suasana time tu lain"
"waqi' lain"
kamu pun saya rasa mesti pernah beranggap sedemikian.Bukan?

Oh,sama sekali tidak boleh diterima pakai alasan itu.Di tolak serta merta di hadapan Allah kelak.
Mereka manusia juga.manusia normal.
Ada akal. Ada nafsu. Ada perasaan. Ada emosi.

al-'Adl yang Maha Adil sudah memberikan petunjuk kepada semua manusia.
terpulanglah..

Wallahu A'lam.

+++++++++++++++++++

*mari puasa!
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.


Saturday, 15 December 2007

Bahagianya bersama Dia selalu..

Musim berlalu bagai sungai mengalir,tak pernah berhenti.
Bertahun hidup dibelai asuhan manja sang orang tua,
seakan sehari ia berlalu.
Kini,orang-orang tua sudah berhijrah dari tempat bersejarah itu,Hira' namanya.
Meninggalkan kesan tak ternilai yang usianya boleh kekal lama,yakin sekali.

Semalam telah pun tersisih ,
suka duka pengalaman jadi iktibar dan pengajaran buat penulis.
Kerana hari esok nan mendatang tak menjajikan kepastian.

Apakah penulis konsisten,ataupun jatuh jauh,
sebelum berangkat ke musim baru,musim yang indah.
Musim itu,manusia-manusia kental menggegarkan dunia.
Satu sistem yang amat indah mengepalai dunia,
menundukkan segala sistem yang dianggap agung bagi si malas berfikir.
Atau pun,
sebelum berangkat ke musim yang menebeliakkan mata-mata sang kufur,
Akhirat namanya.


* * * * * * * * * * * * *

Musim dahulu, hati kecil ini pernah terlupa,

Tuhan yang menciptakan adam dari tiada kepada ada,
Tuhan yang memberi kekayaan pada ratu balqis,
Tuhan yang menguji Nabi ya'qub dengan penyakit,
Tuhan yang menenggelamkan fir'aun dan pengikutnya,
Tuhan yang menyelamatkan Nabi Ibrahim A.S daripada api menyala,
Tuhan yang memberi hidayah pada Umar Al-Khattab,
Tuhan yang memberi kekuatan pada Nabi Muhammad untuk terus konsisten,
Tuhan yang kita jalinkan hubungan intim di sekolah,

Adalah tuhan penulis selamanya!
ya,
Selamanya.Tidak berubah.Hanya satu.
Sama sahaja tuhan dahulu dengan sekarang,bahkan tidak pernah luput.
Sama sahaja tuhan di sekolah dengan di rumah.

Oh, waktu itu baru sedar.
Mengapa selama ini tidak yakin dengan kebangkitan.
Mengapa selama ini tidak yakin dengan pertolongan Dia.
Lantas kurang do'a dipanjatkan.
Lantas lari jauh daripada pendidikan rabbani itu.

Oh, waktu itu baru sedar,
Mengapa selama ini tidak tegar, tidak konsisten .
Waktu sekolah lain,cuti lain kisahnya...

Rupanya hanya meletakkan Tuhan pada sebahagian waktu.
Pada zaman dulu-dulu ataupun pada hari sekolah sahaja.
Lain waktu,lain tempat, lupa segalanya.
Astaghfirullah.

*****************

Daripada Abu 'Amru,Suffian bin Abdullah at-Tsaqafi r.a., beliau berkata: saya berkata:"wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya satu perkataan tentang islam yang saya tidak perlu menanyakan kepada orang lain." Baginda bersabda :" Ucapkanlah saya beriman kepada Allah, kemudian kamu hendaklah beristiqamah"
(Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam

Monday, 3 December 2007

Sampai Bila?


Ada manusia,tidak tahu.

Pada awal umur matang.
mula mencari kebahagiaan.
mula mencari ketenangan.

Belajar sungguh-sungguh untuk berjaya UPSR.
Alhamdulillah 5 A capainya.
Oh bahagianya dia.
Hadiah idamannya bukan di alam mimpi lagi.

wah,
Dapat masuk sekolah pilihan.
Bertambah bahagianya dia....


Tapi,
sampai bila?
sampai bila bahagianya itu?

Masuk tingkatan 3.
Mulai hilang bahagianya. Stress belajar demi PMR.
mau 9A harapnya.Belajar tidak mengira waktu.
Alhamdulillah impiannya tercapai.
Bahagianya dia.Berpesta sakan bersama kawan-kawan.
Hilang rasa takdir Allah yang atur.

Wah,masuk tingakatan 4,
Sekolah mantap kononnya didudukinya.
Jawatan besar sandangnya.
Bahagianya dia.......................


sampai bila?

masuk tingkatan 5.bahagianya terbenam
digantikan tekanan dek peperiksaan besar.
belajar tidak mengira waktu dan kewajipan lain.
mau 12A1 harapnya.

wah,tidak sia-sia usahanya,
Impian tercapai 12A1 SPM.
Bahagianya dia.
Sudah mula merdeka pendapatnya.
Buat itu ini sesuka hati.
Ditambah eksesori luaran yang mahal².
Tambah bahagia dia.

Biasiswa dan universiti terkemuka mudah didapatinya,
Subhanallah.bahagianya dia.
Mula memasang girl friend.Sehati sejiwa katanya.
Bertambahlah bahagianya dia.
Terbalik.
Nafsu pula mengawal akal.

Sampai bila?

Sudah bosan dengan teman hidupnya,
mulalah bertengkar bergaduh akhirnya putus.
Ditambah dengan tekanan pelajaran.
Celaru otak kepalanya memikirkannya.
Hilang bahagianya.

