Pejam celik pejam celik..
sudah 2 minggu cuti sekolah berlalu
sudah 2 minggu si penulis berjalan-jalan cari 'makan' di perantauan merebut redha-Nya.
sudah 2 minggu pula poket baju seluar tidak habis-habis memuntahkan logam-logam dan kertas-kertas yang tidak bermakna di sisi-Nya demi merebut sesuatu yang bermakna di sisi-Nya.
Alhamdulillah
2 minggu berlalu,
si penulis sempat melakukan eksperimen ringkas.
Kepentingannya mengalahkan eksperimen physics,chemistry,biology,dan lain-lain yang tingkatan 4&5 risaukan.
Eksperimen kemanusiaan namanya.
Eksperimen berkaitan AGENDA manusia-manusia yang mendapat tempias-tempias tarbiyyah di bumi waqaf Hira' pada cuti persekolahan merangkap pembunuh senyap yang kejam.
...............................................................................
Aim:
untuk menyiasat apa sudah terjadi pada manusia Hira' ketika cuti.
hypothesis:
kesebokan manusia berdasarkan atas apa yang di-agenda-kan.
Apparatus & materials:
Jasad manusia Hira',wang saku,panca indera,hati.
Methods & procedures:
1) Sediakan hati yang bersedia
2) Sediakan mata yang tajam
3) Sediakan perasaan prihatin pada umat
4) Lihat keputusan.
Results:
sempat si penulis bertembung manusia-manusia tingkatan 1 di KL sentral, bila ditanya mahu kemana,mulalah tersenyum-senyum sambil kemerah-merahan mukanya.Mungkin takut dan malu.mana tidaknya,Cosmo world Time Square destinasinya.
Mungkin kesilapan naqibnya tidak mengisi masa mereka dengan hati serius.
sempat juga si penulis bertembung manusia-manusia tingkatan 2 di jalanan, mahu ziarah-ziarah kata mereka ketenangan.
dan sebahagian tingkatan 3, rancak nampaknya percutian mereka.keluar masuk rumah tidak mengira waktu demi mencapai sesuatu.mungkin sudah meningkat kadar kejelasan matlamat mereka.
manusia tingkatan 4 juga tidak ketinggalan memburu sesuatu yang bermakna,
gembira sakan tampaknya dek percutian manis bertemakan ''Ukhuwwah Kami Bukan Lakonan" di chalet mewah 'Desa Selesa' bertaraf bintang tiga, Perak.
Lebat sekali tema itu.Harap laungannya bukan seperti bunyi gendang yang kosong.
tingkatan 5 pula, tidak serik menghantar sms diselitkan permintaan doa daripada adik-adiknya dek ujian kecil(SPM) yang dihadapi..Ada juga yang tenang sahaja bermain pingpong sebelum memasuki dewan peperiksaan.Tampak yakin dan visioner sekali.
dengan 2 minggu cuti ini juga,
si penulis diizinkan Allah berziarah dan bermalam di bermacam-macam rumah.Setiap rumah,lain-lain jenis orangnya.
ada yang menghabiskan masa dengan PS2 nya
ada yang baca buku fikrah sentiasa.
ada yang study untuk exam sampai lewat malam.
ada yang bangun jam 3-4 pagi untuk
dating dengan kekasih Agungnya.
ada yang bangun ketika azan tidak sempat bertahajjud.
dan macam-macam lagi.
Itu bagi kaum Adam........
Ini bagi kaum Hawa pula,,,
Nah,
amat malang sekali.ramai manusia-manusia tingkatan 1(setelah dikaji) sudah mula menayangkan taring.
Bertalu-talu tembakan dan SMS mengenai sasaran telefon-telefon bimbit kaum Adam.Abang-abang seniors juga dikacaunya.dengan kaum adam yang sebaya dengan mereka,Wallahua'lam.
Nikmat Tuhan disalah gunakan.
Astaghfirullah.dari membazir kredit sms abang-abang ni,baik sms naqibah masing2.Elak dosa,tambah pahala.
mungkin kesilapan naqibah juga tidak mengambil berat anak buah ketika cuti.
Dari semua ini
semakin kenal si penulis dengan manusia-manusia dan sahabat-sahabat se'sekolah'
tidak hairanlah melihat seseorang itu sentiasa bermasalah.amal fardi tidak jaga rupanya
tidak hairanlah melihat seseorang itu sentiasa futur.Di rumah habis lenyap amalan2 ketika di sekolah.
tidak hairanlah seseorang itu tidak habis-habis mengadu pada manusia.Tidak pernah mengadu pada Allah rupanya.
tidak hairanlah di sekolah,asyik-asyik buang masa.buat masalah.buat benda pelik-pelik.
Cuti sekolah,enjoy sakan rupanya.
tidak hairanlah di sekolah tidak habis-habis mencipta nama dek kes-kes ikhtilat,di rumah lagi panjang taringnya.
Conclusions:1) Semuanya bermula dari hati.
2) Kebanyakan manusia Hira' seakan-akan manusia
lain ketika cuti.
3) Sebahagian manusia Hira' masih belum mempunyai matlamat yang jelas.
4) Kesebokan manusia bersandarkan atas apa yang dia agendakan.
5)
Hypothesis is accepted!Way to overcome:
1)Tarbiyyah Islamiyyah.Islam satu-satunya Jalan penyelesaian.
.......................................................................................
asyik teringat firman Allah yang bermaksud:
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi,sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? sebenarnya bukan mata itu yang buta.Tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada " (al-Hajj:46)
"Allahummahdi qaumana fainnahum la ya'lamun...
Allahummahdinassirotokal-mustaqim.."ameen
Wallahu A'lam
Ilalliqo',bi iznillah
Wassalamualaikum!