Dan akhirnya mula mencari teman hidup baru...

Bertahun kemudian.
Subhanallah.Alhamdulillah.
Sudah tamat graduasi.
sudah berkahwin, ber-anak, bekerja,berumah besar,berkereta besar.

Bahagianya dia...apa yang mahu, ada di depan matanya.


Sampai bila??

Aduh,
Saham syarikatnya jatuh sama sekali.
Tegang urat saraf otaknya.
Memikirkan yuran sekolah anaknya,
bayaran rumahnya,
keretanya,
makan minum keluarganya.


Aduh,hilang bahagianya...
Hilang ketenangannya...

.....bersambung....



Kasihan dia.
Apa yang dia sedang cari?




ops.

Let 'dia' = kamu

Kasihan kamu
Apa yang kamu sedang cari?

Cari kebahagiaan?
Cari ketenangan?
betul ke? atau ye ye jek?

kalaulah betul,,

Betul itu kebahagiaan hakiki?
Betul itu ketenangan hakiki?

sampai bila?

Wednesday, 28 November 2007

Jihad Jihad Cari Syahid

Assalamualaikum wa Alhamdulillah,

Masha Allah,subhanallah
masa memecut laju tidak mempedulikan penulis dan kamu.
Takut sekali.
Apakah modal jawapan penulis serta kamu dihadapan Allah kelak tentang setiap detik yang berlalu.Setiap detik yang dipertanggungjawabkan kita.

Cuti persekolahan sudah lebih 3 minggu berlalu.
Suara hati penulis pula tidak serik meronta-ronta supaya terus merantau di perantauan demi merebut sesuatu yang berharga bak mutiara di lautan.

Akhirnya Allah izinkan juga.
alhamdulillah.
Sepanjang minggu lepas,penulis telah merantau di perantauan merebut-rebut apa yang menjadi rebutan berjuta pemuda berjiwa Islam pada hari ini.
banyak sketsa-sketsa yang berjaya mencuit mata hati penulis.
Tetapi penulis hanya mahu berkongsi satu sketsa sahaja.
~~~

*9pm,bus stop-Shah Alam.
Keadaan suram.
Yang ada hanyalah 2 lelaki di tengah kegelapan malam shah alam menuggu besi getah kaca ciptaan Allah s.w.t.
Satu penulis,Seorang lagi lelaki dewasa.

Bermuka bengis,berpakaian rugget,berambut flat top,bertimbul-timbul ototnya jauh mengalahkan penulis-menaikkan kadar berhati-hati penulis.agak gerun mulanya.
Bukan apa,takut-takut dipaunya penulis.Matanya tidak habis-habis memandang laptop dan handphone penulis.

Namun pasti sekali,
Allah menjaga orang yang membaca ma'thurat,
penulis yakinkannya lalu cuba bersuara.
Ternyata lelaki tersebut melayani dengan sopan.Ismail namanya.seorang askar rupanya satu ketika dahulu.
Tidak lama berlalu,
keluar sebatang rokok darinya.

"pakcik,saya nak hisap rokok jg boleh?.." penulis sengaja meminta.memang bencikannya.
"isk2....sekali kamu merokok,mesti nak lagi..kalau rokok,nnt paru-paru2 kau rosak......maka.....nanti..........................." ceramah lelaki itu..

"takyah la merokok" dia membuat kesimpulan.

Panjang juga ceramah itu,agak terperinci.Teringat sesi pelajaran Sains Tingkatan 3,begitu jugalah ceramahnya.hampir-hampir sama.

Terpegun penulis dengan ceramahnya,lalu cuba memperlinya dengan sopan..
Merah mukanya,malu.

Namun,bukan itu penulis mahu kongsikan.Itu bukan main point.

Ini dia main pointnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Saya tahu itu dosa tetapi saya tetap melakukannya”.
"Saya tahu perkara ini baik tetapi….”,
“saya tahu saya perlu… tetapi”

Persoalannya,,,
Mengapa wujud perkataan 'tetapi' dalam kamus hidup kita apabila akal kita secara waras telah menghukumkan sesuatu itu perlu, baik, bahaya dan sebagainya tetapi tindakan kita tetap sebaliknya??

mengapa ya??

Friday, 16 November 2007

jalan-jalan cari 'makan'

Pejam celik pejam celik..
sudah 2 minggu cuti sekolah berlalu
sudah 2 minggu si penulis berjalan-jalan cari 'makan' di perantauan merebut redha-Nya.
sudah 2 minggu pula poket baju seluar tidak habis-habis memuntahkan logam-logam dan kertas-kertas yang tidak bermakna di sisi-Nya demi merebut sesuatu yang bermakna di sisi-Nya.

Alhamdulillah
2 minggu berlalu,
si penulis sempat melakukan eksperimen ringkas.
Kepentingannya mengalahkan eksperimen physics,chemistry,biology,dan lain-lain yang tingkatan 4&5 risaukan.
Eksperimen kemanusiaan namanya.
Eksperimen berkaitan AGENDA manusia-manusia yang mendapat tempias-tempias tarbiyyah di bumi waqaf Hira' pada cuti persekolahan merangkap pembunuh senyap yang kejam.

...............................................................................
Aim:
untuk menyiasat apa sudah terjadi pada manusia Hira' ketika cuti.

hypothesis:
kesebokan manusia berdasarkan atas apa yang di-agenda-kan.

Apparatus & materials:
Jasad manusia Hira',wang saku,panca indera,hati.

Methods & procedures:
1) Sediakan hati yang bersedia
2) Sediakan mata yang tajam
3) Sediakan perasaan prihatin pada umat
4) Lihat keputusan.


Results:

sempat si penulis bertembung manusia-manusia tingkatan 1 di KL sentral, bila ditanya mahu kemana,mulalah tersenyum-senyum sambil kemerah-merahan mukanya.Mungkin takut dan malu.mana tidaknya,Cosmo world Time Square destinasinya.
Mungkin kesilapan naqibnya tidak mengisi masa mereka dengan hati serius.

sempat juga si penulis bertembung manusia-manusia tingkatan 2 di jalanan, mahu ziarah-ziarah kata mereka ketenangan.

dan sebahagian tingkatan 3, rancak nampaknya percutian mereka.keluar masuk rumah tidak mengira waktu demi mencapai sesuatu.mungkin sudah meningkat kadar kejelasan matlamat mereka.

manusia tingkatan 4 juga tidak ketinggalan memburu sesuatu yang bermakna,
gembira sakan tampaknya dek percutian manis bertemakan ''Ukhuwwah Kami Bukan Lakonan" di chalet mewah 'Desa Selesa' bertaraf bintang tiga, Perak.
Lebat sekali tema itu.Harap laungannya bukan seperti bunyi gendang yang kosong.

tingkatan 5 pula, tidak serik menghantar sms diselitkan permintaan doa daripada adik-adiknya dek ujian kecil(SPM) yang dihadapi..Ada juga yang tenang sahaja bermain pingpong sebelum memasuki dewan peperiksaan.Tampak yakin dan visioner sekali.

dengan 2 minggu cuti ini juga,
si penulis diizinkan Allah berziarah dan bermalam di bermacam-macam rumah.Setiap rumah,lain-lain jenis orangnya.
ada yang menghabiskan masa dengan PS2 nya
ada yang baca buku fikrah sentiasa.
ada yang study untuk exam sampai lewat malam.
ada yang bangun jam 3-4 pagi untuk dating dengan kekasih Agungnya.
ada yang bangun ketika azan tidak sempat bertahajjud.
dan macam-macam lagi.

Itu bagi kaum Adam........

Ini bagi kaum Hawa pula,,,
Nah,
amat malang sekali.ramai manusia-manusia tingkatan 1(setelah dikaji) sudah mula menayangkan taring.
Bertalu-talu tembakan dan SMS mengenai sasaran telefon-telefon bimbit kaum Adam.Abang-abang seniors juga dikacaunya.dengan kaum adam yang sebaya dengan mereka,Wallahua'lam.
Nikmat Tuhan disalah gunakan.
Astaghfirullah.dari membazir kredit sms abang-abang ni,baik sms naqibah masing2.Elak dosa,tambah pahala.
mungkin kesilapan naqibah juga tidak mengambil berat anak buah ketika cuti.

Dari semua ini
semakin kenal si penulis dengan manusia-manusia dan sahabat-sahabat se'sekolah'


tidak hairanlah melihat seseorang itu sentiasa bermasalah.amal fardi tidak jaga rupanya
tidak hairanlah melihat seseorang itu sentiasa futur.Di rumah habis lenyap amalan2 ketika di sekolah.
tidak hairanlah seseorang itu tidak habis-habis mengadu pada manusia.Tidak pernah mengadu pada Allah rupanya.
tidak hairanlah di sekolah,asyik-asyik buang masa.buat masalah.buat benda pelik-pelik.
Cuti sekolah,enjoy sakan rupanya.
tidak hairanlah di sekolah tidak habis-habis mencipta nama dek kes-kes ikhtilat,di rumah lagi panjang taringnya.


Conclusions:
1) Semuanya bermula dari hati.
2) Kebanyakan manusia Hira' seakan-akan manusia lain ketika cuti.
3) Sebahagian manusia Hira' masih belum mempunyai matlamat yang jelas.
4) Kesebokan manusia bersandarkan atas apa yang dia agendakan.
5) Hypothesis is accepted!

Way to overcome:
1)Tarbiyyah Islamiyyah.Islam satu-satunya Jalan penyelesaian.

.......................................................................................

asyik teringat firman Allah yang bermaksud:
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi,sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta.Tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada " (al-Hajj:46)

"Allahummahdi qaumana fainnahum la ya'lamun...
Allahummahdinassirotokal-mustaqim.."ameen

Wallahu A'lam

Ilalliqo',bi iznillah
Wassalamualaikum!

Friday, 2 November 2007

kullu 'am wa-antum bi khair

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh...

'Eid Mubarak!

Salam Aidil Fitri kepada semua manusia.
kamu manusia,sungguh si penulis juga manusia.
pasti ada kesilapan.
Maaf Zahir dan batin sungguh-sungguh dipinta.


maaf ya..
tidak boleh lama-lama.Penulis ingin meneruskan pengembaraan mencari redha-Nya.. sesuatu sudah menanti di stesen~

ops! ,,lupa juga ini.
suka sekali penulis berkongsi slide berkenaan alumni-alumni sekolah yang paling agung di muka bumi ini.








Kagum penulis melihat mereka.Mereka berjaya melalui pendidikan 'madrasah Ramadhan' dan menjadi juara sekaligus menjadi rijal.
Tentu sekali penulis mahu menjadi seperti mereka.(Rasulullah s.a.w tidak boleh dipertikaikan lagi)
Tentu sekali kamu juga berkeinginan seperti penulis.

Mari sama-sama berebut~

ilalliqo'~

Tuesday, 9 October 2007

kasihan kita.kasihan kamu.kasihan umat.

Al-hamdulillah Rabbil-'Alamin
Kasihan sungguh pada yang tidak membaca dan mengkaji seerah..apatah lagi mengambil pengajaran.

Bila sebut ramadhan,apa yang diketahui?
nuzul quran,perang badar.
malang sekali,ketukan kuat itu pun tidak dirasai hati keras si pemuda saat ini.Bersorakanlah kafir la'natullah menyedari hakikat ini.Mereka berjaya.
..............................................
3 kelemahan umat islam menurut moche dayan,ulama' yahudi la'natullah:
  1. Tidak mengkaji sejarah yag terdahulu
  2. Tidak ada perancangan yang teliti
  3. Malas
Terkena kita.terkena kamu.
Natijahnya,apa sudah terjadi? lihat kita saat ini,lihat kamu saat ini,lihat umat saat ini.

Nah,
mari mengkaji sejarah Agung Islam dalam Bulan Ramadhan al-Kariim..*silakan klik mana-mana tajuk di atas untuk bacaan lanjut.

mari mengkaji,mari memahami,mari mengambil pengajaran.mari be'kerja'.
hanya mengajak,tiada paksaan.
Wallahu A'lam
Ramadhan Kariim..
p/s:"Selagi masih ada Ramadhan,mari pulun..exam tak exam,apa masalahnya.."

Sunday, 30 September 2007

mahu faham itu?



ramadhan karim..

"nak faham cepat? buat dulu..!" kata seorang murobbi pada si penulis.

?

blurr~

?


...............................................................................................
Pada cuti itu,
hampir setiap hari si penulis melihat mama abah abang memandu keretanya..
hampir setiap hari jugalah si penulis berniat ingin memandu..
"apa la susah sangat nak drive,,tekan itu tekan ini,,jalan terus..apa susah?" terdetik di hati pemuda yang sudah panas.

nah, pada hari cuti itu,suara hati yg terpendam dalam hati penulis tidak tertahan lagi.
lantas petang itu mengajak abang memandu...

Hasil daripada suara hati yang tidak tertahan untuk disimpan,baru dibriefing dalam beberapa waktu yg singkat,terus menukar posisi.penulis di tempat yang berstereng,abangnya pula di sebelah.

baru sedikit masa berlalu..
"adus! dah berape kali nak cakap! tekan clucth dulu !"
"la..lepaskan slow2 clutch tu..sambil tekan minyak slow2!"
(teriak si abg berjuta-juta kali tatkala sang kancil yg dinaiki terhenjut-henjut berkali-kali ditengah bandaraya Johor bahru,malu dibuatnya)

"dah..dah..tukar tempat!"

itu hal memandu..

ini hal lain pula..

"jawab sambil duduk,Assalamualaikum w.b.t"
suaranya memecah sunyi 4 fudhail..

" let x = 2728
f''(x) = 87+8x-768=? bla...bla.. bla..."
"ingat, kalau 'a' positif ,maka bla...bla.. bla..
"faham murid2??"
tanya sang guru penuh kesungguhan yang meluap-luap.
"faham!!.." jwb kami keriangan


......"keputusan periksa satu Add Math...Ali 34%...Atan 12%...Mohd 8%...Siti 23%...dan seterusnya..........0%....2%....42%...paling tinggi..67%....."

....

dan hal lain sama juga...

..........................................................................................

memang benar kata-kata murobbi satu ketika dahulu..
nak faham?? -> buat....praktikkan..
tidak dipraktikkan,selagi itu masih tidak faham sebenarnya...

memang benar ramai orang hebat untuk berteori..berapa ramai yang boleh buat?

"dah buat ..dah praktikkan berulang kali,barulah faham dengan sebenar"katanya lagi.

"patutlah si fulan A1 je Add Math...buat latihan setiap hari rupanya!" terkenang kata seorg sahabat..

Wallahua'alam

Thursday, 13 September 2007

Eid Mubarak...

Tidak layak utk kita memulakan sesuatu tanpa memuji Allah s.wt,memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya,
ar-Rahman ar-Rahim yang tidak jemu m'beri rahmat pada hambaNya.
al-hafiz,yang menjaga dan memelihara kita daripada sebarang masalah
al-quddus yang mensucikan hati kita dari terkarat
al-muqiit yang memberi kekuatan kepada kita
al-rozzaq yang memberi rezeki yang melimpah-limpah kepada kita..

masha Allah.. alhamd-LILLAH..segala pujian hanyalah layak bagi Allah s.w.t

maghrib,Rabu,12/9/07
umat Islam diberi 'chance' lagi oleh Allah s.w.t untuk menerima tetamu yang disegani,dihormati,dirindui, iaitu Ramadhan.Namun,di samping itu,manusia diberi peringatan oleh Allah dengan gempa bumi di bangkahulu sehingga kesan gegarannya dapat dirasai rakyat Malaysia terutama di Johor dan jirannya,Singapura.

na'uzubillah..ya Malik,ya Jabbar,ya Mujiib kami memohon perlindunganMu dari sebarang bencana..Ameen ya rabbal-a'lamin


bagi para Duah ilallah,Ramadhan bukan sekadar yang difahami oleh orang biasa,bahkan lebih.
teringat pesanan murobbi di saat zaman muda2 form 2 dahulu.."Ramadhan bulan Da'wah!" katanya..
"nah, Allah bagi bonus kepada sesiapa yang mahu buat 'projek taghyir'. " kata murobbi yang lain pula...


mana tidaknya,,dah disebut 1400 tahun yang lampau~

"Telah datang kepadamu Ramadhan bulan BERKAH,Allah melimpahkan keberkahan kepadamu,menurunkan RAHMAT,menghapus segala kesalahan, dan mengabulkan segala doa.Allah memandang kepada perlombaanmu pada hari itu dan membangga-banggakan kalian di hadapan para Malaikat-Nya, sehingga Allah memperlihatkan kebaikan dari dirimu.Maka sesungguhnya, orang yang celaka adalah orang yang tidak memperoleh rahmat Allah Azza wa jalla pada bulan itu" (HR Thabrani dalam kitab al-Kabir)

Diriwayatan dari Abu Burdah bin Abi Musa al-Asy'ari,dari ayahnya,dari hadith yang panjang,
"Sesungguhnya,Allah menetapkan pada diri-Nya bahwa barangsiapa yang merasakan haus kerana Allah pada hari yang sangat panas, maka hak Allah memberinya minum pada hari Kiamat"

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(ar-Rahman : 13)

masha Allah...."mmg sah Allah Maha Pengasih dan Penyayang ..siapa bantah tak tau la" kata bdk kecik~

Thursday, 23 August 2007

serba serbi pemangkin...

"Hiduplah bersifat sebagai pemuda ansarullah, yang penuh di dadanya dengan keyakinan islamiah. Hiduplah anakanda sebagai pemuda yang beriman, yang sanggup menundukkan segala kecenderungan hidupnya di bawah pimpinan imannya, hiduplah sebagai pemuda yang sanggup membentuk dirinya dan keluarganya, masyarakatnya, dan negaranya, dengan bentukan Quran dan Hadith !!".

-Syeikh Hj.Mohd Tahir Daeng Mengati-
(tokoh pejuang Islam Tanah Melayu)

Tuesday, 21 August 2007

washaya atuk libnihi..(wasiat atuk utk pewaris2nya)

dulu2..(umur 5thn < )
bila balik kg.. bubur kacang sudah tersedia utk cucunya,
sayangnya kpd cucunya tidak berbelah bagi
sang cucu hanya khayal menikmatinya tanpa mengenal siapa atuknya..
sungguhpun tidak berwang,tetap hulur cucunya duit.
walaupun kurus kering,tetap kuat bekerja..

2004..
seorg abg senior tunjuk satu buku...
terkejut..
bila tgk betul2, baru percaya,,
baru kenal siapa atuk..

>2004 an..
belek2 buku ikhwan..
baru tahu...
siapa atuk...
yg bersusah payah melawan belanda..
terpaksa menyamar utk masuk ke sempadan demi selamatkan keluarga..
yg sanggup menebal muka,minta derma dr rumah ke rumah,,
utk membina madrasah..yg akan membina manusia..



click here-->> surat atuk utk pewarisnya <<--click here

moga2 termasuk dlm golongan syuhada'

ameen

Monday, 20 August 2007

Nostalgia mukhayyam khariji

''pemuda''
lokasi:pantai jeram
aktiviti
:jogging-preparation 4 climbing


pepohon diperbatasan jalan melambai-lambai bagaikan menyambut kehadiran pemuda2 yg akan menggegarkan bumi ' ...angin pantai jeram membelai manja seperti seorg ibu yang mengharapkan sesuatu drpd anaknya.burung2 berkicauan pemangkin bg pemuda yg hampir2 futur di tgh jalan.. sedang khusyu' berjogging sambil bermonolog,,muncul seorg sahabat disisi dr belakang,peluh manisnya bertompokan di muka,mungkin penat mengejar golongan2 yang laju yang x igt golongan belakang. muncul dialog antara dia dan kwn dia-

Dia
: mad,org yang tertinggal jauh di belakang ,,
yg sudah terhenti,,yg tidak bersama dgn kita,,
bolehkah kita salahkan kita,org2 yg dihadapan?
(tanyanya tercungap2 dek keletihan mengejar kwnnya)
kwn Dia : kenapa pula?

Dia
: yela..tak tunggu org belakang..biarkan begitu shj.
kwn Dia : boleh jadi.

Dia
: x fhm,,
kwn Dia : kita bukan biarkan dia,,bukan x sayang dia..
kita dah usaha..dah tolong..

Dia
: abis tu..kenpa skrg x tolong?
laju kehadapan bagaikan x hiraukan org belakang..
kwn Dia : siapa kata x tolong? ...mrk masih dlm kawalan kita
..kita ada 'kerja' yang effectnya lagi mantap...

Dia
: jelaskan lagi ...
kwn Dia : nta sekarang sibuk beribadat,dakwah kat sekolah,
kenapa biarkan pub2,disko2,kilang arak kat umah nta tu
...x hancurkan ??? kenapa biarkan je?

Dia
: ye x ye gak ...napa ye..
kwn Dia : kita bukan nak biarkan mrk..realiti skrg,,
waqi' skrg tak sesuai buat camtu..
Rasulullah pada zaman permulaandakwahnya,
sebelum terbinanya daulah islamiah,
boleh je suruh para sahabat hancurkan berhala2
di keliling ka'bah,boleh aja nak hancurkan pusat2 jualan arak..
Tapi Rasulullah bijak..fikir jauh..

Dia
: (khusyuk mendengar sambil meneruskan perjuangan menuju destnasi)
kwn Dia : kalaulah Rasulullah berbuat demikian,
tentulah org kafir quraish lagi bertambah mengamuk
lagi ramai sahabat diseksa,didera..

Dia
: ooo..kiranya,,keadaan sekarang sama mcm
keadaan zaman awal dakwah Rasulullah la ye?
kwn Dia : ha ah...sekarang ada x negara islam?
pemerintahan islam?(yang sebenar)...

Dia
: malaysia??
kwn Dia : kalaulah m'sia sekarang daulah islamiyyah.
..x jadi macam ni..dr atasan hinggalah bwhan...
rasuah perkara biasa...dosa besar diambil remeh,
dosa kecil apatah lagi..

Dia
: ooooo....(terus terdiam dan meneruskan perjuangan ke destinasi).
hmm..abis tu ape yg kita perlu buat skrg??
kwn Dia : bina asas...asas tak kuat ,masakan pula nak kuatkan cabang2nya.
seperti pokok yg dah rosak batang asasnya,
tidak ke sia2 sibuk betulkan cabang2/ranting2nya?

Dia
: ooo...(ngangguknya sambil terus pecut laju mara ke destinasi)
kwn Dia : aik..laju nampak...x tunggu org belakang ke?

Dia
: (terwujud lesung pipit di pipi)

Wallahua'lam

Friday, 1 June 2007

Mei..Mei

pejam celik pejam celik,41.7% 2007 sudah meniggalkan kita ...

Mei ..Mei...bulan yg pening..
-exam sejarah-masuk2 kelas kepala terdampar pd meja-pitam,mungkin terlalu letih berjln dr JB:12.30am & tiba ke sekolah awal pagi lantas mengambil periksa..
hasilnya..kertas kajang bersih...
-exam karangan(x igt subjek apa) ,tgh syok menulis,terlena..bangun2,kertas dah terconteng2
natijahnya,terpaksa salin balik dlm masa yg terhad..
-addmath,kimia,fizik,bio dll...Wallahua'lam...x berani utk ditulis di sini..

hira'2....itulah dia.....bkn seorang dua,tp menurut kajian,rupanya ramai sebegitu ~

Balik JB,,wah mcm alam lain..call kwn,majoriti sebok study..kwn2 terlalu concern dgn pelajaran mrk n si penulis....teringt beberapa kata2 kwn smihJB
" kelas ana yg A addmath..ana..die..mrk..dll ." ..
"addmath ana 96"...
"peh kesiannye korang!!6 org jek lulus addmath??"

*penulis hanya mamputersipu2 sambil terdiam sambil cuba lari dr topic pelajaran
(bila berborak dgn mrk,asik2 pasal belajar...belajar belajar belajar....mana x nya 5 org 12A spm06..40 org 9A pmr06...) tetapi x berjaya lari dr topic asal dek pertanyaan slh sorang mrk,
"anta lulus x??"
"alhamdulillah lulus"balas si penulis
"bape markah"sambungnya
"**"si penulis membalas
"ahhaahaaahahh" gelaknya...
~dgr citer kwn2 sebatch si penulis nak buat rekod SPM 07 ni...
barakallah..

~terkadang terkesan dgn suasana itu..
rasa nak belajar 24jam...
tapi
bila muhasabah balik..
apa yg si penulis letak sbg no.1 dlm hidup ni??
terngiang-ngiang firman Allah dlm hati n fikiran ini~
"intansurullah YANSURKUM" ..
.......................................................................................
Mei..Mei..bulan yg bahagia juga,disitulah seMalaysia sepakat menyambut hari guru...
hira' menyambutnya pd 24/5 ....
~awal2 pagi lagi..mllm firdaus meluru ke arah si penulis..lalu bersalaman sambil tersenyum lebar..(dlm hati:asal tibe mllm ni &bersalah pulak~,sepatutnya mutarabbi yg cari murabbi..ni terbalik)..

lalu keluar kata2 yg mengejutkan dr mulut mllm firdaus "Ahmad,selamat hari jadi!semoga......."katanya kegirangan n keceriaan...
terharu dibuatnya krn si penulis sendiri x tahu bila birthday mllm....
bertambah terharu apabila si penulis n the gang telah membelasah team mllm 7-3 dlm match bolasepak...tapi mllm tetap senyum kegirangan....
mllm..mllm..Semoga Allah merahmatimu & membalas sgl jasa baik mu...

namun....di sini..ign penulis igtkan...SIAPAKAN MURABBI SEBENAR KAMU & KAMI?

~org yg rugi=harinya sama dgn semalam
1 jun 2007..langkah disambung......

Tuesday, 29 May 2007

tarbiyyah=ujian=exam?


............................................................................................................

Beberapa masa baru-baru ini sibuk tidak sudah-sudah berkunjung.
Puncanya?
Makhluk yang sebenarnya kerdil,
tapi cukup kejam untuk buatkan hati ini kering.
Namanya Peperiksaan.

Entah bagaimana harus dilayan makhluk yang seekor ini,
habis pergi seekor, datang seekor yang lain.
Terus menerus bekerja mengeringkan hati kecil para penuntut yang sedang berjinak-jinak menggunakan akal.

Cuma satu yang pasti,
makhluk itu tidak berjaya merobek satu cebis terpenting dari hati mereka.
Dengan cebisan itu setakat ini,
para penuntut itu berjaya meredah arus hidup,
menempa sejarah dengan tinta emas mereka.
Cebisan itu namanya Iman.
Kerana cebisan itu sebenarnya kuat dan berkuasa....

.............................................................................................................

waktu minggu peperiksaan,boleh lihat ramai yg mula kuat belaja,
sampai x main petang,sabtu ahad-dorm/kelas tpt masa dilaburkan..
> 4.30am ,muncul figure2 bertahajjud,,...guru2 dihormati habis2an,,mohon maaf~ect.

lps peperiksaan??
lawak+kelakar+lucu+kesian...

astaghfirullah...iman periksa vs iman hakiki..which 1 kamu?

Saturday, 31 March 2007

PeRSoaLAn II


warkah buatku dan buatmu wahai kekasih²ku..
wahai ikhwah²/akhwat² sekalian..


Tatkala ISLAM dipermainkan.....
Tatkala umat islam dihina.....
Tatkala umat islam didera.....
Tatkala umat islam diserang.......
Tatkala umat islam ramai hanyut di lautan jahiliyyah.....
Tatkala maksiat berleluasa sana sini...
Tatkala remaja ber'clubbing' adalah perkara biasa......
Tatkala arak&zina merupakan sesuatu yang tidak asing lagi......
Tatkala remaja chatting dgn b'lainan jantina tidak terasa bersalah..
Tatkala muslim sesama muslim bergaduh sesama sendiri..
Tatkala ramai manusia yang hanya bertopengkan muslim..
TATKALA UMAT ISLAM MEMERLUKAN KHILAFAH!!.....
DI MANAKAH ANDA?????Tergolong dalam golongan di atas???....
Jikalau begitu,mahukah anda melihat Islam terus tertindas?

mahukah anda melihat umat islam terus hanyut?
mahukah anda tergolong dalam golongan al-khasirun(rugi)?
mahukah anda masuk neraka???
Na'uzubillah..

Dimanakah insan seperti Abu bakr??yang menjadi imam x jelas bacaannya dek tangisan yg teramat sgt..

Dimanakah insan seperti faruqumar??pengsan tatkala mendengar kalam2 Allah..SYAITAN PON TAKUT DGN BELIAU!

Dimanakah insan seperti sa'ad??memeluk islam ketika berumur 32thn & wafat ketika berumur 37thn..tempoh amalannya hanya 5 TAHUN.."Arasy Allah bergegar dgn kematian Sa'ad b. Muaz"(riwayat Muslim & Tarmizi)

Dimanakah insan seperti Mus'ab?? pemuda yang hensem+KAYA+etc ..sanggup tinggalkan kedudukannya hanya krn ISLAM....Rasulullah SAW menangis melihatnya tatkala kain kafan tidak cukup utk menutupi seluruh tubuhnya ketika wafatnya beliau(mus'ab)..

Dimanakah anda??
sedang berusaha untuk ke syurga??
atau sedang berusaha untuk ke neraka??
hanya 2 pilihan,tiada yang ketiga..

Tuesday, 27 March 2007

peRsoLaN??~`

Assalamualaikum..tiada perkataan yg selayaknya ditulis melainkan alhamdulillah thummalhamdulillah 10000000000x./.infinities of thanks 2 Allah SWT ... kita masih mendpt nikmat paling besar :- iman & Islam..tanpa pengorbanan generasi2 terdahulu,nescaya islam x sampai kpd kita di malaysia ini.....

Bi-iznillah,,Di keheningan & keindahan pagi hari persekolahan/pekerjaan/universiti manusia2 di seluruh dunia ini,ingin sekali si pengembara bertanya sedikit pendapat,,,,xpecially to SPM candicates ..

Di kala Dunia sekrg ketiadaan Khilafah Islamiyyah,
xpecially 4 malaysians ...
mengapa kita belajar?? nak berjaya exam? nak 12 1A/19 1A SPM? ..mengikut kajian,skrg ni hampir semua sekola di Malaysia seolah2 belaja krn exam..sekola dah bg cara2 nak jwb dlm exam..
~~antara cthnya:
cikgu2 selalu berpesan:-
"kalau dia bg soalan camni kene jwb camni"
"jwpn dlm exam spt PI or PSI or PQS kene ikut sebijik2 buku,ikut skema"..

ada juga skola yg studentnya dah disuap2 byk2 ..bg cth kertas2 soalan exam/clue2/hint2 etc..

Berikan pendapat anda... harap semua yg singgah di sini dpt memberikan pendapat, x kira siapa pun, kecik,besar,kurus,gemuk,tinggi,pendek,kwn,musuh, student oversea, IPTA,IPTS,MRSM,SBP,SMK,SMKA,SMIH,MGB SIM,kaki tangan kerajaan,kroni2,PM,TPM,Sultan,Y.D.Agong,SB..wa ghairaha~ jgn takut..Allah ada~ "setiap mu'min keatas mi'min yg lain spt satu jasad,apabila salah satu anggota sakit,maka seluruh anggota turut rasa sakit"




Free shoutbox @ ShoutMix

Thursday, 15 March 2007

amla-ul waqtul-faghar fil ijazah~





"sejenak ku merenungi dunia ini pilunya hati ini menyaksikan ummah tiada terbela dan tiada harta tapi dulu pernah berkuasa."~....

Assalamualaikum..alhamdulillah..kita masih hidup..masih sehat..masih berpeluang utk bertaubat..masih berpeluang utk beramal utk akhirat..erm.."kebanyakan org susah nak syukur,,tp bila dah rasa sesuatu benda itu,baru nak syukur"...erm..mmg betul..cuba bayangkan org2 di alam barzah..saudara2 kita yg kurang bernasib baik di sana..mrk ignkan sgt kembali ke dunia ini utk bertaubat & beramal dgn sungguh2 krn mrk menyesal sgt sewaktu hidup dlu,x dimanfaatkan dgn sebaiknya~tp malangnya..keinginan mrk x kesampaian..sbb hidup di dunia hanya sekali~ T-T..

Di saat pagi cuti ini~ teringat pula serangkap nasheed yg dicipta oleh pelajar hira' sendiri di atas tu~......erm..mmg benar sekali ..ummah sekarang x terbela..di serang sana sini..dr serangan fizikalnya hinggalah serangan halusnya....sbb apa??? slh satunya sudah tentulah sbb tiadanya khilafah~....tiadanya khilafah islamiyyah di muka bumi ini....tiadanya pengurusan terhadap ummat islam sedunia..tiadanya khilafah yg dpt meng-backup ummah skrg.~~...

erm..sbb apa pula sampai skrg x terdirinya khilafah?...slh satunya sbb kita la~sbb umat islam sendiri~!~
" bende kecik x selesai lagi,,jgn harap nak selesai bende beso" kata-kata yg selalu didengari oleh pelajar hira'~.....tp kata2 kebiasaannya hanyalah sekadar kata-kata...kata2 kosong~...pandai berkata tp x amal~

igt..nak bina daulah islamiyyah yg 'sebenar' bkn sesuatu yg simple~
teringat pula kisah sirah~
ketika mana Rasulullah SAW menerima tawaran drpd kafir laknatullahi'alaih 3 bende dgn syarat tinggalkan dakwah ..
1)harta yg byk
2)wanita
3)pucuk pemerintahan..jd pemerintah di situ..

Rasulullah tolak tawaran tu...~ sbb ape??
erm..boleh je baginda terima slh satu tawaran itu iaitu jadi pemerintah ...tp baginda tolak..sbb manusia2 ketika itu..org2 islam ketika itu masih belum 'bersedia' lagi..adakah mrk dpt menerima arahan2 baginda? tuntutan2 islam?? ...

Rasulullah bijak..berfikiran jauh..baginda bina dr bwh..bina peribadi2 yg mantap..bina Rijal2~..bina kekuatan yg benar2 kukuh......bila dah sesuai masanya..baru lah terbinanya daulah islamiyyah spt mana yg berlaku di madinah (umat islam ketika itu dah bersedia) dan seterusnya dinegara2 lain..islam tersebar dgn meluas..pengaruh islam ketika itu amatlah kuat..~Masya-Allah~

igt..tujuan dakwah yg dibuat Rasulullah,sahabat2nya,ikhwanul muslimin yang "sebenar" bkn nakkan daulah...mmg nak daulah islamiyyah..just kene tahu...daulah adlh sbg wasilah utk memudahkan umat islam.....memastikan semua manusia tunduk pada Allah..bukankah Allah sendiri sudah berfirman" dan Aku tidak menjadikan manusia dan jin melainkan utk beribadat kepadaKu" (azzariyat:m/s terakhir)

*~sbrg permasalahan blh merujuk buku "majmuat arrasail" -Imam As-Syahid Hasan al Banna-

~"dulu2 bila terdgr kata2 syakib arsalan, rasa ragu2..
tp skrg baru sedar..mmg benar kata2nya" qaala hamba Allah~

Monday, 26 February 2007

cuti cutian..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
di kala masa yang sentiasa menceburui manusia ini dan nikmat yg x terhitung drpd Allah yg kita kecapi,ingin sekali si pengembara mengambil kesempatan memberi sedikit peringatan...

tatkala dunia semakin tua,semakin banyak umat islam yang berjaya diserang oleh kafir laknatullah...bukan sekadar serangan zahir(perang etc) bahkan serangan yang paling halus yang paling bahaya yang paling halus yang ramai terkena secara sedar ataupun tidak sedar..Di Malaysia sendiri,terlalu ramai manusia yang kepalanya sudah berlobang2 angakara serangan halus kafir laknatullah..iaitu serangan pemikiran...serangan yang terbukti paling berkesan...

tapi bukan itu yang si pengembara mahu sampaikan di sini..
..................................................................................................................................

apabila dunia menjadi seprti itu..maka ramai jugalah manusia yang sedar akan masalah ini dan berusaha nak atasi masalah ini..berusaha nak naikkan islam ..alhamdulillah

jadi..sedikit persoalan di sini..Adakah kita percaya pada Allah?percaya pada Rasulullah??
mmg bila tanya semua umat islam,semua percaya......

tapi yang agak sedihnya..ada juga manusia yang tidak mahu mengambil/mencontohi cara-cara yang di buat Rasulullah untuk menyelesaikan masalah/mencapai suatu matlamat..tak kiralah perkara apa2 dr kecik hinggalah besar spt nak menaikkan semula kegemilangan islam..nak membina daulah islamiyyah.....menjadikan semua manusia tunduk pada peraturan Allah dan sebagainya...ada manusia yang semangat sgt sampai membuat sesuatu dgn terburu2....ada yang sebok membuat kempen2 sana sini 24 jam..membuat demontrasi2 membantah sesuatu..membuat program sana sini setiap hari......x abis2 membuat meeting ..O..I..SEE...ect..semua ini bagus..niat mrk baik(nak naikkan islam etc) cuma ada yang langsung tidak mengendahkan beberapa aspek yang paling penting iaitu asas itu sendiri..Ia lbh mementingkan bentuk lahir drpd isi dan batin.Padalah sepatutnya sblm kita menyuruh org dgn perkara furu'iah(cabang),mestilah terlebih dahulu bersama mereka mengukuhkan dan menegakkan perkara2 usul atau dasar aqidah islam.Tidakkah buang masa dgn sebok membetulkan cabang2 pokok padahal asas pokok itu sendiri rosak? ?..

teringat kisah tatkala daulah islamiyyah jatuh suatu ketika dahulu~..ketikamana ulama' syria Syakib Arsalan menerima byk surat dr seluruh dunia spy mengumpulkan umat islam seluruh dunia dan melantik seorg khalifah baru..beliau menjawab "mahukah kita mengumpulkan angka2 kosong?? (ketika itu kualiti umat islam amat menyedihkan).... tidak boleh tidak kita mesti mula dr bawah"



Asslamualaikum.........addua' silahul mukminin...

Sunday, 4 February 2007

dunia ini segalanya akan berubah...

............
teringat pesanan seorang murabbi......

"pemuda yg benar2 menginfaqkan dirinya kpd Allah S.W.T ,, keazamannya untuk membangunkan islam sentiasa berkobar2...setiap masa..dr celiknya mata dr lena hinggalah saat terakhir sblm terlena..."

.......

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP